11 di sri aman sarawak - Google Blog Search |
Padang golf dirancang <b>di Sri Aman</b> - The Borneo Post Online Posted: 19 Oct 2013 10:19 AM PDT SRI AMAN: Kementerian Pelancongan merancang untuk mewujudkan sebuah padang golf dan jeti apungan bagi memacu ekopelancongan di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). Menterinya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan padang golf berkapasiti 18 lubang terbabit untuk kegunaan pelancong sebelum mereka menyusuri Sungai Batang Lupar. Justeru, turut dirancang ialah jeti apungan untuk membolehkan pelancong meninjau habitat buaya di Sungai Batang Lupar dengan menggunakan bot, ujarnya. "Dua pelan itu adalah usaha kerajaan untuk membolehkan para pelancong asing terutama dari China, Korea dan Jepun untuk memanfaatkan kemudahan ekopelancongan sebelum meninjau fenomena benak di sini," ujarnya. Beliau yang juga Menteri Perumahan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2013 di sini, semalam. Abang Johari berkata, kementerian menerusi pelan itu juga bercadang menghubungkan kawasan Batang Ai, Bakun dan Murum dengan pengangkutan feri udara. "Tujuannya bagi membolehkan para pelancong melawat kesemua kawasan flora dan fauna di tiga kawasan terbabit menerusi feri udara," jelasnya. Mengulas mengenai pesta tersebut, Abang Johari berkata fenomena benak di Sungai Batang Lupar merupakan ikon pelancongan yang mampu meningkatkan kedatangan pelancong. "Ia perlu dipromosikan dan dipasarkan sebagai satu pakej pelancongan yang menarik di mata dunia," katanya. Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis dalam ucapannya berkata, usaha berterusan untuk mempromosikan benak di Sungai Batang Lupar diharap dapat mempopularkan Sri Aman sebagai Bandar Benak Malaysia. "Ternyata benak Sungai Batang Lupar merupakan antara kejadian ajaib dunia. Ia merupakan yang keempat terbesar di dunia dan semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa. "Kehadiran peluncur antarabangsa ke pesta tahun ini juga satu cara untuk mempromosikan Pesta Benak Sri Aman melalui bahan cetakan, media massa dan laman sesawang," jelasnya. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Brodie, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan dan Residen Sri Aman Johnathan Lugoh. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di sri aman sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |