Rabu, 21 September 2011

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Beberapa kawasan <b>di Bau</b> mengalami gangguan bekalan air pada <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 05:59 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

KUCHING: Jabatan Kerja Raya menerusi kontraktor Pihak Berkuasa Bekalan Air Bau akan melakukan kerja-kerja penyambungan saluran paip berukuran 762 mm yang baru ke saluran paip sedia ada di kawasa Bau pada 24 September ini (Sabtu).

Kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ialah Jalan Seringgok, Jalan Evergreen, Kampung Podam, Tai Foh Shak, Skim Perumahan Jugan Musi Jambusan dan sepanjang Jalan Jambusan.

Selain itu gangguan juga dijangka berlaku di Bazar Siniawan, sepanjang Jalan Bau/Kuching, kawasan perumahan, Jalan Siniawan Lama/Keranji, Tanjung Durian, Kampung Kopit, Kampung Peninjau Lama/Baru, pekan Bau, semua kuarters kerajaan, SMK Bau, Balai Polis Bau dan sepanjang Sebuku/Tondong, Jalan Sebuku/Buso, kawasan Buso, SMK Paku dan sepanjang Jalan Bau/Paku, SMK Lake dan sepanjang Jalan Bidi/Taiton dan Kampung Suba Buan.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku mulai jam 8 pagi pada 24 September  hingga 8 pagi 25 September.

Oleh itu penduduk kampung yang terlibat diminta menyimpan air bagi kegunaan sepanjang tempoh tersebut.

Bekalan air akan dipulihkan selepas kerja-kerja penyambungan itu siap sepenuhnya.

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Catz&#39;s Cafe: Kisah Ramadhan 1: Ramadhan <b>di Kuching Sarawak</b>

Posted: 11 Sep 2011 08:00 AM PDT




salam,

sedikit catatan pengalaman saya berda di Kuching , Sarawak pada awal ramadhan yang lalu.
ye, hari pertama puasa , saya sudah berada di Kuching. Stay di Grand Margharita, Kuching merupakan satu pengalaman menarik. Sudah beberapa kali ke Kuching tapi pertama kali menginap di sini. Hotel terletak di tebing Sungai Sarawak. tarik langsir, nampak pemandangan indah menghadap sungai. Boleh nampak sampan-sampan kecil menyeberang sungai , nampak pemandangan seberang sungai, apatah lagi pandangan waktu senja. menarik.


Catz sempat jalan-jalan lepas habis kerja. menyusuri water front , menikmati matahari petang dan melihat matahari terbenam.
bot pelancong
Subhanallah..indah sungguh. dari lensa kamera kecil saya.
Saya berkesempatan menikmati laksa sarawak yang enak di sebuah restoran berhampiran hotel ketika berbuka puasa seorang diri.
laksa sarawak

sahur..room service.

naik sampan 5 minit dah sampai seberang


lebih kurang je macam tempat kita except kuih ada yang tak pernah jumpa..
saya berjalan-jalan juga di bazar depan waterfront..

jalan-jalan, tengok cenderahati..beli few things..
keesokan harinya, balik kerja, pi jalan kebazar Ramadhan lain pula di Semarak.

dekat sini sangatttt meriah!

ada kuih tongkol, celorot..etc..hahaha..lupa. aku beli sikit-sikit campur-campur sebab nak rasa.
ehem...lupa lah nama kuih ni...


terdapat pelbagai jualan lauk-pauk. dan yang femes di Sarawak ni semestinya lah umai.
umai udang
meriahhhh...
laksa sarawak
murtabak...hem...kat sini murtabak bulat-bulat..
my fav gerai..dua hari berturut aku beli mee goreng dekat sini, bawa makan dekat masjid.


oh..antara makanan paling famous ialah tapai madu..
saya berkesempatan berbuka puasa dengan penduduk tempatan di sini, di sebuah masjid. Tak jauh dari bazar ramadhan itu.

juadahnya cukup sederhana,tapi i was sooo happy to join them..kuih muih, bubur lambuk dan kemudian solat maghrib berjemaah.
oh ya..sini buka cepat...hehehe..6.50 dah buka puasa.. :). merasa lah...dulu selaluuuu je rasa jeles.bila kat sini, xdelah rasa excited sngat..hehehee...

oh ya..kalau di tempat kita time puasa jalan jammm luar biasa kan? kat sini pun sama u ols...jem di mana-mana. letihhh..

ho....mestilah carik kek lapis kan...seberang sungai, waterfront etc...cari kek lapis...


ni kat bazar depan waterfront...celah2 lorong tu

seberang sungai

Tata kuching...
overall nice experience...
will continue on food..
hik...makan aja kannn...

STIDC to go into aeronautical industry – Awg Tengah | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 06:39 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

KUCHING: Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) is set to venture into the aeronautical industry.

Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan said the industry along with its downstream activities would bring more business opportunities.

"Aeronautical industry is one of the industries that have the potential to expand the timber-based industry through modern technology," he said at STIDC Hari Raya open house at Wisma Sumber Alam on Tuesday
night.

Awang Tengah also said STIDC had so far ventured into construction, repair and maintenance of ships besides running repair and maintenance shipyards for ocean liners and cargo vessels with a capacity of up to 20,000 tonnes.

In addition, STIDC is also involved in wood processing industry besides deep-sea fishing, and oil and gas industry, he said.

Awang Tengah, however, warned of challenges in the form of demand for sustainable and legal timber products, adherence to standard/technical requirements required by certain markets and the need for branding.

He also urged STIDC to keep developing its human capital to keep up with the developments in today's corporate world.

"We have to raise the bar even higher in formulating effective strategies to meet current challenges of managing the state's timber-based industry," he said.

He added that STIDC played an important role in policy formulation, policy execution and enforcement for all timber-based activities, from upstream to downstream.

Among those present were state secretary Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani, Assistant Minister of Planning and Resource Management Naroden Majais, STIDC general manager Datu Sarudu Hoklai, permanent secretary to the Ministry of Planning and Resource Management Datu Wan Alwi Dato Sri Wan Hashim, Dr Yusuf Hadi and Sebuyau assemblyman Julaihi Narawi.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


SPDP akan tubuh jawatankuasa pemantau <b>di</b> daerah <b>Marudi</b> | my <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2011 08:34 PM PDT

BELURU: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantau di Marudi bagi memastikan semua projek yang dirancang oleh kerajaan berjalan lancar.

Menteri Muda Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Sylvester Entri berkata, jawatankuasa pemantau ini amat penting agar projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kontraktor memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

"Jawatankuasa ini nanti akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memantau projek-projek yang sedang dijalankan. Saya tidak mahu mendengar aduan mengenai projek tertentu sebaik sahaja ia nanti siap," katanya dalam lawatan sambil kerja ke Rumah Sylvester Anap di Sungai Mallang, Bakong semalam.

Tambahnya, projek itu amat penting dan akan memanfaatkan rakyat tempatan, justeru ia perlu dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan pada peringkat awal.

Ujar Entri, SPDP di Marudi mempunyai keupayaan untuk memantau perkembangan mengenai beberapa projek yang sedang dilaksanakan.

Sebelum ini, kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah meluluskan beberapa projek antaranya jalan raya, parit, bekalan air dan elektrik .

Sementara itu, rombongan turut melawat projek bekalan air di Rumah Collin Sait, Rumah Joshua (tempat letak kereta), Rumah Sylvester Anap (perparitan dan elektrik) dan Rumah Engkas (perparitan).

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


PDRM A atasi Kastam <b>di</b> final, juarai futsal MAKSAK <b>Sarikei</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 06:01 PM PDT

by Kepu Sidi. Posted on September 19, 2011, Monday

SEPAK MULA: Micheal (tengah) melakukan simbolik sepak mula ketika beliau merasmikan perlawanan akhir di Sarikei semalam.

SARIKEI: Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) A telah menunjukkan taring serta kehebatan mereka apabila menjuarai Kejohanan Futsal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Bahagian Sarikei di sini semalam.

Mereka muncul juara setelah menewaskan pasukan Kastam 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (KPSU) Sarikei.

Selaku juara, PDRM A membawa pulang hadiah berupa piala dan pingat sementara Kastam tidak pulang hampa apabila turut menerima piala dan pingat daripada pihak penganjur.

Pertandingan selama dua hari anjuran Kelab Sokanjaya dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei itu disertai 12 pasukan yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan di sekitar bahagian ini.

Setiausaha pengelola pertandingan, Ramli Ah Nee menjelaskan bahawa objektif pertandingan adalah untuk mencari barisan pemain bagi mewakili Sarikei ke pertandingan peringkat negeri.

"Pemain-pemain yang terpilih akan mewakili bahagian ini ke Kejohanan Futsal Maksak Peringkat Negeri Sarawak yang bakal diadakan di Kapit pada Oktober depan," demikian menurut Ramli.

Senarai pemain yang terpilih akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini, ujarnya lagi.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sarikei, Michael Dawi Ali.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Pemansuhan ISA bukan atas desakan pembangkang: Yong <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 07:33 PM PDT

Posted on September 19, 2011, Monday

KUCHING: Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 didakwa sebagai kemenangan besar pembangkang adalah cerita dongeng semata-mata.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng menjelaskan keputusan itu bukan dibuat atas desakan pihak pembangkang tetapi dibuat mengikut transfomasi zaman.

"Saya sudah 21 tahun berada di Parlimen, setiap kali sesi persidangan mesti ada akta-akta yang dipinda atau akta-akta baru dibentangkan.

"Perkara ini sudah biasa berlaku setiap tahun dan sekarang kita nak memansuhkan ISA berdasarkan perubahan semasa," katanya ketika ditanya berhubung perkara itu semasa Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Kampung Haji Baki dekat sini semalam.

Majlis itu merupakan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Haji Baki.

Yong berkata akta tersebut dianggap satu akta yang kontrovesi oleh sesetengah pihak dan kini akan dimansuhkan setelah perbincangan dibuat begitu lama.

"Cuma masanya telah tiba untuk kita menyelesaikan undang-undang kita seiring dengan perubahan masa.

"Jadi, kalau ini mereka kata mereka telah menang, berapa orang mereka di Parlimen? majoriti masih lagi kepada Barisan Nasional, kita nak mansuh kita punya hak bukan kerana mereka… mereka tahu memdakwa sahaja," tegasnya.

Terdahulu dalan ucapan perasmiannya, beliau mengumumkan dana sebanyak RM30,000 kepada tabung bagi membina dewan serba guna di Kampung Haji Baki.

Jelasnya, jika masalah teknikal mengenai tanah atau tapak dewan itu selesai barulah pembinaan dilaksanakan.

"Masalah sekarang ini adalah tanah, kita tidak mempunyai tapak (tanah) untuk membina dewan ini dan saya bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP)dan juga Jabatan Tanah dan Survei masih lagi mencari tapak untuk dewan ini.

"Apabila semuanya sudah selesai, saya akan mencari peruntukan untuk membina dewan serba guna di kampung ini," ujarnya.

Hadir sama pada masjlis itu Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, KK Kampung Haji Baki Abdul Taib Hamdan dan tetamu kehormat lain.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Bintulu sedia cabar taekwondo <b>di Sibu</b> | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 06:48 PM PDT

Posted on September 15, 2011, Thursday

BINTULU: Pasukan Kelab Taekwondo Smart (WTF) Bintulu kini bersiap sedia untuk terus memahat kejayaan apabila mengharungi Kejohanan Taekwondo Peringkat Negeri Sarawak 2011 yang bakal berlangsung pada 17 dan 18 September di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu.

Pasukan Bintulu membabitkan 14 atlet iaitu Stanley Law Sie Lee, Huang Huat Yong, Dayang Syamimi, Mohd Qisti Khairy, Dayang Rasyidah, Joseph Ungkah, Raja Qistina, Nur Ifa Husna, Marylyne Bungan, Ian Wan Juk, Steffano Atom, Sin Kok Siong, Mohd Firdaus dan Scott Samuel Divers.

ads