[unable to retrieve full-text content]Pesawat Twin Otter Terbabas di Lapangan Terbang Lawas, Sarawak. Menurut laporan BorneoPost Online, kejadian ini berlaku sekitar 3.30 petang semalam. Seramai 16 penumpang, seorang juruterbang dan pembantu juruterbang ...
KUCHING: Jabatan Kerja Raya menerusi kontraktor Pihak Berkuasa Bekalan Air Bau akan melakukan kerja-kerja penyambungan saluran paip berukuran 762 mm yang baru ke saluran paip sedia ada di kawasa Bau pada 24 September ini (Sabtu).
Kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ialah Jalan Seringgok, Jalan Evergreen, Kampung Podam, Tai Foh Shak, Skim Perumahan Jugan Musi Jambusan dan sepanjang Jalan Jambusan.
Selain itu gangguan juga dijangka berlaku di Bazar Siniawan, sepanjang Jalan Bau/Kuching, kawasan perumahan, Jalan Siniawan Lama/Keranji, Tanjung Durian, Kampung Kopit, Kampung Peninjau Lama/Baru, pekan Bau, semua kuarters kerajaan, SMK Bau, Balai Polis Bau dan sepanjang Sebuku/Tondong, Jalan Sebuku/Buso, kawasan Buso, SMK Paku dan sepanjang Jalan Bau/Paku, SMK Lake dan sepanjang Jalan Bidi/Taiton dan Kampung Suba Buan.
Gangguan bekalan air dijangka berlaku mulai jam 8 pagi pada 24 September hingga 8 pagi 25 September.
Oleh itu penduduk kampung yang terlibat diminta menyimpan air bagi kegunaan sepanjang tempoh tersebut.
Bekalan air akan dipulihkan selepas kerja-kerja penyambungan itu siap sepenuhnya.
Haha .. saja nak mengimbau kenangan masa gi Kuching, Sarawak taun lepas ... walaupun kami tak de masa sangat berjalan-jalan memandangkan masa yang kami ada tu terhad ... tapi ada la jugak sikit-sikit kami pusing-pusing Bandar Kuching ... maklum le pergi dulu tu mengejut .. tak de perancangan .. hehe .. tapi kali ni .. haaaa .. kami dah rancang dah tempat-tempat yang kami nak pergi .. hahah ... jangan marah ye ..
Majlis pertunangan Teh dan Sal kat umah family Sal kat Kuching, Sarawak ...
COUNT US OUT: (from left) Jonas, Jimmy, Munan and Matthew hold up their letters of resignation at the press conference.
KUCHING: Former Sri Aman MP Jimmy Donald has resigned from PKR, citing the need to "re-examine his next political move and future" as reasons to quit the peninsula-based opposition party.
Those who also quit yesterday were PKR Serian chairman Jonas Riong, PKR Kapit chairman Munan Laja, senior member Matthew American and Dr John Brian Anthony, who was defeated in Meluan in the April 16 state polls.
Following these resignations, some of the office bearers and senior members of the affected branches would follow suit within the next few days. Among those from PKR Sri Aman touted to follow suit include the vice chairman, secretary, wanita chief, committee and senior members, Jimmy revealed.
"We have not made any decision about joining other political parties, current or upcoming ones, for the time being," Jimmy told a press conference at his office in MJC Batu Kawah here.
On joining the Barisan Nasional (BN), Jimmy replied: "It's not an option for sure".
Jimmy, who is also PKR Sri Aman chief, said the five of them felt the need to do some re-thinking about their political future and to work out the best course of action.
"For the time being, we are just re-examining our position … to think of the best way to help solve the problems of the people in the state, and how best we can be involved in the politics of Sarawak.
"I wish to thank the president, state liaison chief and all leaders and members of PKR for the help and guidance which they have given me while I was with PKR,"
Although he has resigned, Jimmy said he would remain supportive of PKR's vision and mission, and would continue to render assistance whenever and wherever needed.
He made it clear that leaving PKR was done on their personal basis and not due to disagreements or disappointments with the party.
Asked whether he would be contesting in the next general election, Jimmy said: "I have not made a decision on this. The political scenario is so uncertain for now and anything can happen. Right now, I'm just thinking about what is the next best step."
Jimmy was a three-term Sri Aman MP from 1995 to 2008. When PBDS was de-registered in 2004, all of the party's seats were automatically allocated to the (then) newly formed PRS, which was immediately accepted into the state BN coalition.
In the 12th general election in 2008, Jimmy was not nominated to defend his seat. PRS instead opted for Masir Kujat, who successfully defended the seat for BN.
Masir won the seat with a 4,252-vote majority, defeating independent candidate Cobbold John Lusoi in a straight fight.
Taman Bunga ini terletak di tengah bandaraya Miri, berdekatan kompleks mahkamah, Imperial hotel, masjid atTaqwa dan kompleks membelibelah Bintang. Terdapat sebuah kolam kecil, taman-taman mini seperti kaktus dan bunga kertas. Taman ini tidak sepopular seperti taman2 lain di Miri spt Taman Bulatan atau Taman Awam Miri.
Kalau anda mempunyai jadual yg ketat di Miri, tak perlu datang ke sini.
>>> Posted from xperia x10 running WordPress for Android
Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta sedang bergambar kenangan bersama para tenaga kolej pengajar ketika berlangsungnya program itu.
SRI AMAN, Ahad (18 Sept) – Seramai 30 orang pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kuching, Sarawak mengikuti program Kem Bina Jati Diri yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Siar Beach Resort, Lundu baru-baru ini.
Pegawai Unit Perhubungan Pelajar Kolej PTPL Sarawak, Normah Jokepli menerusi siaran akhbar hari ini memberitahu program ini bertujuan untuk menyemai semangat jati diri dalam diri setiap pelajar terutama sekali golongan pelajar baru.
Katanya program yang disertai oleh pelajar jurusan Seni Grafik dan juga pelajar Short Course ini bertujuan untuk memupuk semangat berani menghadapi cabaran agar mereka lebih bersedia ketika mengatasi pelbagai halangan selepas ini.
"Pengisian program berteraskan latihan dalam kumpulan dan juga persembahan yang menuntut kerjasama seperti ini akan membantu para pelajar terbabit untuk membentuk jati diri yang lebih kental serta tahan cabaran.
"Semangat seperti ini akan membuatkan mereka lebih berjaya dalam dunia pendidikan IPT pada masa sekarang," jelas beliau sambil menambah bahawa program ini adalah anjuran Unit Pembangunan Pelajar (UPP).
Selain itu, aktiviti sukaneka yang berlangsung pada waktu petang tambah Normah membolehkan para para pelajar mempelajari cara-cara yang sesuai untuk menghilangkan tekanan ketika penat 'belajar'.
Sementara itu pelajar jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan semester 1, Mohd Zaidi Adruce Arpan melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program yang dianjurkan oleh Kolej PTPL Sarawak kali ini.
"Ini kerana program itu dapat membantu menghilangkan rasa malu dalam diri saya. Malah saya juga dapat mengenali rakan-rakan lain dan ini memudahkan kami untuk berkerjasama di masa akan datang," katanya.
Turut sama hadir bagi memeriahkan lagi penganjuran aktiviti Kem Bina Jati Diri ini ialah tenaga pengajar kolej iaitu Hazlin Suhaili dan Munirah Yahya.
KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah semalam menerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk' menyuarakan bahawa anugerah tersebut merupakan hasil sumbangan wanita di negeri ini.
TAHNIAH: Fatimah bersama suaminya Datu Dr Adi Badiozaman Tuah melihat darjah kebesaran yang telah diterimanya semalam.
Beliau berkata, anugerah tersebut menunjukkan kaum wanita mampu memberi sumbangan yang besar kepada ne-geri mahupun negara.
"Bagi pihak wanita negeri Sarawak saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ayahanda Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan kerajaan negeri atas pengurniaan darjah ini.
"Ia bukan kepada saya sahaja tetapi juga wanita-wanita lain yang merupakan peng-iktirafan kerajaan negeri ke-pada sumbangan wanita sama ada dalam bidang politik, sosial mahupun ekonomi," kata-nya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Pada masa yang sama Fatimah memberitahu bahawa wanita Sarawak mempunyai semangat yang tinggi untuk bersama-sama kaum lelaki bagi menyumbangkan tenaga mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing demi kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan bangsa dan negara.
Sementara itu, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais yang turut menerima darjah yang sama berkata, anugerah itu adalah untuk semua rakyat khasnya di kawasan Simunjan.
"Saya rasa amat gembira atas anugerah ini, ia sebagai satu penghormatan bukan sahaja untuk diri saya sendiri tetapi juga untuk rakyat di kawasan Simunjan terutama penyokong-penyokong saya yang telah banyak bekerja keras selama ini," katanya.
Manakala Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Mong Dagang mem-beritahu, anugerah tersebut merupakan sesuatu yang tidak dijangka.
"Ia (anugerah) sangat me-ngejutkan saya dan ini juga adalah untuk rakyat di Bukit Begunan yang banyak menyo-kong Barisan Nasional.
"Dengan kepercayaan ini saya akan bekerja lebih keras lagi terutama kepada rakyat di negeri ini amnya," katanya.
Dalam majlis penganugerahan itu semalam, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' yang disampaikan oleh Tun Salahuddin.
Manakala penerima kedua, ADUN Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud menerima darjah kebesaran 'Panglima Negara Bintang Sarawak' yang membawa gelaran 'Dato Sri'.
Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah mendahului senarai lapan orang penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.
Diikuti Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn, Mejar Jeneral Mazelan Kasap, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw dan Temenggung Kanang Langkau.
Bagi anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu pula didahului oleh Jabidah Monseri daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Moha-med Ali Mohamed Sheriff daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.
Anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato kepada 13 penerima.
Antara penerima, Rhodzariah Bujang, Rugayah Abdul Majid, Janet Lau Ung Hie, Sait@Mohamad Sait Ahmad, Prof Dr Jamil Hamali, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Usop Wahab @Sani Wahap, Alexander Maiyor, Abang Jemat Abang Bujang, Abang Talhata Abang Hazemi, Mohammad Medan Abdullah, Dr Liew Wee Liik dan Koh Yaw Hui.
Sayed Ali Dabier Moghaddam daripada Hitachi Global Storage Technologies pula dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sara-wak (P.S.B.S) Kehormat yang membawa gelaran Dato.
Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan tetamu kehormat lain.