ads

Khamis, 5 Julai 2012

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Kisah Kursus Rawatan Islam Ustaz Azrin <b>di Limbang</b>

Posted: 22 May 2012 11:45 PM PDT

Misi utama saya ke Limbang kali ini adalah untuk mengadakan Kursus Rawatan Islam, khususnya berkenaan dengan merawat gangguan jin dan masalah yang berkaitan dengannya. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke tanah Limbang.
Saya bersyukur kerana dengan izinNya, dengan ikhtiar dan kesungguhan peserta-peserta kursus rawatan saya yang pertama di Limbang pada sessi Jun 2010, maka berputiklah Kaedah Rawatan Islam di bumi Limbang.
Kejayaan ini diberkati lagi dengan kehadiran guru saya di Limbang sekitar tahun 2011 untuk memenuhi hajat-hajat mereka yang ingin menjadi ikhwan Thoreqat Ahmadiah Idrissiah. Guru saya Tuan Syeikh Faiz Bin Syeikh Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi dalam programnya membimbing ikhwan-ikhwan di Brunei, kebiasaannya akan singgah juga di tanah Limbang untuk membimbing ikhwan-ikhwan di situ yang kebanyakkan diantara mereka adalah peserta-peserta kursus rawatan saya.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t, kursus selama sehari setengah ini berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ustaz Ahmad, Ustaz Ghani, Cikgu Rapiah dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Kepada pihak penaja yang telah sponsor sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang, jasamu dikenang... Allah saja lah yang dapat membalas kebaikan anda semua... moga2 tercapai segala hajat maksud dan didalam redha serta petunjuk Allah sentiasa hendaknya...

Akhir kata, kursus selama sehari setengah ini tidak tamat disini saja, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita perlu belajar dan terus belajar, dalam yang kita tahu, ada banyak lagi perkara yang kita tidak tahu, ilmu Allah s.w.t terlalu luas, kita harus berlapang dada, selesaikan masalah dengan hikmah dan bijaksana, umpama tarik rambut dalam tepung..

Ambil lah pengajaran dari masalah-masalah pesakit yang datang kepada kita, itu semua adalah teguran dan peringatan Allah terhadap kita (perawat) supaya kita sentiasa bersyukur dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa..

wallahu'aq'lam..

11 di serian sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Kedai Rakyat 1Malaysia Pertama <b>di Sarawak</b> dibuka <b>di</b> Bt 11, Jln <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2012 05:11 PM PDT

DAPAT SAMBUTAN: Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di Sarawak yang dinanti-nantikan kini dibuka di Batu 11, Jalan Kuching-Serian.

KUCHING: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pertama dibuka di Sarawak di Batu 11, Jalan Kuching-Serian mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Mula beroperasi pada Jumaat lepas, ia menawarkan pelbagai barangan keperluan yang hampir sama dengan pasar raya lain dan lebih murah.
KR1M yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menjual sekitar 250 barangan alternatif pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
Pemanca Edward Sian, 72, memberitahu, kedai tersebut membolehkan pelbagai lapisan masyarakat, khasnya golongan berpendapatan rendah membeli-belah tanpa perlu berbelanja besar.
"Ini kerana di Kedai Rakyat 1Malaysia ini, harga barang-barangnya adalah berpatutan, agak berbeza dengan kedai biasa.
"Tambahan pula, ia juga menjual pelbagai barang keperluan harian sama seperti di pasar raya lain," kata ketua masyarakat Bidayuh Serian itu ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.
Dari segi lokasi pula, beliau yang berasal dari Serian, berkata ia agak strategik memandangkan banyak perkampungan di kawasan tersebut.
"Bagaimanapun, saya rasa papan tanda lebih besar perlu diletakkan, mungkin di tepi jalan bagi memudahkan orang ramai yang baharu pertama kali berkunjung ke sini mengenal pasti kedai tersebut," katanya.
Bagi seorang kerani di sebuah sekolah berdekatan Semenggok di sini, Nyaie Eddie, 33, pula pembukaan kedai tersebut sejak diumum untuk diwujudkan pada tahun lepas sememangnya dinanti-nantikan.
Lebih menggembirakan, katanya apabila ia dibuka di Kota Padawan iaitu berdekatan dengan rumahnya.
"Di sini bukan sekadar menjual produk 1Malaysia sahaja tetapi turut menawarkan produk-produk lain.
"Saya boleh mendapatkan barang-barang keperluan yang lazim dibeli di sini," katanya.
Manakala Abdul Rhani Mohd Dawi, 64 berkata, beliau menghargai kerajaan atas pembukaan KR1M pertama di negeri ini.
Ini kerana, katanya ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban individu yang berpendapatan rendah.
"Ini merupakan usaha kerajaan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah.
"Dengan itu rakyat perlu menyokong usaha tersebut," katanya yang mengusahakan perniagaan menternak ikan dalam sangkar.
Beliau yang tinggal di Batu 9 1/2 menambah, jarak kedai yang tidak jauh dari rumahnya itu juga memudahkan keluarganya membeli-belah tanpa perlu pergi jauh.
Sementara itu, seorang suri rumah, Mantan Sigan yang berasal dari Siburan memberitahu, mereka kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah dengan adanya KR1M tersebut.
"Ia juga memudahkan kami membuat perbandingan harga dan saya rasa KR1M sememangnya menawarkan harga barang keperluan yang lebih murah daripada kedai-kedai lain," katanya.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Peristiwa <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 02:42 PM PDT

Posted in Blog on Date June 17th, 2012 by Najib Razak | CommentsView Comments

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.

Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:-

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Read more…

Tags:

|

  • Islam Universal berlaku di segala zaman/masa…tentu sampai hari akhir nanti.support dari Indonesia.

  • Salam Sejahtera Dan Salam 1MALAYSIA DATUK SERI,   

       Sebagai seorang wakil kepada penduduk di Pekan Marudi Baram, Sarawak ini saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada pemimpin nombor satu kita iaitu DATUK SERI MOHD. NAJIB RAZAK kerana telah sudi datang membuat tinjauan mesra dan beramah mesra dengan penduduk di pekan Marudi ini.
      

       Kami penduduk di pekan Marudi berasa amat terharu dan gembira teramat sangat setelah DATUK SERI dan juga kerajaan 1malaysia di bawah pimpinanbeliau mengumumkan kelulusan peruntukan untuk membina jalanraya darat 1MALAYSIA yang menghubungkan Daerah Pekan Marudi Baram ke Miri Sarawak yang sekian lamanya dinanti-nantikan oleh rakyat penduduk di sini.
       Buat masa sekarang jalanraya tersebut masih dalam proses pembinaan, syukurrrr… alhamdullilahhhh…., TAPI kami rakyat di Pekan Marudi Baram ini ada satu permintaan buat DATUK SERI iaitu sekiranya DATUK SERI sudi datang sekali lagi ke Pekan Marudi ini untuk membuat tinjauan keatas projek jalanraya 1MALAYSIA DATUK SERI yang menghubungkanPekan Marudi ke Miri sebelum pilihanraya umum yng ke-13 ini. Kami penduduk di sini juga mengalu-alukan kehadiran dan kedatangan DATUK SERI untuk menyempurna dan merasmikan projek JALANRAYA 1MALAYSIA  tersebut.
      
    Jutaan Terima Kasih kami ucapkan kepada DATUK SERI dan KERAJAAN 1MALAYSIA….. Syabas!!!…..
    Sekian, Terima Kasih
    PENDUDUK RAKYAT 1MALAYSIA MARUDI BARAM

  • Assalamualaikum w.w..

    Terlebih dahulu saya dan keluarga saya mengucapkan tahniah di atas kepimpinan Datuk Seri yang telah banyak memberikan peluang dan kemudahan kepada rakyat Malaysia dari pelbagai sudut.

    Saya merupakan salah seorang rakyat yang telah menikmati kemakmuran negara dengan mengalami sendiri peluang-peluang yang telah disediakan. Pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu, saya telah dilantik sebagai guru kontrak dan hasil pendapatan tersebut, saya dapat membiayai keluarga saya. Ribuan Terima kasih di atas peluang tersebut.

    Pada tahun ini, sekali lagi saya berterima kasih kerana telah diberi peluang untuk menjalani latihan perguruan di salah sebuah IPG Malaysia memandangkan kerjaan telah membuka satu lagi peluang iaitu Program Penyerapan Guru GSTT. Namun saya agak terkejut dan kecewa apabila tawaran tersebut hanya sementara kerana saya hanya bekas guru kontrak di mana syarat lantikan tersebut memerlukan pengalaman sebagai guru GSTT.

    Untuk pengetahuan Datuk Seri, kemasukan saya ke IPG tersebut setelah melalui prosedur yang telah ditetapkan yakni saya telah mengemukakan surat rayuan, menghadiri sesi semakan dokumen dan temuduga singkat yang telah dijalankan oleh pihak KPM, namun kini saya terpaksa menamatkan pengajian dan menanggung kerugian dari segi pekerjaan asal yang telah saya lepaskan, wang ringgit, masa, tenaga dan kini emosi saya serta keluarga saya juga agak terganggu kerana penarikan semula latihan perguruan saya.

    Saya dan keluarga saya merayu kepada Datuk Seri untuk mempertimbangkan dan mengkaji semula perkara ini agar saya dapat melanjutkan pengajian memandangkan saya telah menamatkan satu semester sebelum pembatalan tersebut. Pengalaman kerja dan pengajian sebagai guru yang saya telah lalui memberikan saya pengalaman yang hebat dan rugi rasanya sekiranya saya tidak dapat meneruskan kerjaya tersebut lebih-lebih lagi bidang yang diberikan kepada saya adalah Pendidikan Pemulihan Khas.

    Segala keprihatinan Datuk Seri amatlah saya harapkan dan saya dahului dengan ucpan ribuan terima kasih.

    Nurhayati Abdul Hapid
    miszyat83@gmaill.com
    Tawau, Sabah.

  • Salam Dato' Sri,
    Saya cadangkan agar Dato' Sri dapat meluangkan masa bersama pendengar radio setiap petang sebulan sekali (ala2 Address to Nation) bagi menerangkan isu-isu terkini kepada rakyat serta mendengar permasalahan rakyat marhaen dengan berkesan memandangkan kebanyakannya ketika ini sedang mendengar radio (sambil menghadapi kesesakan lalulintas).

  • mohon datuk seri meneliti kejatuhan harga getah yang mendadak dan amat menghimpit kami pekebun kecil getah. harga FOB smr20 pada hari Jumaat 22/6/12 tutup rendah pada 871.50/kg.  ini bermakna harga peringkat ladang/farmgate rm3.40/kg. ini amat teruk sekali khususnya ketika cuaca/hujan  tak menentu  dan faktor musim daun luruh menyebabkan production low.  peliknya ialah indeks harga getah adalah reverse kepada teori asas ekonomi supply demand, di mana apabila supply low, demand akan naik dan harga turut nak. tetapi dlm industri getah adalah sebaliknya apabila supply kurang harga turut jatuh selari dengannya….atau mungkinkah wujud 'soros" dalam industri getah??? tangan-tangan ajaib yang mengatur trend turun-naik harga getah.
    another biggest question mark, siapakah di atas sana yang menetapkan harga FOB getah…mengapakah tiada wakil di kalangan pekebun kecil sendiri (bukan wakil yang dilantik/appointed) terlibat sama di dalam panel penetapan harga getah…
    berbalik kepada harga getah rm3.40/kg bermakna kami pekebun kecil terpaksa juggle dengan kos operasi kami bagi mjemastikan cashflow kami tetap relevan.  kos saya untuk menghasilkan 1 kg getah smr 20 ialah RM2.67/kg. dan dengan kadar harga rm3.40 saya hanya ada take home sebanyak rm0.73/kg.  nak minum secawan teh tarikpun tak lepas tu datuk seri.
    senario ini telah berlanjutran lebih setahun dan paling teruk semenjak jan 2012 apabila harga farmgate kami hanya sekitar rm4.00 – rm4.50 dan semenjak 3 minggu lepas ianya turun ke paras di bawah RM3.50.
    datuk seri,
    saya ada banyak lagi kupasan berhubung isu harga getah untuk makluman datuk seri. sekiranya ada secured channel akan saya kemukan.sila rujuk dengan en ammir warkah utk pm berjudul suatu hari nanti getah sekerap tak akan melanton lagi"
    ikhlas dari
    pekebun kecil getah gen 2.0
    melaka

Patrick Sibat dijangka calon PKR kerusi Parlimen Baram - mySarawak

Posted: 04 Jul 2012 11:13 AM PDT

MARUDI: Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Rakyat Sarawak (PRS) Patrick Sibat Sujang, 59, kini sibuk melawat sambil bertemu penyokongnya di kawasan Poyut/Lubok Nibong selain memperkenalkan dirinya di kawasan Marudi.

Sibat yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau ialah orang Iban pertama di Baram yang akan bertanding pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau bersama seorang ahli politik veteran yang lebih dikenali sebagai Baginda telah melawat hampir 70 peratus rumah di kawasan berkenaan untuk menerangkan dasar PKR kepada penduduk.

Sekembalinya daripada berkempen di Rumah Manjan, Sungai Melikat dekat sini baru-baru ini, Sibat memberitahu Utusan Borneo bahawa beliau akan bertanding sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan PKR untuk mewakili PKR di kerusi Parlimen Baram.

Beliau yang berasal dari Kuala Bok di Tinjar Baram berkata beliau mempunyai pendirian dan mempunyai visi terkini untuk membantu masyarakat Dayak khususnya kaum Iban di Baram termasuk Bakong dan Marudi.

Sibat pernah bertanding atas tiket PBDS yang ketika itu adalah pembangkang tetapi tewas kepada mendiang Datuk Edward Jeli.

Justeru beliau merayu kepada penduduk Poyut/Lubok Nibong supaya memberi sokong padu dan kepada beliau.

Sibat juga memiliki ijazah dan pernah menjandang jawatan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Sarawak sebelum berkecimpung dalam politik.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


SMK <b>Subis</b> anjur kejohanan olahraga 10-11 Julai : my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 02:14 PM PDT

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis akan mengadakan Hari Kejohanan Balapan dan Padang Ke-40 pada 10 dan 11 Julai ini.

Kejohanan dua hari itu akan berlangsung di padang sekolah berkenaan dari jam 7 pagi hingga 5 petang.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum SMK Subis, Mohd Fairuz Idris, sebanyak 54 acara akan dipertandingkan pada kejohanan itu yang disertai oleh semua pelajar.

Para peserta dibahagikan kepada empat buah rumah sukan yang dinamakan sempena nama empat pahlawan tempatan seperti Kanang (Biru), Rentap (Hijau), Syarif Masahor (Merah) dan Rosli Dhobi (Kuning).

Category: Sarawak, Sukan

Wushu hasrat ulangi prestasi : my <b>Sarawak</b> – News coverage <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 02:16 PM PDT

Kontinjen negeri yakin mampu tamatkan saingan di tiga tempat teratas Sukma

GALAS CABARAN: Francis (enam kiri) menyerahkan bendera kontinjen kepada pengurus pasukan William Kong (tiga kiri) sambil disaksikan oleh penaja dan President Kehormat WFS Choo Kwong Hoon (lima kiri), Chia (dua kiri), Ting (empat kanan) dan mereka yang lain.

KUCHING: Skuad wushu bersedia untuk mengulangi pencapaian terbaik dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 di Pahang dari 7-16 Julai ini.

Kontinjen Sarawak diwakili oleh enam lelaki dan enam wanita termasuk peserta kebangsaan Gjeblehem Bong dan Kimberly Goh.

Setiausaha Persekutuan Wushu dan Tarian Naga Sarawak (WFS), James Ting berkata skuadnya berhasrat untuk menamatkan saingan di tiga tempat teratas.

"Kita cukup bersedia untuk kejohanan ini dan saya optimis kita mampu untuk mengutip lebih banyak pingat kali ini.

"Semenjak kejohanan di Melaka dua tahun lepas, kita telah melakukan persiapan yang rapi dan berlatih dengan gigih bagi menghadapi temasya pada tahun ini," jelas Ting.

Sebelum itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Francis Nyurang Ding menyampaikan bendera kontinjen wushu bertempat di Dewan Suarah di sini, semalam.

Hadir sama ialah koordinator wushu Thomas Chia, pegawai WFS serta penaja.

Ting yakin Sarawak mampu mengulangi pencapaian terbaik ketika Sukma 2010 di Melaka kerana dua pemenang pingat emas pada temasya tersebut masih bersama dalam kontinjen wushu negeri.

"Peluang untuk menang emas, perak atau gangsa bergantung dengan persembahan setiap atlet pada hari perlawanan," tambah Ting lagi.

Beliau turut menjelaskan keputusan pengadil sangat penting dalam pertandingan wushu.

"Apa yang penting, kita jangan melakukan kesilapan seperti dalam acara taolu," tambahnya.

Antara peserta yang bakal menggalas cabaran skuad wushu ialah Clement Yeo dan Gjeblehem Bong (kategori chang quan, jian shu, qiang shu), Andy Chan dan Liew Lik Kee (kategori nan quan, nan dao, nan gun), Bryan Sony Lah dan Jarvis Lau (kategori taiji quan, taiji jian), Kimberly Goh dan Audrey Chan (kategori taiji quan, taiji jian), Amelia Su dan Ho Jong Xian (kategori chang quan, dao shu, gun shu), Bong Yie Ching (jian shu, qiang shu) dan Kelly Shu (nan quan, nan dao, nan gun).

Di Melaka, Sarawak meraih empat emas, lapan perak dan tiga gangsa bagi menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Melaka dan Negeri Sembilan. Mereka berlepas ke Pahang pada 9 Julai.

Category: BPOnline, Sarawak

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved