11 di sarikei sarawak - Google Blog Search |
Kerajaan fokus bangun luar bandar | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b> Posted: 15 Feb 2013 01:12 PM PST SARIKEI: Pentadbiran negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan agenda transformasinya telah banyak memfokuskan kepada kemajuan dan pembangunan di kawasan luar bandar agar seimbang dengan perkembangan di kawasan bandar yang sedang pesat membangun. Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing berkata kawasan Sarikei adalah merupakan satu contoh yang terbaik sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini. Katanya, beberapa pembangunan yang telah dipergiatkan di kawasan ini sejak dahulu hingga ke saat ini ternyata telah menampakkan dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat dari semasa ke semasa. "Jika kita lihat pada hari ini, Sarikei jauh membangun dan menjadi sebuah kawasan yang serba lengkap sama ada dari kemudahan infrastruktur, pendidikan, ekonomi, pasarana, pusat kesihatan dan sebagainya. "Sejak beberapa tahun lepas, beberapa projek besar dilaksanakan di kawasan ini yang ternyata memberikan kesan kepada masyarakat setempat. "Pembinaan Hospital Sarikei menelan belanja sekitar lebih RM1 bilion pada masa kini mempunyai tujuh orang doktor pakar, pembinaan Central Market Baharu yang menjadi pusat utama bagi peniaga kecil-kecilan memasarkan hasil tani dan ternakan serta lain-lain produk keluaran mereka. "Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei baharu bernilai RM40 juta yang dilaksanakan pada Jun lalu, dijadualkan siap sepenuhnya pada Jun 2014 nanti, serta menggalakkan masyarakat meningkatkan pengetahuan dan mengasah kebolehan mereka dengan mewujudkan pusat pendidikan Kolej Komuniti," katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Penduduk di Zon 8B di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bulat, malam kelmarin. Sekitar 120 orang penduduk kawasan terbabit hadir dan aktiviti itu adalah anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parlimen Sarikei. Menurut Ding, setiap usaha yang dipergiatkan oleh BN adalah memberikan keutamaan kepada rakyat terlebih dahulu dan bukannya kerajaan mengabaikan rakyat seperti yang kerap dipropagandakan oleh pembangkang. "Kita berharap pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang masyarakat harus menggunakan kebijaksanaan dalam membuat pilihan dan bukannya terpengaruh dengan isu sesetengah pihak yang tidak berasas. "Masyarakat harus melihat ke hadapan dan terus yakin dengan kepimpinan BN kerana kerajaan dan pemimpin sejak dari dahulu lagi hingga kini terbukti berjaya membawa negara ke persada kejayaan," katanya. Category: Berita Tempatan, Sarawak |
You are subscribed to email updates from di sarikei sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |