Posted on October 20, 2013, Sunday
SIBU: Semangat kental serta sikap menghargai di kalangan para atlet MSSR Kanowit kunci kejayaan mereka mengungguli Kejohanan Balapan dan Padang MSS Bahagian Sibu Umur 10,11 dan 13 tahun ke bawah walaupun serba kekurangan.
Menurut Arexfalleni Fauzi selaku Ketua Jurulatih Kontinjen MSSR Kanowit semangat lahir dalam diri setiap atlet dibimbing teras utama kecemerlangan mereka walaupun kekurangan dari pelbagai segi keperluan mahupun kemudahan jika dibandingkan dengan kontinjen zon bandar.
"Kita sedari bahawa kebanyakkan atlet yang dibentuk bukan dari kawasan berdekatan pekan malahan dari kawasan luar bandar terpaksa menaiki bot berjam lamanya dari pekan Kanowit.
"Secara langsung kita dapat gambar keadaan taraf kehidupan mereka bagaimana.
Demi mengasahkan potensi atlet muda kami(jurulatih) mengerahkan bakti dan pengorbanan membantu dalam segala urusan yang dilihat kurang samada dari segi keperluan sukan dan sebaliknya.
"Atas kerjasama dan usaha yang ditonjolkan para jurulatih yang tidak pernah berputus asa melatih, para atlet berupaya mempertingkat semangat diri dan komited dalam mengalas tanggungjawab diberikan.
"Pada masa sama, kami mengamalkan pelaksanaan sistem latihan satu kategori satu jurulatih di samping kem latihan bersepadu selama dua minggu berpusat di SK St Francis Xavier dan Stadium Kanowit, satu-satunya mempunyai balapan serta kemudahan yang lengkap, sesuai untuk menjalani latihan," katanya ditemui di sini semalam.
Ujarnya, kejayaan berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kategori Wanita 13TKB, Lelaki 10TKB dan Wanita 10TKB tiga tahun berturut-turut bukti kemampuan atlet muda zon luar bandar mampu bersaing sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
"Syukur dengan apa diperolehi hari ini.
Malah, kita berjaya merangkul kembali gelaran juara yang sering hilang menjadi milik kami iaitu kategori Lelaki 11 TKB selain tiga kategori yang kita pertahankan.
"Potensi besar dapat kita kesan dari kalangan atlet muda ini antaranya mencuri perhatian kami (jurulatih) iaitu Ahmad Saliqin (L11TKB) dalam acara lari berpagar dan lompat jauh serta seorang lagi anak muda pendalaman Hulu Kanowit iaitu Veronica yang amat cemerlang dalam acara pecut 100m (P10TKB).
"Selain itu, beberapa atlet lain yang dipilih dalam skuad MSS Sibu ke peringkat negeri nanti antaranya Vivian, Sonia mampu mengharumkan nama Sibu yang gah sebagai kuasa besar sukan balapan dan padang di Sarawak," jelasnya sambil memberitahu Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Negeri akan berlangsung pada 30 Oktober sehingga 2 November berpusat di Kota Samarahan.
- Next Entry >>
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.