Sabtu, 8 Disember 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Saffuan 9W2SFJ: Bercuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> Cultural Village (Part 6)

Posted: 25 Nov 2012 06:56 AM PST

Pagi ni aku bangun dengan penuh bersemangat waja. Memandangkan misi semalam untuk menawan Sarawak Cultural Village gagal, hari ini aku takkan biarkan ianya berulang!

Sarapan pagi ni di Warung Nusantara! Aku dengan misi aku,"Mencari Mee Kolok yang Paling sedap!"

Menu dah sampai di atas meja, aku tak pikir banyak.. yang aku oder untuk sarapan pagi "Mee Kolok Special dengan Kopi O Ais' 
Ni kali ke dua kami datang ke Warung Nusantara, penangan Nasi Ayam Penyet tak dapat dilupakan. Akhirnya sampai la mee kolok tu, jom rasa tengok sedap atau tak...
Rasa Mee Kolok ni kurang mengancam sebab sup ni tak rasa apa2... 
Makan pun sudah, sekarang tiba masanya untuk kita meneroka Sarawak Cultural Village. Lokasi Sarawak Cultural Village terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching dan ia betul-betul di kaki Gunung Santubong.
Sarawak Cultural Village menempatkan 7 buah rumah kaum-kaum yang terdapat di negeri Sarawak, antaranya Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Penan, Melanau dan Orang Ulu. Selain daripada melawat rumah-rumah tradisional yang ada di sini, anda berpeluang menyaksikan pertunjukkan kebudayaan, kami datang sebelah pagi dan persembahan bermula jam 11.30 pagi.
Rumah Kaum Cina, kat dalam rumah ni ada mak cik yang terangkan cara buat lada.
Mak cik ni demo buat kuih kapit.

Persembahan kebudayaan, mula jam 11.30 pagi
Dah habis persembahan penonton diberi peluang naik ke pentas menari bersama. 



Selepas persembahan kebudayaan kami meneruskan perjalanan melawat rumah-rumah yang belum di lawati antaranya Rumah Bidayuh. Masa kami masuk ke rumah Bidayuh memang kosong, orang yang jaga pun hilang entah ke mana, mungkin masa lunch dia la kot.
Sambil aku dengan kawan-kawan lain membelek2 rumah tu, aku ternampak costum yang disangkut dekat tempat duduk kat dalam rumah tu, apa lagi, aku panggil semua geng untuk pakai sambil bergambar, macam-macam posing ada. Hehehe...
Lepas tu kami ke rumah yang lain pulak, nampak banyak pakaian Tradisional, so aku pun pergi la tengok dan sepatutnya dekat situ ada mak cik-makcik yang sedang berdemo buat pakaian, tapi diorang tak ada kat situ...

tapi ada sesuatu yang aku nampak dekat tempat sangkut baju tu...

"ONCE U TRY, CONSIDER RENTAL RM10.00 PER HEAD"
Tapi tadi..... Kami tak payah bayar pun..... Kena sumpit baru tau....haha....
Kawan aku sorang ni cakap dia teringin nak menyumpit, RM1.00 sekali sumpit. Wahh... macam best teringin jugak nak cuba tapi tak tau di mana tempat nyumpit.
Dari Function House kami turun tangga dan di situ ternampak signboard "PENAN HUT" Rumah orang Penan ni hanya sekadar pondok dan kat situ la ada tempat nak cuba menyumpit.

 RM1 untuk 3 kali sumpit BUKAN RM1 untuk 1 kali sumpit. Nak cuba, nak cuba... Aku excited...

Brother yang jaga Pondok Penan ni la yang aku nampak dia menari Ngajat Lesung masa persembahan tadi. Dia ni bukan orang Penan, tapi dia orang Iban, dah 2 tahun kerja di sini.

Tiba turn aku untuk menyumpit...

Dengan confidentnya aku cuba menyumpit...

Argghhhh tersasar...

"Mata empat pun boleh tak kena ka?"

Ketiga-tiga sumpit tak kena sasaran. Aku tak puas hati! Kali kedua aku cuba untuk sumpit, tapi pegang dengan tangan, bukan sangkut kat tiang macam gambar kat bawah.

"Abang kalau nak sumpit, pegang macam ini, pastu aim, tangan jangan ketar, yakin terus sumpit..."

"Fuhhh......." aku menyumpit... Tersasar lagi..

"Cuba lagi.... abang tak fokus tu" mamat tu cakap...

"Ok, aku cuba lagi.... Fuhhhh....."

Yea kali ni aku berjaya sumpit dan seterusnya..... Aku baru puas... kalau tak... bayar lagi RM3.00, sampai malam la aku menyumpit.

Cara pegang tu lain dengan sumpit yang tak pakai penahan.
Brother ni memang sempoi, masa buat persembahan dengan gaya selamba buat lawak. Ramah jugak dia ni, paling penting dia ni sempoi...

 Dah habis semua orang menyumpit, kami bergambar dengan bro ni....

"Bang nak amik gambar sekali, boleh??" kawan aku bersuara
" Ok, x dak masalah...." Sambil dia bukak baju yang tinggal hanyalah cawat...
" Kalau pakai baju ni nampak sangat Penan moden..." Adeyyyy....
Demo membuat Sape di Rumah Panjang Melanau

Dari sudut tingkap rumah Orang Melanau
Dar jam 9.00 pagi sampai membawak ke petang, rupa-rupanya hampir 6 jam kami di Kampung Budaya, setiap rumah kami interview orang yang jaga, tanya macam-macam soalan, dan diorang pun seronok cerita. Lepas tu kami cuba tarian alu-alu di Rumah Melanau, 2 jam??? Tak cukup!!

Berhamiran kawasan Sarawak Cultural Village ni ada satu kawasan pantai, dengan bangunan yang masih baru tersergam indah dan ada tugu Burung Kenyalang di situ, boleh la bergambar di sana, dan pemandangan cukup indah!

Alhamdulillah misi menawan Sarawak Cultural Village berjaya, nasib baik hari ni cuaca cantik, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuching dan sempat singgah di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Kemudian drive sampai ke Matang Jaya untuk makan di sana, ada banyak pilihan kedai makan yang menyajikan makanan istimewa. Masa kami pergi tu ada macam pasar malam, tapi tak banyak makanan yang dijual. Durian banyak la...
Makan petang aku, Mee Racun
Untuk solat Maghrib kami ke Masjid Jamek Bandaraya Kuching yang terletak di atas bukit, dan terletak di tebing Sungai Sarawak. Kami tiba awal dan sempat merakamkan suasana ketika Matahari terbenam, subhanallah, sungguh indah alam ciptaanMu.
Misi Sarawak Cultural Village dan mission is completed. Sekarang dengan misi seterusnya mencari "Mee Kolok" orang kat hotel tu suruh cuba Mee Kolok Pak Lah, nak ke sana kena la menyeberang sungai, tapi kami drive ke sana, sebab nak habiskan minyak.... hehehe....
Dah sampai di Food Court, kami mencari kedai Mee Kolok Pak Lah, akhirnya ku jumpa jua, mee kolok yang dioder, Mee Kolok Special RM5.00 sepinggan.
Mee Kolok Pak Lah, antara yang sedap. Sebenarnya ada satu lagi Mee Kolok yang femes, Mee Kolok Haji Salleh, tapi tu dah x sempat nak cuba, perut aku pun dah penuh dengan mee...
Malam tu kami bukan makan mee kolok saja, Nasi Goreng Dabai dan Laksa Sarawak turut menjadi pilihan, maklumlah esok hari terakhir berada di Kuching. 
Kalau nak makan-makan lebih baik datang ke Food Court kat seberang sungai, banyak pilihan dan harga lebih murah termasuklah cenderamata.

Lepas makan, kami ada la shopping sikit-sikit. Beli fridge magnet, keychain dan Gambir. Gambir ni dari hari mula-mula orang yang jual tu asyik promote, katanya baik untuk sakit gigi, aku beli jugak sebotol untuk resedung.

Malam ni nak kena balik hotel awal, nak packing lagi. Hari ni hari yang sangat meletihkan, pengalaman di Sarawak Cultural Village memang best dan membuatkan aku rasa nak travel seluruh negeri Sarawak.

Esok aku bakal mengucapkan selamat tinggal....

Zzzzzz......


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


SK ABANG AING, <b>SRI AMAN</b>, <b>SARAWAK</b>.: Maklumat <b>di</b> Wikipedia <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2012 04:43 AM PST


Salam.
Agak terkilan apabila melihat paparan WIKIPEDIA tentang Sekolah Kebangsaan Abang Aing. Entah siapa yang telah memasukkan entri tersebut. Pertama agak janggal dan tidak kemas, kedua satu usaha melepas batuk di tangga dan ketiga tidak tepat dengan bahasa yang bercelaru. Memang selama ini, laman Wikipedia telah menjadi tempat rujukan utama apabila berkehendakkan maklumat. Boleh dipercayai. Bukan tujuan untuk merendahkan laman web yang telah diasaskan oleh Jimmy Wales, pengasas dan Presiden Wikimedia Foundation Inc. Pokok persoalan di sini, individu yang menyumbang maklumat tersebut tidak bertanggungjawab.
Daripada screen-shot di atas cuma 3 maklumat yang tepat iaitu Kod Sekolah, maklumat nombor untuk dihubungi dan alamat pos. Yang lain agak janggal dan mengelirukan, terutama frasa " ....yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman". Agak mengecewakan, entri Sejarah dan Pencapaian dibiarkan kosong. Tiada tarikh bila entri dimasukkan tetapi daripada nota kaki dinyatakan kali terakhir ianya diubah pada 31 Mac 2011.
Alangkah moleknya, sekiranya sukarelawan yang menyediakan maklumat seperti pada screen-shot di atas melakukan sedikit penyelidikan atau mendapat sumber yang sahih, jangan hentam keromo. Jangan ambil kesempatan terhadap dasar Wikipedia yang longgar, "the free encyclopedia that anyone can edit".
Untuk pengetahuan awal, Sekolah Kebangsaan Abang Aing telah mula beroperasi pada tahun 1931.  Seawal tahun 1920 ia dikenali sebagai Sekolah Melayu Kerajaan yang menumpang di bangunan Mahkamah Melayu. Pada 1931, SK Abang Aing mula beroperasi di tapak yang ada sekarang dengan bangunan asalnya berbentuk "Limas Serani".Abang Aing, adalah seorang Pegawai Bumiputera Melayu yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang semasa era pentadbiran Charles Brooke. Sehingga sekarang nama itu diabadikan kerana jasa beliau kepada bangsa dan tanah air, terutama kawasan Sri Aman.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Technique for designing rain water harvesting structure in

Posted: 02 Dec 2012 09:26 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Cadangan Projek Pembinaan , Penaiktarafan & Pembaikpulihan Sekolah-sekolah & Asrama di Negeri Sarawak (2009 - 2010) Bagi SK Kelapa Sawit No. 1 di Daerah Subis (6BD Miri, Sarawak) Client : Kementerian Pelajaran ...

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


amanicintaku: Cuti-cuti Ramdhan <b>Di Miri</b>, <b>Sarawak</b> 3-6.8.12

Posted: 03 Aug 2012 09:28 PM PDT

Sementara tunggu flight ..

ooh iye, lupe nak story kita orang pi airport booking teksi melalui phone. Dalam kol 3.45pm teksi tiba..oklah kan on time. Mamat tu ada tanya nak cepat ke kak?? Saya balas xlah la flight 4lebih..so mamat tu lalu lah Dengkil. Dalam perjalanan dia ofer Ameer nak main PS2 tak..? Saya pon terkezut eehh, memang canggih dalam teksi ada video games. So tanpa buang masa dia pon bagi lah beberapa cd games, Ameer pon suke til telingan dia ambik boxing..canggihkan teksi mamat nie...hehehe

 
 Khusuk main gamess...

Berholiday kali nie memang mengejut mana taknya, x planning pon nak pie Miri. Hubby pon beli tiket last minute hehehee..yerla sepatutnya dia balik KL tapi kena keje la pulak so we all la terbang ke sana...xcited la kids semuanya..Flight kol 4.45pm & tiba di Miri kol 7.00pm, saya beriftar coklat & roti yang beli utk kids..hehehe
Tiba je apelagi kids menerjah la terus ke baba dia..hehee padahal baru jumpe weekend before tu..hb ajak iftar di 'Banana Leaf Restoran' .. ok gak sedap ada kari ikan..
 Iftar di Banana Leaf Restoran, Miri
Hubby bawa kita orang pie tengok Taman Buaya di Miri..hehehe puasa-puasa dok melayan kids nak tengok buaya katanya..baba dah promise!
 Ameer posing di belakang buaya yang besar sangat-sangat...
 heheh..time kita orang tiba waktu bagi makan kat buaya..leh tengok
buaya makan ayam..

Oklah kat sini, banyak buaya jerlahh...

Malam kami beriftar di Banana Leaf lagi, hubby request nak makan kari kepala ikan..layanzz. Tiba sana terjumpa kawan-kawan hubby tapi dia orang semua da selamat beriftar. Kita orang tiba lambat sikit coz petang tu pegi 'Bintang Plaza-Parkson' jap.

 
 ~Ahad 5.8.2012~
 Hari nie kita orang berbuka di Dynasti Hotel, Miri. Ok juga makanannya ;) banyak gak pilihan. Desert pon ok..


Aisy pon nak buka pose gakk...


Ameer too ..


Apelatu Aisy nak makan tu..

 ~Isnin 6.8.2012~
Hari nie dah nak balik KL da..flight malam kol 7.45pm.. so hubby bawalah kami jalan-jalan di Miri. Pie area Lutong Beach..santek sangat view di tepi laut. Area sini damai jee. Pas tu jumpe Carigali, Petronas .. jauh gak dari town.

  Carigali, Petronas  Aisy nak alik KL da...


Bui bui...  khusuk baba drive..

Tepat 6.00pm kita orang dah tiba airport dahh...awal kan, untuk alas perut hubby belikan Marrybrown coz kat flight hubby da booking makanan..ok tenkiu hubby. 
Alhamdulillah selamat tiba di KL kol 10pm lebih..

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Ketua masyarakat akan bersatu tentang Larry jika cabar Nyalau <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2012 03:37 PM PST

Posted by danielefrancis on December 5th, 2012

SEPAKAT: (Dari kiri) Enteri, Robin, Nyalau, Simon dan Kaunselor Klinsing pada majlis itu. LUBOK ANTU: Rata-rata ketua masyarakat dan tuai-tuai rumah di kawasan Parlimen Lubok Antu akan bersatu menentang Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng sekiranya beliau menunaikan hasratnya bertanding mencabar William Nyalau Badak di kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Ini berkutan pengundi di Parlimen Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu, malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka. Ketua Bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Batang Ai Kaunselor Albert Klinsing Manau berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding yang dihuni majoriti kaum Iban itu adalah ditolak sama sekali. Menurutnya, pengundi di Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka. Tambahan pula, katanya, Larry mewakili SWP akan menentang calon BN dan sudah pastilah beliau tidak akan diterima oleh mereka nanti. "Kami akan berjuang habis-habisan kali ini bagi memastikan Larry tewas di tangan Nyalau pada pilihan raya umum nanti. "Adalah tidak masuk akal sekali kami akan menyokong anak Datuk Sng Chee Hua itu kerana dia (Larry) bukan anak jati Lubok Antu. "Biarlah anak tempatan menjadi wakil rakyat kami di sini," katanya ketika ditemui pemberita sempena pertemuan dengan Pengurus baharu Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Encik Robin di Skim Batang Ai di sini, semalam. Sementara itu, Tuai Rumah Awing, Merindun, Engkilili mengajak rakyat Lubok Antu agar menolak Larry yang bukan beasal dari Lubok Antu. "Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini. "Cukuplah yang kami alami di DUN Engkilili apabila menyokong bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum ini," jelas beliau. Menurut Awing yang juga ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Engkilili, beliau adalah orang yang berusaha keras 'mengusir' Heng San daripada terus menjadi wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili ketika itu. "Kami akan menolak Larry nanti seperti mana kami lakukan terhadap Heng San sebelum ini. Kami mahu anak jati Lubok Antu dan anak Bumiputera Dayak menjadi wakil rakyat kami di sini," tegasnya. Sementara itu, ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai Kaunselor Enteri Balai berkata, mereka bukan sahaja enggan menerima Larry kerana beliau bukan anak jati Lubok Antu, malah tidak mahu sama sekali kawasan pilihan raya Lubok Antu dijadikan bahan 'perjudian' SWP pada PRU13 nanti. Berikutan itu, Enteri merayu kepada semua pengundi di Parlimen Lubok Antu yang majoritinya kaum Dayak agar bersatu menentang Larry sekiranya beliau menunaikan hasrat mencabar Nyalau kelak. Tuai Rumah Simon Kiai, Buie Panjai, Lubok Antu pula berkata, rakyat Lubok Antu bukan rasis, tetapi biarlah wakil rakyat BN Dayak serta orang tempatan membela dan membangunkan nasib pengundi di Lubok Antu itu sendiri.

More here:
Ketua masyarakat akan bersatu tentang Larry jika cabar Nyalau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Hospital <b>Daro</b> amat perlu doktor pakar - The Borneo Post Online

Posted: 21 Nov 2012 01:14 PM PST

Posted on November 22, 2012, Thursday

KUCHING: Hospital Daro amat memerlukan khidmat doktor pakar bagi mengatasi masalah pesakit yang memerlukan, kecemasan dan kritikal, khasnya bagi masyarakat di DUN Jemoreng dan DUN Dalat.

Abu Seman Jahwie (BN-Jemoreng) berkata, sepanjang tahun 2011, seramai 167 pesakit terpaksa dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan pakar dengan menggunakan bot dan ambulans.

"Jumlah ini meningkat kepada seramai 250 pesakit sepanjang tempoh Januari hingga November 2012.

"Malah, masyarakat di konsti-tuensi DUN Jemoreng dan DUN Dalat berkongsi perkhidmatan kesihatan terletak di Hospital Daro," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (2013) 2012 dan Resolusi merujuk Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 pada persidangan DUN di sini, semalam.

Menurut Abu Seman, lebih membimbangkan, selain jarak jauh Hospital Daro dari Jemo-reng iaitu 25 kilometer, ter- dapat masalah pengang- kutan berikutan kelewatan feri di Daro untuk ke Sibu, jelas- nya.

"Malah, keadaan boleh menjadi lebih membahayakan apabila ada pesakit terpaksa dibawa menggunakan bot pada waktu malam," tegasnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan atau syarikat swasta dibenar membina kilang sawit di kawasan ladang sawit rakyat seluas 2,600 hektar di Igan.

Kilang itu, katanya, akan menerima buah sawit dari ladang FELCRA seluas 4,800 hektar dan daripada pekebun kecil sekitar 500 hektar.

"Saya juga memohon kepada pihak berkaitan agar dapat menghantar dan mengagihkan Tangki Air 1Malaysia dengan segera ke kawasan rumah-rumah panjang dan kampung di kawasan tebing Sungai Igan," katanya.

Pada masa yang sama, Abu Seman juga mencadangkan Kompleks Polis Diraja Malaysia di Matu dibina segera kerana balai polis sedia ada masih menumpang di bangunan Pejabat Daerah Matu.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

ads