11 di miri sarawak - Google Blog Search |
Lelaki Cuba Terjun Pesawat Air Asia <b>Di Miri Sarawak</b> | melvister.com Posted: 04 Aug 2012 09:06 PM PDT Seorang penumpang lelaki cuba terjun dari pesawat Air Asia ketika pesawat tersebut cuba memecut laju untuk memulakan penerbangan dari Miri Sarawak. Lebih mengejutkan lagi lelaki itu adalah pramugara pesawat berkenaan. Menurut sumber, pramugara ini ternampak lembaga aneh sebelum membuka pintu kecemasan. Petikan Akhbar Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi. Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Chong dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan. Chong bersama teman wanitanya menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuala Lumpur. Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam. Berdasarkan laporan tidak rasmi, Chong dilaporkan dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun punca beliau bertindak demikian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis Incoming search terms:
Teruskan Membaca: |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |