Ahad, 4 November 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Daerah <b>Bau</b> (Disebut Bauk),<b>Sarawak</b> - Ema Blog

Posted: 02 Oct 2012 06:00 PM PDT

Apa yang istimewa daerah Bau ini.
Bau merupakan tempat perlombongan emas.
Daerah Bau dituju untuk menuju ke Serikin..
Serikin adalah tempat kaum perempuan paling suka...entry akan menyusul.
Singgah di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk menunggu orang yang akan membawa kami ke Serikin.
Sangat besar bangunannya...tapi tersangatlah sunyi..
Sempat singgah kedai makan Islam yang hanya mempunyai 2 kedai makan Islam di daerah ini.
Sebelum meneruskan perjalanan ke serikin..perlu kosongkan pundi kencing untuk mengelak dari menyusahkan diri mencari tandas bila tiba di serikin.
Selepas habis bercuci mata dan membeli sempat singgah di pondok polis Bau yang hanya beberapa langkah dengan tempat jual-jual di Serikin.
Kami bertuah pergi ke sana di eskot dengan beberapa pegawai polis..

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Calon PAS bertanding <b>di Mukah</b>? « PAS Untuk Kesejahteraan Ummah

Posted: 11 Jul 2012 11:48 PM PDT

PAS berkemungkinan besar akan meletakkan calonnya di P.213 Parlimen Mukah, Sarawak pada pilihan raya umum ke-13.

Untuk tujuan itu, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) menghantar tiga wakil kawasan pembantu bagi memperkemas jentera di kawasan tersebut bermula 2 hingga 6 Julai lalu.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, timbalan Pesuruhjaya Melaka, Bahiki Islamil dan timbalan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Rosidi Husain.

Menurut Mohamad Nor, dua orang dilantik sebagai pengarah pilihan raya di Dun Balingian dan Dun Dalat.

"PAS sudah bertemu dengan pimpinan DAP Mukah tapi belum berkesempatan bertemu pimpinan PKR. Tapi akan ada lawatan susulan selepas ini dan kita akan bertemu dengan kedua-dua pemimpin parti ini," kata beliau kepada harakahdaily hari ini.

P213 MUKAH
Jumlah Pengundi: 22,851
Peratusan Kaum: M: 72% C: 10% I: % B/Sab: % B/Swk: 18% L: %
1. Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN) (10,090) 
2. Hai Merawin @ Bonaventure (Bebas) (3,792)
Majoriti: 6,298
Jumlah undi: 14,403
Peratus mengundi: 63.03%
Undi rosak: 521
Penyandang: Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN)
(Majoriti: 9,178 undi)

Ana bukan nak katalah, tapi pada ana, yang pernah bertugas di Sarawak sewaktu PRN yang lalu, ini adalah aksi hantar nyawa oleh PAS. Pada ana, ini adalah kawasan yang tidak sesuai untuk Pas. Walaupun pengundi adalah 72 % orang Melayu, namun ianya bukan 'Melayu' kita. Lain pemikirannya. Leo Michael Toyad nama besar. Kalau dia tanding lagi, mana kita nak cari 6,000 undi untuk lawan dia. Cari penyakit.

Kenapa Baru Bian tak mahu ambil kawasan ini? Sebab dia tahu, kalau PKR tanding pun bungkus. Sebab itu dia offer pada Pas.

Apa perlu jumpa DAP Mukah. DAP pun tak berapa mahu bertanding kawasan ni. Mati berdiri kata DAP.

Ana minta kepimpinan kita kaji sebelum terima kawasan. Kaji betul-betul. Kalau setakat tanding, lepas tu LENGIT (kalah teruk – bahasa orang Johor); buat apa.

Pada ana, menurut pertimbangan rakan-rakan di Sarawak, kerusi Parlimen yang wajar ditandingi oleh Pas adalah Limbang. Lebih mudah untuk dimenangi. Kalau kita lihat tahun 2008 pun, calon PKR hanya kalah 600 undi. Kalau PAS bertanding, dengan cara kempen yang betul, kita boleh menang.

Disinilah kita nak uji sejauh mana DAP akan kerja kuat untuk kita. Kalau kita tanding kawasan Melayu, DAP tidak akan bantu.

P221 LIMBANG (KAWASAN BARU)
Jumlah Pengundi: 20,315
Peratusan Kaum: M: 37% C: 23% I: % B/Sab: % B/Swk: 39% L: %
1. Hasbi Habibollah (BN) (6,427) 
2. Dr. Lau Liak Koi (PKR) (5,751)
Majoriti: 676
Jumlah undi: 12,291
Peratus mengundi: 60.5%
Undi rosak: 113
Penyandang:
(Majoriti: )

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


CUTI-CUTI MALAYSIA <b>DI KUCHING SARAWAK</b> « Cutidikuching

Posted: 03 Sep 2012 01:32 AM PDT

Tadi ummiross lepak-lepak lagi kat Waterfront, Kuching, singgah jap membasahkan tekak selepas penat berjalan mencari beberapa keperluan. Meriah betul suasana kat situ hari ni, ramainya orang, maklumlah cuti sekolah sudah bermula, ramai pelancong, ada yang bercouple, ada yang berkeluarga.

Selain dari membeli belah kat main bazaar dan gerai-gerai cenderamata kat situ, ada yang ambik kesempatan menaiki cruise.

IMG_1825IMG_1827 
Yang ni eksklusif skit, Sarawak River Cruise, untuk dewasa RM60, pakej menyusuri sungai Sarawak sambil melihat matahari terbenam. Ada jugak pakej yang lebih murah, RM19 untuk dewasa, tapi bot dia takdelah macam ni. Tepuk dada, tanya selera..

IMG_1828IMG_1835 
Dah mula bergerak, bestkan, ada table untuk  untuk makan2 sekali, sambil tu dapat merakam saat-saat matahari terbenam, suasana merah jingga di Sungai Sarawak, cewah! romantik tuu… 

IMG_1844IMG_1842 
Ummiross biasa naik yang ni je, tambang 50 sen, untuk ke seberang. Agenda makan2 atau bawa kawan2 ke kilang kek lapis. Sarawak river cruise?  belum pernah lagi… Open-mouthed smile

diambild ari blog http://salamborneo.blogspot.com

Life is colorful: Sugar Bun @<b>Kuching</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 28 Sep 2012 12:09 AM PDT

Saya tak pasti sama ada di Semenanjung Malaysia ada Restoran Sugar Bun atau pun tidak, tapi restoran makanan segera ini memang banyak di Sarawak, terutamanya di Bandaraya Kuching. Pada mulanya memanglah saya hairan, kenapa ada di Sarawak tapi tak ada di Semenanjung. Selepas menggoogle kesana-kemari, akhirnya saya dapat jawapannya: Restoran ini dimiliki oleh Borneo Oil Berhad.

Oleh kerana saya memang tak pernah nampak Restoran Sugar Bun di Kuala Lumpur, maka sudah tentulah saya teringin sangat nak melihat apa yang dijual di Restoran ini.  Kesempatan berada di Kuching digunakan untuk makan tengah hari di Sugar Bun.
 
Menu di Sugar Bun ni bukan hanya ada makanan segera seperti burger dan ayam goreng, malah ada juga ditawarkan menu-menu Asia seperti Nasi Lemak, Bihun Bebola Daging dan Kari Ayam. Tapi saya ni memang nak makan fast food, jadi saya pun order fast food.
 
Saya teringin sangat nak cuba ayam goreng kat sini. Jadi saya order 3 pieces Broasted Chicken. Saya makan 2 pieces je, satu lagi Mr. Hubby makan. 

Mr. Hubby pula pilih set Fish Burger. 

Juga ada pilihan menu untuk kanak-kanak. Untuk Hasya saya orderkan set 8 pieces Chickies berserta kentang lenyek, kentang goreng dan milo ais. 

Kesimpulannya, sedap juga makan kat sini.  Ayam gorengnya ada rasa lada hitam. Fish burger dia pun sedap. Lain kali boleh cuba menu lain pula. Tapi lambat lagilah, sebab lama lagi nak balik Sarawak. 

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Abaikan fitnah Jawah: Uggah | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 12:10 PM PDT

Penduduk Lubok Antu diseru terus menyokong Nyalau

LUBOK ANTU: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang yang memburuk-burukkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan Lubok Antu.

Menurutnya, tindakan Jawah yang cuba menyerang peribadi Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak semasa berucap dalam ceramah politik sekitar rumah panjang di kawasan Parlimen Lubok Antu sebenarnya adalah bersifat politik.

"Apa yang dikatakan Jawah itu adalah bohong maka saya berharap anda semua di kawasan Parlimen Lubok Antu sedar bahawa ia merupakan taktik yang cuba meraih undi untuk keuntungan politik dirinya," katanya.

Uggah selaku Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama RELA (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Lubok Antu kelmarin.

Uggah berkata demikian bagi merujuk kepada cerita Nyalau semasa berucap pada majlis yang sama yang mengatakan bahawa bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang mewakili Parti Pekerja Sarawak (SWP) menabur fitmah dan memburukkan peribadinya (Nyalau) semasa berucap di rumah panjang sekitar Lubok Antu baru-baru ini.

Semasa berucap di Rumah Merebong dan Rumah Tak, Skim Merindun, Engkilili, Jawah melemparkan pelbagai tuduhan sambil menyerang peribadi Nyalau.

Jawah dan Nyalau berasal dari Rumah Lepang Gerang dan mempunyai pertalian saudara antara satu sama lain.

Selain itu beliau juga mahu penduduk Lubok Antu sedar bahawa mereka masih memerlukan kerajaan BN untuk meneruskan rentak pembangunan di kawasan penempatan masing-masing.

"Berilah sokongan kepada Nyalau sekiranya beliau diberikan kepercayaan untuk mengibarkan bendera BN pada PRU13 akan datang demi masa depan pembangunan kawasan Lubok Antu," katanya.

Uggah juga menasihati ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Lubok Antu untuk turun padang bagi membantu Parti Rakyat Sarawak (PRS) mempertahankan kerusi Parlimen milik BN itu pada PRU nanti.

Dalam majlis itu Uggah memperuntukan projek kecil luar bandar berjumlah RM23,000 kepada pasukan RELA Daerah Lubok Antu.

Turut hadir pada majlis itu Nyalau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Malcom Mussen Lamoh, ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong, Pengarah RELA Sarawak Brigedier Jeneral (RELA) Rini Tupong, Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat dan Pegawai RELA Daerah Lubok Antu Leftenan Kolonel Silon Janda.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

ads