Isnin, 25 Februari 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Gua Angin <b>di Bau</b> ditutup untuk sementara waktu akibat banjir <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 06:13 AM PST

KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengumumkan bahawa Gua Angin di Bau ditutup untuk sementara waktu akibat banjir.

Pihak perbadanan akan mengumumkan pembukaan semula gua tersebut kelak dan orang awam dinasihati menghubungi pihak perbadanan sebelum mengunjungi gua tersebut bagi mengelakkan kekecewaan.
Di samping itu Taman Negara Loagan Bunut dan jalan menuju ke Taman Negara Niah juga ditutup buat sementara waktu bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara di atas, sila hubungi SFC di talian 082-629340.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/19/gua-angin-ditutup-akibat-banjir/#ixzz2LM1PDJgD

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


KEDAI BUNDLE 1 MALAYSIA KINI DIBUKA <b>DI MUKAH SARAWAK</b>

Posted: 22 Feb 2013 07:58 AM PST

JALAN-JALAN CARI BUNDLE.. KINI BUNDLE TERBESAR DI SARAWAK SUDAH DIBUKA.. MUKAH SARAWAK MENJADI TUMPUAN PEMINAT-PEMINAT BUNDLE.

11 di serian sarawak - Google Blog Search

11 di serian sarawak - Google Blog Search


TemPat MEnaRik <b>Di Sarawak</b>: Ranchan Pool, <b>Serian</b>,<b>Sarawak</b>

Posted: 29 Mar 2011 11:03 AM PDT



Ranchan pool terletak hanya 1 kilometer daripada bandar serian. Tempat ini berhampiran dengan kampung - kampung orang bidayuh. Antara kampung yang berdekatan di situ termasuk lah Kampung Ranchan, kampung Ampungan dan ada lagi yang lain. Tempat reakrasi ini masih kekal dengan keadaan semula jadi dan mempunyai udara yang menyegarkan terutamanya pada waktu pagi. Ini kerana kawasan ini akan ditutupi embun pada waktu pagi dan air yang mengalir amat sejuk sehinggakan mengeluarkan wap pada waktu pagi.


Gambar di atas menunjukan gerbang masuk ke taman Rekreasi Ranchan. Kira - kira 100 meter masuk akan sampai di tempat tersebut. Kebiasaannya pada hari biasa -biasa tidak ada ramai pengunjung.Tetapi pada hari ahad pengujung Ramai kerana hari percutian ataupun hari tidak berkerja jadi ramai yang datang bersama keluarga.
Pemandangan dan suasana di Taman Rekreasi Ranchan
















Melihat gambar - gambar di atas pasti hati kita keinginan. Itu dah menjadi lumrah manusia. Tempat ini sememangnya indah sekali. Melalui gambar pun kita dapat mengetahui apa lagi apabila berada di tempat tersebut dan menyaksikan sendiri keindahan alam melalui pandangan mata kita sendiri. 
Kemudahan Yang Ada di tempat TAman Reakreasi ini.
  • Pondok Rehat
  • Track Jogging
  • Tempat BBQ
  • Tandas awam
  • Tempat Mandi dan menukar pakaian
  • Kedai makan
  • Kerusi 
Semua yang kemudahan yang disediakan adalah free of charge kecuali tandas saje yang kena bayar
Di Ranchan, rumah tumpangan disediakan untuk pengunjung- pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di sini.  Selain rumah tumpangan, jambatan gantung juga menjadi  tarikan pengunjung ke Taman Rekreasi Ranchan.

Sebagai faktor keselamatan, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dibenarkan di Taman Air Terjun Ranchan iaitu berkhemah, bermalam, merentas desa, mengambil gambar, beriadah dan membuat penyelidikan.  Pengunjung- pengunjung yang datang ke sini pasti akan tersenyum puas setelah pulang dari taman ini.



11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Kopi O Kaw: SK ABANG AING, <b>SRI AMAN</b>, <b>SARAWAK</b>.: Debaran <b>...</b>

Posted: 16 Nov 2012 07:35 AM PST

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Fadillah nafi K1M tidak berkualiti | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 08:15 AM PST

PERIKSA KESIHATAN: Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia Taman Malihah George Mentai melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Fadillah (kanan) sambil disaksikan oleh Dr Rohani.

PERIKSA KESIHATAN: Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1Malaysia Taman Malihah George Mentai melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Fadillah (kanan) sambil disaksikan oleh Dr Rohani.

KUCHING: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof menyangkal dakwaan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Klinik 1Malaysia tidak berkualiti.

Malah, katanya, kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu bukan gimik pilihan raya dalam usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) meraih undi rakyat.

Menurut beliau, matlamat penubuhan Klinik 1Malaysia (K1M) adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat tanpa mengira tempat dan kedudukan.

Justeru, beliau berharap agar perkhidmatan itu tidak dijadikan sebagai modal untuk pihak yang tidak bertanggungjawab memburukkan usaha baik kerajaan.

"Pada awal kewujudan K1M, banyak desas-desus yang mengatakan bahawa perkhidmatan klinik ini adalah gimik pilihan raya dan memberikan perkhidmatan yang tidak seberapa.

"Tetapi yang sebenarnya, K1M adalah untuk memudahkan masyarakat mendapatkan pemeriksaan dan rawatan asas tanpa perlu membuang masa, wang dan tenaga untuk mendapatkan rawatan hospital pada kedudukan yang jauh.

"Bagaimanapun, persepsi ke atas K1M kini telah berubah dan permintaan ke atas perkhidmatan ini semakin meningkat daripada masyarakat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian K1M Taman Malihah di sini, semalam.

Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat khasnya di kawasan Petra Jaya, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, sebuah lagi Klinik Kesihatan akan dibuka di Jalan Masjid Jamek yang akan memberikan perkhidmatan tahap dua (berserta doktor).

Selain itu, sebuah hospital umum bakal dibina di sempadan antara Petra Jaya dan Santubong bagi menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah selain mengurangkan kesesakan di Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching.

Dalam pada itu, pembukaan K1M Taman Malihah merupakan yang keenam di Bahagian Kuching selain di Matang Jaya, Pantai Damai, Kota Padawan, Bintawa dan Tabuan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Rohani Mat Bah berkata pada masa ini, terdapat 18 buah K1M dibuka di negeri ini.

Sejak diwujudkan, bilangan pesakit yang datang ke K1M menunjukkan peningkatan tinggi dengan bilangan pesakit seramai 110,032 pada tahun 2010 meningkat kepada 188, 543 pada tahun 2011 dan 225,469 orang pada tahun 2012.

Antara skop perkhidmatan di klinik ini termasuk, rawatan ringan seperti demam, batuk dan selesema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma, ujian makmal ringkas, menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital dan memberi khidmat nasihat serta promosi kesihatan kepada pesakit.

Bagi kes-kes di luar bidang skop Penolong Pegawai Perubatan, ia akan dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau hospital, manakala bagi rawatan kecemasan, penduduk digalakkan terus ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat.

K1M Taman Malihah beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran RM1.

Turut hadir pada perasmian klinik itu semalam, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Kamaruddin Lajim dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lo Khere Chiang.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kisah kami <b>di</b> Pantai Kuala <b>Matu</b> | Niahix_01

Posted: 24 Feb 2013 08:54 AM PST

Entri ni sebenarnya kesinambungan dari entri sebelum ni. Cube tekan anak panah belah kiri kat bawah tu kalau nak tengok. Tak pun tekan je SINI senang sikitkan. hehe. Sebenarnya wan pernah cerita serba sedikit tentang kawan-kawan rapat wan tu mase sekolah menengah dulu. Macam mana Wan boleh kenal dengan diorang. Nanti wan carikan balik entri yang mana satu. Tak ingat dah. hehe. Ok, jumpe dah. Kat entri yang NI. Sebenarnye kan, pantai ni dah macam nostalgia bagi kami. Tiap kali kami berkumpul, mesti pergi pantai ni. Kalau dulu mase masih bersama ketika muda skema kat sekolah menengah, pantang ada waktu terluang sikit, mesti pergi sini. Kalau dulu kat sini ada 'Tibau' (entah betul ke idok namenye tu), sekarang dah takde. Kalau nak tahu macam mana rupa benda tu, cuba tengok SINI.

Sadly, yang makin teruk tu pantai ni makin kotor. Dengan lampin pakai buang nye, selipar, botol-botol, TV 17 inci, kayu kayan yang tah dari mane datangnye, dan banyak lagilah. Yet still many people going there. Especially 'COUPLE'. Tapi dalam jangka masa panjang, wan harap ada agensi-agensi yang boleh mengurus benda-benda macam ni. Hopefully lah kan. ok lah tu saje... hehe...

P/s to that person (hopefully that person didn't read this entry.. hehehe...) :
I guest you better dressing with a plain color esp. Blue, Red, Purple. Seriously menampakkan keayuan anda. Kesederhanaan dalam diri anda. dan tak payah nak tutup-tutup muka tu guna duit macam pakai purdah. Adoi. Takut satgi ada pulak yang misunderstanding karang. hahaha... Anyway, I'm happy knowing you in the other perspective. Thank you for that.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Loving someone without hoping anything from the other side.

ads