Jumaat, 30 September 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Pesawat Twin Otter Terbabas <b>di</b> Lapangan Terbang <b>Lawas</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 25 Aug 2011 04:44 AM PDT

Menurut laporan BorneoPost Online, kejadian ini berlaku sekitar 3.30 petang semalam. Seramai 16 penumpang, seorang juruterbang dan pembantu juruterbang nyaris kehilangan nyawa apabila pesawat ini terbabas daripada landasan sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang tersebut. Dikatakan bahawa kejadian ini berlaku kerana kerosakan gear pendaratan pesawat tersebut. Lapangan terbang Lawas kini telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Pihak Maswings pula menghantar pasukan penyiasatan dan pemulihan dari Kota Kinabalu bagi membantu memindahkan pesawat yang terbabas itu. Syarikat penerbangan itu akan melanjutkan kerjasama penuh kepada Jabatan Penerbangan Awam yang sedang menyiasat insiden itu. 

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Trip Ke <b>Limbang</b> | Nainet Photomania Photography

Posted: 29 Sep 2010 10:46 AM PDT

Trip ke Limbang kali ni atas urusan rasmi. Dijemput menyertai latihan senjata api oleh JKDM Limbang/Lawas. Di Limbang sesuai untuk aktiviti outing scenery dan landscape pasal bandar dia tak banyak tempat-tempat lepak. Tapi aku ingatlah.. kalau aku dapat lama di Limbang, kampung seberang sungai tu sangat-sangatlah menjadi inspirasi untuk berkarya..arghhh lain kali je lah..

Hotel Purnama ~ Bangunan tertinggi dan tercantik di Limbang!

Maaflah..gambar satu jer..hehe..

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Nigerians in <b>Kuching</b> celebrate independence planting trees <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 07:02 PM PDT

Posted on October 1, 2011, Saturday

KUCHING: Nigerian students planted trees here for the third consecutive year yesterday as a way to express their thanks to the locals here for their hospitability and for giving them an opportunity to pursue their studies in the city.

It was also part of the programme to celebrate the 51st Nigerian Independence Day yesterday.

The theme for this year's celebration is themed 'The Stride for Excellence'.

The students planted 33 trees at the old State Legislative Assembly (DUN) building in conjunction with Kuching City North Commission's (DBKU) Environmental Awareness programme.

"The 40 students from Unimas, Swinburne, Inti and LimKokWing planted two types of trees," said DBKU deputy director Jumaini Haili at a press conference after the tree planting ceremony.

Meanwhile, LimKokWing Business Management and Globalisation Faculty principal lecturer Margaret Ekisowei said the celebration was held in Kuching as there was a fair number of Nigerians living here.

"There are about 300 Nigerian students studying here and all of them are involved in the Independence Day celebration," she said.

The aim of the celebration was to provide opportunities for Nigerian students in the community to be good and responsible citizens of their country and to the community in Kuching and state at large.

It is hoped that the event would help re-ignite the passion for community building, rejuvenate the spirit of patriotism and promote unity amongst Nigerians students in Sarawak, she added.

"The 51st anniversary celebration is set towards appreciating the contributions of Malaysia as a country to Nigeria and Nigerians.

A little goes a long way where environmental friendliness is concerned and this event helps contribute to the creation of a greener environment."

Another event held for the Nigerian Independence Day is a match between Sandfield FC and Sigat United FC yesterday at Padang B, State Stadium.

For the finale, a Nigerian Independence Day Dinner will be held at The Banquet on Oct 2 at 7.30pm.

Also present at the tree planting ceremony were Unimas Faculty of Social Sciences lecturer Nwanesi Peter Kerubi, DBKU finance deputy director Baiti Adenan and DBKU staff Durie Austine.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Jenama politik DAP tidak mudah diterima penduduk luar bandar <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 08:39 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

SIBU: DAP tidak akan pergi jauh ke kawasan luar bandar untuk memperluas dan mengukuhkan sokongan bagi mencapai hasratnya mengambil alih kerajaan negeri, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing.

Beliau berkata ini kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanya-kan berpusat di bandar di samping DAP tidak mampu menghadapi cabaran ke kawasan luar bandar atas faktor geografi.

"Jenama politik DAP, saya fikir tidak mudah diterima oleh kebanyakan penduduk luar bandar. Ini juga kerana kebanyakannya adalah berdasarkan tuduhan, tidak benar dan kritikan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

"Adalah senang untuk mengkritik… jadi sangat mudah tetapi mencari penyelesaian sangat susah. Hanya kerajaan pada hari ini yang ada penyelesaian kerana kita ada pihak berkuasa untuk lakukan.

"Walau apa pun keputusan Pilihan Raya Negeri lepas hendaklah sebagai petunjuk di mana pada amnya penduduk kawasan luar bandar di Sarawak menolak pembangkang," kata beliau.

DAP Sarawak baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara di Kanowit dan berhasrat untuk ke Kapit dan bandar di kawasan luar bandar.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Baleh di Kapit berkata ia mungkin mampu menarik beberapa cendekiawan Dayak yang pada dasarnya mengkritik kerajaan tetapi ramai lagi intelektual dengan Barisan Nasional (BN).

Mengenai persediaan PRS pada Pilihan Raya Umum akan datang, katanya beliau telah melawat Sri Aman, Lubok Antu dan Julau untuk mendapatkan pandangan lapangan terhadap wakil rakyat sekarang di kawasan pilihan raya itu.

"Dari mood mereka, saya boleh bayangkan PRS mampu mengekalkan semua kerusi itu.

Tetapi pastinya kita masih terlalu awal dan kita akan lihat apa akan berlaku sebelum saya buat cadangan terakhir.

"Saya setakat ini agak puas hati dengan pencapaian wakil rakyat kita William Nyalau Badak di Lubok Antu, Mesir Kujat di Sri Aman dan Datuk Joseph Salang di Julau," katanya.

Masing dijadual melawat kawasan pilihan raya yang dipegang PRS iaitu Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang tidak lama lagi. — Bernama

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Bekalan ayam segar berkurangan | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:27 PM PDT

by Agnes Tugong dan Jeremy Lanson. Posted on September 27, 2011, Tuesday

KURANG BEKALAN: Peniaga ayam segar di Pasar Tamu Satok berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam segar.

Selepas tamat tempoh kawalan harga musim perayaan, pengguna berhadapan masalah kekurangan bekalan pula

WAN AHMAD UZIR

KUCHING: Musim perayaan kini menghampiri penghujungnya, namun isu bekalan ayam segar terus membelenggu pengguna, peniaga serta pembekal.

Selepas tamat tempoh kawalan ke atas harga ayam segar pada musim perayaan lalu, kini pengguna berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan pula.

Masalah ini tidak hanya membimbangkan pengguna, malah peniaga dan pembekal turut berhadapan dengan kerugian apabila aktiviti perniagaan yang mereka jalankan terjejas.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar pasar-pasar utama di sini semalam mendapati rata-rata penjual ayam kini sedang berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam segar.

Menurut mereka masalah ini bermula pada musim perayaan yang lepas dan berlarutan hingga kini atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya.

Salah seorang peniaga di Pasar Tamu Satok, yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul mengakui memang betul ada kekurangan bekalan ayam segar sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, sukar untuknya menjelaskan sebab-sebab berlakunya kekurangan bekalan ayam berikutan terlalu banyak cerita yang disebarkan berhubung masalah ini.

"Kami peniaga-peniaga di pasar Satok ini tidak menafikan ketika ini memang berlaku kekurangan bekalan ayam segar bermula sejak musim perayaan yang lepas.

"Ekoran kekurangan bekalan ini, berlaku peningkatan harga ayam segar dan semua peniaga di sini mengenakan harga sama rata iaitu RM9.50 sekilogram untuk ayam segar termasuk hati dan hempedal.

"Apa yang membimbangkan kami di sini ialah kemungkinan berlakunya penyekatan bekalan oleh pembekal atas permintaan pasaran sehingga menyebabkan kenaikan harga," katanya.

Sementara itu, di pasar raya besar emart Matang di sini, peniaga-peniaga ayam segar turut meluahkan kebimbangan mereka ke atas kekurangan bekalan yang semakin ketara.

Penyelia Perniagaan Ayam Segar Jipon Ahe yang ditemui memberitahu, daripada 10 bakul tempahan yang dibuat hanya dua bakul sahaja diterima daripada pembekal dengan setiap bakul mengandungi 30 ekor ayam dengan berat 60 kg.

Mereka bagaimanapun menurutnya tidak dimaklumkan sebab-sebab kekurangan bekalan daripada kilang pembekal yang terletak di kawasan Samarahan.

"Bekalan ayam memang kurang ketika ini dan telah mengadu kepada pihak pembekal namun tidak dimaklumkan sebab-sebab berlakunya kekurangan bekalan.

"Berikutan masalah ini, kami peniaga-peniaga di sini terpaksa menutup operasi perniagaan lebih awal daripada kebiasaan bermula dari jam 7 pagi hingga 2 petang berbanding 8 malam sebelum ini," jelasnya.

Hasil tinjaun di kalangan pembekal pula, Penyelia Stor Central Coldstorage Kuching (CCK) Sdn Bhd (Kota Padawan) Jessie Tan turut tidak menafikan kekurangan bekalan tersebut di pasaran kini.

Malah menurutnya, pihaknya juga terpaksa menaikkan harga ayam segar tersebut dengan alasan terpaksa menampung kenaikan harga baja.

"Memang ayam segar sangat berkurangan sekarang, saya dalam sehari akan menempah 100 ekor ayam segar, tetapi yang mampu dibekalkan kepada kami hanya dalam 50 ekor sahaja dan kami juga terpaksa menaikkan harga sebanyak 40 sen kerana harga baja (makanan ayam) kini mahal," katanya.

Situasi yang sama juga berlaku kepada Pemilik Yeung Lok Coldstorage Sdn Bhd (Ayam Mahkota) Chai Ming Chung, yang menyatakan bahawa bekalan tersebut kini hampir tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya.

"Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana saya risau jika ia berlarutan dalam tempoh yang lama, mungkin akan mengundang lebih banyak masalah," katanya.

Temu ramah bersama seorang penternak dan pembekal komoditi tersebut, Jong Sui Jong, 57, pula memberitahu, setakat ini beliau tidak mempunyai masalah untuk membekal komoditi tersebut.

"Saya rasa bekalan bukan satu masalah kerana bagi saya, saya tidak pernah menghampakan pemborong saya," katanya sambil memberitahu bahawa beliau membekalkan komoditi tersebut ke Pasar Kota Padawan dan beberapa lagi pasar.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh pembekal dan penternak lain.

"Saya hanya membekalkan kepada pemborong saya sahaja dan tentang pembekal lain saya tidak tahulah masalah yang dihadapi mereka," katanya.

Menurutnya dalam sehari, beliau akan membekalkan sekitar 200 ekor ayam kepada pemborongnya.

Susulan masalah ini, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengadakan mesyuarat dan meminta laporan segera daripada semua cawangan.

Sejurus laporan diterima tengah hari semalam, KPDNKK akan segera mengambil tindakan selanjutnya untuk menangani masalah ini daripada berlarutan.

Beliau yang dihubungi semalam memberitahu bahawa kenaikan harga ayam segar disebabkan harga dikawal oleh permintaan pasaran dan pembekal.

"Ketika ini kami (KPDNKK) tidak melakukan kawalan harga kerana kawalan hanya dilakukan seminggu sebelum perayaan dan seminggu selepas perayaan.

"Kita tunggu dulu hasil laporan yang diterima daripada semua cawangan tengah hari, dan selepas itu barulah kita dapat menentukan tindakan selanjutnya, " jelasnya.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Bintulu sedia cabar taekwondo <b>di Sibu</b> | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 06:48 PM PDT

Posted on September 15, 2011, Thursday

BINTULU: Pasukan Kelab Taekwondo Smart (WTF) Bintulu kini bersiap sedia untuk terus memahat kejayaan apabila mengharungi Kejohanan Taekwondo Peringkat Negeri Sarawak 2011 yang bakal berlangsung pada 17 dan 18 September di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu.

Pasukan Bintulu membabitkan 14 atlet iaitu Stanley Law Sie Lee, Huang Huat Yong, Dayang Syamimi, Mohd Qisti Khairy, Dayang Rasyidah, Joseph Ungkah, Raja Qistina, Nur Ifa Husna, Marylyne Bungan, Ian Wan Juk, Steffano Atom, Sin Kok Siong, Mohd Firdaus dan Scott Samuel Divers.

ads