Selasa, 24 April 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Zon Perindustrian Akuakultur <b>di Lawas</b> akan dibangun semula <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 04:47 PM PDT

Posted on March 13, 2012, Tuesday

KUCHING: Zon Perindustrian Akuakultur (ZPA) di Lawas akan dibangunkan semula untuk mengembangkan lagi industri tersebut di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, beliau telah memohon peruntukan untuk tujuan tersebut.

"Antara zon yang terlibat ialah kawasan Skim Penempatan Semula Awat-Awat, Kampung Punang dan Sundar.

"Kawasan-kawasan ini bersesuaian bagi penternakan seperti ikan siakap, ikan kerapu dan udang kerana ia mempunyai potensi semula jadi," katanya pada sidang media selepas merasmikan taklimat mengenai Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 di sini semalam.

Bagaimanapun, Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar tidak mendedahkan jumlah peruntukan yang diperlukan.

Menurut Jabu, kawasan-kawasan akuakultur tersebut yang telah ditubuhkan sejak sekian lama sudah tidak relevan lagi dari segi kemudahan dan kelengkapan penternakan.

Justeru beliau berkata, ia perlu dinaik taraf dan dibangunkan semula dengan kemudahan yang moden.

Sementara itu, Jabu berkata selain kedudukan, kesesuaian alam sekitar di Lawas juga adalah faktor ia dibangunkan untuk industri akuakultur.

"Apabila Lapangan Terbang Lawas siap dalam tempoh lima tahun akan datang, ia akan menjadi laluan utama udara ke utara Sarawak.

"Malah, ia juga dekat dengan Brunei, Labuan dan Sabah…maka, pasarannya ada di sini," kata Jabu.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


109 Penduduk <b>Simunjan</b> Terima Pampasan Tanah RM564,112.95 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:42 AM PST


MOHD. Naroden Majais (tiga dari kiri) menyampaikan cek pampasan tanah kepada seorang penerima di Simunjan, Sarawak, baru-baru ini.
SAMARAHAN 16 Feb. – Seramai 109 penduduk telah menerima cek pampasan tanah yang keseluruhan berjumlah RM564,112.95 menerusi majlis yang berlangsung di Dewan Setia, Majlis Daerah Simunjan dekat sini baru-baru ini.
Kesemua cek itu disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Bumiputera negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais.
Mohd. Naroden berkata, penyerahan pampasan tersebut menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan merampas tanah rakyat tanpa membayar sebarang pampasan.
"Kerajaan akan membayar pampasan terhadap tanah milik penduduk yang diambil alih bagi tujuan pembangunan mengikut prosedur tertentu mengambil kira nilai pasaran semasa tanah tersebut," katanya di sini.
Mohd. Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan berkata, tanah yang dibangunkan oleh kerajaan itu sudah pasti memberi faedah terhadap kesejahteraan hidup penduduk sendiri.
Ini kerana katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak perancangan dan agenda untuk melaksanakan pelbagai projek di kawasan Simunjan supaya rakyat dapat menikmati kemajuan.
Justeru, beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada penduduk di kawasan Simunjan yang sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang sengaja memburuk-burukkan usaha kerajaan membawa pembangunan kepada mereka.
"Jika penduduk berasa tidak puas hati terhadap perkara berkenaan maka mereka boleh mengemukakan aduan masing-masing melalui saluran yang tertentu," ujarnya.

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Berita Harian Edisi <b>Sarawak</b>: Persiapan Kontijen <b>Betong</b> (MSSB) Ke <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 11:51 PM PDT

BETONG : Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak Bahagian Betong(MSSB) kini dalam rangka mempersiapkan kontijen Balapan dan Padang Bahagian Betong bagi menghadapi kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak (MSS) yang akan dilangsungkan di Sibu yang bermula 17 hingga 20 April nanti.
Menurut Penolong Ketua Jurulatih, Fadreen Jingan seramai 61 atlit MSSB Betong akan menggalas cabaran sebagai penyertaan kontijen MSSB Betong pada kejohanan kali ini.
Dengan mensasarkan 10 emas, 8 perak dan 10 gangsa kontijen MSSB Betong yang ternyata menyerlah dalam acara Jalan Kaki dan Jarak Jauh akan berusaha mengekalkan pencapaian terbaik pada temasya itu nanti.
"Sasaran kita sekurang-kurangnya mengatasi jumlah pingat yang disasarkan, untuk kita mendapat kedudukan yang baik dalam kejohanan seumpama itu, kita perlu berkorban masa untuk mempersiapkan diri dengan latihan yang secukupnya", jelas Fadreen ketika ditemui pemberita ketika sesi latihan pasukan disini semalam.
"Latihan pusat selama seminggu, sekurang-kurangnya dapat memberi kesan dan pencapaian terbaik atlit kita dalam menghadapi kejohanan yang lebih tinggi selepas ini, tambah beliau.
Menurutnya lagi, latihan pusat yang dijalankan berupaya membentuk satu kekuatan dalam pasukan dan sekurang-kurang mencuri mata dalam kategori yang disertai meskipun tempoh masa yang agak singkat bagi menilai kebolehan dan pencapaian sebenar atlit yang terpilih.
"Kita juga akan mengenal pasti atlit yang mampu untuk diketengahkan bagi menggalas cabaran seterusnya pada masa-masa akan datang dengan menyerap masuk atlit muda yang berkebolehan dan bakal beraksi untuk kontijen bahagian seterusnya mencapai tahap yang boleh membanggakan negeri dan kebangsaan", tambah Fadreen.
Katanya lagi, bagi pihak pegawai dan jawatankuasa yang dilantik melaksanakan tanggungjawab pasukan, beliau merasa amat bersyukur dan berterima kasih atas komitmen pejabat Pelajaran Daerah Betong yang sangat perihatin dengan kebajikan atlit dan pegawai-pegawai yang terlibat.
Kerjasama yang diberikan akan menjadi inspirasi dan panduan untuk terus maju dalam menjulangi pencapaian Negeri Sarawak.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Gambar Sekitar Pikom Pc Fair <b>di Kuching Sarawak</b> | PENGUMPUL <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 03:07 AM PDT

Lokasi : BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING
Lokasi Pikom Pc Fair seterusnya di bahagian Sarawak adalah di Sibu pada 27 - 29 April 2012.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati promosi hebat ini!!!

Maher Zain “Forgive Me” Live in Malaysia 2012 « Life in KL

Posted: 24 Apr 2012 01:32 AM PDT

With his recently launched album, "Forgive Me", Maher Zain is back in Malaysia for Maher Zain "Forgive Me" Live in Malaysia 2012.

Jointly Organized by Marctensia Concerts and Awakening Entertainment, Co Sponsored by Etiqa Takaful Bhd and One Drop Perfumes, Astro as the Official TV,
Hilton KL as the Official Hotel and Technical Support by Singesen, Maher Zain
"Forgive Me" Live in Malaysia 2012 will be held at Stadium Merdeka at 8:00pm on
16th June 2012. Concert tickets are priced at (free seating) RM78, (numbered seat)
RM138, RM238, RM298 and VIP. Tickets will be launched nationwide on 25th April
2012. VIP ticket holders are entitled to have a group photo session with Maher Zain,
exclusively!

Public may also enjoy 5% discount from 25th April – 29th April
2012, discount is available for all ticket categories except VIP.

Get your tickets through TicketCharge hotline at 03 9222 8811 or online purchase at
www.ticketcharge.com.my. VIP tickets can also be booked through Marctensia
hotline at 03 2092 1199 or ticketing@marctensia.com.

Maher Zain's debut album "Thank You Allah" was sold more than 250,000 copies in
Malaysia itself. In 2nd April 2012, Maher Zain successfully launched his second
album "Forgive Me" in 16 countries, and received 4 platinum sales record in
Malaysia in just only 4 days after the album launched! There are total of 14 tracks in
this new album, which include two Malay songs "Ku Milik-Mu" and "Tuntutan
Kepada-Mu". Additionally, the song title "Number One For Me" has become the first
hit single with almost 1.5 million views on YouTube.

Since the success of last year's Maher Zain Live di Kuching, Sarawak 2011,
Marctensia Concerts is honored to jointly organize this concert with Awakening
Records once again for Maher Zain "Forgive Me" Concert Live in Malaysia 2012.

For further information, please visit www.marctensia.com/ or
http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/ or contact hotline 03-
20921199.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Ellison Ludan Calon SWP <b>di Kanowit</b>!?!?!! ~ MUKAPETANG™

Posted: 22 Apr 2012 05:39 AM PDT

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Pengetua Sekolah <b>di Serian, Sarawak</b> Dituduh Menerima Suapan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.
"Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.
"Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.
"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu lagi. 

Nasi Minyak: KOLAM AIR PANAS PANCHOR, <b>SERIAN</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 15 Aug 2011 09:11 AM PDT

Sabtu 2hb April 2011, aku pergi ke Kolam Air Panas Panchor yang terletak di Kampung Panchor Dayak, Kota Padawan. Sarawak. Perjalanan dari Kuching ke Kolam Air Panas Panchor ni mengambil masa lebih kurang 45minit. Dari Kuching, ambil jalan menuju ke Airport, seterusnya ke Batu 7, pastu Serian n pastu Siburan, barulah jumpa satu signboard kecik ke Panchor di sebelah kanan. Kolam Air Panas Panchor ni tak lah terkenal sangat di Kuching ni berbanding dengan Kolam Air Panas Anah Rais, tapi masih boleh dimajukan sebagai lokasi perlancongan dan sebagai salah satu tempat yang menarik di Kuching ni.

Mengikut cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Panchor Hot Spring ini mula ditemui sekitar tahun 1840, abad ke-19, sewaktu kawasan tersebut mula diterokai untuk tujuan berhuma padi oleh En. Janang, En. Mancha, En. Ringah, En. Rangkeng dan En Nyangah. Mereka merupakan pengusaha pertama kawasan tersebut dan seterusnya pengasas kepada kewujudan Kampung Pachor Dayak yang ada pada hari ini. Mengikut kepercayaan penduduk setempat, adalah dipercayai Panchor Hot Spring ini merupakan salah satu lokasi tempat mandi manda oleh puteri raja kayangan pada waktu pagi dan senja dan dengan mengamalkan mandi di Panchor Hot Spring ini boleh menyembuhkan penyakit kulit dan sebagai awet muda.

Jalan untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini agak sunyi dan berliku2, sesuai untuk buat drift tapi kena hati2 lah sebab jalan dia sempit, kalo terbabas konfem masuk dalam tali air. Lebih kurang 1km sebelum sampai ke Panchor Hot Spring ini, anda akan bertemu dengan jalan yang agak teruk, bukan jalan tanah merah tapi jalan berbatu kerikil yang agak besar dan berlubang2, so drive carefull y lah ye.   

 020420111115 020420111116 020420111117

Untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang dan dibuka setiap hari sampai pukul 6 petang. Ada hari yang dibuka sampai pukul 9 malam, tapi tak berapa pasti hari apa, sori ye…hehehe. Dari segi kemudahan tandas dan tempat salin baju amatlah mengecewakan, sebab terlalu kotor dan hancing. Keadaan kolam pula terutamanya papan lantai kolam amatlah licin sebab penuh dengan lumut. Khabarnya, kawasan Panchor Hot Spring ini dimajukan oleh orang perseorangan, sebab tu maintenance kawasan ini agak kureng sikit.

020420111108 020420111110 020420111113 020420111106 020420111107 020420111097

Anyway, air dia memang panas, sesuai dengan nama dia, tak macam Kolam Air Panas Bentong dekat Pahang, air dia suam2 kuku je. Saya tak berapa pasti dari mana punca air panas di Panchor Hot Spring ni, dan nak kata macam kolam pun nampak macam bukan kolam, lebih kepada parit air yang telah digali dan dibesarkan untuk tujuan mandi manda. Ulasan selanjutnya, tengok je lah gambar2 di bawah ni, kualiti gambar kurang bagus sebab ambil pakai handphone N70 je.

020420111095  020420111096 020420111099 020420111100 020420111101 020420111102

Kesimpulannya, Panchor Hot Spring ni ada potensi untuk dimajukan sebagai salah satu daripada produk perlancongan di negeri Sarawak ni dan Kerajaan Negeri seharusnya memberi bantuan kewangan dan lain-lain galakan kepada pengusaha Panchor Hot Spring ini.

Keseluruhannya, tempat ni bagus untuk :-

  • mandi air panas, sebab air dia memang panas
  • aktiviti santai bersama ahli keluarga di hujung minggu

Perkara2 yang perlu diperbaiki :-

  • kemudahan dan kebersihan tandas
  • kebersihan bilik menyalin pakaian yang busuk dan hancing
  • perlu ada bilik mandi tertutup, untuk pengunjung membilas dan mencuci badan
  • papan lantai kolam yang berlumut dan licin berbahaya kepada pengunjung terutama kanak-kanak
  • keadaan kolam tu sendiri, sepatutnya bersimen dan airnya dibiarkan mengalir, bukan bertakung macam parit air je
  • papan tanda untuk masuk ke kawasan kolam dan kemudahan jalanraya haruslah dipertingkatkan lagi

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


GAMBAR B.I.G KHIDMAT KOMUNITI <b>DI</b> SK PINANG, KOTA <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 10:29 AM PDT


Tahniah kepada kawan-kawan kerana kita telah berjaya menjalankan Program Bina Insan Guru di SK Pinang, Kota Samarahan, Sarawak pada 20 April 2012 yang lalu. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak SK Pinang dan Kampung Pinag serta pihak institut.




















11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Jantan Gel | Ubat Kuat | Tahan Lama | Atasi Terpancut Awal | Iklan <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 01:38 PM PDT

Jantan Gel | Ubat Kuat | Tahan Lama | Atasi Terpancut Awal

Pancutan pra matang atau masalah cepat pancut amat tidak disukai wanita. Antara punca pancutan pra matang adalah kegelian melampau dialat sulit lelaki.

Jantan Gel membantu anda dengan mengurangkan kegelian dizakar anda.

Hasilnya? Jimak Lebih Lama dan Isteri Tersenyum Puas.

Jantan Gel direka khusus untuk membantu lelaki tahan lebih lama diranjang, meningkatkan keyakinan diri dan memuaskan pasangan. Jantan Gel diformulasikan 100% dari herba melayu purba yang telah diiktiraf turun temuran dalam membantu lelaki tahan lebih lama diranjang.
Kandungan Jantan Gel

Butea Superba

Merupakan herba dari Thailand. Di Thailand, ia dikenali sebagai Red Kwao Krua. Terkenal di Thailand sebagai penggalak seks buat kaum lelaki.

Dr Wichai Cherdshewasart sainstis di Chulalongkorn University, Thailand telah mengesahkan bahawa Butea Superba mempunyai sifat semulajadi dalam menyembuhkan penyakit mati pucuk.

Butea Superba adalah antara bahan yang terdapat dalam Jantan Gel.

Lintah

Pada zaman dahulu, lintah dijadikan minyak dan diurut pada zakar lelaki. Ia dipercayai mampu membesarkan zakar lelaki.

Kini perubatan moden telah mengakui khasiat Lintah. Khasiat Lintah terletak pada air liurnya. Air liur lintah mengandungi bahan yang mampu mencairkan dan melancarkan darah.

Gambir Serawak

Sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat?s claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal dikawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.

Keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden yang menelan belanja yang tinggi.

Cara Guna Jantan Gel

Picit sedikit gel ke jari anda. Sapu secara sekata dikepala zakar, takuk kepala zakar dan urat pari. Biarkan sejam sebelum bilas dengan air paip. Kemudian anda boleh bersama. Kesan gel akan lebih kuat sekiranya anda biarkannya lebih lama dizakar anda.

Kami mengesyorkan anda menggunkan Jantan Gel selepas mandi petang. Biarkan gel tersebut meresap. Bila anda mahu bersama isteri anda pada selepas insyak baru dibilas dengan air. Kesan Jantan Gel mampu bertahan sehingga 9 jam. Walaupun anda tidak jadi bersama dengan isteri anda pada malam tersebut tidak mengapa kerana Jantan Gel tidak memberbahayakan.

Cara penggunaan berserta gambar ada disertakan sekali.

Perhatian! Jika anda pengguna Jantan Gel kali pertama, sila guna dalam kuantiti yang sedikit dahulu untuk mengetahui amaun yang sesuai untuk anda. Zakar setiap lelaki adalah berlainan dan masing-masing memerlukan amaun gel yang berbeza. Jika penggunaan pada hari ini tidak memberikan perbezaan, sila gandakan amaun gel untuk hari esok. Dan pastikan gel dibiarkan pada zakar sekurang-kurangnya 1 jam (lebih lama lebih baik).
Beli Jantan Gel Dengan Yakin

kementerian kesihatan malaysia Jantan Gel berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. No pendaftaran NOT091202590K

Jantan Gel produk Bumiputera. Produk Halal.

INFO LANJUT SILA KLIK DI SINI
HebatPower.Com Pembekal Produk Sensasi Seksual Lelaki Dan Wanita

CARA TEMPAHAN SILA KLIK DI SINI
HebatPower.Com Pembekal Produk Sensasi Seksual Lelaki Dan Wanita

BERMINAT UNTUK MENJADI AGEN? SILA SMS KE 0173468224 UNTUK KETERANGAN LANJUT (YANG BENAR-BENAR BERMINAT SAHAJA )

CASH ON DELIVERY AREA
Kuala lumpur,Ampang, Seremban, Batu Caves, Jalan Klang Lama, Puchong, Pantai, Cheras, Kajang, Ampangan, Kuala Pilah, Bahau, Jempol, Nilai, Plus Highway, Taman Medan, Pandan Indah, Tampin, Selayang, Dato Kramat, Jalan Ampang, Maluri, Bukit Bintang, Kampung Baru, Senawang, Gemas, Selangor, Negeri Sembilan

(Cash On Delivery Bergantung pada kuantiti barang dan jenis barang dan kesesuaian masa dan nilai barang-Sekirangnya nilai barang agak tinggi atau dengan kuantiti yang banyak deposit di perlukan )

1. Bankin RM59.90.00 ke Akaun :MAYBAN-155015219871

2. Simpan segala bukti transaksi pembayaran anda.
(Simpan sehingga anda menerima barangan anda)

3. Sms / Call : 0173468224
Berikan butiran lengkap berikut :

Nama anda
Alamat Anda
Bank In
Jumlah Transaksi
Masa transaksi
Tarikh transaksi
Kod Produk : JTNGL

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Bekalan air bersih antara agenda utama <b>di Sarawak</b>. « yang saya <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 09:11 AM PDT

ADA orang mengatakan adalah lebih baik tidak ada elektrik berbanding tidak ada air – terutama di kalangan penduduk bandar.

Itu menunjukkan kepentingan air sebagai keperluan utama manusia dalam menjalani kehidupan harian. Air untuk dimasak, membasuh pakaian, mandi dan digunakan untuk membersihkan anggota badan tertentu selepas membuang air besar atau kecil.

Air bersih merupakan air yang dirawat dan selamat untuk diminum.

Air amat penting untuk tubuh badan kita agar berfungsi dengan baik.

Kandungan air dalam otak ialah 74 peratus, otot 75 peratus, darah 82 peratus, tulang 22 peratus, gigi lima peratus, hati 69 peratus dan buah pinggang 82 peratus.

Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.

Justeru, bekalan air bersih di Sarawak, dikatakan kerajaan akan bertindak segera untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90 peratus di negeri itu menjelang akhir 2012. Untuk tujuan itu sejumlah RM2 bilion diperuntukkan bagi kemudahan 60,000 isi rumah di Sarawak dan Sabah.

Siapa yang tidak gembira bila mendengar matlamat itu, dan mereka yang berkenaan akan bertambah girang apabila projek-projek tersebut akan dapat direalisasikan.

Usaha kerajaan dalam menyalurkan air bersih kepada setiap isi rumah terbukti dengan pelbagai usaha. Cuma untuk kawasan-kawasan yang belum menerima kemudahan ini, diharapkan bersabar kerana lambat laun ia akan sampai juga ke kawasan anda.

Ikuti laporan berita Utusan Borneo di bawah mengenai antara usaha kerajaan menyediakan bekalan air bersih kepada orang ramai.

Loji perawatan air terbesar di S'wak siap pertengahan 2013
Posted on April 2, 2012, Monday

SARATOK: Masalah bekalan air bersih membabitkan sekitar 10,000 penduduk di kawasan Saratok, Awik, Krian dan sekitarnya akan dapat diatasi pada pertengahan tahun depan.

Ini berikutan siapnya pembinaan loji perawatan air  terbesar di Sarawak yang terletak di kawasan Kaki Wong, Saratok dengan jumlah kos pembinaan sebanyak RM114 juta, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, loji berkenaan mampu menampung keperluan penduduk di sekitar kawasan Saratok hingga tahun 2025, khususnya yang melibatkan penduduk di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.

"Dalam projek ini, sebanyak RM34 juta adalah untuk pembinaan dan penyambungan paip ke kawasan rumah panjang serta kampung berhampiran.

"Setakat ini kerja penyambungan paip tersebut sudah berada pada tahap 20 peratus siap dan penyambung ke semua kawasan dijadualkan siap dilaksana pada penghujung tahun ini bersama pemasangan meter air yang turut ditanggung  kerajaan.

"Di kawasan Saratok ini sahaja, dari tahun 2010 hingga 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk fokus pembangunan daripada semua aspek kepada masyarakat khususnya yang melibatkan infrastruktur.

"Dalam projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di negeri Sarawak sahaja, selain membina loji perawatan air, kerajaan turut mengambil langkah mengagihkan beberapa barangan seperti Projek Pembekalan 'Lifesaver Jerrycan' (LJ) dan projek tangki air untuk penduduk luar bandar dengan kos berjumlah RM37 juta dan semua usaha ini adalah untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan kesihatan yang terbaik," kata Shafie.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ambrose Ambu, Lubok Kepayang, Awik Saratok, semalam.

Menurutnya, kepimpinan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah benyak memberi keutamaan pembangunan yang melibatkan kawasan luar bandar.

"Melalui KKLW sahaja, Sabah dan Sarawak telah mendapat peruntukan yang paling besar berbanding negeri-negeri lain.

"Dalam jangka masa tiga tahun, bermula dari tahun ini, PM dalam pelan perancangannya telah memperuntukkan sebanyak RM5 bilion yang dikhaskan untuk pembangunan sahaja," katanya.

Tambahnya, semua usaha yang dijalankan ini menunjukkan bahawa kerajaan BN memang benar-benar berusaha untuk membantu rakyat di negara ini tidak kira di mana mereka berada untuk bersama menikmati hasil pembangunan.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Bidayuh harus terus bersama BN : my <b>Sarawak</b> – News coverage <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 06:28 PM PDT

Suasana politik sedia ada akan bertambah baik sekiranya BN terus kekal di tiga kerusi Parlimen majoriti kaum Bidayuh, kata Manyin

KUCHING: Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin berkata, suasana politik sedia ada akan bertambah baik sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di tiga kerusi Parlimen majoriti kaum Bidayuh pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, ia merujuk kepada ketiga-tiga kerusi Parlimen Mas Gading, Mambong dan Serian serta enam lagi kerusi Dewan Undangan Negeri yang sudah ditawan BN sebelum ini.

Merujuk kepada pemimpin kaum Bidayuh, kini mereka mempunyai dua timbalan menteri di peringkat persekutuan serta seorang menteri penuh, dua menteri muda dan timbalan speaker di peringkat negeri.

Manyin menegaskan, sekiranya salah satu daripada tiga kerusi Parlimen terbabit jatuh kepada pihak pembangkang, 'status quo' jawatan bagi kaum Bidayuh dalam kerajaan tidak akan dikekalkan.

"Kita kaum Bidayuh tidak mempunyai pilihan. Semua enam kerusi untuk pilihan raya negeri yang lalu dimenangi BN, maka tiga kerusi Parlimen kawasan Bidayuh ini juga mesti kekal bersama BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Manyin yang juga ketua penasihat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) berkata demikian dalam Majlis Makan Malam 'Udung Bidayuh' (Forum Bidayuh) di Kampung Sinjok malam kelmarin.

Sebelum ini, majlis yang sama diadakan di Bau pada 27 Februari lalu, manakala siri ketiga dan terakhir akan diadakan di Serian pada 5 Mei depan.

Sementara itu, Manyin percaya pilihan raya akan datang akan dilangsungkan pada bulan Jun.

Beliau berkata 'Udung Bidayuh' dilakukan untuk tiga Ahli Parlimen, enam ADUN dan dua setiausaha politik ketua menteri untuk duduk bagi membincangkan isu-isu kebimbangan masyarakat Bidayuh.

Sejak penubuhannya pada 1997, 'Udung Bidayuh' berjaya mengurangkan pergeseran ketidaksefahaman di kalangan kaum Bidayuh dalam politik yang katanya cuma seramai 200,000 ahli dalam empat parti (PBB, SUPP, PRS dan SPDP) dalam komponen BN.

"Pernah sekali berlaku perselisihan faham antara ahli-ahli komponen BN dan ahli komponen yang lain tidak mahu membantu ahli komponen yang memegang kerusi," katanya.

Dalam hal yang berkaitan, Manyin turut menyatakan impiannya  untuk melihat kaum Bidayuh meruntuhkan perbezaan adat dan loghat bahasa masing-masing serta menerima antara satu sama lain selaras dengan semangat  1Bidayuh.

"Kita tidak bercakap mengenai perbezaan peribadi tetapi sebaliknya kita sama-sama memikirkan isu yang lebih besar mengenai kaum Bidayuh secara keseluruhan tanpa mengira jika orang itu adalah dari Jagoi, Singai, Lundu, Krokong, Singai, Padawan, Penrissen, Bukar atau Sadong.

"Suatu hari nanti, mana-mana pemimpin Bidayuh tidak kira dari bahagian mana pun boleh dicalonkan di mana-mana kawasan Bidayuh yang lain dan diterima oleh semua Bidayuh. Itulah impian saya.

"Jika impian itu direalisasikan, maka kita telah mencapai sasaran 1Bidayuh," katanya.

Turut menghadiri majlis itu adalah kesemua sembilan wakil rakyat kaum Bidayuh termasuk Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, Ahli Parlimen Mambong yang juga Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit, Pengerusi Penganjur Temenggung Datu Stephen Jussem, Presiden DBNA Datu Ik Pahon Joyik dan pemimpin cawangan DBNA serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Stay with BN, Bidayuh community urged : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 03:03 PM PDT

UNITED WE STAND: Manyin (fourth left) leads the Bidayuh VIPs in giving the 'thumbs-up' during a photo call at the dinner.

KUCHING: The current 'best ever political situation' for the Bidayuh community can continue if Barisan Nasional wins in all the three Bidayuh-majority parliamentary seats in the coming general election.

Infrastructure Development and Communications Minister Dato Sri Michael Manyin, who said this, was referring to the present situation whereby the Bidayuhs now have two federal deputy ministers, a full minister, two assistant ministers and a deputy Speaker at the state level.

The three parliamentary seats are Mas Gading, Mambong and Serian. The six state seats are already under BN.

Manyin cautioned that even if one of the three parliamentary seats were to fall to the opposition, there was every likelihood that the status quo of posts for the community in the government would not be maintained.

"Today, even the opposition, they said this is the best time for Bidayuhs in politics. We have three MPs, and two of them are deputy ministers and one is chairman of the National Service Training Council.

"Is this not the best? Have you ever seen this before? No. So, if we want to maintain the status quo, we have no choice. All the six state seats are already won by BN. So, for the three parliament seats, we need to make sure the seats are going to stay with BN (in the coming election)," he said when officiating at the 'Udung Bidayuh' dinner at Kampung Sinjok near Siburan last Saturday.

The dinner was also attended by all the nine Bidayuh elected representatives, Dayak Bidayuh National Association (DBNA) president Datu Ik Pahon Joyik, DBNA branch leaders and community leaders. There were about 700 guests at the dinner held at the village's community hall.

Manyin, also DBNA chief advisor, said the 'Udung Bidayuh' or Bidayuh forum dinner at Sinjok was the second in the series of dinners to be organised in preparation for the coming election. The first one was in Bau last February 27, while the third and last one would be held in Serian on May 5. Manyin believed the election would be in June.

On the Udung Bidayuh, he said it was exclusively for the three MPs, six assemblymen and two political secretaries to the chief minister to sit down and discuss issues concerning the Bidayuh community.

Formed in 1997, he said the Udung Bidayuh had significantly reduced friction and politicking among the Bidayuhs, who despite their small population of 200,000 are members of all the four BN components namely PBB, SUPP, PRS and SPDP.

He mentioned that the friction was so bad at one time that the members of a BN component did not want to help another BN component.

On a related matter, Manyin also spoke of his dream to see that Bidayuhs tear down their regional and dialectical differences one day and accept each other in line with the '1Bidayuh' spirit he had always propagated.

"We don't talk of personal differences, regional differences, but we think of the bigger issue that is the Bidayuh community as a whole. It should not matter whether that person is from Jagoi, Singai, Lundu, Krokong, Singai, Padawan, Penrissen, Bukar or Sadong.

"One day, any Bidayuh, no matter from which region, can stand in any Bidayuh area and be accepted by the Bidayuh. That is my dream. Meaning that a person from Serian can stand as a candidate in Tasik Biru, Tasik Biru people can stand in Mambong, and likewise elsewhere.

"If that dream is realised, then we have achieved the 1Bidayuh target," he said. Earlier, during his speech, Manyin surprised everyone by calling Mas Gading MP Datuk Dr Tiki Lafe not a 'former MP but still a serving MP', in reference to his partyless status ever since his membership was terminated by SPDP.

Mambong MP and Deputy Minister of Tourism Datuk Dr James Dawos Mamit and organising chairman Temenggong Datu Stephen Jussem also spoke during the dinner themed 'Bipekat Ata Bake, Brekang Ata Remah' (United We Achieve A Lot, Divided We Achieve Nothing).

Category: Local, Sarawak

ads