Sabtu, 12 Mei 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Menyingkap Tabir Pulau Sari,<b>Lawas</b>,<b>Sarawak</b> - Border Fishing <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 03:53 AM PDT

Team D`FIST telah mengadakan kunjungan hormat menyingkap tabir perairan Pulau Sari di Lawas,Sarawak yg khabarnya diperkasakan dengan ikan2 berkualiti tinggi..dengan bantuan tekong tempatan dari Kuala Lawas,bayaran rm140..kami menongkah arus ke perairan berkenaan untuk mencari kebenaran di sebalik khabar indah yg kerap dituturkan oleh rakan2 yg pernah berkunjung ke sana sebelum ini..berbekalkan umpan udang hidup dan anak ikan,kami melabuhkan pancing sebaik saja tekong selesai menurunkan sauh..tidak sampai 10minit menunggu,khabar indah yg didengar selama ini jelas terbukti faktanya apabila aksi hit n run bermula  wajah gembira melambangkan kepuasan hati menyertai ekspidisi ini   hasilnya..ikan merah dan kerapu yang terkulai,tumpas di tangan Team D`FIST hari ini  suasana riuh apabila segerombolan ikan merah muncul..puas layan tarikan weiiii!!pengguna apollo sampai keluar gelak kambing apabila 3 ekor ikan merah naik sekali..cukup jelas fakta perairan Pulau Sari memang banyak ikan jenis threadfin  parking di Pulau Sari setelah penat memancing,kawan2 kelaparan x sabar mau menikmati keenakan ikan merah segar..tekong masih ikat bot,kami sudah sibuk mencari port sesuai untuk bersantai dan mencari kayu api untuk `membelai` ikan2 yang baru kami tumpaskan  orang kata yg asli itulah yg lazat..cara tradisional menjadi pilihan Team D`FIST untuk menyediakan juadah ikan merah panggang di Pulau Sari..tanpa sebarang perasa coz tlupa mau bawa..ikan cuma di panggang begitu saja..tapi silap2 kucing pun x dapat menjamah tulang nh nanti..conform kami ratah sampai licin hahaha!! Menikmati ikan panggang segar..cukup bersama nasi putih dan kopi panas,membangkitkan selera..kata kawan,kalau unduk ngadau lalu pun belum tentu dia panggil makan..masing2 berebut melangsaikan ikan yang ada..jarang berpeluang makan sebegini cara..

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


21 Kampung Wifi Untuk <b>Betong</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 02 Mar 2012 06:27 AM PST





Spaoh:- 21 lagi projek Kampung Tanpa Wayar atau lebih dikenali sebagai Kampung Wi-Fi akan dilaksanakan dalam bahagian Betong tidak lama lagi untuk mengurangkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas.
Perlaksanaannya adalah di bawah initiatif Jalur Lebar Negara yang dikemudikan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Setakat ini Betong memiliki empat Kampung Wi-Fi yang beroperasi di Kampung Bungin dekat Spaoh, Pekan Spaoh, Pekan Betong dan Rumah Wilson Begat Bakir, Ulu Paku.
Menurut Dato Sri Douglas Uggah, program seperti ini amat penting kerana komputer kini merupakan peranti yang mudah untuk menjelajah dunia tanpa sempadan dan segala maklumat boleh diperolehi pada hujung jari.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong menyatakannya dalam majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia kepada 570 penerima di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Muda Kebajikan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Bukit Saban, Robert Lawson Chuat dan ADUN Saribas, Mohd Razi Sitam.
Selain Kampung Wi-Fi, Betong juga mempunyai Perpustakaan Jalur Lebar yang beroperasi di Perpustakaan Awam Betong dan Mini Pusat Jalur Lebar Komuniti yang beroperasi di Pejabat Penerangan Betong.
"Gunakan lah pemberian kerajaan ini secara berhemah dan beretika" ujar beliau sambil menambah banyak kebaikan dalam dilakukan melalui internet termasuk berinteraksi di alam siber dengan pelayar lain di seluruh dunia, memudahkan urusan dokumentasi dan file persatuan dan pertubuhan setempat dan mempromosi barangan perniagaan.
Pelajar juga boleh mengakses internet untuk mencari maklumat-maklumat tentang pelajaran, mencari nota-nota tambahan tentang pelajaran dan menambang pengetahuan mereka.
"Internet juga ada kesan buruknya apabila kita tidak berhemah menggunakannya seperti melayari laman sesawang lucah dan melakukan penipuan siber", ujarnya lagi.
Sejumlah 107,400 unit komputer riba 1Malaysia sedang diagihkan oleh SKMM di bawah fasa ketiga program tersebut di Sarawak termasuk 4,700 unit di Betong.
Pada April tahun lalu, SKMM telah melaksanakan fasa kedua yang melibatkan pemberian 60,268 unit komputer riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan orang awam.
Fasa pertama pada 2010 melibatkan pemberian 14,500 unit komputer 1Malaysia.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Sekumbang 50 taun, orang indu udah jauh berinsur <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 10 May 2012 06:18 PM PDT

KUCHING: Dalam kandang 50 taun tu ke udah, gerempung indu menua tu udah mayuh meri penemu enggau peneleba ngagai indu kelebih agi di menua pesisir dataika sekeda ari sida iya nyadi sebagi ari pemansang ekonomi enggau menua, ku Chairman Gerempung Indu Sarawak (PPWS) Nancy Shukri.

Ba jaku iya di pengawa Makai Lemai nyambut PPWS 50 taun udah ditumbuhka, iya meri terima kasih ngagai KKWPK enggau Biro Indu ke mayuh udah mantu ukai semina PPWS tang mega gerempung ukai dikuasa perintah (NGO) indu bukai, kelimpah bantu ari ijinsi opis Perintah Besai, ke seruran ngemeratka pengelantang indu di Sarawak.

"Berindik ari nya, taun tu kami ngaga siti jaku rambai, iya nya 'Penegap Indu Ngemajuka Menua'. PPWS deka negapka indu laban kami nemu indu ke bisi pelajar enda kena tinggal dalam pemansang.

"Tu mandangka kitai indu makin maju. Nya alai kitai patut meri timbal ke manah ngagai atur perintah ke seruran ngemeratka pengelantang pendiau kitai indu….Perintah deka meri, kitai pen deka nerima," ku iya.

Sama bisi ngulu atur pengawa nya kemari, Presiden Sitak Gerempung Indu Kampung Sedunya pampang Asia Tenggara enggau Timur Jauh, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Sultan Iskandar, Sekretari Mendam KKWPK Rodziah Morshidi, enggau Direktor Biro Indu Norjanah Razali.

Nancy ti mega nyadi Kaban Parlimen Batang Sadong nandu, dalam kandang 50 taun ke udah, indu menua tu belabuh ari pemun ke nadai peneleba, tang kemaya hari indu belumba enggau mensia mayuh bukai ngiga peneleba, pemandai sereta penemu.

"Enti kelia, jarang endar kitai meda indu di PPWS  bisi peneleba. Enti diasuh meri jaku ba aum, enda temu tuju munyi jaku laban nadai peneleba. Tang diatu peda kita…Semua landik bejaku, landik ngiga pemisi, sereta landik nyadi ketuai," ku iya.

Dalam pengerami PPWS 50 taun udah ditumbuhka, ti belabuh ari 8-10 Mei, mayuh macham aktiviti bisi diatur nyambut penumbuh PPWS baka ngatur seminar Pengelikun Diri Sebilik Tanggungpengawa Kitai, pampang Koperasi ngatur Aum Besai, nyengkaum seminar nyadi orang dagang ti diatur di Simunjan.

Kelimpah ari nya mega, Azizah diberi basa muka opis PPWS pelilih menua Simunjan.

Dalam pemayuh raban PPWS diatu ku Nancy, udah manggai 11,824 iku kaban enti dibanding enggau taun 2009 ke semina bisi 7,000 iku aja.

"Pemayuh tu nyadi peransang ngagai indu masuk PPWS," ku iya, lalu ba penggal tu, timpuh iya nyadi chairman gerempung nya abis, lalu deka diganti enggau chairman baru, ke dikearapka iya enggau semua kaban PPWS deka meri kerejasama ngagai chairman baru.

"Penggal tu ke penudi aku nyadi chairman lalu aku ngarap semua kaban PPWS deka meri sukung  ngagai chairman baru ngambika ulih ngemeratka pemujur kitai ngelamatu dalam 50 taun ke udah," ku iya.

Category: Sarawak

Nama menunjukkan … ? | Dari Lensa Kamera Pinjam

Posted: 03 May 2012 05:20 PM PDT

nama menunjukkan bangsa

Medan selera di pekan Simunjan, Sarawak

25hb April 2012:

Usai bertugas di pejabat Bernas cawangan Simunjan, kami meminta jasa baik pengurusnya menunjukkan tempat untuk makan tengahari. Sangkaan saya, beliau cuma mahu menunjukkan lokasi tersebut dengan memberikan arahan lisan mahupun bergambar.

Tetapi nampaknya beliau turun dari pejabat untuk turut bersama kami, memakai topi keledar, menghidupkan enjin motorsikalnya lalu mengarahkan kami mengikutinya. Medan selera ini terletak kurang 400 meter dari pejabat Bernas.

Di medan selera ini, beliau turut duduk menemani kami. Memesan air, sambil kami mengambil juadah yang masih bersisa kerana jam telahpun sekitar lewat jam 1500 petang. Sambil menikmati juadah, beliau tiba-tiba bersuara bertanyakan tentang senario politik di Semenanjung. Saya hanya mendengarkan beliau dan abang Naz saling bertukar pendapat tentang situasi politik di Semenanjung, mahupun di Sarawak sendiri. Ternyata pandangan politik beliau agak neutral; dengan menyanjung dan mengutuk segala perbuatan parti baik berhaluan kiri mahupun kanan.

Selesai menikmati juadah dan berbicara, kami bersurai dengan amaun makan – minum tadi dilangsaikan oleh pengurus cawangan Simunjan itu. Terima kasih encik Awang (kalau saya tidak silap lah namanya). Moga murah rezeki kamu dan saya berjanji dalam hati untuk menemuinya jika berkesempatan lagi menjejakkan kaki di bumi Simunjan ini.

Komentar jurugambar kamera pinjam:

Gambar di atas, diambil di bahagian paling belakang medan selera Simunjan yang bersambung dengan pasar. Kelihatan nama etnik Iban menghiasi dua gerai di situ manakala nama kaum Cina di bahagian paling kiri. Untuk info, 'AK' bermaksud 'anak kepada'. Dari kacamata saya [iye, saya memang memandang melalui kacamata; rabun jauh], integrasi nasional adalah lebih baik di Sarawak berbanding dengan di Semenanjung. Maaf, ini hanya pandangan peribadi saya yang mungkin sempit dan belum diluaskan ( :

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Rajahmas: ADUN DAP arah roboh gerai rakyat <b>di Sarikei Sarawak</b>

Posted: 03 Dec 2011 04:24 PM PST

Di Pulau Pinang dan Selangor perobohan gerai dan kedai begitu giat dilakukan pembangkang. Mengapa DAP hanya berminat menutup periuk nasi orang lain?
SARIKEI: Wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya sepatutnya membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mereka sepatutnya membantu masyarakat yang menghadapi masalah serta berusaha untuk menyalurkan pembangunan, bukan cuba memusnahkan perancangan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi telah dilantik, kata 24 orang pemilik gerai di kawasan Tebingan Sungai Nyelong di sini, petang kelmarin.

Kumpulan tersebut berkata demikian semasa mengadakan protes aman di Tebingan Sungai Nyelong kerana membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN DAP) Repok, Dr Wong Hua Seh yang mahu gerai-gerai mereka dirobohkan berikutan pembinaannya belum mendapat sebarang kelulusan.

"Kami berasa amat kesal dan marah akan tindakan wakil rakyat tersebut kerana apa yang sepatutnya berlaku ialah beliau (Dr Wong) harus berusaha untuk membantu pihak kita untuk menambah pendapatan dan bukan menghentikan mata pencarian dan rezeki kami.

"Apa yang paling menyedihkan ialah kami telah membelanjakan banyak wang simpanan kami untuk memulakan perniagaan ini, terutama untuk membeli bahan-bahan permulaan perniagaan tetapi sekarang, ia hendak dirobohkan pula.

"Kenapa perkara ini tidak dibincang atau diambil tindakan awal pada sebelum pembinaannya dahulu dan baru sekarang hendak dibangkitkan… apa yang pasti kami menjadi mangsa keadaan dan siapakah yang bakal bertanggungjawab dalam perkara ini?" kata Alwyn Lau Peng Seng selaku jurucakap kumpulan terbabit.

Tambahnya, mengapa gerai yang sudah terbina dengan cantik dan terletak di kawasan strategik itu mahu dirobohkan dan jika ia hendak dirobohkan, maka amat jelas pembaziran yang berlaku.

"Berdasarkan perkara ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa cara Dr Wong (DAP) amat berbeza jika dibandingkan dengan bekas ADUN yang lepas iaitu Datuk David Teng Lung Chi (SUPP)."


Baca artikel selanjutnya sini...

ads