Sabtu, 20 Ogos 2011

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 11:09 PM PDT

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri <b>di</b> Limbang,<b>Sarawak</b> ~ Pusat <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 06:09 PM PDT

Perayaan Hari Guru peringkat negeri Sarawak kali ini telah di adakan di Limbang Sarawak, 23-25hb May 2011 di mana sambutan kali ini bertemakan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" .Sambutan kali ini agak berbeza dan memberansangkan kerana selama 3 hari sambutan hari guru di venue yang berlainan telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

Gambar di sebelah adalah gambar Y.B Datin Hajah Fatimah Abdullah yang sedang melakukan perasmian gimik pelancaran Hari guru dan turut diiringi oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, En. Abdillah b. Adam(di sebelah Kanan).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2011 11:13 PM PDT

Post image for Bukit Sari Benteng  Kuat PBB di Zon Utara Sarawak

Bagaimanakah nasib kerusi PBB  di utara pada pilihan raya kali ini?  Adakah sentimen pengundi bandaran Cina kini mula menjangkiti pengundi kawasan bumiputera  zon utara  Sudah adakah perubahan cara berfikir pengundi golongan tersebut?

Berdasarkan pengamatan penulis, kerusi Bukit Sari milik Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan  adalah kerusi yang paling kukuh setakat ini. Malah menurut sumber PKR di Kuala Lumpur, mereka mengakui kawasan Datuk Amar Awang Tengah sukar ditembusi.  Janganlah cuba berkempen sebagaimana berkempen di Padungan, Pending, Kota Sentosa,  atau Batu Lintang.

Jangan pula terkejut  apabila ceramah politik pembangkang cuma mendapat respons yang paling sedikit berbanding di tempat lain. Menurut beberapa penduduk di kawasan DUN Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah sentiasa turun dan menjaga kawasan. Kita dapat mengukur kesetiaan penduduk kawasan kepada Tengah apabila sebaiknya sahaja beliau tiba di Lawas, ramai akar umbi sudah berbaris menunggu kedatangan beliau untuk  berjumpa dan bermesra dengannya.

Cerita kemurahan hati Datuk Amar Tengah pula sudah merebak ke kawasan-kawasan DUN lain. Difahamkan rumah beliau di Jalan Tabuan, Kuching sentiasa didatangi oleh penduduk di sekitar Kuching hingga ke Serian khususnya pada hari Jumaat tanpa putus-putus.  Malah dari satu tahap kelihatan  rumah Awang Tengah tempat penyelesaian atau tapak aduan rakyat.

Personaliti lulusan psikologi dan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berumur 56 tahun ini cukup mesra dan rapat dengan akar umbi menjadikannya amat popular kalangan rakyat akar umbi. Naib Presiden Kanan PBB ini juga mempunyai hubungan baik dengan komponen BN lain. Tidak hairan nama Tengah turut disebut-sebut sebagai antara calon Ketua Menteri Sarawak. Sekiranya berlaku, ia merupakan satu pengiktirafan kepada masyarakat di utara Sarawak terhadap kepimpinannya  yang berjaya menghasilkan undi popular pada pilihan raya lepas.

Lawas kini bukan  kawasan kecil yang kita kenali 10 tahun yang lalu. Kini Lawas sudah berubah wajah. Tak pernah terfikir oleh penduduk di sana, Lawas akan memiliki sebuah hotel yang terkenal di seluruh Malaysia. Kini Lawas adalah satu-satunya tempat Hotel Seri Malaysia  di Sarawak bertaraf tiga bintang yang menjadi tanda aras pembangunan di Lawas.

Yang terkini Hopsital Lawas yang bernilai  RM80 juta akan dibina apabila baru diumumkan baru-baru ini.  Pembinaan lapangan terbang baru  di Lawas juga dijangka akan dibuat dalam beberapa tahun ini. Selain itu Lawas Shopping Mall, Pusat Budaya Lun Bawang, Rumah Awam Lawas, Sundar dan Trusan, pembinaan 300 buh unit rumah kos rendah dan pembinaan empangan hidro Lawas berkapasiti 600mw. Ternyata banyak pembangunan sudah dilaksanakan kecuali sebahagian kecil kemudahan infrastruktur. Bagaimanapun yang belum dilaksanakan sudah dimasukkan dalam idang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Pada pilihan raya 2006, Awang Tengah  memperoleh undi sebanyak 5,596 undi. PKR  yang diwakili Mohamad Ibrahim hanya mendapat 98 undi  manakala Japar Suyut dari Bebas mendapat 321 undi.  Dengan kata lain, Tengah mendapat 5,275 undi majoriti.

Apakah kali ini Tengah mendapat tentangan hebat? Kalau dahulu, PKR yang cuma mendapat 98 undi. Kini PKR mengatur strategik politik mereka. PKR berharap dengan mengambil dan meletakkan Japar Suyut sebagai calon PKR mereka pasti akan meraih undi yang lebih banyak berbanding dengan pencapaian PKR pada pilihan raya lepas. Adakah strategi ini akan berjaya dengan mengambil kira sentimen politik semasa di Bukit Sari? Pastinya, seramai 9,983 pengundi di Bukit Sari lebih bijak menentukan pilihan mereka nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2011 09:34 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Laman Naim Qlate - Suatu Ketika: Nuri gugur <b>di</b> Sungai <b>Lundu</b>

Posted: 25 Jun 2011 12:29 AM PDT


HASHIM Ibrahim menunjukkan tempat kejadian helikopter Nuri terhempas yang kini dikenali sebagai Pulau Nuri. (Gambar kecil) akhbar Utusan Malaysia keluaran 19 Disember 1989 menceritakan kejadian nahas helikopter Nuri di Sungai Lundu, Sarawak.


HARI Isnin, 18 Disember 1989. Cuaca sebagaimana kebiasaan pada musim tengkujuh di Kuching, Sarawak masih tidak menentu dan beberapa kawasan rendah sudah ditenggelami air berikutan hujan lebat beberapa hari sebelumnya.

Di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Kuching pula, sebuah helikopter Nuri seawal pukul 8 pagi sudah bersedia menerbangkan 16 penumpang termasuk empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), masing-masing dua orang berpangkat Jeneral dan tiga Kolonel.

Mereka terdiri daripada Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang; Panglima 3 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Hasbullah Yusuf yang lebih dikenali sebagai Bond Hasbullah; Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (RRD), Leftenan Kolonel Mohd. Johari Selan; Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Leftenan Kolonel Tunku Abdul Aziz Tunku Osman dan Pegawai Staf Satu (Operasi) 1 Divisyen, Leftenan Kolonel Mustafa Kamal Mohd. Yusoff.

Destinasi yang dituju mereka ialah Kem Sematan untuk menghadiri majlis penutup Kursus Risik Tempur. Namun, berikutan halangan cuaca buruk, penerbangan helikopter pelbagai guna itu terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 8.50 pagi.

Penangguhan hampir sejam itu rupa-rupanya memberi petunjuk bahawa penerbangan berkenaan adalah yang terakhir buat kesemua penumpang.

Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Dua buah pesawat Alouette telah dikerah untuk mengesan Nuri yang membawa individu penting dalam hierarki kepimpinan ATM itu sehinggalah pencariannya menemui noktah. Ia ditemui terhempas di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer (km) ke barat laut Kuching.

Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.

Selepas 22 tahun nahas itu berlalu, wartawan S2, SAIFUL HAIZAN HASAM dan SOPI SAMAILE serta jurufoto AMIR HAFIZ ABDUL RAHMAN menyusuri muara Sungai Lundu untuk mengimbas tragedi yang turut menyumbang kepada statistik 17 kejadian Nuri terhempas sehingga mengorbankan 95 nyawa sejak 1968.

Ikuti laporan penuh dan kisah-kisah di sebalik tragedi ini di dalam S2 Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


bumisepi.com » Blog Archive » 3 jam <b>di Marudi, SARAWAK</b> (3 hours in <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2011 06:15 AM PST

January 31st, 2011 | by abuadam |

Tiga jam tepat selepas memudiki Batang Baram yang berliku-liku umpama ular dipukul, kami sampai di pekan Marudi. Jam di Xperia X10 ku menunjukkan pukul 11 pagi. Pekan kecil yang tak berapa kecil di pinggir sungai. Taman awam dengan piazza (dataran) di tengah-tengah pusat bandar, dipagari bangunan rumah kedai 2 tingkat, antaranya bank-bank RHB, BSN, AMbank, Public Bank, dan pejabat agensi kerajaan seperti kastam, bomba, dan jeti. Pekan kecil yang tersorok ini mempunyai banyak bank komersial. Ini menunjukkan pekan ini makmur dengan aktiviti perniagaan hasil dari industri sungai dan pembalakan dan kelapa sawit. Jeti di tepi sungai itu sibuk dengan aktiviti aktiviti pagi. Bot laju yang baru berlabuh. Bot laju yang bersedia untuk belayar menuju dsetinasi yang ditentukan. Ada ke hulu sehingga Long Lama, pintu masuk ke Taman Negara Mulu melalui jalan sungai. Ada ke hilir sehingga ke Kuala Baram (Miri) . Peraih menanti barang muatan yang baru sampai dari Kuala Baram (Miri). Penumpang-penumpang menunggu bot ekspres masing-masing ke destinasi masing-masing. 

Sungai tersebut ialah Batang Baram yang lebarnya tidak berubah dari hilir (Kuala Baram)  hinggalah ke pekan Marudi dan seterusnya ke hulu Baram. (Sungai disebut batang di Sarawak, kadang-kadang disebut long).  Kami bernasib baik dapat melihat beberapa ekor buaya bersantai di tebing sungai semasa dalam perjalanan tadi.

Kami makan tengahari di sebuah restoran Islam di mana pelayan-pelayannya gadis bumiputera (Melayu, Bidayuh atau Melanau?) berkulit cerah, bersopan santun lagi bertudung rapat. Menunya hampir sama dengan di Miri atau KL. Selain nasi/mee goreng, laksa Sarawak dan mee kolok menjadi pelengkap hidangan dalam senarai menu. Harganya mahal sedikit mungkin selepas dicampur kos pengangkutan bahan mentah dari Miri.

Terdapat sebuah masjid besar yang baru di pekan Marudi yang terletak di sebelah masjid lama yang kini diguna sebagai kelas fardu ain. Di sebelah masjid terdapat sederet bangunan kerajaan di tepi sungai. Suasana yang sunyi dan tenteram penuh dengan ketenangan dihembusi bayu sungai Baram memberi ilham kepada penggiat seni dan pekerja korporat yang ingin lari dari rat-race dan hiruk pikuk bandaraya mega.

Di sekitar jam 2 petang, transport sampai untuk mengambil kami ke Bandaraya Miri melalui jalan balak dan kelapa sawit. (Transport ialah panggilan orang tempatan kepada kenderaan 4WD, sepertimana ekspres merujuk kepada bot laju atau bot ekspres). Kesemua 8 seats dalam Toyota Landcruiser dipenuhi. Pemandunya anak muda yang agak rocker, yang tahu setiap lubang di dan bonggol di jalan balak. Kami sampai Piasau, Miri  hampir jam 4. Dan aku terpaksa ke Kuala Baram sendiri untuk mengambil kereta yang ditinggalkan di jeti Kuala Baram pagi tadi.

BAgaimana untuk ke Marudi:
Dari Miri, Sarawak ada tiga cara untuk ke pekan ini. Pertama dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing)  dan kedua melalui Batang (Sungai) Baram dengan menggunakan bot ekspress. Kami menggunakan cara kedua untuk projek ini. Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari jeti Kuala Baram (20 km dari pusat bandar Miri) ke pekan Marudi. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah dengan tambang RM20 sehala. Destinasi terakhir bot ini ialah di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama. Marudi juga dapat dihubungi dengan cara ke tiga iaitu pengangkutan darat (melalui jalan pembalakkan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri. Untuk mendapat pengalaman, kami mengambil masa hampir 2 jam dalam perjalanan balik ke Miri menggunakan Toyota Landcruiser Ninja berwarna merah, siap dengan aircond sekali. Memang satu pengalaman yang menarik. Meredah jalan balak tersebut terpaksa melalui 2 buah sungai dengan menggunakan 2 feri iaitu di Sg. Bakong & satu lagi di Batang Baram. Jalan yang teruk kadang-kadang melalui lereng bukit menyebabkan kami melambung-lambung sehingga kepala mencecah bumbung kenderaan. Tambang sebanyak RM40 dikenakan bagi perjalanan satu hala Marudi – Miri. Perkhidmatan transport ini boleh didapati di setiap penjuru jalan di pekan Marudi dan juga di lobi-lobi hotel. Lihat papan tanda yang dipamerkan termasuk destinasi dan waktu bertolak.

Bilangan Penduduk 80,600 orang, yang antaranya terdiri daripada:-
Melayu (4,800orang)
Iban (29,500 orang)
Cina (5,917 orang)
Kenyah (11, 031 orang)
Kayan (11, 387 orang)
Kelabit (2,095 orang)
Penan (7,724 orang)
Bidayuh (618 orang)
Melanau (418 orang)

Tags: ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Bahang Kemerdekaan Turut Hangat <b>di Sarikei</b> ~ MUKAPETANG™

Posted: 16 Aug 2011 10:12 PM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


&#39;Gawai Tourism&#39; promosi adat Bidayuh <b>di</b> Annah Rais pada 3 Sept <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2011 07:04 PM PDT

Posted on August 17, 2011, Wednesday

KUCHING: Sambutan Hari Gawai Peringkat Negeri anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Sarawak dan Kementerian Pelancongan dan Warisan akan diadakan di Rumah Panjang Kampung Annah Rais, Padawan pada 3 September ini.

Pengerusi penganjur, Edward Kurik berkata, sambutan yang merupakan kali kedua diadakan itu adalah untuk memperkenalkan adat serta budaya tradisional khususnya masyarakat Bidayuh di daerah kecil Padawan.

Menurut beliau, sambutan yang lebih dikenali sebagai 'Gawai Tourism' itu akan memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami serta melihat sendiri keunikan yang ada pada kebudayaan masyarakat Bidayuh.

"Kita mahu memperkenalkan budaya serta keunikan yang ada pada masyarakat Bidayuh kepada umum dan melalui sambutan ini banyak perkara yang boleh dipelajari dan dilihat oleh orang ramai tentang amalan dan cara hidup masyarakat Bidayuh.

"Selain itu, kita juga mahu mempromosikan kebudayaan tradisional Bidayuh seperti tarian, permainan dan banyak lagi," katanya ketika ditemui di pejabat beliau, di sini semalam.

Tambah beliau lagi, turut terlibat dalam sambutan tersebut ialah Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Annah Rais.

Menurut beliau lagi, satu program 'Pertukaran Budaya' akan diadakan iaitu penduduk di Kampung Annah Rais menerima kunjungan daripada penduduk Kampung Semban, Padawan pada sambutan 'Gawai Tourism' tersebut.

"Inilah yang menariknya mengenai 'Gawai Tourism' ini, di mana penduduk dari Kampung Semban iaitu sebuah pekampungan asli Bidayuh datang ke rumah panjang Annah Rais dengan memperkenalkan budaya yang diamalkan di kampung itu.

"Selain itu, ini juga peluang untuk kita melihat sendiri secara dekat mengenai keistimewaan kebudayaan yang diamalkan oleh kedua-dua perkampungan Bidayuh ini," katanya.

Tambah beliau, pertunjukan kebudayaan oleh kedua-dua buah perkampungan Bidayuh itu akan diadakan pada sebelah petang, sebelum acara kemuncak iaitu persembahan dari artis-artis tempatan diadakan pada sebelah malam.

Di samping itu, terdapat 11 buah inap desa disediakan untuk pengunjung yang ingin merasai sendiri suasana tinggal di perkampungan Bidayuh (Annah Rais) itu.

"Ini adalah antara program yang disediakan untuk pengunjung, kesemua inap desa ini terletak di Rumah Panjang Annah Rais dan kita menyediakan pelbagai pakej untuk pengunjung yang mahu menetap di enap desa ini," katanya.

Sambutan 'Gawai Tourism' tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit dan dijangka dihadiri oleh kesemua wakil rakyat Bidayuh iaitu Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh Dr Jerip Susil, ADUN Tarat Roland Sagah, ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian ADUN Tebedu Datuk Seri Michael Manyin, ADUN Kedup Martin Ben dan ADUN Opar Ranum Mina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sarawak - Google Blog Search

di negeri sarawak - Google Blog Search


Kuching City Centre – Part 1 « plum era

Posted: 19 Aug 2011 08:14 AM PDT

Kuching. Capital of Sarawak. Kuching means 'cat' in Malay (old spelling). Present day connection with the name consists of cat statues littered around the city. The origins of the city's name can be found here.

This is probably one of the most delightful Malaysian cities. Nestled on both banks of the Kuching river, Kuching is great for strolling. It is relatively unpolluted (that is until the haze starts) and the streets are very clean. The trees line the waterfront promenade with wonderful shades and makes for an idyllic walk. It is amazing that I can walk along the river in midday, in the scorching sun and feel that I can enjoy myself. That says a lot about how much I like the city since I don't take to heat well.

Kuching Waterfront Promenade

Across the river, the Sarawak State Legislative Assembly building sits prominently on top of a small hill. Just a mere few months ago, the Sarawak's state elections was a much-watched event for the nation's pundits and political players.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak or the Sarawak State Legislative Assembly Building

Not far from the State Legislative Assembly hall is the Astana. It is the official residence of the Governor (or Yang di-Pertua Negeri) of Sarawak. Unlike the Malay states on Peninsula Malaysia, Sarawak is a state without a traditional monarch. The Governor's role is largely symbolic. Legislature is made by the State Legislative Assembly which is elected by the people. The executive branch of the Sarawak government is made up of the Cabinet headed by the Chief Minister.

The Astana, official residence of the Governor of Sarawak.

After enjoying a scenic walk along the river, crossed the road to Carpenter Street or some call it Chinatown. Today it is a historic old town area catered mostly to tourists. But it is charming  and houses some small eateries where we filled our tummies.

Right at the end of Carpenter Street stands the Old Court House complex, built in 1874.

Inside the Old Court House complex

And does anyone here remember James Brooke, the Rajah Putih (a.k.a. angmoh chief) of Sarawak from their history class days?

Brooke Memorial. Outside the Old Court House Complex

Advertisement

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suara Sarawak: SENARAI JAWATANKUASA MAJLIS PIMPINAN <b>NEGERI SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2011 01:45 AM PDT

Penasihat: Datuk Hajah Hafsah Harun

Majlis Pimpinan Negeri:

Bil

Nama

Jawatan

1

Sdr YB Baru Bian (Lawyer)

Pengerusi MPN

2

Sdr Zulrusdi Hol (Accountant)

Timb. Pengerusi

3

Sdr Peter Ato (Engineer)

Naib Pengerusi

4

Sdr YB Ali Biju (Businessman)

Naib Pengerusi

5

Sdr YB See Chee How (Lawyer)

Naib Pengerusi

6

Sdr Stanny Embat (Ex-Police Officer)

Setiausaha

7

Pn Lynette Tan (Lawyer)

Timb. Setiausaha

8

Dr Michael Teo Yu Keng (Medical Practitioner)

Bendahari

9

Sdr Mengga Mikui (Businessman)

Timb. Bendahari

10

Sdr Vernon Kedit (Lawyer)

Ketua Penerangan

11

Sdr Nikson Abdillah (Businessman)

Timb. Ketua Penerangan I

12

Sdr William Lee (Businessman)

Timb. Ketua Penerangan II

13

Pn Hanim Hj Mokshen (Businesswoman)

Ketua Wanita Negeri

14

Sdr Ahmad Nazib (Lawyer)

Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri

15

Sdr Abang Zulkifli Abang Engkeh (Businessman)

Pengarah Pilihan Raya Negeri

16

Sdr Paul Bian (Engineer)

Timb. Pengarah Pilihan Raya Negeri I

17

Sdr George Chen Ngok Fa (Businessman)

Timb. Pengarah Pilihan Raya Negeri II

18

Sdr Paul Baya (Businessman)

Timb. Zon Utara

19

Sdr Wong Ling Kui (Businessman)

Timb. Zon Tengah 1

20

Sdr Richard Lias (Engineer)

Timb. Zon Tengah 2

21

Sdr Dick Cotter (Town & Country Planner)

Timb. Zon Selatan

22

Sdr Ali Hossen Abang (Businessman)

Pengarah Strategi

23

Sdr Harrison Ngau (Lawyer)

Timb. Pengarah Strategi

24

Sdr Joshua Jabeng (Insurance Agent)

Pengarah Latihan

25

Sdr Maxlien Gobek (Consultant Engineer)

Timb. Pengarah Latihan

26

Dr Christopher Kiyui (Medical Practitioner)

Pengarah Kesihatan

27

Pn Cecilia Una (Retired Nurse)

Timb. Pengarah Kesihatan

28

Pn Ibi Uding (Businesswoman)

Pengarah Penggalangan Dana

29

Sdr Dr Idwar Bakaruddin (Physicist/Academician)

Timb. Pengarah P. Dana I

30

Sdr Simon Tiong (Businessman)

Timb. Pengarah P. Dana II

31

Dr Manshor Hosen (Educationist)

Pengarah Kebajikan

32

Sdr Paul Raja (Lawyer)

Timb. Pengarah Kebajikan

33

Sdr Abun Sui (Lawyer)

Pengarah Integrasi

34

Pn Zolhaidah Suboh (Businesswoman)

Timb. Pengarah Integrasi

35

Pn Helen Jimbai (Businesswoman)

AJK

36

Pn Margaret Binti Yak (Businesswoman)

AJK

37

Sdr Ardi Pawi (Ex-Headmaster)

AJK

38

Sdr Willie ak Mongin (IT Specialist)

AJK

39

Sdr Taylor Unting (Businessman)

AJK

40

Sdr Arip bin Ameran (Lawyer)

AJK

41

Sdr Norisham Mohd Ali (Lawyer)

AJK


Termasuk semua Ketua Cabang dari tiga-puluh satu buah cabang PKR di seluruh negeri Sarawak.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Sarawak</b> 1432H/2011 <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 05:57 AM PDT

By faizal fredley | July 30, 2011

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Sarawak untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Waktu Berbuka dan Imsak bagi kawasan di negeri Sarawak

Sarawak

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Sarawak:

Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu

Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song

Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang

Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak

Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam

Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Sematan

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Sarawak melalui paparan Sribd di atas.

