ads

Selasa, 15 Mei 2012

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Rajahmas: Rakyat <b>Sarawak</b> patut terima nasihat Aishah Ariffin

Posted: 14 May 2012 07:22 PM PDT

Jangan terpengaruh dengan janji manis yang tidak mampu ditunaikan

KANOWIT: Tuai-tuai rumah di Kanowit diseru supaya tidak terpengaruh dengan mereka yang hanya pandai berjanji manis tetapi tidak mampu menunaikan janji tersebut.

Amanat tersebut telah disampaikan Pemanca Spencer Kudang dalam satu majlis yang diadakan di Rumah Petay Sibok, Nanga Sepitok, Machan di sini.

"Kita sering mendengar tuduhan mengatakan bahawa wakil rakyat kita tidak menjalankan tugas mereka untuk membawa pembangunan kepada rakyat selain tidak melawat kawasan mereka. Dakwa seperti adalah tidak benar dan ia mengelirukan rakyat," katanya.

Beliau berkata, motif utama mereka adalah untuk memecahkan hubungan baik antara wakil rakyat dan rakyat.

"Apa yang kita tahu adalah bahawa tiga wakil rakyat kita di Kanowit adalah rajin, mampu melakukan tugas yang diamanahkan serta berpengetahuan," katanya.

Wakil-wakil yang beliau maksudkan ialah Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, ADUN Machan Datuk Gramong Juna dan ADUN Ngemah Alexander Vincent.

Kudang memberitahu, kesemua wakil rakyat ini sentiasa mendampingi rakyat selain turut membantu memperjuangkan keperluan rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata pelbagai projek pembangunan sedang dilaksanakan di Kanowit dan ini terbukti, mereka bertiga tidak pernah lupa tentang tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat

Ini termasuk pelaksanaan projek Jalan Nanga Machan-Ulu Machan, Jalan Nanga Jagau-Nanga Ngungun, Jalan Ulu Ngemah-Nanga Poi dan projek pembinaan tangki air.

Kesemua projek terbabit memerlukan jumlah peruntukan yang cukup besar dan diyakni dapat memberi manfaat kepada penduduk bandar Kanowit.

-Borneopost

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Gambar Pelangi <b>di Kuching Sarawak</b> | Junaidiey Dot Com

Posted: 01 Apr 2012 11:17 AM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


109 Penduduk <b>Simunjan</b> Terima Pampasan Tanah RM564,112.95 <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:42 AM PST

MOHD. Naroden Majais (tiga dari kiri) menyampaikan cek pampasan tanah kepada seorang penerima di Simunjan, Sarawak, baru-baru ini.
SAMARAHAN 16 Feb. – Seramai 109 penduduk telah menerima cek pampasan tanah yang keseluruhan berjumlah RM564,112.95 menerusi majlis yang berlangsung di Dewan Setia, Majlis Daerah Simunjan dekat sini baru-baru ini.
Kesemua cek itu disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Bumiputera negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais.
Mohd. Naroden berkata, penyerahan pampasan tersebut menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan merampas tanah rakyat tanpa membayar sebarang pampasan.
"Kerajaan akan membayar pampasan terhadap tanah milik penduduk yang diambil alih bagi tujuan pembangunan mengikut prosedur tertentu mengambil kira nilai pasaran semasa tanah tersebut," katanya di sini.
Mohd. Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan berkata, tanah yang dibangunkan oleh kerajaan itu sudah pasti memberi faedah terhadap kesejahteraan hidup penduduk sendiri.
Ini kerana katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak perancangan dan agenda untuk melaksanakan pelbagai projek di kawasan Simunjan supaya rakyat dapat menikmati kemajuan.
Justeru, beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada penduduk di kawasan Simunjan yang sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tertentu yang sengaja memburuk-burukkan usaha kerajaan membawa pembangunan kepada mereka.
"Jika penduduk berasa tidak puas hati terhadap perkara berkenaan maka mereka boleh mengemukakan aduan masing-masing melalui saluran yang tertentu," ujarnya.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Rakyat <b>di Marudi</b> terus nikmati projek pembangunan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2011 02:07 PM PST

Posted on December 13, 2011, Tuesday

MASIH ADA PEMBANGUNAN: Entri (tiga dari kiri) menyampaikan surat pemberitahuan kelulusan projek pembinaan jalan bernilai RM0.406 juta dan geran MRP kepada penduduk di Marudi.

BELURU: Rakyat di Marudi terus menikmati projek pembangunan dan pengagihan projek kecil luar bandar (MRP) walaupun wakil rakyatnya digugurkan daripada parti.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Sylvester Entri Muran berkata, dengan statusnya sebagai bekas naib presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), ia tidak menghalang beliau untuk terus membantu rakyat di kawasan itu.

"Rakyat di Marudi memberi sokongan penuh terhadap Barisan Nasional (BN) walaupun pemimpin SPDP tidak memberi sokongan kepada saya sebagai calon BN semasa pilihan raya negeri yang lalu.

"Malah semua peruntukan pembangunan datang daripada kerajaan bukannya parti," katanya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi.

Entri berkata demikian pada majlis penyampaian dana MRP bernilai RM405,600 kepada 108 penerima di konstituensi Marudi dan penyampaian surat pemberitahuan kelulusan projek jalan dari Bakong hingga Teru, semalam.

"Pemberian geran dan surat pemberitahuan itu sekali gus menyangkal khabar angin yang menyatakan saya tidak ada lagi dana untuk diberikan kepada rakyat dan parti akan mengambil alih Marudi berikutan penyingkiran saya daripada parti," katanya.

Ujar Entri, walaupun rakyat di Marudi tidak mempunyai pemimpin SPDP di peringkat pusat, namun mereka tetap memberi kemenangan besar kepada BN semasa pilihan raya negeri yang lalu.

"Baru sekarang mereka tiba-tiba muncul di Marudi dan kehadiran mereka telah memecah-belahkan rakyat di situ, walhal semasa kempen mereka tidak pernah datang menjenguk.

"Mereka juga hipokrit kerana menyifatkan tindakan menggugurkan saya sebagai mengutamakan kepentingan parti sedangkan masalah akar umbi berpunca daripada Presiden Tan Sri William Mawan Ikom yang gagal mempertahankan status quo dalam jawatankuasa parti," ujarnya.

Entri menambah, Mawan sepatutnya mengekalkan status quo berkenaan jika beliau benar-benar mahu menjaga kepentingan parti, bukannya menyingkirkan saya dan menghukum empat lagi wakil yang dipilih.

Apa pun kata Entri, penyingkiran daripada SPDP tidak akan melemahkan semangat beliau untuk terus berkhidmat malah menganggap ia sebagai cabaran dalam politik untuk bekerja lebih gigih.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


RELA jayakan Kursus Kem Bina Negara <b>di Lundu</b> | Utusan <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 02:17 AM PDT


UNTUK ALBUM...Sejumlah 58 orang anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dari seluruh negeri Sarawak telah mengambil bahagian dalam Kursus Kem Bina Negara yang berlangsung di Sepamdi, Lundu bermula dari 24 hingga 26 April lepas. Kesemua anggota RELA terbabit datang dari daerah Sibu, Bintulu, Serian, Sri Aman, Sarikei, Pakan, Tatau, Belawai, Song, Saratok, Kota Samarahan, Padawan dan Simunjan. Kesemua anggota RELA itu telah didedahkan dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal Biro Tatanegara ketika berlangsungnya kursus selama tiga hari dua malam tersebut. Kursus yang dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara itu telah disertai oleh Ketua Perhubungan RELA Kawasan. Turut kelihatan dalam gambar berkumpulan tersebut ialah Pegawai Latihan RELA, Leftenan Kolonel Nyawai Palah. Foto: ZULIA HAJI JEMAT

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


ZAKRI ALI: (<b>Sarawak</b> Merdeka Rakyat) Anwar Ibrahim: Bandar <b>...</b>

Posted: 11 May 2012 07:00 AM PDT


PRU13: Anwar mensasarkan negeri sembilan, perak dan melaka jatuh ke pakatan.


Berikut adalah video Dato Seri Anwar Ibrahim di Bandar Saratok, Sarawak. 
Di dalam ucapan beliau menyeru penduduk saratok memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan memastikan kerusi Saratok menjadi menjadi milik pakatan rakyat. 
Beliau juga berdoa agar mendapat pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak disamping merampas negeri Melaka , Negeri Sembilan dan Perak pada pilihan raya umum akan datang.baca di
Saya harap pembaca artikel ini melawati halaman Media Rakyat di Youtube yang kini telah mencecah 18,079,274 penonton dan 11,050 subscriber. 

Berikut adalah video Dato Seri Anwar Ibrahim di Bandar Saratok, Sarawak. 
Di dalam ucapan beliau menyeru penduduk saratok memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan memastikan kerusi Saratok menjadi menjadi milik pakatan rakyat. 
Beliau juga berdoa agar mendapat pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak disamping merampas negeri Melaka , Negeri Sembilan dan Perak pada pilihan raya umum akan datang.baca di
Saya harap pembaca artikel ini melawati halaman Media Rakyat di Youtube yang kini telah mencecah 18,079,274 penonton dan 11,050 subscriber. 

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Sarawak</b> Malaysia Terkini 2012

Posted: 05 Apr 2012 04:46 PM PDT

Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2012

Dewan Undangan Negeri Sarawak, badan penggubal undang-undang yang tertua di Malaysia, telah diwujudkan selepas mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867. Kumpulan pertama dua puluh satu orang ahli Majlis Umum Sarawak yang diketuai Raja Charles Brooke turut terdiri daripada 6 orang pegawai Brooke dan 16 orang ketua masyarakat tempatan. Dalam tahun 1903, Majlis Umum ini dinamakan semula sebagai Majlis Negeri.

Kerajaan Negeri Sarawak kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Senibina

2. Penolong Jurutera (Letrik)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • lambang negeri sarawak
  • logo-logo kerajaan sarawak
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved