11 di subis sarawak - Google Blog Search |
SMK <b>Subis</b> anjur kejohanan olahraga 10-11 Julai : my <b>Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 04 Jul 2012 02:14 PM PDT MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis akan mengadakan Hari Kejohanan Balapan dan Padang Ke-40 pada 10 dan 11 Julai ini. Kejohanan dua hari itu akan berlangsung di padang sekolah berkenaan dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Menurut Penolong Kanan Kokurikulum SMK Subis, Mohd Fairuz Idris, sebanyak 54 acara akan dipertandingkan pada kejohanan itu yang disertai oleh semua pelajar. Para peserta dibahagikan kepada empat buah rumah sukan yang dinamakan sempena nama empat pahlawan tempatan seperti Kanang (Biru), Rentap (Hijau), Syarif Masahor (Merah) dan Rosli Dhobi (Kuning). |
Wushu hasrat ulangi prestasi : my <b>Sarawak</b> – News coverage <b>...</b> Posted: 04 Jul 2012 02:16 PM PDT Kontinjen negeri yakin mampu tamatkan saingan di tiga tempat teratas Sukma KUCHING: Skuad wushu bersedia untuk mengulangi pencapaian terbaik dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 di Pahang dari 7-16 Julai ini. Kontinjen Sarawak diwakili oleh enam lelaki dan enam wanita termasuk peserta kebangsaan Gjeblehem Bong dan Kimberly Goh. Setiausaha Persekutuan Wushu dan Tarian Naga Sarawak (WFS), James Ting berkata skuadnya berhasrat untuk menamatkan saingan di tiga tempat teratas. "Kita cukup bersedia untuk kejohanan ini dan saya optimis kita mampu untuk mengutip lebih banyak pingat kali ini. "Semenjak kejohanan di Melaka dua tahun lepas, kita telah melakukan persiapan yang rapi dan berlatih dengan gigih bagi menghadapi temasya pada tahun ini," jelas Ting. Sebelum itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Francis Nyurang Ding menyampaikan bendera kontinjen wushu bertempat di Dewan Suarah di sini, semalam. Hadir sama ialah koordinator wushu Thomas Chia, pegawai WFS serta penaja. Ting yakin Sarawak mampu mengulangi pencapaian terbaik ketika Sukma 2010 di Melaka kerana dua pemenang pingat emas pada temasya tersebut masih bersama dalam kontinjen wushu negeri. "Peluang untuk menang emas, perak atau gangsa bergantung dengan persembahan setiap atlet pada hari perlawanan," tambah Ting lagi. Beliau turut menjelaskan keputusan pengadil sangat penting dalam pertandingan wushu. "Apa yang penting, kita jangan melakukan kesilapan seperti dalam acara taolu," tambahnya. Antara peserta yang bakal menggalas cabaran skuad wushu ialah Clement Yeo dan Gjeblehem Bong (kategori chang quan, jian shu, qiang shu), Andy Chan dan Liew Lik Kee (kategori nan quan, nan dao, nan gun), Bryan Sony Lah dan Jarvis Lau (kategori taiji quan, taiji jian), Kimberly Goh dan Audrey Chan (kategori taiji quan, taiji jian), Amelia Su dan Ho Jong Xian (kategori chang quan, dao shu, gun shu), Bong Yie Ching (jian shu, qiang shu) dan Kelly Shu (nan quan, nan dao, nan gun). Di Melaka, Sarawak meraih empat emas, lapan perak dan tiga gangsa bagi menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Melaka dan Negeri Sembilan. Mereka berlepas ke Pahang pada 9 Julai. |
You are subscribed to email updates from di subis sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan