11 di daro sarawak - Google Blog Search |
Masalah Bekalan Elektrik <b>di Daro</b>, Mukah, <b>Sarawak</b> | Aduan Rakyat <b>...</b> Posted: 03 Nov 2011 07:13 PM PDT Salam 1Malaysia, Kami amat berasa terbeban dengan masalah bekalan elektrik yang selalu terputus di daerah kami, Daro, Mukah, Sarawak semenjak setahun yang lalu. keadaan ini amat memeritkan apabila bekalan elektrik ini terputus hampir setiap hari. Kadang-kadang memakan masa seharian untuk baik seperti sedia kala. Tetapi keadaan yang sama berulang pada keesokan harinya dan berulang dari hari ke hari. Keadaan ini amat membebankan kami dan seluruh penduduk di sini. Cuaca yang panas setiap hari menyebabkan kami semakin perit menunggu bekalan elektrik untuk pulih seperti sedia kala. Kerja-kerja harian juga terjejas teruk. Selalunya pada hari minggu, bekalan elektrik akan mula terputus seawal jam 8 pagi dan pulih semula pada jam 5 atau 6 petang. Bayangkan keadaan yang sama berlaku hampir setiap hari. Beberapa aduan telah dihantar, namun masalah yang sama tidak juga selesai. Kami berasa terkilan apabila masalah ini dipandang remeh pihak atasan. Kami terhimpit dengan masalah ini hampir setahun yang lalu dan kami tidak ingin masalah ini terus-menerus menjejaskan aktiviti harian kami penduduk sekitar. Kami memohon kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk menyelesaikan masalah kami ini. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak anda amat kami harigai, terima kasih. By: Nasyilla Awang
Aduan yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di daro sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan