Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan singkat ke Sarawak pada Jumaat, 2  November 2012, dengan Parlimen Kanowit menjadi destinasi pertamanya. Berbaju Melayu  dan berjalan lagak sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan diiringi pengawal  peribadi, Anwar Ibrahim hadir pada pagi Jumaat dengan disambut oleh sebilangan  kecil ahli-ahli PKR.
      Kehadiran Anwar Ibrahim ke Parlimen Kanowit itu memberikan gambaran bahawa  Parlimen Kanowit akan ditandingi calon PKR. Seperti biasa Anwar Ibrahim  memberikan gula-gula manis kepada rakyat Kanowit khususnya ahli-ahli PKR. Persoalan  di sini, berapa ramai rakyat Kanowit menerima kehadiran Anwar Ibrahim?
      Menjadi kebiasaan bagi penduduk Iban yang tinggal di Rumah Udam Nanga Lipus  akan pergi ke kebun yang menjadi mata pencarian dan rezeki mereka. Jika penduduk  mahu pergi menyambut Anwar Ibrahim maka banyak masa terbuang dan ini sangat  merugikan. Adalah lebih baik mereka turun ke kebun dan menjalankan rutin  harian.
          Kehadiran Anwar Ibrahim ke Kanowit hanya disambut sebilangan kecil  ahli-ahli PKR Kanowit. Yang menariknya, Anwar Ibrahim telah disambut dengan  meriah oleh poster dan banner yang tertulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa  Iban sambil mengalu-alukan kedatangan peliwat Malaysia.
          Selain disambut oleh ahli-ahli PKR, ceramah politik Anwar Ibrahim juga  hanya didengari ahli-ahli PKR Kanowit. Manakala, penduduknya kebanyakan mereka  pergi ke kebun dan mengusahakan tanaman padi dan makanan.
          Disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan, Anwar Ibrahim hanya  berceramah ringkas dan pendek sebelum beredar kerana terasa amat malu. Lokasi seterusnya  yang dilawat Anwar Ibrahim ialah Kabong sebelum berlepas ke Kuching bagi  menyempurnakan forum mengenai sebuah buku yang dikupas Anwar Ibrahim dan dua  orang ahli panel di Hotel Grand Continental, Kuching pada malamnya. 
         
Tiada ulasan:
Catat Ulasan