Selasa, 16 Julai 2013

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jun 2013 01:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jun 2013 01:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: <b>di negeri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2013 01:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pecahan Undi Mengikut Kaum <b>di Sarawak</b>, Sabah dan Isu <b>...</b>

Posted: 14 May 2013 02:46 AM PDT

Berikutan sambutan yang hangat kepada  artikel kita tentang pecahan undi mengikut kaum di Semenanjung Malaysia, kini kita paparkan hasil kajian tentang perkara yang sama di negeri Sarawak dan Sabah.

Sungguhpun, persaingan disana tidaklah  sehebat   seperti di  Semenanjung, tetapi kita nampak wujudnya beberapa petunjuk yang perlu diambil perhatian. Faktor faktor  ini  misalnya bagaimanakah kaum Cina mengundi dikedua dua negeri tersebut dan bagaimanakah corak pengundian masyarakat Bumiputera  bukan Islam. Jika ada perbezaan wujud diantara Sarawak dan Sabah, mengapa dan apakah implikasinya. Akhirnya bagaimanakah aras sokongan masyarakat Muslim di sana kepada Barisan Nasional.

Kita juga membuat analisis ringkas implikasi kesan kepada kedua dua negeri tersebut  dan kesan kepada kerusi  Bumiputera di dalam Parlimen jika gesaan  DAP untuk mengubah persempadanan Parlimen dilaksanakan.  Anda mungkin sedia maklum tekanan dari DAP untuk melaksanakan prinsip one person one vote, atau seorang individu seorang undi, seperti di petik dalam Malaysiakini semalam( sila klik).

Pecahan Undi di Sarawak

Hasil Kajian Model Regression kita  menunjukkan sokongan yang amat tinggi kepada Barisan Nasional dari masyarakat Islam di Sarawak dengan kadar 87.3%,   kaum  Bumiputera bukan Islam 64% dan kaum Cina 29.4%. Sesungguhnya kedudukan Sarawak sebagai fixed deposit BN amat tepat sekali.

Yang menariknya populariti BN meningkat  berbanding pilihanraya negeri 2011 untuk semua kaum termasuk kaum Cina. Pada pilihanraya Negeri tahun 2011, undi kaum Cina untuk BN hanya di paras 25%.

Dengan prestasi sedemikian, pasti ada yang betul di negeri Sarawak yang di terajui oleh BN  negeri . Perlu diingatkan bahawa semua komponan BN di Sarawak terdiri daripada parti parti berasal dari Sarawak sahaja.

Juga, di Sarawak di  Era Pasca Pilihan Raya Negeri 2011, hanya terdapat dua orang  sahaja Menteri berketurunan Cina di Kabinet Negeri, itu pun yang telah menang dalam Pilihan Raya.  Kerajaan Negeri nampaknya sudah muak  hendak memberi perhatian khas kepada masyarakat tersebut, walaupun hubungan sosial antara masyarakat masih baik, tanpa sebarang penindasan  terhadap masyarakat Cina.

Dengan itu  nampaknya Kerajaan Sarawak  telah selama dua tahun memberi cooling off period untuk masyarakat Cina mengikis prejudis kaum dan memikir nasib mereka sendiri.

Selain itu, Kerajaan BN Sarawak dibawah Pehin Seri Taib Mahmud sangat perihatin dengan sensitiviti antara kaum, terutama dengan Bumiputera Bukan Islam. Beliau menitik beratkan pembangunan di semua kawasan kaum Bumiputera dan menunjukkan  semangat toleransi   dan kebijaksanaan  ketika  menangani isu Kalimah Allah.

Beliau juga seorang pejuang yang  amat tegas dalam menjaga otonomi Sarawak dalam Malaysia.

Pecahan Undi di Sabah

Analisis model untuk negeri Sabah menunjukkan yang sokongan yang paling tinggi ialah dari kalangan Bumiputera Islam dengan kadar  76.4%, Bumiputera Bukan Islam  33.%, dan Cina 22.8%.

Angka diatas menunjukkan sokongan undi dari kaum Cina diparas 22.8% adalah rendah tetapi  lebih tinggi daripada di Semenanjung Malaysia.

Yang menarik sekali ialah  sokongan dari Bumiputera Bukan Islam adalah rendah dibawah kadar 50%. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa angka yang rendah ini tidak semestinya bererti  Pakatan Rakyat lebih kuat dikalangan Bumiputera bukan Islam. Sebenarnya ini disebabkan ramainya calon bebas dan yang menggunakan lambang parti tempatan yang, walaupun tidak menang, telah dapat meraih undi  dengan agak banyak.

Jadi, nampaknya UMNO atau BN , sebuah parti dari Semenanjung Malaysia gagal mendapat kepercayaan dari kaum Bumiputera bukan Islam di Sabah. Ini berbeza dengan di Sarawak  dimana mereka terbahagi didalam  beberapa buah parti  komponan tempatan BN.

DAP  Mendesak Persempadanan semula Kawasan Pilihan Raya

Dalam Pilihan Raya  Ke 13 ini, sungguhpun Barisan Nasional telah memenangi pilihan raya dengan 133 kerusi berbanding  89 kerusi untuk PR, undi majoriti sebenarnya memihak kepada Pakatan Rakyat. Inilah kali pertama dalam sejarah PRU keadaan ini terjadi dan mendorong Anwar dan Lim Kit Siang menggerakkan bantahan besar besaran membawa perhatian ini kepada rakyat. Lagipun, survei  pendapat umum banyak menunjukkan yang PR yang lebih popular dari  BN,  kerana undi Cina yang hampir kesemuanya diberi kepada Pakatan Rakyat.

Malaysiakini dipetik melaporkan Parti DAP telah  membentuk Jawatan Kuasa Persempadanan semula untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi menambah  kerusi di kawasan kawasan bandar yang boleh dimenangi  parti tersebut. Jika  disetujui oleh kerajaan, ini  dijangka akan merobah lanskap politik Malaysia secara berkekalan. Akibatnya DAP akan berpeluang menjadi antara parti  yang terbesar dan boleh menyaingi UMNO.

Perlu di ingatkan bahawa sememangnya sistem di Malaysia memberi pertimbangan lebih kepada kawasan luar bandar kerana setiap kawasan pilihan rayanya yang lebih  luas dan lebih sukar bagi wakil rakyat menyampaikan perkhidmatan mereka. Sistem  ini juga memberi kelebihan kerusi kepada kaum Melayu dan Bumiputera yang diam di luar bandar.

Selain itu pengagihan kerusi kini juga  berkaitan rapat  dengan sejarah pembentukan Malaysia yang terdiri daripada  tiga wilayah yang hampir sama besar kawasan tanahnya, itu Malaya, Sarawak dan Sabah. Satu formula pengimbangan telah ditetapkan dengan memberi nisbah yang saksama  kepada Sarawak dan Sabah sebagai jaminan untuk  penduduk di kedua dua negeri tersebut.  Perlu diingatkan  penduduk  di Sarawak dan Sabah  telah menyertai negara Malaysia dan memperolehi kerakyatan dengan   membawa  kedua dua  negeri mereka bersama,  dan tidak hanya dengan sehelai sepinggang seperti rakyat bukan Bumiputera di Semenanjung . Jadi sebarang tindakan kerajaan untuk mengubah persempadanan pilihan raya sejak dahulu lagi telah mengambil kira perkara ini.

Memang sudah dijangka  dari dahulu lagi   agenda utama DAP ialah hendak merobah pengagihan kerusi pilihan raya,  jika  ia  berjaya menjadi  parti tunggak dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, kawasan pilihan raya untuk kaum Cina akan bertambah dan membolehkan DAP menjadi parti tunggak  berterusan kepada Pakatan Rakyat, sepertimana UMNO di pihak Barisan Nasional.

Bagaimanapun, sebarang  keputusan kerajaan yang tunduk kepada desakan  DAP dengan   merobah imbangan   ini,   dikhuatiri akan  mengancam  kesetabilan negara  yang wujud  sejak Malaysia terbentuk lebih lima puluh tahun dahulu.

Sekian, wallahu 'alam

DAH IKHWAN

ads