Sumber: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peluang Menangi Duit Raya Dan Hadiah Dari Puan Bee

Menangi Apple Ipad 2 Malaysia Untuk Teman Setia

Dapatkan 50% Discount Barangan Fabrik Hari Raya Untuk Follower Faizal fredley

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 01:10 AM PDT

URL Sumber Asal :-

KOMUNITI <b>MATU</b>-DARO <b>DI</b> BANDARAYA MIRI, <b>SARAWAK</b>: Apa Kata Kalau Kita <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2011 10:01 AM PDT

Saya bukanlah terpelajar sangat atau berpelajaran tinggi seperti rakan-rakan lain yang datang dari Daerah Matu Daro. Tetapi walau macam mana pun, pernah juga merasa payah jerih memeras minda menghadiri kuliah, membuat assigment, membuat dan membentangkan 'dissertation' di hadapan 'lecturer-lecturer yang bergelar Prof' seperti Prof. Tim Davis (Engineering), Prof. David Simon (Tourism Management), Associate Prof. Dr. Patrick Devlin. Tetapi itu hanyalah sekadar sebuah persinggahan dan pengalaman hidup yang boleh dijadikan sebagai sebuah cerita motivasi untuk anak-anak saya sendiri. Tidak ada apa untuk dibanggakan, kerana apa yang saya dapat hanyalah sekeping kertas yang bertandakan cap mohor, yang sehingga kini tidak pernah mendapat pengiktirafan. Kalau dijual di pasar malam sekalipun tidak ada seorang pun yang mahu membelinya, apatah lagi kalau dijual di masjid. Akan tetapi....nilai sekeping kertas itu tidak sama seperti 'nilai sebuah keistemewaan yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada setiap manusia'. Kerana setiap manusia itu ada kelebihan mereka tersendiri, yang kadang-kadang jarang dimiliki oleh orang lain.

Lupakan saja tentang apa yang saya paparkan di atas. Sebenarnya, ada sesuatu yang sudah sekian lama terbenam di dalam kotak minda saya. Yang pernah suatu ketika saya suarakan kepada seorang rakan yang juga berasal dari Matu-Daro. Iaitu tentang sebuah hasrat yang amat besar atau juga mungkin sebuah angan-angan yang tidak mustahil untuk dilaksanakan. "Apakata Kalau Kita Buat Konvensyen Untuk Masyarakat Melanau Matu-Daro?"....itulah apa yang saya fikirkan sejak dulu lagi.

Saya tahu, mungkin ramai yang berkata..."ini bukan suatu perkara yang mudah atau senang untuk dibuat". Banyak perkara yang harus dilakukan malah memerlukan banyak wang ringgit, memerlukan sokongan dan kerjasama, masa dan tenaga. Akan tetapi kata pepatah selalu mengatakan, 'hendak seribu daya'....'di mana ada kemahuan, disitu ada jalan'. Namun yang pasti, ianya tidak mustahil dan kita boleh memulakannya.

Seperti yang kita tahu, di Daerah Matu-Daro, ramai sekali anak watannya yang bijak pandai, yang berkelulusan ijazah, master, berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Tenaga mahir dan penuh dengan ilmu pengetahuan ini boleh kita guna-pakai untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dengan membuat kertas kerja untuk dibentangkan dalam konvensyen itu nanti. Memberikan mereka semua peluang untuk mengutarakan idea....bagaimana untuk MEMBANGUNKAN MASYARAKAT MELANAU di Matu Daro , seterusnya memperlihatkan ARAH TUJU MASA DEPAN dalam menghadapi senario perkembangan PENDIDIKAN, EKONOMI DAN POLITIK tanahair. Bukan hanya sekadar menjadi pengikut atau tukang angguk kepada orang lain tetapi menjadi PERINTIS KEPADA GENERASI MATU-DARO SETERUSNYA.

Biar masyarakat kita 'MELANGKAH SELANGKAH DIHADAPAN' orang lain. Biar masyarakat kita menjadi PENERUS SEJARAH BANGSA dan seterusnya menjadi idola anak-anak watan Matu Daro selama-lamanya. Bolehkah? 'TEPUK DADA, TANYALAH SELERA!'.............

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads