Ahad, 22 April 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


MoonTalk: Kumpulan 5 dakwa miliki kelebihan <b>di</b> Mas Gading

Posted: 15 Apr 2012 09:29 PM PDT

Posted on April 16, 2012, Monday
BAU: Kumpulan 5 kini mendakwa mereka mempunyai kelebihan di konstituensi Mas Gading selepas berjaya menarik paling ramai peserta ke majlis makan malam mereka pada Sabtu lepas.
Pada malam yang menyaksikan tiga majlis makan malam politik diadakan serentak di tempat berasingan di Bau, jurucakap Datuk Peter Nansian berkata sokongan lebih tinggi bagi K5 kerana kesemua 120 meja pada majlis makan malam K5 diisi penuh.
Dengan lebih 1,000 orang di majlis K5 itu, beliau seterusnya berkata jumlah ini lebih tinggi berbanding jumlah hadirin pada majlis makan malam Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah Bau dan majlis makan malam Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Sungai Pinang.
Nansian malah mendakwa majlis K5 itu sebenarnya dapat menarik lebih ramai peserta tetapi penganjur terpaksa menolak permintaan penyokong untuk menambah meja atas nasihat penyedia jamuan (katerer).
Maka itu, beliau percaya kebanyakan rakyat masih menyokong calon K5 di Mas Gading, Ahli Parlimen sekarang Datuk Dr Tiki Lafe untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum sebelum ini.
"Ia bukan hanya mengenai jumlah tetapi juga orang yang datang.
"Di sini, kita ada pemimpin dari semua peringkat, ketua masyarakat, ketua politik dan rakyat jelata bersama kami.
"Kami tidak 'mengimport' orang untuk datang memandangkan semua hadirin berasal dari Mas Gading.
"Ini menunjukkan Dr Tiki adalah calon terbaik dan boleh menang di sini," katanya dalam ucapannya.
Turut hadir ialah Dr Tiki, selain anggota K5 lain iaitu Datuk Sylvester Entri Muran, Paulus Palu Gumbang dan Rosey Yunus.
Duduk bersama mereka di meja utama adalah Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Wilfred Rata Nissom dan Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching Datu Stephen Jussem.
Nansian juga mendakwa K5 menerusi Kelab BN akan menguasai Mas Gading dan mereka berhak untuk mencadangkan calon BN.
Sambil menepis kenyataan baru-baru ini oleh Ketua Puteri SPDP Barbara Mawan bahawa Mas Gading perlu diselamatkan, beliau berkata tiada apa yang perlu diselamatkan memandangkan kerusi itu masih milik BN.
"Puteri SPDP berkata Mas Gading mesti diselamatkan… nak selamatkan apa?
"Saya mencadangkan mereka menyelamatkan kerusi DUN yang tewas di Krian dan Ba'Kelalan," katanya.
Selain Nansian, semua anggota K5 lain turut berucap dan meminta hadirin supaya terus menyokong Dr Tiki sebagai Ahli Parlimen mereka dan calon pilihan raya.
Entri berkata hadirin pada majlis itu adalah penyokong sebenar BN dan mengkritik kem lain kerana melemahkan BN.
Beliau turut mendakwa ia adalah tidak logik bagi SPDP untuk menggantikan Dr Tiki dan menyatakan dua nama yang dicadangkan oleh SPDP tidak dikenali sebagai orang yang memberi khidmat kepada rakyat di situ.
Dr Tiki dalam ucapannya berkata beliau telah mengadakan perbincangan peribadi selama 10 minit dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana pada 25 Mac lepas dan mendakwa diberitahu oleh Najib untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen dan turun ke akar umbi dengan lebih kerap.
"Muka saya sekarang muncul hampir setiap hari dalam akhbar seakan-akan saya 'orang jahat' tetapi itu adalah pendapat pihak lain.
"Sebagai wakil rakyat Mas Gading, saya telah berusaha gigih untuk memberi khidmat kepada rakyat," katanya sambil menambah ADUN Opar Ranum Mina turut menyokong untuk majlis makan malam tersebut.
Nissom turut membuat kejutan apabila beliau berucap pada majlis itu tetapi menyuarakan kebimbangannya mengenai perpecahan di kalangan penyokong BN di Mas Gading.
"Itu adalah kebimbangan utama kami, kerana DAP gembira melihat perpecahan di kalangan penyokong BN," katanya.
Bagaimanapun, beliau menyuarakan sokongan kepada Dr Tiki jika dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
Majlis itu turut menyaksikan sekumpulan kecil pelawat dari utara negeri yang datang bersama Entri, Rosey dan Paulus.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


109 Penduduk <b>Simunjan</b> Terima Pampasan Tanah RM564,112.95 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:42 AM PST


MOHD. Naroden Majais (tiga dari kiri) menyampaikan cek pampasan tanah kepada seorang penerima di Simunjan, Sarawak, baru-baru ini.
SAMARAHAN 16 Feb. – Seramai 109 penduduk telah menerima cek pampasan tanah yang keseluruhan berjumlah RM564,112.95 menerusi majlis yang berlangsung di Dewan Setia, Majlis Daerah Simunjan dekat sini baru-baru ini.
Kesemua cek itu disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Bumiputera negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais.
Mohd. Naroden berkata, penyerahan pampasan tersebut menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan merampas tanah rakyat tanpa membayar sebarang pampasan.
"Kerajaan akan membayar pampasan terhadap tanah milik penduduk yang diambil alih bagi tujuan pembangunan mengikut prosedur tertentu mengambil kira nilai pasaran semasa tanah tersebut," katanya di sini.
Mohd. Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan berkata, tanah yang dibangunkan oleh kerajaan itu sudah pasti memberi faedah terhadap kesejahteraan hidup penduduk sendiri.
Ini kerana katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak perancangan dan agenda untuk melaksanakan pelbagai projek di kawasan Simunjan supaya rakyat dapat menikmati kemajuan.
Justeru, beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada penduduk di kawasan Simunjan yang sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang sengaja memburuk-burukkan usaha kerajaan membawa pembangunan kepada mereka.
"Jika penduduk berasa tidak puas hati terhadap perkara berkenaan maka mereka boleh mengemukakan aduan masing-masing melalui saluran yang tertentu," ujarnya.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Ellison Ludan Calon SWP <b>di Kanowit</b>!?!?!! ~ MUKAPETANG™

Posted: 22 Apr 2012 05:39 AM PDT

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Gambar Pelangi <b>di Kuching Sarawak</b> | Junaidiey Dot Com

Posted: 01 Apr 2012 11:17 AM PDT

Kategori

Get Connected

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Lingga, <b>Sri Aman</b> Bakal Pengeluar Ikan Terubuk Terbesar <b>di Sarawak</b>

Posted: 17 Apr 2012 04:57 PM PDT

Ini berikutan penubuhan Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk pertama di pekan Lingga
SRI AMAN: Lingga bakal menjadi pengeluar ikan terubuk terbesar di negeri ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.
Menurutnya, ini berikutan sebuah Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk yang pertama di Sarawak sedang dilaksanakan penubuhannya di pekan Lingga dan ia bakal menjadi pusat pengeluaran ikan terubuk terbesar di negeri ini.
"Dengan siapnya pusat penyelidikan ini nanti, saya percaya ia dapat menjadi sebuah tempat untuk menternak baka-baka ikan terubuk selain menjaga spesies ini yang menjadi ikon negeri Sarawak," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Bahagian Sri Aman di Rumah Sambau, Nanga Entulang dekat Sri Aman kelmarin.
Katanya, memandangkan populasi ikan terubuk kini semakin pupus, maka pengwujudan pusat penyelidikan berkenaan memang tepat pada masanya untuk mengkaji habitat dan mencari jalan untuk menjaga spesies ini agar tidak pupus.
"Saya percaya, selain tempat untuk membuat kajian dan mencari jalan menjaga spesies ikan terubok, tempat ini juga amat bersesuaian untuk menternak baka-baka ikan terubuk serta berpotensi menjadi pengeluaran ikan terubuk yang terbesar di negeri ini.
"Bukan setakat itu sahaja, pusat penyelidikan ini juga dapat menyediakan baka-baka ikan terubuk dan saya juga percaya, perairan di Lingga ini sememangnya sesuai untuk pembiakan spesies ikan terubuk ini," jelasnya.
Tambah Rohani lagi, seandainya pusat penyelidikan ikan terubuk itu siap dilaksanakan nanti, Lingga berpotensi menjadi pengeluar ikan terubuk di negeri ini.
Justeru, katanya Sarawak tidak perlu lagi mengimport ikan-ikan terubuk dari luar negara memandangkan kita sudah memiliki tempat penternakan ikan terubuk itu sendiri.
Menurut Rohani lagi, sebelum ini Sarawak telah mengimport terubuk dari India dan kini Sarawak bakal mempunyai terubuk tempatan iaitu terubuk dari Lingga.
"Daripada kita mengimport terubuk dari luar negara, alangkah lebih moleknya kita import sendiri ikan-ikan terubuk tempatan dari negeri kita sendiri," ujarnya.
Rohani berkata, dengan siapnya pusat penyelidikan itu nanti ia bukan sahaja sebagai tempat untuk menjaga spesies ikan terubuk malahan sebagai tarikan pelancong ke Lingga kerana Lingga kini popular dengan Pusat Penetasan Buaya di Pulau Seduku.
"Para pelancong yang berkunjung ke Lingga bukan sahaja ingin menyaksikan sendiri tempat Penyelidikan Ikan Terubuk malah para pelancong turut berpeluang berkunjung ke Pusat Penetasan Buaya di Pulau Seduku selain menyaksikan fenomena alam yang terkenal di Batang Lupar iaitu benak," katanya.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengawai JASA Parlimen Batang Lupar Zaidel Ripin, Pengurus Dewan Suarah Sri Aman Nelson Jin Imam, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga Bakthiar Mathan, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat setempat.
Pada majlis yang sama, seramai 74 penduduk rumah panjang ini menyerahkan borang keahlian menyertai PBB yang disampaikan oleh Tuai Rumah Sambau kepada Rohani.
Dalam pada itu, Rohani turut merasmikan ranting PBB Rumah Sambau.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


TAMAN NEGARA GUNUNG GADING, <b>LUNDU</b>, <b>SARAWAK</b> | My Life !!!

Posted: 08 Apr 2012 10:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]AKTIVITI MENDAKI & BERKELAH DI WATERFALL 7, TAMAN NEGARA GUNUNG GADING, LUNDU. ... Posted 3 days ago by MaToVeR. Location: 1316, 94500 Lundu, Sarawak, Malaysia. Labels: hiking... picnic ...

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Program Aram Nemuai Ke Giatmara <b>di Lubok Antu</b> meriah

Posted: 09 Mar 2012 09:21 PM PST







Caption: UNTUK ALBUM...Para delegasi GIATMARA bergambar kenangan ketika melakukan kunjungan ke Nanga Badau, Indonesia sempena program itu baru-baru ini.
LUBOK ANTU, Rabu (7 Mac) – Seramai 500 orang penduduk hadir bagi memeriahkan suasana sambutan Program Aram Nemuai Ke GIATMARA yang berlangsung di Komplek Sukan Lubok Antu baru-baru ini.
Program usahasama antara GIATMARA Lubok Antu dan GIATMARA Sri Aman itu buat julungkalinya diadakan di Bahagian Sri Aman dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai GIATMARA dikalangan penduduk setempat.
"Antara aktiviti yang kita ialah Senamrobik Rakyat, Pertandingan Mewarna, Futsal, Badminton, Sepak Raga, Menyumpit, Sukaneka, Karaoke serta Khidmat Solekan Percuma dari Pusat GIATMARA Sri Aman.
"Keseluruhannya kewujudan kompleks GIATMARA yang serba canggih di Lubok Antu perlu dijadikan sebagai satu peluang oleh rakyat di situ bagi menimba ilmu kemahiran selepas ini," kata Pengurus GIATMARA Lubok Antu, Mohd Nazri Awang.
Sebagai sebahagian daripada usaha promosi katanya, sejumlah tiga buah kursus ditawarkan di GIATMARA Lubok Antu merangkumi Teknologi Automotif (satu tahun), Fashion and Dressmaking (enam Bulan) serta Kimpalan dan Fabrikasi Logam (enam Bulan).
Dalam masa yang sama, Pusat GIATMARA Sri Aman kata Nazri pula menawarkan kursus Solekan Dan Terapi Kecantikan (enam Bulan) serta Teknologi Sistem Komputer (enam Bulan).
"Pelatih yang mengikuti kursus di GIATMARA selepas ini bakal menikmati elaun sebanyak RM200 sebulan serta Sijil Professional GIATMARA Malaysia setelah tamat latihan," jelas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan Program Aram Nemuai Ke GIATMARA juga turut diserikan dengan kehadiran delegasi GIATMARA Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Malaysia iaitu Haji Abdul Halim Mansor.
Halim berhasrat untuk menjadi peneraju latihan kemahiran yang unggul khususnya di Lubok Antu dan negeri Sarawak amnya selepas ini memandangkan pendidikan kemahiran amat berbeza berbanding dengan pendekatan akademik di universiti.
"Ini kerana kemahiran memerlukan kepakaran dan "hands-on" yang berkualiti. Ia merupakan satu pendidikan kemahiran yang diajar oleh pusat GIATMARA pada masa sekarang," menurut beliau.
Rombongan GIATMARA juga turut membuat lawatan ke Rumah Nanga Spaya, Ulu Engkari dalam menyampaikan hebahan tentang peluang pendidikan kemahiran yang ditawarkan di GIATMARA Lubok Antu dan GIATMARA Sri Aman.
GIATMARA Malaysia turut berbesar hati untuk menjalankan "technology shift" bersama komuniti di Nanga Badau, Kalimantan, Indonesia dengan GIATMARA Lubok Antu bakal menerajui usahasama tersebut sekiranya ia menjadi realiti.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> PUSTAKA <b>Negeri Sarawak</b> Terkini 2012

Posted: 05 Apr 2012 05:38 PM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 9 April 2012

Pustaka Negeri Sarawak merupakan pusat sumber maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan maklumat kepada sektor awam dan swasta. Pustaka akan mengadakan rangkaian ke perpustakaan, pusat arkib dan pusat maklumat di seluruh Sarawak dan juga Malaysia. Pustaka juga menyediakan laluan untuk mengakses pusat maklumat antarabangsa. Pustaka berperanan sebagai pusat maklumat dan pusat budaya masyarakat.

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pembantu Perpustakaan

2. Pembantu Tadbir

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

ads