11 di kanowit sarawak - Google Blog Search |
Rajahmas: Rakyat <b>Sarawak</b> patut terima nasihat Aishah Ariffin Posted: 14 May 2012 07:22 PM PDT Jangan terpengaruh dengan janji manis yang tidak mampu ditunaikan KANOWIT: Tuai-tuai rumah di Kanowit diseru supaya tidak terpengaruh dengan mereka yang hanya pandai berjanji manis tetapi tidak mampu menunaikan janji tersebut. Amanat tersebut telah disampaikan Pemanca Spencer Kudang dalam satu majlis yang diadakan di Rumah Petay Sibok, Nanga Sepitok, Machan di sini. "Kita sering mendengar tuduhan mengatakan bahawa wakil rakyat kita tidak menjalankan tugas mereka untuk membawa pembangunan kepada rakyat selain tidak melawat kawasan mereka. Dakwa seperti adalah tidak benar dan ia mengelirukan rakyat," katanya. Beliau berkata, motif utama mereka adalah untuk memecahkan hubungan baik antara wakil rakyat dan rakyat. "Apa yang kita tahu adalah bahawa tiga wakil rakyat kita di Kanowit adalah rajin, mampu melakukan tugas yang diamanahkan serta berpengetahuan," katanya. Wakil-wakil yang beliau maksudkan ialah Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, ADUN Machan Datuk Gramong Juna dan ADUN Ngemah Alexander Vincent. Kudang memberitahu, kesemua wakil rakyat ini sentiasa mendampingi rakyat selain turut membantu memperjuangkan keperluan rakyat di kawasan masing-masing. Beliau berkata pelbagai projek pembangunan sedang dilaksanakan di Kanowit dan ini terbukti, mereka bertiga tidak pernah lupa tentang tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat Ini termasuk pelaksanaan projek Jalan Nanga Machan-Ulu Machan, Jalan Nanga Jagau-Nanga Ngungun, Jalan Ulu Ngemah-Nanga Poi dan projek pembinaan tangki air. Kesemua projek terbabit memerlukan jumlah peruntukan yang cukup besar dan diyakni dapat memberi manfaat kepada penduduk bandar Kanowit. -Borneopost |
You are subscribed to email updates from di kanowit sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |