Jumaat, 27 April 2012

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Kursus Penilaian Individu Penguasa Bomba KB41 <b>di</b> A.B.P.M. <b>Bau</b> <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 12:42 AM PDT

Seramai 13 orang peserta telah menghadiri Kursus Penilaian Individu Penguasa Bomba KB 41 di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Bau Sarawak.

Berikut adalah sebahagian gambar untuk bahagian UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani & Kesihatan).

Untuk mendapatkan gambar yang selebihnya, sila download menerusi link-link yang diberikan.

Sila download semua bahagian, seterusnya extract serentak (select all file).

Saiz gambar adalah saiz asal yang diperolehi daripada pegawai yang mengambil gambar (saiz keseluruhan file adalah hampir 1GB).

Harap sabar men-download. ~;)

Part 1 hingga part 4 (200MB setiap file), Part 5 (154 MB)

PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Dua Polis <b>di Limbang</b> Terbabit Penyalahgunaan Dadah <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 04:47 PM PDT

LIMBANG: Dua anggota polis di bahagian ini disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-duanya positif dadah dalam kejadian berasingan yang berlaku  sepanjang bulan ini.
Ketua Polis Daerah Pemangku Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, ia kes pertama yang direkodkan tahun ini melibatkan pegawainya yang tidak berdisiplin atau terbabit dengan kes jenayah.
"Sampel air kencing kedua-dua anggota polis berkenaan didapati positif dadah dan tindakan sewajarnya akan diambil di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Bahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Polis Ke-205 di  Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis DSP Charles Saches Semob, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Limbang (PERKEP) Asiah Hasan, pegawai-pegawai kanan, ketua jabatan kerajaan dan anggota polis lain.
Mohd Bukhori menjelaskan, tangkapan dilakukan hasil siasatan dan pemeriksaan  terhadap anggota termasuk keadaan dan perbezaan fizikal mereka.
"Seorang anggota sudah dituduh di mahkamah dan dibebas dengan jaminan manakala seorang lagi sedang ditahan dan menunggu pertuduhan di mahkamah.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius  terhadap segelintir anggota polis yang terbabit dengan kesalahan tatatertib yang membabitkan penyalahgunaan dadah yang boleh memberi imej negatif kepada masyarakat.
Mohd Bukhori berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota, termasuk pegawainya yang tidak berdisiplin atau terbabit dengan kes jenayah.
Menyentuh berhubung pengurangan kadar jenayah di daerah ini, pihaknya berjaya menyelesaikan jenayah harta benda sebanyak 11 kes tahun ini berbanding 10 kes tahun lalu.
"Kami turut berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah dan curi tahun ini berbanding satu kes tahun lepas. Begitu juga enam kes curi yang berjaya  diselesaikan berbanding lima kes dalam tempoh sama," tambahnya.
Jelasnya secara keseluruhannya jumlah indeks jenayah yang dapat diselesaikan meningkat sebanyak 14 kes  pada 2012 berbanding 13 kes tahun lalu.
Katanya kes pecah rumah yang berlaku di daerah ini adalah rendah dan kebiasaannya berlaku pada musim cuti sekolah dan perayaan selepas orang ramai meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

11 di daro sarawak - Google Blog Search


Masalah Bekalan Elektrik <b>di Daro</b>, Mukah, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2011 07:13 PM PDT

Salam 1Malaysia,

Kami amat berasa terbeban dengan masalah bekalan elektrik yang selalu terputus di daerah kami, Daro, Mukah, Sarawak semenjak setahun yang lalu. keadaan ini amat memeritkan apabila bekalan elektrik ini terputus hampir setiap hari. Kadang-kadang memakan masa seharian untuk baik seperti sedia kala. Tetapi keadaan yang sama berulang pada keesokan harinya dan berulang dari hari ke hari.

Keadaan ini amat membebankan kami dan seluruh penduduk di sini. Cuaca yang panas setiap hari menyebabkan kami semakin perit menunggu bekalan elektrik untuk pulih seperti sedia kala. Kerja-kerja harian juga terjejas teruk. Selalunya pada hari minggu, bekalan elektrik akan mula terputus seawal jam 8 pagi dan pulih semula pada jam 5 atau 6 petang. Bayangkan keadaan yang sama berlaku hampir setiap hari.

Beberapa aduan telah dihantar, namun masalah yang sama tidak juga selesai. Kami berasa terkilan apabila masalah ini dipandang remeh pihak atasan. Kami terhimpit dengan masalah ini hampir setahun yang lalu dan kami tidak ingin masalah ini terus-menerus menjejaskan aktiviti harian kami penduduk sekitar. Kami memohon kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk menyelesaikan masalah kami ini. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak anda amat kami harigai, terima kasih.

By: Nasyilla Awang

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kebakaran malam ambang 2012 <b>di Matu</b> ragut dua jiwa - My <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Jan 2012 06:11 PM PST

MOHD HAFIZI

MATU: Tragedi kebakaran sebuah kediaman di Kampung Hulu Kuala Matu, di sini 10 minit sebelum tirai 2011 dilabuhkan pada malam Ahad lalu meragut dua jiwa.

Mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu ialah Hamidah Bugay, 43, dan cucunya Nadirah Abdullah, setahun.

Menurut anak mangsa, Mohd Hafizi Nahar, 15, yang ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, semasa kejadian terdapat tiga penghuni dalam rumah itu.

"Selain emak serta anak saudara yang terkorban, turut berada dalam rumah ketika kejadian ialah adik saya Riyanty, 5.

"Mujur Riyanty sempat menyelamatkan diri, namun dia melecur di beberapa bahagian badan. Kini, dia stabil selepas dirawat di Hospital Umum Sibu," jelasnya.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu itu memberitahu bahawa semasa kejadian bapanya Nahar Abu Samah, 43, tiada di rumah.

"Seramai lapan ahli keluarga mendiami rumah itu. Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam hasil bantuan penduduk kampung

"Sekarang kami menumpang sementara di rumah saudara-mara di sini," tambahnya yang masih trauma ekoran tragedi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang meraikan tahun baharu di pekan Matu bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan oleh orang ramai.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadi untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

ads