Sabtu, 5 Mei 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Malaysia Zoom » PPWS-FAMA anjur program <b>di Simunjan</b>

Posted: 11 Jan 2012 03:03 PM PST

SAMARAHAN 11 Jan. – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) daerah Simunjan telah mengadakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Balai Raya, Kampung Kepayang dekat Simunjan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) baru-baru ini.

Program sehari itu melibatkan 22 cawangan PPWS di daerah Simunjan dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PPWS Sarawak yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Dalam ucapan perasmian, Nancy berkata, program seumpama itu secara tidak langsung dapat mendedahkan bidang keusahawanan kepada kaum wanita di kawasan luar bandar.

"Saya amat terharu melihat penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PPWS daerah Simunjan dalam menjayakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Kampung Kepayang ini.

"Usaha seperti ini sekali gus membuktikan wujudnya semangat kerja berkumpulan dalam PPWS daerah Simunjan untuk bergerak maju ke hadapan," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Kampung Kepayang, Simunjan, dekat sini.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu, menerusi gerai yang disediakan oleh FAMA juga, kaum wanita yang terlibat boleh menjual hasil kraftangan kepada para pengunjung di samping mendidik mereka untuk berdikari dalam bidang keusahawanan.

Terdahulu, beberapa aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan program terbabit seperti pertandingan karaoke, ceramah motivasi keusahawanan, pertandingan memasak Laksa Sarawak, persembahan kebudayaan, pertandingan Pakaian 1Malaysia dan jualan beraneka produk serta hasil kraf tangan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


SMK Saratok kuasa badminton <b>di Betong</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 05:11 PM PST

Posted on February 4, 2012, Saturday

BUKTIKAN KEHEBATAN: Pemain-pemain SMK Saratok meraikan kejayaan mereka bergelar juara.

SARATOK: Kehebatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok terserlah lagi apabila muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Betong pada Khamis lepas.

Pertandingan dua hari yang berlangsung di Dewan Badminton Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Vokasional Betong itu disertai lapan buah sekolah iaitu SMK Spaoh, SMK ST Augustine, SMK Saribas, SMK Saratok, SMK BM Saratok, SM Vokasional Betong, SMK Kalaka dan MRSM Betong.

SMK Saratok ternyata unggul apabila menyapu bersih hampir kesemua kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan bawah 18 tahun serta lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Mereka turut menjuarai acara beregu bagi kategori perempuan bawah 18 dan 15 tahun.

Untuk rekod, ia merupakan kejuaraan keenam berturut-turut buat sekolah berkenaan.

Dengan kejayaan itu, para pemain SMK Saratok bakal mengibarkan cabaran Betong ke pertandingan peringkat negeri di Sarikei pada 14-17 Februari ini.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Sagan diberi sambutan hangat sebagai tanda <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 30 Apr 2012 09:23 AM PDT

MARUDI: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan diberi sambutan hangat sebaik tiba di Lapangan Terbang Marudi di sini, petang kelmarin, sebagai tanda sokongan penduduk terhadap beliau.

Kebanyakan mereka yang membawa sepanduk tanda soko-ngan semasa menyambut beliau ialah ahli-ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang memberikan sokongan moral terhadap beliau yang dijangka dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Baram.

Selain ahli-ahli SPDP Marudi sendiri, turut kelihatan ialah tuai-tuai rumah panjang dan ketua kampung yang mengakui akan sentiasa berdiri di belakang beliau untuk memastikan Baram milik Barisan Nasional (BN).

"Kami masih dahagakan pembangunan, masih memerlukan kemajuan untuk mengubah nasib dan hidup di kawasan luar bandar, justeru kami terus bersama dengan BN dan beliau (Jacob) bagi memastikan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan diterus-kan," kata ahli SPDP Marudi Abdul Rahim Jaraee.

"Tambahan pula kami masyara-kat Melayu Marudi memang menyokong penuh Datuk Jacob (Sagan) tanpa rasa berbelah bahagi dan kerana beliau sentiasa membawa kemajuan dan  pembangunan kepada penduduk Marudi dan daerah Baram amnya," kata beliau.

Turut bersama menyambut Sagan ialah ahli-ahli daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Pengerusi Pergera-kan Wanitanya Ruhanie Muhammad.

Ahli Parlimen Baram selama empat penggal itu tiba di sini kelmarin untuk menyempurna-kan majlis penutupan rasmi Pesta PSKPP (Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan) Daerah Baram yang bermula 28 April lalu dan ber-akhir malam kelmarin.

Lebih 500 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan, pertandingan dan permainan dalam kejohanan dua hari yang melibatkan para guru, kakitangan sokongan daripada Jabatan Pelajaran yang masing-masing mewakili lima zon iaitu Baram Hilir, Baram Hulu, Baram Tengah, Tutoh Apoh dan Tinjar.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Pesta PSKPP himpun warga Pejabat Pelajaran <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 30 Apr 2012 09:21 AM PDT

UNTUKMU: Borhan (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Sagan sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

MARUDI: Keadaan muka bumi Baram yang luas dan sukar dihubungi selain keperluan logistik yang mencabar telah menyukarkan warga Jabatan Pelajaran di daerah ini berkumpul bersama pada majlis atau aktiviti tertentu.

Justeru Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) merupakan satu daripada platform yang dapat menghimpun semua warga Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Baram, kata Pegawai Pelajarannya Borhan Bujang.

"Pesta PSKPP yang telah bermula pada 28 hingga 29 April ini merupakan satu platform untuk kita berkumpul bersama-sama, memandangkan taburan warga Pejabat Pelajaran daerah ini adalah sangat luas serta logistiknya yang cukup mencabar.

"Justeru pengelolaan Pesta PSKPP di Marudi memerlukan perancanaan yang teliti.

"Di Baram sahaja kita mempunyai 1,566 orang kakitangan, iaitu 1,135 guru dan 431 bukan guru yang bertaburan di 74 sekolah dan pejabat, tetapi kurang daripada 20 peratus yang dapat menyertai pesta ini," katanya.

Borhan menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Rasmi Pesta PSKPP Antara Zon Kali Ke-14 Daerah Baram 2012 yang diadakan di Dewan Suarah Baram malam kelmarin.

Majlis penutupan rasmi tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan yang juga Ahli Parlimen Baram.

Katanya hasil kerjasama semua ahli Jawatankuasa Induk PSKPP maka pesta tersebut berjaya berjalan dengan lancar dan ia merupakan pertandingan antara lima zon iaitu Baram Hilir, Baram Tengah, Baram Hulu, Tutoh-Apoh dan Zon Tinjar.

Sebanyak 11 acara yang dipertandingkan dalam pesta kali ini iaitu jogaton, acara balapan dan padang yang merupakan acara baharu, bola sepak senior, futsal, badminton, menyumpit, bola tampar, bola jaring, sepak takraw dan karaoke di samping persembahan Live Band PSKPP.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pembunuhan Terancang 5 Sekeluarga <b>di Sibu, Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 06:31 AM PST



SIBU: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini. 
Ahli perniagaan Ling Tong Hock, 36, anak lelakinya Lung Chei Qi, 10, anak perempuan Amy Ling Zi Jiun, tujuh, dan ibunya Leong Nyuk Lan, 76, ditemui mati kira-kira 7 pagi semalam, di kediaman mereka di RTM Road.
Seorang lagi anak lelaki Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, lapan, dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Sibu akibat kecederaan parah di kepala.
"Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.
Shafie berkata, polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa. 
"Satu sidang media akan diadakan Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Hong Soon, petang ini berhubung kes itu," katanya. - BERNAMA 

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


SK BAYANG <b>DARO SARAWAK</b>: <b>Di</b> Mana SK Bayang

Posted: 04 May 2012 10:27 PM PDT

Sk Bayang merupakan sekolah kategori Pedalaman 2 dan berada di Bahagian Sarikei.
Untuk pergi ke sini dari Sarikei perlu menggunakan bot laju MAJU STALON 1 dan 2.Bot hanya pergi 2 kali sehari ke Sekolah SK Bayang pada pukul 12 tengah hari dan pada pukul 2 petang..Tambang hanya RM15 sehala.Sekiranya lepas dari masa tersebut kenalah cartar bot dengan bayaran RM300 sekali perjalanan.Perlu di ingat bahawa kena datang awal ke bot dalam 30min lebih awal kerana bot sentiasa penuh..kalau lewat duduk atas bumbung lah jawabnya.
SK Bayang mempunyai staff guru seramai 13 orang termasuk Guru Besar...Staff bukan guru seramai 6 orang.Sk Bayang merupakan sekolah berasrama yang di huni seramai 52 orang pelajar asrama.
Penduduk dan pelajar hampir 100% berbangsa iban.Terdapat 9 buah rumah panjang di sekitar kawasan sekolah..guru dan pelajar menggunakan air hujan sebagai sumber air utama untuk keperluan harian.
Bekalan elektrik menggunakan generator hampir 24jam dan tidak sepenuhnya kerana perlu menjimatkan minyak diesel.Rumah guru tidak mencukupi kerana semua guru yang sudah berkahwin perlu meninggalkan anak isteri dan suami kerana rumah guru agak terhad.guru perlu berkongsi sebuah rumah untuk 3 orang guru.

Kepada guru-guru yang hendak berpindah ke sini boleh lh cuba untuk memohon..or hubungi saya di 0198384492 (cikgu Faizal)untuk pertanyaan..

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Gaji Minimum $800 <b>di</b> Sabah, <b>Sarawak</b> & Labuan

Posted: 30 Apr 2012 09:18 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTX0VFFXUS5t0KhcqkB96k8L_xBJ1jntEZ8-2zSGtw5AWFvNIeqyb5OKeMAWrP2G7doAz4XZCZ0vTBouN4ioefpst76GNDzSCYJDVKDI-KIfu18gPiA-7tV_TtVLZlhdOXjHDSxyK6wdEh/s400/gaji-minima-rm900+copy.jpg

(Sabahkini/Bernama) - KADAR gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

"Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini Isnin.

Pengumuman itu juga sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut Selasa dan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.

Najib berkata kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

"Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.

"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.

Jelas Najib lagi kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

"Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional," katanya.

Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut.

"Perbezaan gaji antara dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara," katanya.

Namun begitu, beliau berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas beliau.

Pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum di negara ini.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal perundangan yang berkaitan.

Hasilnya, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 Sept dan seterusnya, MPGN telah ditubuhkan pada 28 September 2011.

  




ads