ads

Isnin, 25 Jun 2012

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Dealer TIB <b>di Limbang</b>, Sarawak ~ TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB]

Posted: 18 Jun 2012 08:02 PM PDT

Tuan/ puan boleh dapatkan produk keluaran TIB di Sarawak melalui :
[Sabun al-Bayt/ Sabun Belireh/ Sabun Resdung/ Sabun Sireh/ Sabun Marigold/ Wangian Kasturi TIB] 

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


ROCKET MENDARAT <b>DI KUCHING SARAWAK</b>? - UnReportedNews

Posted: 24 Jun 2012 04:36 AM PDT

-KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG & BERAPA ORANG KUNCU DAPNYA BERSERTA PKR & PAS DIJADUALKAN AKAN MEMBERI CERAMAH DI SEBUAH KAWASAN PERUMAHAN DI KUCHING MALAM INI..PANDAI KE WAKIL PAS CAKAP CINA..KEKEKE!!-
Gua punya Bahasa Cina ada kureng sikit tapi gua cuba mintak tolong beberapa orang kengkawan blogger yang dah stand-by kat sana. Kejap lagi gua gak nak turun dengar kelentong pembangkang ni..kekeke!! Nantikan laporannya di posting-posting UnReportedNews™® yang akan datang. InsyaAllah.


 -UnReportedNews™®



UnReportedNews™®: CERAMAH PR <b>DI KUCHING SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 07:12 PM PDT

-PELBAGAI ALASAN DI BERI; SALAH KOMUNIKASI LAH, DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) MENCABUT BENDERA PR "PENANDA" LAH MALAH MENJUAL NAMA YB AZMIN ALI YANG KONONNYA AKAN MEMBERI CERAMAH MALAM TADI PUN TAK BERJAYA MENARIK MINAT ORANG UNTUK MENGHADIRI PROGRAM TERSEBUT-
Hanya lebih kurang 300 orang hadir ke Ceramah Merdeka Rakyat II PR yang di anjurkan oleh Wanita PKR Sarawak di Satok semalam dan malangnya hamper separuh daripada mereka yang hadir itu adalah "hadirin import" yang pastinya bukannya warga Satok.
Selain daripada beberapa orang pemimpin pembangkang tempatan Sarawak, pihak penganjur mempertengahkan beberapa penceremah wanita pembangkang dari Semenanjung Malaysia yang kurang di kenali sehinggakan petugas pembangkang sendiri yang mengendali acara tersebut apabila di tanya nama penceramah yang berceramah hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu dan seolah-olah "blur".
Tempat yang di pilih untuk membuat ceramah amat "menyedihkan" iaitu di petak letak kereta bersebelahan dengan Wisma Satok berbackdropkan wajah Anwar Ibrahim.
Pelbagai isu-isu nasional dan tempatan yang kebanyakannya diputar belitkan fakta-fakta di pertengahkan (yang akan di kupaskan satu-persatu oleh UnReportedNews™® dalam posting yang akan datang….tungggguuu).
Yang nyata ceramah PR malam tadi gagal kerana sejurus mendengar Azmin Ali sebenarnya tidak akan berceramah sebahagian daripada hadirin yang ada termasuk saya sendiri meninggal majlis itu (tambahan ceramah-ceramah yang disampaikan amatlah membosankan).
Klimax ceramah itu adalah penceramah yang terakhir iaitu YB Zuraida Kamaruddin-PKR namun pada masa itu saya sudah balik (hahaha!) namun saya akan cuba mendapat isi-isi ceramahnya menerusi rakan-rakan Cybertroopers saya yang lain yang seakan-akan seperti memaksa diri mereka untuk berada di program berkenaan sehingga ke penghujungnya.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Restoran Sate Buaya <b>Di Miri Sarawak</b> | Blogged.my

Posted: 23 Jun 2012 04:49 PM PDT

Kejadian manusia dibaham buaya kerap kali dilaporkan dan menjadi buah mulut orang namun tidak ramai yang tahu, reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir peminat makanan eksotik di bandar raya ini.Taman Buaya Miri di sini, bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih...

By: epicscene

Stand by, we're redirecting you... click here if you don't want to wait.

Registered and logged in users are redirected immediately, why not consider signing up? It's free!

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Public Complaints Bureau: KAB <b>SARATOK</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 19 Jun 2012 07:09 PM PDT


LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB)
Saratok, Sarawak– Program KAB telah diadakan di  Pasar Saratok pada pada 19 Jun 2012 (Selasa) dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Masyarakat setempat berminat untuk mengetahui fungsi dan peranan BPA sebagai agensi pengurusan aduan. Melalui program ini, orang ramai didedahkan tentang kaedah membuat aduan awam untuk mempertingkatkan perkhidmatan jentera Kerajaan. 
Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk kampung di sekitar daerah Sarawak. Seramai 115 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 22 aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 9 khidmat nasihat turut diberikan kepada orang ramai dalam program ini. Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai masalah kenaikan elaun Ketua Masyarakat, kemudahan awam di sekitar Saratok perlu diselenggara dan jalan perlu dinaiktarafkan.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Jambori Remaja Islam (JIRIM) <b>Sarawak</b> buka minda remaja Islam <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:15 AM PDT

KUCHING 17 Jun 2012 – "JIRIM memang terbaik!" merupakan antara banyak komen positif yang diberikan oleh peserta Jambori Remaja Islam (JIRIM) 2012 anjuran Kelab Remaja Islam (KRIM) cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan SM Sains Kuching.

"Kem ini memang best, lain dari yang lain. Banyak aktiviti yang kami tidak pernah buat sebelum ini. Bangun seawal 2 pagi untuk berperang belon air, berkumpul dan tidur di asrama ramai-ramai bersama pelajar sekolah lain, latihan dalam kumpulan dengan pelbagai gaya sorakan berkumpulan, kembara al-Quran. Memang tidak dapat dilupakan!" komen salah seorang peserta JIRIM, Azfar Afif bin Abdullah, pelajar Tingkatan 4 dari SMK Matang Jaya.

Mahathir bin Solhi, seorang lagi peserta dari SMK Tunku Abdul Rahman Kuching pula berkata, beliau berasa sangat seronok berjumpa dengan rakan-rakan baru selain mempelajari banyak ilmu-ilmu Islam.

Jambori yang julung-julung kali dianjurkan di Sarawak itu telah mendapat penyertaan hampir 100 orang pelajar sekolah menengah dari lebih 10 buah sekolah di sekitar Kuching, Padawan dan Samarahan.

Dalam jambori tersebut, para pelajar telah diberi penekanan tentang disiplin, ukhuwwah, ketahanan fizikal dan kepimpinan melalui aktiviti-aktiviti menarik seperti explorace, latihan dalam kumpulan, perang belon air pada pukul 3 pagi dan persembahan berkumpulan. Selain itu, aspek ruhani juga turut ditekankan dengan sesi tazkirah subuh, maghrib dan qiyamullail.

JIRIM telah dirasmikan oleh Ustaz Mohamad bin Solhi, Penyelia Unit Pendidikan Islam, Pegawai Pejabat Daerah Padawan. Dalam majlis perasmian penutupan JIRIM, beliau berpesan kepada semua peserta agar mengaplikasikan semua yang telah dipelajari di jambori tersebut dan menyatakan harapannya agar JIRIM dapat dibuat lagi sekali pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih ramai.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Program yang juga merangkap Pengerusi KRIM Sarawak, Cikgu Raja Nurul Huda.

"Cikgu harap anda semua keluar dari JIRIM ini sebagai seorang Muslim yang lebih baik dan menjadi contoh kepada rakan-rakan anda yang lain," pesannya kepada peserta JIRIM semasa majlis penutupan.

Tags

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved