ads

Ahad, 24 Jun 2012

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Jarum & Benang: Lawatan Kerja Ke <b>Limbang</b>

Posted: 03 Jun 2012 06:59 PM PDT

Pada 24 April lalu saya berpeluang buat kerja luar opis selama lebih kurang seminggu bersama bos kecik . Sebelum sampai ke Limbang saya perlu ke Miri. Selesai urusan di Miri,barulah kami ke  Limbang pula..Ye..Limbang..bahagian paling utara di Sarawak ( masih dituntut Kerajaan Brunei).  Tedungan dan Lawas pon menjadi salah satu destinasi saya ketika itu.Kami melalui jalan darat semasa ke Tedungan dan Lawas dan terpaksa melalui Brunei kecil dan Brunei besar ( kene buat pasport). Merasa la tengok tanah Brunei. Besar-besar kereta orang Brunei...boleh dikatakan kebanyakannya kereta import ..
Memang waktu seminggu tu penuh dengan jadual yang padat. Kerja pon melebihi 12 jam sehari. Balik ke hotel Purnama ( satu-satunya hotel di Limbang) tido masing-masing macam batang kayu. Penat!!!! Kurus kaki.Seperkara lagi bahasa pengantaraan semasa di sana lebih kepada Bahasa Melayu Sarawak. Seminggu di sana kami hampir boleh memahami bahasa tersebut heheheh..
Hotel Purnama - sungai ini yang memisahkan Limbang dan Brunei Darussalam
Alhamdulillah misi kerja kali ni berjaya dilaksanakan dengan sempurna.Ditambah pula dengan lawatan ke Brunei sekali lagi ( shopping sakan sangat²) pada hari pulang ke Putrajaya. Barang-barang di Brunei especially kain-kain ela lebih murah dari Malaysia. Sayang duit tak berapa nak ada. Kalau tak memang boleh beli banyak dan bawa pulang berniaga di Malaysia ( grin). 
Dalam waktu yang singkat tu, sempat la kami round Brunei. Terima kasih pada Pak Hamid selaku pemandu pelancong haritu. Dapat la tengok Istana Sultan Brunei... Yang saya perasan masa di sana, tiada bangunan tinggi di Brunei. Menurut Pak Hamid, Sultan Brunei tidak membenarkan pembinaan bangunan yang lebih tinggi dari masjid. Bagus!!!! Tiada bangunan pencakar langit di Brunei. Salah satu tanda kiamat manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit.... Menurut Pak Hamid lagi setiap warga emas menerima $B500. Banyak tu..Tiada cukai di Brunei....Memang rakyat didahulukan :D
 Bandaraya BRunei - Bandar Seri Begawan
 Makanan Segera Jolibee - MURah banget!! No tax!!
Yang pasti, sehingga hari ini saya sering terkenang ketenangan yang ada di Limbang dan keseronokan melawat Brunei dan tidak lupa kebaikan hati dan keramahan yang ditunjukkan oleh warga² JDKM Sarawak  . Harapan saya suatu hari nanti, saya ada peluang lagi kembali..
**ART IS A PASSION**

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Chemistry in every Smile: Bunyi Aneh <b>Di Samarahan</b>, <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 08:40 AM PST


Gempar Samarahan dengan bunyi tok koh. Sekali tek adoh.... Sikpa, glamer kejap... 
______________________________________________________________________________
PUTRAJAYA – Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit yang ditubuhkan kerajaan (Sky Roar) mempercayai kejadian 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu berpunca daripada aktiviti kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, Kota Samarahan, Sarawak.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa siasatan yang diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) itu telah melakukan siasatan dan mendapati beberapa andaian penduduk tentang insiden itu sebelum ini tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan peristiwa itu.
"Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa itu mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Fadillah berkata,  jawatankuasa siasatan menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan itu seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber potensi punca bunyi, membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.
Menurutnya, penemuan awal siasatan mempercayai bunyi 'Ngauman Langit' itu berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh  kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap pada tarikh 11 dan 12 Januari lalu.
Jelasnya, perkara ini disahkan Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, Yusmizan Des bahawa pihak kilang menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai 'ngauman langit' oleh penduduk setempat.
Tambahnya, pelepasan tekanan dandang adalah bagi tujuan mengekalkan tekanan dandang pada nilai yang telah ditetapkan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit.
Malah, kata beliau, corong lepasan wap juga didapati berada pada arah kampung di mana saksi telah mendengar bunyi berkenaan.
Demonstrasi semula penghasilan bunyi pelepasan wap dandang tersebut oleh pihak kilang telah disaksikan sendiri oleh jawatankuasa dan saksi berkaitan dan kesemua mereka berpuas hati dengan persamaan bunyi proses itu dengan rakaman ngauman seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, katanya lagi.
"Bagaimanapun analisis saintifik dan pencirian frekuensi yang sedang dilakukan oleh pakar tempatan diteruskan bagi tujuan pengesahan secara saintifik," katanya lagi. – mynewshub.my

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


Lebih 20 kes denggi dikesan <b>di Subis</b> : my <b>Sarawak</b> – News <b>...</b>

Posted: 27 Oct 2009 01:05 AM PDT

Aktiviti penyemburan akan diteruskan hingga akhir tahun untuk menghapuskan aedes

MIRI: Majlis Daerah Subis (MDS) semalam melaporkan lebih 20 kes demam denggi telah dikesan di beberapa rumah-rumah panjang dan kampung sekitar Niah dekat sini.Pembantu Kesihatan MDS, Kunsil Deria ketika dihubungi semalam memberitahu
pihaknya masih menjalankan semburan asap bagi membunuh nyamuk (fogging) di beberapa kawasan rumah panjang dan kampung.

"Kita akan terus melakukan fogging bermula jam 5 petang di beberapa kawasan terjejas kerana pada waktu itulah nyamuk aedes dilaporkan aktif," katanya.

Kunsil memberitahu, lebih 20 kes telah dilaporkan berkaitan penyakit deman denggi terutamanya di kawasan rumah-rumah panjang dan kampung di Tanjung Belipat, Batu Niah dan sekitarnya.

"Sehingga kini, operasi fogging masih diteruskan hingga ke penghujung bulan ini bagi memastikan jumlah kes denggi di kawasan berkenaan dapat dikurangkan," katanya.

Kunsil menjelaskan, pihaknya telah melaksanakan operasi fogging sebaik sahaja menerima arahan daripada Jabatan Kesihatan Miri beberapa hari lalu.

"Sebaik sahaja kawasan dikenal pasti, anggota MDS akan turun padang dan melakukan kerja-kerja penyemburan dan pembersihan.

"Pada masa sama kita memberi nasihat kepada penghuni rumah panjang untuk menjaga kebersihan sekitar rumah," katanya.

Kes demam denggi di kawasan Niah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus.

Menurutnya, penduduk kampung dan rumah-rumah panjang harus memastikan kawasan laman rumah mereka bersih dan tempat takungan air harus diletakkan ubat (garam khas) sebagai usaha pencegahan.

"Kita menasihatkan supaya orang awam mengambil inisiatif untuk membersih persekitaran perumahan seperti saluran longkang bagi membendung penyakit tersebut," katanya.

Malah menurut beliau, perkakas yang tidak diperlukan seperti tin-tin kosong, bekas makanan, tayar kereta dan botol minuman harus dibuang di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Category: Tempatan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved