Sabtu, 25 Februari 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


<b>Lawas</b> cemerlang pada Regata Brunei | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2012 03:16 PM PST

Posted on January 26, 2012, Thursday

BANDAR SERI BEGAWAN: Pasukan Putera Sungai Penyengat Kuala Lawas dari Sarawak beraksi penuh cemerlang pada pembukaan Regata Brunei Darussalam 2012 yang berlangsung penuh gilang-gemilang Ahad lepas apabila berjaya mengungguli kategori Maraton 30 Pekayuh Perahu Tradisi Terbuka Maraton sekali gus melayakkan mereka menerima piala pusingan Anugerah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Brunei.

CEMERLANG: (Dari kiri) Sultan Hassanal Bolkiah ketika menyerahkan piala pusingan Anugerah DYMM kepada Awang Damit dan kontinjen pasukan Putera Kuala Lawas di Bandar Seri Begawan, Ahad lepas.

Selain di tempat pertama, pasukan Putera Kuala Lawas dengan nama perahunya Putera Mahkota turut beraksi gah dengan merangkul tempat kedua, manakala tempat ketiga  dimenangi pasukan Punang Gemilang Lawas yang juga peserta dari Sarawak.

Di samping itu, pasukan Putera Kuala Lawas turut mengungguli kategori 20 Pekayuh Perahu Tradisi terbuka di tempat kedua, dan merangkul tempat ketiga pada acara 25 Pekayuh Perahu Tradisi terbuka.

Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Selain kategori Maraton 30, 20 dan 25 Pekayuh, Sultan Brunei juga menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi Lumba Khas 15 Pekayuh, Jetski 1200cc, Bot Tambang 60HP ke atas, 20 Pelumba Pekayuh antara Kementerian-kementerian dan Bot Laju F1.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Putera Kuala Lawas Awang Damit Ali Hasan melahirkan perasaan gembira dan berterima kasih di atas jemputan daripada Sultan Brunei pada penyertaan kali ini.

Katanya lagi, Regata Brunei kali ini mampu mengimbau nostalgia zaman nenek moyang para pelumba muda sekarang khususnya semasa mereka 'beradu kekuatan' di Sungai Brunei lebih 30 tahun lalu.

"Pastinya dengan menyertai acara ini ia dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan nenek moyang para pelumba yang pernah mengukir nama pada acara serupa di Sungai Brunei ini," katanya.

Awang Damit berkata, banyak pengalaman manis dan berharga yang diperolehi khususnya layanan mesra yang diberikan kerajaan Brunei kepada peserta dari Sarawak sepanjang berlangsungnya regata tersebut.

Beliau juga optimis sukan Regata Brunei Darussalam ini mampu menjadi satu lagi daya tarikan dalam industri pelancongan domestik untuk menarik kemasukan pengunjung ke negara tersebut.

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai atur cara telah disediakan termasuk  persembahan kebudayaan di Malam Resepsi sempena dengan Regata Brunei Darussalam 2012.

ads