11 di sri aman sarawak - Google Blog Search |
.: Mary Emelda dari Giatmara <b>Sri Aman</b> galas cabaran <b>Sarawak</b> ke <b>...</b> Posted: 06 Jun 2011 12:07 AM PDT Caption: FOKUS...Mary Emelda sedang membuat latihan "Fantasy Make-Up" menghadapi cabaran peringkat akhir PKM 2011 pada bulan Julai nanti. SRI AMAN, Ahad (5 Jun) - GIATMARA Sri Aman melalui pelatihnya Mary Emelda anak Rigok dari kursus Solekan & Terapi Kecantikan bakal menggalas cabaran Sarawak ke Pertandingan Kemahiran Malaysia yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini. Beliau yang berada di bawah bimbingan Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan di GIATMARA Sri Aman, Sabrina binti Abdul Rahim telah melepasi peringkat kelayakan di IKBN Pertak, Hulu Selangor pada bulan April yang lepas. " Ini adalah julung kalinya wakil dari Sarawak layak dalam bidang "Beauty Therapy" di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia," menurut Pengurus GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal Che Amat menerusi siaran berita oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari di blog www.gmsriaman.blogspot.com. Sekiranya berjaya pada pertandingan akhir ini, Mary Emelda katanya akan mewakili Malaysia ke 9th Asean Skill Challange di Indonesia pada 2012 dan seterusnya ke World Skill yang berkemungkinan berlangsung di Denmark. Sementara itu Mary yang pada mulanya tidak menyangka bahawa bidang ini mampu membawa beliau ke peringkat akhir menganggap bidang solekan bersifat global dan memerlukan mereka untuk sentiasa peka terhadap perubahan dalam bidang tersebut. Beliau yang telah menyertai kursus di GIATMARA Sri Aman dalam bidang solekan dan terapi kecantikan semenjak Julai 2010 sentiasa bersama tenaga pengajarnya menggunakan laman web youtube sebagai medium rujukan antarabangsa. Justeru Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan, GIATMARA Sri Aman, Sabrina Abdul Halim berharap agar orang ramai mengenepikan persepsi negatif yang menganggap bahawa GIATMARA hanya tertumpu kepada kursus solekan selepas ini. "Sebenarnya GIATMARA menawarkan banyak kursus kepada orang ramai khasnya para belia dalam negeri ini seperti rawatan muka, rawatan kuku, rawatan badan dan bidang keusahawanan. "Lagipun permohonan untuk kursus Solekan dan Terapi Kecantikan telah pun dibuka mulai sekarang di GIATMARA Sri Aman dengan memuat-turun borang terbabit di laman blog kami iaitu www.gmsriaman.blogspot.com," katanya. Tamat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di sri aman sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |