11 di sri aman sarawak - Google Blog Search |
Wakil rakyat <b>di Sri Aman</b> kunjungi rumah terbuka pemimpin <b>...</b> Posted: 24 Jan 2012 03:57 PM PST Posted on January 25, 2012, Wednesday SRI AMAN: Tiga wakil rakyat di Sri Aman iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Sarawak Datuk Francis Harden Hollis serta Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat tidak melepaskan peluang mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina terhadap pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Sri Aman kelmarin. Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar telah meluangkan masa hampir tiga jam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman dan rumah Kapitan Kuek Aik Seng di Jalan Hup Seng, Jalan Brayun, Sri Aman. Manakala, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang meluangkan masa hampir empat jam berkunjung ke majlis rumah terbuka di kawasan beliau termasuk ke rumah Temenggung Sii Toh Peng, Kapitan Kuek Aik Seng serta pemimpin-pemimpin Cina yang lain di kawasan beliau. Sementara itu, Masir pula meluangkan masa hampir sejam berkunjung ke rumah Temenggung Sii Toh Peng yang terletak di Taman Pasir Panas, Sri Aman. Rohani yang sempat ditemui Utusan Borneo menjelaskan bahawa perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina merupakan salah satu perayaan 1Malaysia yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia. "Di sini kita dapat melihat kaum melayu dan Iban mengambil peluang berkunjung ke majlis rumah terbuka rakan-rakan Cina mereka dan ini menunjukkan kita semua dalam satu rumpun rakyat Malaysia. "Kita semua tidak bergaduh sesama sendiri malah kita semua bersatu dan kita semua berpeluang meraikan semua perayaan di Malaysia," katanya. Turut bersama-sama mengiringi kunjungan Rohani, Harden dan Masir ke majlis rumah terbuka berkenaan, para pemimpin masyarakat daripada kaum Melayu serta kaum Iban. Full content generated by Get Full RSS. |
Universiti Pertanian Malaysia (baharu) untuk <b>Sri Aman</b>: The new <b>...</b> Posted: 14 Jan 2012 11:13 PM PST Sri Aman, letaknya kira-kira 193 kilometer ataupun 3 jam perjalanan darat dari Kuching adalah bahagian kedua di Sarawak yang sebelum ini dikenali sebagai Simanggang. Bilangan penduduknya dianggarkan lebih kurang 64905, mungkin bilangan tersebut sudah meningkat. Sri Aman juga dikenali sebagai the "sleeping town of Sarawak" lantaran statusnya yang kurang maju jika dibandingkan dengan Kuching, Sibu, Miri, Samarahan, Bintulu, Mukah dan terkini Betong. Aktiviti ekonominya lebih tertumpu kepada pertanian,bahkan Sri Aman dianggap sebagai pusat dagang bagi getah, lada, kelapa sawit dan balak. Namun, Sri Aman tetap bergerak perlahan dari segi pembangunan khususnya dari segi sosial dan ekonominya. Pesta Benak yang dianjurkan setiap tahun juga kurang memberi impak yang besar dalam penjanaan ekonomi Sri Aman. Kubu Alice yang dibina oleh Rajah Charles Johnson Brooke pada tahun 1864 mengambil sempena nama isterinya, Margaret Alice Lili de Windt yang turut menjadi bangunan warisan tertua di Sri Aman terus reput dan terbiar. Sepatutnya kubu Alice itu dipelihara bahkan dijadikan muzium di Sri Aman. Tetapi usaha ke arah itu tidak tampak atau nampak. Dalam perjalanan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak termasuk ke Miri hingga ke Sabah dan negara Brunei menerusi jalan darat, Sri Aman tidak menjadi tempat atau bandar persinggahan kerana letaknya agak jauh ke dalam. Apabila Betong dinaiktaraf menjadi bahagian terbaharu di Sarawak selain Mukah, Sri Aman yang pernah menjadi bahagian kedua di Sarawak terus rancak terpinggir. Semua aspek pembangunan lebih tertumpu ke Betong termasuk pendidikan sehingga Betong dianggap sebagai mini Putrajaya. Bahkan Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak menyimpan impian supaya sebuah IPTA didirikan atau dibina di Betong. Maaf Tan Sri, saya berpendapat bahawa IPTA itu berilah peluang kepada Sri Aman. Masanya sudah tiba untuk Sri Aman mendapat sebuah universiti penuh kalau kita mahu melihat Sri Aman membangun dengan pesat seperti bandar-bandar utama lain di Sarawak dan Malaysia keseluruhannya. Sedihnya Sri Aman tidak termasuk dalam kawasan SCORE, oleh itu, sebuah universiti penuh awam harus dibina di Sri Aman. Bukan universiti swasta TETAPI universiti awam. Universiti swasta tidak akan dapat bertahan di Sri Aman sebab kos pengajian di universiti swasta sudah pasti lebih mahal. Itu memang logik. Lagipun tidak akan ada ibu bapa yang mahu menghantar anak ke universiti swasta di Sri Aman. Tetapi, ibu bapa akan tetap menghantar anak-anak mereka jika universiti di dalam bandar Sri Aman itu universiti awam (IPTA)BUKAN IPTS. Kalau boleh, kita namakan universiti penuh awam (IPTA) itu nanti sebagai Universiti Pertanian Malaysia (baharu). Letaknya mesti dalam kawasan "dalam" bandar Sri Aman , lebih tepat lagi di kawasan parlimen P.201 Batang Lupar . Namun demikian, universiti penuh itu jangan "by pass" bandar Sri Aman tetapi dalam bandar atau pinggir dalam bandar Sri Aman. Apabila universiti penuh awam (IPTA) dibina di Sri Aman, maka bangunan rumah kedai dan kompleks perniagaan, kawasan perumahan dan kediaman akan tumbuh dengan pesatnya. Rasionalnya, bilangan penduduk di Sri Aman akan meningkat disebabkan kemasukan pelajar dari seluruh negara ke Sri Aman. Begitu juga dengan kakitangan universiti, mereka juga akan datang dari seluruh negara. Dengan itu, mereka perlu rumah untuk tinggal. Maka penduduk-penduduk tempatan boleh menyewakan rumah mereka kepada kakitangan universiti dan mungkin juga pelajar universiti. Hotel-hotel di Sri Aman juga tentu akan dinaik taraf dan berkembang dengan pesatnya. Rasionalnya, apabila ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di universiti, mereka memerlukan tempat tinggal untuk sehari atau dua hari di Sri Aman. Apabila tibanya masa konvokesyen, tentu Sri Aman akan dibanjiri oleh ibu bapa dan orang luar untuk menghadiri majlis konvokesyen dan pesta konvokesyen. Kedai-kedai makan sudah tentu akan meraih keuntungan besar di Sri Aman apabila wujudnya universiti penuh awam di Sri Aman. Peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan luar Sri Aman akan terbuka dengan luasnya di Sri Aman. Kedai buku dan kedai cetak dan penerbitan juga aka berkembang lantaran kalangan pelajar memerlukan kewujudannya demi urusan menimba ilmu. Universiti Pertanian Malaysia, Sri Aman, Sarawak akan memainkan peranan penting dalam bidang penyelidikan. Lebih-lebih Sri Aman mempunyai empat rasional yang saya yakin penting. Pertama, aspek pertanian. Bahkan ada usaha bersungguh-sungguh, khususnya dalam kawasan parlimen Batang Lupar untuk mewujudkan pengeluaran padi secara besar-besaran. Itu suatu usaha yang patut dipuji. Selama ini negara kita banyak juga mengimport beras dari luar negara. Oleh itu, kalau wujudnya Universiti Pertanian Malaysia baharu di Sri Aman, maka penyelidikan untuk menghasilkan padi yang lebih bermutu tinggi dan berkelas dunia akan mampu dihasilkan oleh Malaysia, khususnya Sarawak dan mana-mana negeri jelapang padi di Malaysia. Begitu juga dengan hasil-hasil pertanian yang lain termasuk kayu kayan serta perikanan dan permakanan lain negara. Bahkan kemungkinan juga terdapat herba tempatan yang boleh menjadi elemen ubat untuk mencegah dan merawat penyakit serius termasuk barah dan Aids. Rasional kedua, benak merupakan salah satu daripada fenomena (phenomenon) yang tersendiri. Oleh itu, Sri Aman di Malaysia amat beruntung kerana mempunyai benak di Batang Lupar. Dengan wujudnya Universiti Pertanian Malaysia baharu di Sri Aman, maka kajian dan penyeldikan yang lebih terperinci terhadap aspek alam sekitar, habitat haiwan dan sebagainya akan dapat dijalankan dengan lebih mendalam lagi. Lebih-lebih lagi, pada alaf baharu ini dunia, khususnya alam telah banyak mengalami perubahan yang memerlukan penyelidikan mendalam demi memastikan suatu tindakan yang lebih teratur agar dunia terselamat daripada bencana alam. Rasional ketiga, Sarawak, negeri terbesar di Sarawak dan turut banyak menghasilkan sumber alam, khususnya gas dan minyak. Kewujudan universiti baharu itu nanti akan membolehkan suatu penyelidikan mendalam terhadap hasil pertanian atau sumber alam bercorak pertanian lain yang boleh menggantikan petroleum dan gas. Rasional keempat, empangan Bakun yang merupakan empangan terbesar di Malaysia terdapat di Sarawak yang tujuannya untuk menghasilkan tenaga elektrik. Universiti Pertanian Malaysia baharu di Sri Aman boleh menyediakan khidmat sokongan penyelidikan yang khusus dari segi implikasi ekologi. Berdasarkan rasional-rasional tersebut dan demi menjadikan Sri Aman maju seperti juga bandar-bandar lain di Malaysia seperti Serdang, Bangi dan Samarahan, maka sewajarnya sebuah universiti penuh dibina di bandar Sri Aman, Sarawak. Itulah langkah sebaik-baiknya jika Sri Aman dan penduduk-penduduknya hendak berada di arus perdana kemajuan negara. Tempat-tempat lain sudah wujud SCORE dan projek Iskandar dan sebagainya termasuk juga rancaknya pembangunan di Betong. Lantaran itu, kita beri peluang untuk Sri Aman mendapat sebuah universiti awam (IPTA) penuh dalam usaha kita untuk melangkah sebagai negara maju bertaraf dunia pertama. Nama universiti tidak semestinya Universiti Pertanian Malaysia, nama lain pun tidak menjadi masalah, yang penting, sebuah universiti penuh awam (IPTA) wajar dibina di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. |
You are subscribed to email updates from di sri aman sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan