11 di limbang - Google Blog Search |
Jarum & Benang: Lawatan Kerja Ke <b>Limbang</b> Posted: 03 Jun 2012 06:59 PM PDT Pada 24 April lalu saya berpeluang buat kerja luar opis selama lebih kurang seminggu bersama bos kecik . Sebelum sampai ke Limbang saya perlu ke Miri. Selesai urusan di Miri,barulah kami ke Limbang pula..Ye..Limbang..bahagian paling utara di Sarawak ( masih dituntut Kerajaan Brunei). Tedungan dan Lawas pon menjadi salah satu destinasi saya ketika itu.Kami melalui jalan darat semasa ke Tedungan dan Lawas dan terpaksa melalui Brunei kecil dan Brunei besar ( kene buat pasport). Merasa la tengok tanah Brunei. Besar-besar kereta orang Brunei...boleh dikatakan kebanyakannya kereta import .. Memang waktu seminggu tu penuh dengan jadual yang padat. Kerja pon melebihi 12 jam sehari. Balik ke hotel Purnama ( satu-satunya hotel di Limbang) tido masing-masing macam batang kayu. Penat!!!! Kurus kaki.Seperkara lagi bahasa pengantaraan semasa di sana lebih kepada Bahasa Melayu Sarawak. Seminggu di sana kami hampir boleh memahami bahasa tersebut heheheh.. Hotel Purnama - sungai ini yang memisahkan Limbang dan Brunei Darussalam Alhamdulillah misi kerja kali ni berjaya dilaksanakan dengan sempurna.Ditambah pula dengan lawatan ke Brunei sekali lagi ( shopping sakan sangat²) pada hari pulang ke Putrajaya. Barang-barang di Brunei especially kain-kain ela lebih murah dari Malaysia. Sayang duit tak berapa nak ada. Kalau tak memang boleh beli banyak dan bawa pulang berniaga di Malaysia ( grin). Dalam waktu yang singkat tu, sempat la kami round Brunei. Terima kasih pada Pak Hamid selaku pemandu pelancong haritu. Dapat la tengok Istana Sultan Brunei... Yang saya perasan masa di sana, tiada bangunan tinggi di Brunei. Menurut Pak Hamid, Sultan Brunei tidak membenarkan pembinaan bangunan yang lebih tinggi dari masjid. Bagus!!!! Tiada bangunan pencakar langit di Brunei. Salah satu tanda kiamat manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit.... Menurut Pak Hamid lagi setiap warga emas menerima $B500. Banyak tu..Tiada cukai di Brunei....Memang rakyat didahulukan :D Bandaraya BRunei - Bandar Seri Begawan Makanan Segera Jolibee - MURah banget!! No tax!! Yang pasti, sehingga hari ini saya sering terkenang ketenangan yang ada di Limbang dan keseronokan melawat Brunei dan tidak lupa kebaikan hati dan keramahan yang ditunjukkan oleh warga² JDKM Sarawak . Harapan saya suatu hari nanti, saya ada peluang lagi kembali.. **ART IS A PASSION** |
You are subscribed to email updates from di limbang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |