Wah... dah bergerak tu rasa lega lah lalu kat pekan dia semua... Tetiba dah 1/2 jam perjalanan, 4WD tu masuk ke kawasan macam bukit-bukau yang pokok-pokoknya baru lepas ditebang. Konfius aku sekejap.. Rasa tertipu pun ada juga.. ha..ha..ha.. sebenar nya aku yang fail geografi.
Dari Miri, ada tiga cara untuk ke pekan ini. Pertama dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing). Kedua melalui Sungai Baram dengan menggunakan bot ekpress. Bot ekspress ini akan membuat perjalanan setiap hari dari Jeti Kuala Baram (20km dari pusat Bandar Miri) ke Pekan Marudi. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam setengah bergantung kepada keadaan kesibukan sungai. Cara ketiga pekan ini juga dapat dihubungi dengan pengangkutan darat iaitu melalui jalan pembalakan dan ladang kelapa sawit dari Miri yang mengambil masa 2 jam. Jalan yang agak teruk berbukit-bukit melalui lereng bukit menyebabkan aku separuh pitam. Kalau lah masa tu aku dah cukup bulan memang terberanak juga aku dalam 4WD tu. Mana taknya asyik melambung-lambung je duduk dalam 4WD tu. Memang satu pengalaman yang agak mencabar bagi perempuan yang mengandung seperti aku pada masa itu kerana terpaksa meredah jalan balak dan melalui 2 buah sungai, sungai apa aku pun tak ingat. Tempat yang aku nak pergi pinang anak dara orang ni pun aku tak ingat apa tah namanya. Masalah lupa ingatan aku ni semakin teruk sejak beranak tiga.
Bila dah sampai kat Pekan Marudi, tempatnya tak lah teruk sangat. Semua kemudahan cukup lengkap macam kampung-kampung yang lain yang dah maju. Keadaan kawasannya bersih dan aman je. Mungkin cara nak masuk ke kawasan ini agak mencabar.
Masa nak balik ke Miri kitaorang naik bot. Aku siap merayu lagi kat Mr. Rigth
Wrong naik lah apa pun helikopter ke apa ke janji jangan naik 4WD lagi, Taubat nasuha aku. Tak larat weh aku nak naik 4WD. 1st time naik bot express,. ngerinya. Macam-macam perasaan aku rasa. Kot-kot bot ni terbalik ke, pastu ada bujang senang lak menunggu. Ee.. takutnya! Tawakkal je lah. Dah hampir 2 jam dalam bot, tiba-tiba enjin berhenti pula. Eh, apa pasal ni.? Suspen betul. Rupanya bot tengah melalui kawasan hanyutan balak-balak. (eh betul ke apa tulis ni, hanyutan?). Akhirnya selamat sampai Miri, lega. The next day balik JB. Tak sempat pun nak shopping penat sangat. Cuma beli barang makanan je (kek lapis sarawak dekat pasar malam).