ads

Ahad, 8 April 2012

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Paras air <b>di Kanowit</b> semakin meningkat | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 05:28 PM PST

by Reno Benjamin. Posted on December 29, 2011, Thursday

TERJEJAS: Wan Mohd membuat tinjauan ke kawasan yang dinaiki air di pekan Machan, semalam.

KANOWIT: Jawatankuasa Banjir Daerah Kanowit mengingatkan orang ramai terutama penduduk yang tinggal di kawasan tebing sungai supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran paras air yang semakin meningkat dan membimbangkan.

Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki berkata, setakat ini antara kawasan yang telah dikenal pasti terjejas dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter ialah kawasan perkampungan serta rumah panjang yang terletak di tebing Sungai Machan dan pekan Machan.

"Kami telah mengenal pasti kawasan perkampungan serta sebuah rumah panjang iaitu Rumah Pawa yang terletak di Nanga Matau dan pekan Machan dinaiki air setakat ini.

"Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang proses permindahan penduduk di semua kawasan yang terlibat dilakukan," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke kawasan yang telah dinaiki air di pekan Machan di sini, semalam.

Tinjauan tersebut turut disertai oleh Pegawai Daerah Kanowit Ibrahim Kipli serta yang lain.

Wan Mohd berkata, Jawa-tankuasa Banjir Daerah Kanowit telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ekoran peningkatan paras air yang semakin membimbangkan.

"Jawatankuasa Banjir Daerah Kanowit telah menjalankan operasi pemantau dari semasa ke semasa di semua kawasan yang terlibat bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung keadaan banjir di Kanowit.

"Sehubungan itu, Jawatan-kuasa Banjir Daerah Kanowit mengingatkan kepada orang ramai terutama penduduk yang tinggal di tepi sungai supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga demi untuk keselamatan bersama," tegasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang turut meng-adakan tinjauan ke kawasan yang dinaiki air di pekan Machan.

11 di serian sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


kuehbakar: kuching-<b>serian</b>-sri aman

Posted: 05 Apr 2012 02:31 AM PDT


"Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja." malique too phat

aku suka jalan-jalan. belum tercapai lagi jalan-jalan satu dunia. sekarang jalan-jalan satu malaysia. jalan-jalan boleh memberi makna baru dalam banyak benda. travelling-sebuah kesesatan yang mengasyikkan..

ini kali ke-4 aku pergi sarawak. ada 3 chek point. kuching - rumah seorang askar, melayu sarawak, zainal. serian - rumah seorang cikgu terengganu yang telah berkahwin, zali. Sri aman - rumah seorang iban yang telah Islam, ponet.

Kuching aku bermalam di kg. bako, kg di atas air. bila tengok peta sarawak betul-betul, memang betul ia sebuah pulau yang besar. tidak bercantum dengan daratan. Tandasnya cangkung, cuma tersengih sedikit aku sebab mangkuk plastik tandas dia berwarna oren seperti lampu. Ia warna ditimbulkan oleh cahaya matahari di luar sana. Kalau semenanjung, mangkuknya di dalam tanah.

Ini kampung nelayan. Sarawak kerang sangat mahal dan sukar didapati. banyak jenis-jenis ikan yang jarang aku tengok. warna pun macam-macam. lobster sangat murah, RM 30 sekilo. dapatlah merasa lobster kali pertama. tapi aku lebih suka udang yang sebesar ibu jari tangan..memandangkan kawan aku ni baru transfer dari semenanjung walaupun dia orang kg bako, tidak banyaklah tempat makan yang sedap-sedap yang dia tahu di kuching..main singgah dan makan jer. mostly boleh makan jer. tak ada yang betol-betol kick teringat..

hari ketiga aku ke serian. kawasan majoriti bidayuh. kerana berambut botak seganlah untuk ke salun awek bidayuh walaupun diajak cikgu. ha ha ha. salon-salon di sini meriah dan murah. sampai tahi telinga pun dia korek. salon di sini selain mengurut rambut dan kepala, juga mengurut tangan!

cikgu ini dah 8 tahun menetap di serian. permohonan balik terengganu masih 'tidak diluluskan'. terengganu tiada kekosongan. isterinya seorang johor, juga seorang cikgu.

malam bermain futsal. dapatlah 3 team, dalam 15 orang. ada 10 orang kelantan..budu cap ketereh tu boleh nampak la di kedai makan. malam esoknya ada usrah di sebuah rumah ustaz sekolah, cikgu ajak aku,maka terpergi la aku. ada dalam 25 orang. mostly orang kelantan..

keesokannya aku pinjam kelisa cikgu dan drive tuju ke sri aman. tempat majoriti iban. sri aman orang kata bandar mati sebab tiada sambungan ke tempat lain. sebelum sampai pekan sri aman, ada simpang ke kanan menuju ke sibu, ke bintulu..

jalan serian-sri aman okey, lubang tak ada, cuma bumping. dengan spek ray ban techno polaris pinjam, mata redup. cuma sedikit terganggu sebab pokok-pokok yang kena cahaya menjadi warna merah dan biru. macam filem avatar.mujurlah juga, tiada banyak lori.

ambil kawan aku iban,dia pakai jersi the red warrior. bodoh punya iban.ha ha ha.. ambil di rumah panjang kg pok ai, melugu dan bawa dia ke sri aman. makan roti canai di kedai orang kelantan. ada juga botol budu cap ketereh. Rokok seludup dijual secara terang-terangan di sini, di gerai kaki lima, siap susun dalam rak cermin! Ada restoran gantung angsa panggang dekat bidai restoran! ada juga iban mabuk di siang hari..

sri aman ada satu pesta yang tersohor. pesta benak. benak ini sejenis ombak besar sungai yang muncul pada tarikh-tarikh tertentu. ia kejadian alam yang semulajadi. aku rasa di malaysia satu je kejadiannya. kawan aku kata, siap ada mat saleh main surf board macam kat hawai. Apa nak buat, aku datang awal 2 minggu..

esoknya. cikgu dan askar hantar aku kat airport. dalam kapalterbang ribut. terpaksalah pilot naik lagi tinggi. nampak kilat di bawah..biasanya lihat kilat di atas..subhanallah.

ps- orang kelantan ada di mana-mana. bundle juga semakin mahal kerana orang2 ini! ahaks.
pss- orang cina menguasai sepenuhnya perniagaan di sarawak termasuklah kedai-kedai makan. mereka taukeh kedai. jual air. melayu/ bumiputra menyewa booth mkanan..
psss-next stop ; keningau, cikgu orang kelantan.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


PAS Kawasan <b>Miri</b>: PAS Diterima Oleh Masyarakat Majmuk <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 04:34 AM PDT

PAS Untuk Semua Sesuai Untuk Sarawak
Photo menunjukkan rombongan PAS berada dihadapan mendiang ayah mr Yeo

MIRI - Baru-baru ini ayah kepada Encik Yeo Kian Leong, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak telah meninggal dunia di rumah beliau di Krokop. Bapa beliau yang sudah lama uzur dan sakit tua telah disahkan meninggal dunia lebih kurang pada jam 12 tengahhari di rumah beliau pada hari isnin 2hb April 2012 yang lalu.

Pada sebelah malamnya rombongan PAS Miri telah berkunjung dan memberi ucapan takziah kepada keluarga beliau. Kedatangan rombongan PAS disambut dengan baik oleh keluarga beliau dan secara tidak langsung ini membuktikan bahawa PAS bukanlah parti yang ekstremis dan perkauman seperti anggapan sesetengah pihak. Ramai orang bukan Islam agak terkejut dengan kedatangan rombongan PAS Miri yang datang melawat jenazah mendiang ayah encik Yeo yang bukan beragama Islam kerana selama ini mereka fikir bahawa PAS terlalu jumud dan tidak dapat menerima budaya dan adat orang bukan Islam.

En Yeo merupakan seorang yang komited dengan perjuangannya dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu yang mengatakan bahawa PAS hanya berjuang untuk umat Islam. Encik Yeo telah banyak kali mempertahankan PAS sekiranya ada orang mengatakan yang PAS tidak sesuai untuk orang bukan Islam. Itulah sebabnya orang panggil dia sebagai Cina PAS.

Beliau selalu mengatakan walaupun PAS parti yang berjuang untuk agama Islam tetapi agama Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan kejahatan, salahguna kuasa dan melakukan dosa seperti rasuah dan mencuri.

Semua agama mengajar penganutnya menjadi baik cuma orang politik yang mempunyai kepentingan diri dan menyalahgunakan kuasa saja yang menyebabkan kehidupan rakyat menjadi sukar dan hidup dalam kemiskinan katanya. Sepanjang beliau bersama PAS beliau merasa aman dan tidak pernah pun terfikir yang PAS melakukan kerja yang tidak baik yang boleh mencetuskan huru hara dalam negara ini seperti mana dakwaan orang yang anti PAS.

Pengakuan seorang bangsa Cina yang bukan Islam ini telah membuktikan bahawa PAS tidak pernah memaksa orang bukan Islam menjadi penganut Islam sekali pun mereka menjadi penyokong kuat PAS.
Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam jadi penganut Islam, kalau mereka hendak memeluk Islam itu terserah dengan kepercayaan mereka dan keyakinan masing-masing.

Hubungan PAS dengan semua masyarakat bukan Islam di Miri dan Sarawak cukup baik setelah mereka mengetahui tujuan dan matlamat sebenar PAS. PAS berjuang untuk menegak sistem yang adil untuk semua, hanya mereka yang ada kepentingan diri dan melakukan jenayah berat saja takut PAS memerintah negara ini.

Sekali lagi kita tegaskan bahawa PAS bukanlah parti yang ganas dan jumud yang tidak mahu menerima pembangunan dan juga kemajuan. Semua tuduhan mereka yang benci dengan kehadiran PAS di Sarawak akhirnya akan terbukti apabila PAS berjaya menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa PAS memang sesuai dan adil untuk semua.

Kita mahu negara ini maju dan membangun menurut kaca mata Islam yang adil untuk semua. Tiada sebab untuk orang yang bukan Islam takut dengan PAS kerana selama PAS memerintah Kelantan tidak pernah kita mendengar orang bukan Islam dibunuh atau disiksa kerana tidak mahu menerima Islam sebagai cara hidup. PAS berjuang berdasarkan syariat agama yang melarang penganutnya melakukan kezaliman terhadap sesama insan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version

PAS for All Suitable for Sarawak
MIRI - Recently, the father of Mr Yeo Kian Leong, the Secretary of Sarawak PAS Supporters Congress has passed away at his home in Krokop. Her father had been long ill and old age was confirmed dead at about 12 noon at his home on Monday 2nd April 2012 ago.

In the evening PAS Miri delegation has visited and gave heartfelt condolences to his family. PAS delegation arrival was well received by his family and this indirectly proves that the PAS is not the party of extremists and racist groups such as the assumption by some people. Many of non-Muslims quite surprised with the advent of PAS Miri delegation who visited the remains late father of Mr. Yeo who are not Muslims because until now they thought that PAS is too rigid and cannot accept the culture and customs of non-Muslims.

Mr.Yeo is a committed with his struggle and not easily influenced by the propaganda of certain quarters who say that PAS only fought for the Muslims. Mr.Yeo has been a lot of time defending the PAS if someone says that PAS is not suitable for non-Muslims. That's why people call him as a PAS Chinese.

He always said that although PAS a party that fought for Islam, but Islam never teaches its followers to do evil, abuse of power and commit sin such as corruption and theft. All religions teach its followers to be good but the politicians that have self-interest and misuse of power alone that caused the life of the people become difficult and living in poverty he said.

Throughout his with PAS he felt safe and never even thought that PAS will do any bad thing that could cause chaos in this country as the anti-PAS allegations.

Admission of a non-Muslim Chinese this has shown that PAS never force non-Muslims become Muslims even if they become a strong supporter of PAS. Islam never forced non-Muslims to be Muslims, if they want to convert up to their faith and their confidence.

PAS relations with all non-Muslim communities in Miri, Sarawak is good enough when they know the real purposes and objectives of PAS.

PAS fight for upright the system that is fair to all, only those who have interests and commit crimes only afraid of PAS rule this country.

Once again we stress that PAS is not violent and rigid party who do not accept the development and progress. All allegations to those who hate the presence of PAS in Sarawak will ultimately prove when PAS managed to convince non-Muslims that PAS is appropriate and fair to all.

We want this country to progress and grow in accordance with Islamic eyes of justice for all. There is no reason for non-Muslims afraid of PAS because during PAS ruled Kelantan we've never heard of non-Muslims were killed or tortured for refusing to accept Islam as a way of life. PAS fought based on religious laws that prohibit its follower's injustice against a fellow human.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


PASUKAN PENGAKAP DAERAH <b>SUBIS</b>, MIRI <b>SARAWAK</b>: kursus <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 04:16 AM PDT

Pada 6,7,dan 8 April 2012 yang lalu, kursus ini telah diadakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia ( Pengurusan Risko) dengan kerjasama PPM Sarawak di SMK Kemena, Bintulu, Sarawak.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


SMK <b>Lundu</b> on the ascend : my <b>Sarawak</b> – News coverage around <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 03:14 PM PDT

THE CHAMPION: SMK Lundu's U-18 football team celebrate with their coach Patrick Hong (standing right) and team manager Jike Jitiam (standing second left) at TAHO football field.

KUCHING: SMK Lundu is on good footing to become a sports powerhouse after its students won unprecedented titles in the various MSSS sport's meets.

At the recent Kuching division Inter-School, Track and Field championships at the Stadium Negeri, athletes from SMK Lundu bagged an impressive gold medal haul to emerge as a new force to be reckoned with in sports.

Their exploits had gone unnoticed as eleven athletes from the school were selected to represent Kuching in the Inter-Division meet on May 8-12 in Sibu. SMK Lundu's football and netball teams also won the MSSS U-18 Inter-School championship titles.

In the U-18 football tournament, SMK Lundu edged SM St Joseph 6-5 through penalty shoot out to lift the aged group title at SMK Tun Abg Haji Openg (TAHO) football field. The school had earlier beat the same opponent in the preliminary round.

In the final, SM St Joseph drew the first blood in the 16th minute through Amizul Shafizan.

SMK Lundu doubled their efforts to equalise and in the 30th minute, Hazeri Saat's unstoppable grounder from 20-metre sailed past SM St. Joseph's goalie and into the net.

During extra time, skipper Addy Edmond fired SMK Lundu into the lead. A counter-attack by SM St Joseph saw Amizul Shafizan's volley cancelling the lead that forced the match to be decided via penalty kicks.

Custodian Edward Kasau was the hero for saving SM St Joseph's last spot kick and with it the championship crown.

SMK Lundu's  girls continued the school's winning streak by winning the U-18 netball title when they beat host SMK Pending 14-7 in the final.

Category: Sarawak

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Warisan pelik | n9kini.net

Posted: 07 Apr 2012 03:52 AM PDT

FotoRasung dan royang lambang status keluarga, seni kian pupus

JIKA etnik minoriti Karenni atau disebut juga Kayan yang menetap di sempadan Burma-Thailand berbangga dengan keunikan lilitan tembaga di leher mereka, masyarakat Bidayuh di Sarawak juga memiliki perhiasan serupa.

Logam yang mereka jadikan perhiasan itu sama, bezanya perhiasan tradisi wanita masyarakat Bidayuh itu dililit di betis dan lengan, sedangkan bagi entik Karenni di Burma, tembaga itu perlu dililit di leher untuk menjadikan leher mereka jinjang.

Pada masa lampau, pemakaian lilitan tembaga yang dikenali sebagai rasung pada betis dan royang pada lengan wanita Bidayuh itu dianggap lambang kecantikan. Ketika itu, ramai anak gadis Bidayuh membiasakan diri dengan perhiasan yang beratnya mencecah satu kilogram setiap satu itu.

Mengikut kepercayaan mereka, pemakaian rasung dan royang akan melengkapkan kecantikan semulajadi pemakai. Malah, pemakaian dua perhiasan itu juga dikatakan lambang kekayaan keluarga pemakai kerana pada zaman lampau, logam seperti tembaga sukar diperoleh penduduk jauh di pedalaman.

Ketua Unit Penyelidikan Sosial Bidayuh, Majlis Adat Istiadat Sarawak, Bati Julam, berkata hanya anak gadis dari kalangan keluarga berkemampuan saja mampu memakai perhiasan itu.

"Ada yang beranggapan rasung dan royang akan menambah kecantikan pemakai, namun dari satu sudut lagi, pemakaian perhiasan unik itu sebenarnya lambang kemegahan atau menunjukkan status kekayaan keluarga pemakai.
"Pada zaman dulu, mereka yang tinggal di pedalaman sukar mendapatkan logam seperti tembaga, sebab itu rasung dan royang dianggap perhiasan mewah ketika itu," katanya kepada Rona.

Pakar budayawan merangkap Penyandang Kerusi Tun Abd Ghafar Baba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Keling, berkata dalam pelbagai kaum atau masyarakat, pemakaian aksesori pelik dikatakan sekadar perhiasan bagi menggambarkan kecantikan terutama di kalangan wanita.

Malah, Prof Zainal berkata, pemakaian perhiasan yang dianggap 'menyeksakan' bagi sesetengah masyarakat hanyalah ritual melepasi garis peralihan umur atau alam kehidupan seperti upacara berkhatan dalam masyarakat Melayu.

"Sepatutnya, warisan turun temurun sesuatu masyarakat itu walaupun dianggap pelik perlu dipelihara susur galur masyarakat seterusnya sebagai tanda menghormati dan mengekalkan kebudayaan," katanya.

Berdasarkan pemerhatian Prof Zainal di Sarawak, negeri Bumi Kenyalang itu kaya dengan budaya dan adat resam. Sehubungan itu, anggapan segelintir pihak bahawa 'kecantikan' memakai perhiasan royang atau rasung sebagai salah satu cabang kecelaruan budaya yang dilabel sebagai 'Saora disorder' adalah tidak adil dan tidak masuk akal.

"Ia lambang kedewasaan dan keberanian individu apabila sanggup menahan sakit memakai aksesori terbabit. Lagipun, ia tanda ritual atau upacara kebudayaan sesetengah masyarakat dalam menguji ketahanan golongan belia menghadapi kehidupan.

"Melepasi upacara melampaui batas garis peralihan dan tahan sakit membuktikan individu itu bersedia menghadapi tahap dan status baru," katanya sambil menegaskan budaya unik seumpama itu tidak diperlekeh masyarakat lain.

Pada masa sama, Afrika, Asia Tenggara, Kalimantan, Amerika Utara mengalami persamaan budaya berikutan status populasi Austronesia iaitu bahasa pengantar etnik di seluruh kepulauan pasifik merentasi asli Taiwan dan India China.

Timbalan Dekan (Pasca Siswazah) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Jayum Jawan melihat senario peralihan zaman menyebabkan golongan muda enggan meneruskan ritual kebudayaan ibunda masing-masing.

"Ia tampak menyusahkan dan tidak praktikal untuk memakai lilitan tembaga pada bahagian badan tertentu seperti leher. Contohnya, wanita Bidayuh dulu hanya tinggal di rumah manakala golongan muda sudah keluar daripada kepompong masyarakat menyebabkan mereka perlu mengutamakan keselamatan diri dari kecederaan.

"Pandangan masyarakat berbeza menyebabkan golongan muda bakal mengalami kesusahan untuk menyesuaikan diri, malah diterima masyarakat sekiranya berpeluang keluar daripada kaum majoriti masing-masing," katanya yang juga anak Sarawak.

Prof Jayum berkata, sekitar era 1950-an dan penghujung 1960-an menyaksikan kaum Bidayuh utuh memperkasakan budaya unik mereka berbanding masyarakat hari ini yang kebanyakannya sudah mengalami perkahwinan campur.

Sementara itu, tinjauan Rona di Sarawak mendapati perubahan zaman menyebabkan perhiasan itu kini berada di ambang kepupusan dan jumlah pemakai kurang daripada 10 orang yang hanya ditemui di dua kampung di pedalaman Padawan berdekatan Kuching, iaitu Kampung Semban dan Kampung Kiding.

Lima wanita di Kampung Semban masih cergas dan mampu menempuh lima jam perjalanan di hutan untuk keluar dari penempatan mereka bagi memperagakan aksesori unik itu buat tatapan masyarakat luar.

Keunikan rasung dan royang diperagakan lima warga emas Bidayuh, Jiwa anak Sapa, 54; Singai anak Ningkan, 63; Belok anak Apeh, 63; Jaim anak Jang, 62, dan Tawon anak Batel, 65, pada satu majlis di Bengoh, baru-baru ini.

Mereka bangga kerana menjadi kumpulan terakhir wanita Bidayuh masih mengekalkan perhiasan tradisi warisan nenek moyang. Malah, Jiwa mengakui teringin melihat generasi muda memakai rasung dan royang kerana ia sebenarnya aksesori kebanggaan masyarakat Bidayuh.

"Sayangnya, tiada seorang pun anak mahupun cucu saya sanggup memakai perhiasan ini. Mereka anggap pemakaian lilitan tembaga ini menyusahkan pergerakan, sedangkan ia sebenarnya tidak sesukar mana. Saya memakainya setiap hari sama ada ke kebun, mencari kayu api atau mendaki bukit.

"Kami memakai perhiasan ini sejak berumur enam tahun dan tidak pernah menanggalkannya hingga sekarang. Saya memang bangga kerana dapat memperagakan salah satu perhiasan unik masyarakat kami," katanya.

Bagi generasi muda Bidayuh, pemakaian perhiasan itu yang menyulitkan pergerakan membuatkan mereka tawar hati untuk meneruskan tradisi yang diwarisi zaman berzaman.

Goian anak Ali, 39, mengakui tidak mahu mengikut jejak Singai, ibunya yang masih memakai perhiasan itu kerana menyifatkannya amat menyulitkan.

"Biarlah ibu saja pakai… saya tidak sanggup kerana ia akan menyukarkan pergerakan. Tambahan pula, setiap pemakai perhiasan ini perlu memakainya sejak kecil. Kalau usia seperti saya, tentu sakit jika dililit tembaga ini.

"Saya juga tidak menggalakkan anak-anak memakai perhiasan ini dan setahu saya, tiada seorang pun generasi muda Bidayuh yang memakai rasung dan royang sekarang," katanya.

Menyedari persepsi negatif generasi muda terhadap perhiasan tradisi itu, Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Dr James Dawos Mamit, mencadangkan rekabentuk baru rasung dan royang diperkenalkan bagi memastikan ia kekal untuk tatapan generasi akan datang.

"Reka bentuk baru itu biarlah memudahkan pemakai. Mungkin kita ubah jadi seperti gelang, bukan lagi tembaga panjang dililit pada lengan dan betis. Kita tidak mahu perhiasan kebanggaan ini pupus begitu saja. Rasung dan royang memang cukup unik dan dikagumi pelancong asing," katanya.

Dawos tidak mahu persepsi generasi muda terhadap perhiasan tradisional peninggalan nenek moyang mereka itu melenyapkan rasung dan royang, selepas sembilan wanita yang tegar memakainya sudah tiada lagi suatu hari nanti.

Baginya, orang ramai termasuk masyarakat Bidayuh sendiri hanya mampu melihat aksesori unik itu dalam gambar termasuk yang disiarkan akhbar saja andai tiada lagi generasi muda sanggup memakainya.

Sumber: BH Online

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


pengajar.info: <b>Sarawak</b> Cadang Tubuh Universiti Teknologi <b>di Sibu</b>

Posted: 02 Apr 2012 09:02 AM PDT

Berucap pada sambutan ulangtahun ke-110 SMK Methodist Sibu di sini malam tadi, beliau bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut berhubung penubuhan universiti tersebut.
Namun, beliau menyeru semua pihak di sini agar bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan penubuhannya menjadi kenyataan.
Menurutnya, pada masa sekarang terdapat empat universiti dan banyak pusat latihan perniagaan dan pengurusan di negeri ini.
Katanya, memandangkan Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga kerja terlatih dalam bidang teknikal, tumpuan akan diberikan kepada pendidikan dan latihan teknikal.
(SCORE ialah singkatan bagi Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak).
Sementara itu, Taib menyatakan rasa bangga dengan kejayaan cemerlang sekolah itu yang ditubuhkan pada 1903 dan mampu bertahan hingga ke hari ini.
"Sibu juga patut bangga kerana tiga ahli perniagaan terkemuka iaitu Datuk Hii Yii Peng (Kingwood Group), mendiang Datuk Sri Lau Hui Kang (KTS Group) dan Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) dan ramai lagi, adalah bekas pelajar sekolah ini.
"Manakala dalam arena politik pula (antara) bekas pelajar sekolah ini yang menjadi ahli politik terkemuka ialah Datuk Sri Wong Soon Koh (Menteri Kanan Kabinet Sarawak) dan Datuk Tiong Thai King (Ahli Parlimen Lanang).
"Ini menjadikan sekolah ini sebagai "nursery of successful people", katanya.
Pada majlis itu beliau mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi menampung perbelanjaan membina perpustakaan digital sekolah itu bernilai RM4 juta.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Sarawak</b> |

Posted: 01 Apr 2012 09:52 AM PDT

Dewan Undangan Negeri Sarawak, badan penggubal undang-undang yang tertua di Malaysia, telah diwujudkan selepas mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867. Kumpulan pertama dua puluh satu orang ahli Majlis Umum Sarawak yang diketuai Raja Charles Brooke turut terdiri daripada …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

mi1

Posted: 07 Apr 2012 10:10 PM PDT

The Aman brothers & the Sabah timber graft...


NONEForeign Minister Anifah Aman (right) has been a secret beneficiary of lucrative timber licences in Sabah thanks to his elder brother, Chief Minister Musa Aman, said Sarawak Report.

The whistleblower website said it has in its possession leaked Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) documents showing its investigators had concluded that the Sabah chief minister had corruptly issued timber licences to his brother worth tens of millions of ringgit.

According to Sarawak Report, the documents form part of a major investigation by the MACC into timber corruption after an agent and nominee for Musa Aman, Michael Chia, was caught attempting to smuggle RM16 million out of Hong Kong in 2008.

"However, the investigation has been blocked at the highest levels and its findings kept secret, until now.

"Our informants say that the brothers' relative and fellow Sabahan, attorney-general Abdul Gani Patail, has refused to allow charges to be brought and PM Najib Razak has scandalously turned a blind eye to the affair."

NONESarawak Report claimed that Abdul Gani (right), who is closely connected to the Aman family, has refused to pursue the case.

"Indeed the attorney-general has forced the MACC to shelve its entire investigation in Sabah, which was one of the largest and most extensive ever undertaken by that body, and involved sums amounting to billions of ringgit siphoned out of the state by corruption at the highest level."

Last week, MACC deputy commissioner (operations) Mohd Shukri Abdull lamented that Attorney-General's Chambers had refused to bring many "valid cases" the commission had investigated to court due to "insufficient evidence".

Major conflict of interest

The website said with Abdul Gani's close ties with the Musa family, the AG should have opted out of making a decision on the investigations.

"In such cases where there is a plain conflict of interest, the government's top law officer has to be seen to be acting from a position of impartiality."

Para Era Sdn Bhd.png

The website detailed documents in their possession that named Anifah and a nephew, Hairul Aman as beneficiaries of two major timber concessions through two companies allegedly linked to them.

One, Aktif Syabas Sdn Bhd, had licence to harvest 4,336 hectares of timber in land belonging state-owned agency Yayasan Sabah, and purchase residual timber from another 3,000 hectares.

"The other deal, made with the company Para Era Sdn Bhd, is even more shocking. It allows the concessionaire to extract timber from 2,000 hectares of virgin forest at the Pinagah Forest Reserve (right)," it said.

Sarawak Report
lamented that the forest reserve was "totally razed by 2007".

Recalling a "headline-grabbing case" in 2007 where MACC had detained 20 lorries and 5,000 logs worth millions allegedly harvested from virgin forests, the website noted that not a single arrest had precipitated.
NONE"Tragically, our information is that the forest reserve was totally razed by 2007, despite the strictures about only felling trees over 60cm.

"This MACC information substantiates complaints from within the industry that Musa Aman has turned existing corruption in Sabah's timber business into a full-scale rape of the remaining forests in the state."

The Anifah connection

Sarawak Report added that it was noteworthy that both deals were awarded shortly after Musa became chief minister and chairperson of the board of trustees of Yayasan Sabah in 2003.

musa aman pc in sabah 190608 02It said while Musa (far left) was not named directly in any of the companies' public documents, the practice of employing nominees was a "standard" practice in Sabah.

"...insiders claim that the use of nominees is standard in the Sabah timber business and clearly the investigation by MACC officials led them to conclude, after months of investigation, that the foreign minister was the true concessionaire," it said.

It added that the leaked papers in their possession show that the MACC investigators "did believe there was such a corrupt link and that Aman was the beneficiary". - malaysiakini

Anifah dinamakan dalam siasatan rasuah balak Sabah...


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor laman pembocor maklumat Sarawak Report.

Laman itu mendakwa memiliki dokumen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang siasatannya didakwa memutuskan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya itu.

Menurut laporan itu lagi, dokumen daripada sebahagian siasatan terhadap penyelewengan balak selepas agen dan penama bagi Musa, Michael Chia, ditahan kerana cuba menyeludup keluar RM16 juta keluar daripada Hong Kong pada 2008.

"Bagaimanapun, siasatan telah disekat di peringkat tertinggi dan hasilnya kekal rahsia, sehingga sekarang," lapor Sarawak Report lagi.- malaysiakini

Menteri Luar Anifah Aman Terima Rasuah Konsesi Balak Dari Adiknya Sendiri,KM Sabah,Musa Aman...

Menteri Luar, Anifah Aman (kanan) yang juga ahli parlimen Kimanis hari ini secara rasmi dinamakan sebagai dalang di sebalik pemberian keistimewaan konsesi balak yang diterima daripada Ketua Menteri Sabah yang juga adiknya sendiri, Musa Aman bernilai RM35 juta.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi satu dokumen daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan disiarkan menerusi portal Sarawak Report pada Khamis lalu.

Anifah, memperolehi konsesi balak tersebut di kawasan Pinangah, sebuah daerah pedalaman dengan syarikat Para Era Sdn Bhd adalah kroninya pada 2004. Balak tersebut diperolehi menerusi Yayasan Sabah (YS) yang dipengerusikan sendiri oleh Musa.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lagi, dokumen yang diperoleh oleh Sarawak Report, Anifah juga adalah salah satu sebab konsesi pembalakan yang menguntungkan di Hutan Simpan di negeri itu semakin berkurangan.

Dokumen-dokumen yang membentuk sebahagian daripada penyiasatan utama oleh SPRM ke dalam kayu rasuah, selepas ejen dan penama untuk Musa Aman, Michael Chia, telah ditangkap cuba menyeludup SGD16 juta (RM35 juta) dari Hong Kong pada tahun 2008.

Tambah Sarawak Report lagi, kertas yang bocor menunjukkan bahawa penyiasat membuat kesimpulan bahawa Ketua Menteri telah secara rasuah mengeluarkan lesen pembalakan kepada saudaranya bernilai puluhan juta ringgit di negeri asal mereka.

Walau bagaimanapun, penyiasatan telah disekat di peringkat tertinggi dan penemuan dirahsiakan, sehingga kini.

Maklumat ini juga mengatakan bahawa saudara dan rakan Musa sendiri, Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang juga berasal dari negeri itu, enggan untuk meneruskan pendakwaan yang sepatutnya dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri, Najib Razak, tetapi disenyapkan atas sebab yang tidak dapat dijelaskan.

Hutan Simpan Dara telah dibersihkan oleh Aman

Dokumen konsesi yang dimiliki menunjukkan senarai dua konsesi utama dalam penjualan dan pembelian balak seperti yang tercatat di bawah.



Keistimewaan tawaran konsesi balak yang disenaraikan merujuk sebagai Anifah Aman dan Hairul Aman, anak saudaranya. Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong telah dikenalpasti sebagai seorang lelaki yang telah diberi kuasa meluluskan perjanjian tersebut.

Daripada dokumen itu juga menunjukkan bahawa satu set tawaran telah dianugerahkan melalui syarikat Aktif Syabas Sdn Bhd. Syarikat ini telah dilesenkan untuk membalak seluas 4.336 hektar kayu di blok YS (Yayasan Sandakan) 1/02 dan lot lanjut dan 'log sisa' beli di Benta Wawasan BW2/00 konsesi (1), kawasan yang merangkumi seluas 3,000 hektar.

Walau bagaimanapun, aspek-aspek yang lain, yang dibuat dengan syarikat Perenggan Era Sdn Bhd, adalah lebih mengejutkan. Ia membolehkan pemegang konsesi untuk mengeluarkan balak dari 2,000 hektar hutan dara di Hutan Simpan Pinagah:

"Log pengekstrakan kontrak untuk menebang balak dengan ppd antara 60-120 cm dari 2,000 hektar hutan dara di Pinangah Hutan rizab". (lihat di atas ekstrak jadual)

Menurut dokumen yang didedahkan SPRM, pihak yang menerima konsesi ini adalah Anifah Aman dan anak saudaranya Hairul, yang dinamakan pada dokumen itu.

Oleh itu, adalah diperhatikan bahawa kedua-dua lesen telah diberikan sejurus selepas saudara Anifah, Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah pada tahun 2003.

Malangnya, maklumat menunjukkan bahawa Hutan Simpan hanya boleh ditebang sehingga tahun 2007, walaupun sekatan menebang pokok hanya dibenarkan kepada diameter lebih 60 cm dan ke atas.

Maklumat ini selaras dengan aduan yang diterima SPRM dari dalam industri pembalakan sendiri bahawa Musa Aman telah menggunakan rasuah balak untuk memperkayakan sanak saudara dan kroni rapat hingga memusnahkan hutan dara yang tidak ternilai di negeri itu.

Anifah pada 2008 kununnya memberitahu waratawan Amerika Syarikat bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah sekiranya berjaya memujuk ahli parlimen dari negeri itu melompat ke Pakatan Rakyat semasa projek 16 September.

Dengan pendedahan ini bermakna Anifah kini sudah berada dalam senarai teratas pemimpin Umno-APCO yang akan disingkirkan sekaligus berdepan dengan tuduhan rasuah bernilai berjuta-juta ringgit sejak adiknya menjawat jawatan ketua menteri pada 2003.- jalan pulang blogspot

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kebakaran malam ambang 2012 <b>di Matu</b> ragut dua jiwa - My <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Jan 2012 06:11 PM PST

MOHD HAFIZI

MATU: Tragedi kebakaran sebuah kediaman di Kampung Hulu Kuala Matu, di sini 10 minit sebelum tirai 2011 dilabuhkan pada malam Ahad lalu meragut dua jiwa.

Mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu ialah Hamidah Bugay, 43, dan cucunya Nadirah Abdullah, setahun.

Menurut anak mangsa, Mohd Hafizi Nahar, 15, yang ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, semasa kejadian terdapat tiga penghuni dalam rumah itu.

"Selain emak serta anak saudara yang terkorban, turut berada dalam rumah ketika kejadian ialah adik saya Riyanty, 5.

"Mujur Riyanty sempat menyelamatkan diri, namun dia melecur di beberapa bahagian badan. Kini, dia stabil selepas dirawat di Hospital Umum Sibu," jelasnya.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu itu memberitahu bahawa semasa kejadian bapanya Nahar Abu Samah, 43, tiada di rumah.

"Seramai lapan ahli keluarga mendiami rumah itu. Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam hasil bantuan penduduk kampung

"Sekarang kami menumpang sementara di rumah saudara-mara di sini," tambahnya yang masih trauma ekoran tragedi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang meraikan tahun baharu di pekan Matu bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan oleh orang ramai.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadi untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved