11 di mukah sarawak - Google Blog Search |
Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau <b>di Mukah, Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 03 May 2013 06:53 AM PDT Cuti Buruh baru-baru ini saya berkesempatan untuk CUTI-CUTI MALAYSIA di Mukah. Kalau nak ikutkan sepatutnya, minggu sebelumnya lebih menarik, kerana ada sambutan Pesta Kaul di sana. Tapi, sebab ada sekolah gantian dan juga tarikh yang kurang cun, maka perjalanan dibuat pada Hari Cuti Buruh, 1 Mei. Sapan Puloh adalah merupakan sebuah mini muzium yang diusahakan sendiri oleh Encik Tommy Black sekeluarga. Lokasinya terletak berhampiran dengan Lamin Dana. Menariknya mengenai mini muzium ini adalah, semua bahan yang dipertontonkan adalah merupakan koleksi peribadi barang lama warisan keluarga. Walaupun tempatnya agak terhad, namun memang banyak sangat koleksi yang dimiliki oleh beliau, termasuk yang saya tak pernah tengok sebelum ini di mana-mana pameran atau muzium berkenaan masyarakat Melanau. Ditambah lagi dengan penerangan panjang lebar daripada Encik Tommy, memang terbaek! Penjelasan Encik Tommy merangkumi budaya dan adat istiadat masyarakat Melanau bermula daripada kelahiran, perkahwinan sehingga lah adat yang berkaitan dengan kematian. Juga diselitkan dengan cerita-cerita kepercayaan masyarakat Melanau dahulu terhadap makhluk halus dan semangat sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian. Paling menarik perhatian saya adalah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melanau, yang pada saya memang sangat kompleks. Penuh beradat! Bermula daripada saat merisik, bertunang sehinggalah ke majlis melangsungkan perkahwinan. Terfikir juga saya, akan betapa ruginya jika adat sebegitu tidak didokumentasikan secara video sebagai rujukan bagi generasi akan datang. Sebab saya sangat yakin, tanpa langkah pemeliharaan, sebarang adat mana-mana masyarakat, akan hilang begitu sahaja. Mohon kepada mana-mana pihak berkaitan agar mendokumentasikan adat perkahwinan Melanau dengan lebih teratur dan baik sebagai warisan budaya negara. Sesi 'temuramah' dengan Encik Tommy selama hampir 2 jam juga terasa seperti tidak cukup untuk kami bertanyakan lagi mengenai adat budaya masyarakat Melanau. Ternyata, pertemuan kami dengan Sapan Puloh pada kali ini adalah ternyata amat berbaloi sekali. Diharapkan juga selepas ini, ada mana-mana pihak berkenaan, sama ada swasta atau kerajaan yang boleh mengetengahkan lagi usaha Encik Tommy bagi mengekalkan warisan budaya masyarakat Melanau ini. Kepada pelancong yang nak melancong ke Mukah, saya syorkan tempat ini sebagai satu lagi tempat untuk dimasukkan dalam senarai lawatan anda sepanjang berada di sana. Dan untuk Encik Tommy, pengusaha Mini Muzium Sapan Puloh, saya ucapkan Tahniah dan Selamat Berjaya! Semoga Terus Berkembang Maju! |
You are subscribed to email updates from di mukah sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |