Rabu, 12 Disember 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


SERIUS : APA DAH BERLAKU <b>DI LAWAS</b>, <b>SARAWAK</b> - Kurakura.My

Posted: 27 Sep 2012 12:27 PM PDT

lawas
SERIUS : APA DAH BERLAKU DI LAWAS, SARAWAK ? | Kita sangat terkejut dengan kekecohan yang berlaku di Lawas, Sarawak.

Beberapa keping gambar yang diterima ini menunjukkan satu situasi yang tidak patut berlaku di negara kita yang tercinta.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) layak diberi pujian kerana segera mengawal keadaan namun rasanya masih banyak yang perlu mereka lakukan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Kekecohan dikatakan bermula apabila seorang pemuda Edwin Singa Pelipus, 19, telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya kemudian dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu.

Difahamkan, kes bunuh ini ada kaitan dengan dadah.

Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan menurut beberapa sumber menyatakan pembunuh adalah lebih dari seorang dan 11 suspek kini ditahan pihak polis Lawas bagi membantu siasatan.

Kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.
lawas 1
Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah Lawas.

Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.
lawas 2
lawas 3
lawas 4

Sumber : mynewshub.my

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


MOZAIQ: Cuti - cuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Dec 2012 07:38 PM PST

Cuti sekolah akhir tahun 2012 kali ini, aku dan isteri serta keluarga ke Kuching Sarawak untuk percutian selama 4 hari 3 malam. Kami tiba di Kuching pada hari Isnin dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan yang mana semua orang boleh terbang iaitu AirAsia.

Hari Pertama : Isnin

Kami tiba di Kuching jam 4 petang, di sambut oleh panggilan telefon dan mesej daripada En. Fauzi, tuan kereta yang kami sewa, kami menyewa sebuah Perodua Alza dengan harga Rm 420 untuk 4 hari, agak murah bagi sebuah MPV yang usianya baru mencecah 6 bulan, kereta baru tu!

Destinasi Pertama kami di Kuching ialah tempat penginapan kami iaitu hotel "kira-kira jadi kera" Tune Hotel. Nak murah punya pasal, tapi memang murah Rm 200 untuk 2 bilik selama 3 malam, tapi nak keselesaan perlulah membayar harga untuk setiap perkhidmatan, penghawa dingin, 24 jam dengan harga rm 20, kalau dah habis boleh dapatkan isian semula di kaunter.

Seterusnya, kami mengisi perut yang kosong dari semenanjung ini, di sebuah restoran berhampiran, iaitu Kuching Kopitiam, hanya sejenis hidangan sahaja yang ada iaitu "LELAPAN", lelapan ayam, tongkol, puyuh, kembong. Lelapan bermaksud ulam-ulaman, dan hidangan tersebut merangkumi nasi putih, sup, ulam-ulaman serta sambal.

Malamnya pula kami bersiar-siar di sekitar Kuching Waterfront, terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah River Cruise. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual cenderamata, mutiara, serta Gambir Sarawak (untuk sakit gigi).

Hari Kedua: Selasa

Kami bersarapan di Warong Nusantara, makanannya sama sahaja seperti di semenanjung, ada roti canai, nasi lemak dan sebagainya. Kemudian, kami bertolak ke Santubong, perjalanan hanya mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Destinasi kami ialah Perkampungan Budaya Negeri Sarawak. Bayaran masuk tersangatlah mahal iaitu Rm 60 seorang. Diskaun hanya diberikan untuk pelajar yang ada kad pelajar, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, dan warga emas. Jadi bawalah kad pelajar jika anda seorang pelajar, jika tidak bawalah penaja besar untuk menaja anda, terima kasih kepada penaja saya!

Walaupun bayarannya mahal, tetapi memang berbaloi, kata orang jika pergi ke sini, seperti sudah sampai ke seluruh negeri Sarawak. Terdapat rumah panjang kaum-kaum di Sarawak, aktiviti seharian mereka, persembahan kebudayaan (Jam 11.30 pagi) dan macam-macam lagi yang anda boleh cuba sendiri.

Kami makan tengah hari di Medan selera Kubah Ria di pinggir sungai Sarawak, sebelum pulang ke bandar Kuching. Petang kami menghabiskan masa, tenaga, dan wang ringgit di deretan kedai cenderamata di sekitar waterfront, macam-macam ada!

Malamnya pula, kami makam malam, di Top Spot Food Court yang terletak di Taman Kereta. Rupa-rupanya taman kereta itu ialah tempat letak kereta, "direct translation" kepada Car Park.

Kedai pilihan kami ialah Bukit Mata Seafood, setelah melihat sijil Halal yang dipamerkan. Pelbagai menu pelik dan menarik untuk dicuba, yang pasti memang sedap!

Hari Ketiga: Rabu

Hari ini kami pergi Semenggoh, Pusat Pemuliharaan Orang Utan. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Kuching. Kami bernasib baik kerana dapat bersua muka dengan seekor Orang Utan di situ, ini kerana ketika musim buah-buahan seperti sekarang, orang utan sukar untuk dilihat kerana mereka mempunyai stok makanan yang banyak di dalam hutan, tak perlu lagi hadir ke pusat ini.

Kemudian kami bertolak ke Kampung Boyan untuk membeli kek lapis dan ikan terubuk masin yang di kirim oleh peminat tegar ikan terubuk masin di semenanjung. Berkenaan kek lapis, ada dua jenama paling terkenal iaitu Mira & Dayang Salhah. Menurut beberapa orang yang ditemui, kek lapis Mira lebih sedap, dan yang satu lagi katanya dah kurang sedap, hanya kek lapis contohnya sahaja yang sedap. Jadi, kami mendapatkan kek lapis di Mira.

Malam harinya, kami sekali lagi ke Kampung Boyan, tapi kali ini kami menyeberang menggunakan sampan dari Kuching, tambangnya cuma 50 puluh sen sahaja sehala dari waterfront. Memang ramai ke sini malam hari untuk makan malam di Medan Selera Kampung Boyan. Macam-macam ada!

Hari Keempat: Khamis

Hari terakhir, aktiviti bebas, membeli apa yang kurang, masih lagi membeli-belah.........sebelum pergi ke lapangan terbang jam 5 petang, pemeriksaan di sini lebih ketat berbanding di LCCT.

Jika mahu ke Kuching, pergi lah ketika hujung minggu, kerana anda berpeluang ke Pasar Satok dan Pasar Serikin yang bersempadan dengan kalimantan.

Sekian.

ads