ads

Selasa, 4 Oktober 2011

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Penerbangan Firefly <b>di Kuching</b>, Sibu dihentikan? | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 08:27 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

KUCHING: Ketua Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak Abdul Aziz Adenan menyuarakan pertanyaan sama ada penerbangan Firefly di Kuching dan Sibu akan dihentikan atau sebaliknya. Beliau memberitahu, selepas dua bulan pengumuman pasukan pengurusan yang diketuai oleh Tan Sri Tony Fernandez selepas AirAsia mengambil alih pengurusan MAS.

"Kami ingin kemukakan soalan kepada Tan Sri Tony Fernandez sama ada pengurusan MAS yang dipengaruhi olehnya akan menghentikan semua penerbangan Firefly di Kuching dan Sibu.

"Saya bersama Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Menteri Pelancongan Sarawak dan Badan Pelancongan BIMP-EAGA turut bimbang dengan pertukaran saham oleh Airasia dan MAS," katanya menerusi kenyataan media di sini semalam.

Tambahnya, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia Datuk James Dawos Mamit juga pernah menyatakan dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris tempatan bahawa kekurangan penerbangan ke Sarawak adalah penyebab utama pelancong tidak bertambah ke Sarawak.

Beliau bertanya: "Adakah Tan Sri Tony Fernandez telah mempengaruhi 'pengurusan sementara' MAS untuk menutup penerbangan Firefly di Sarawak dan memberi syarikat miliknya AirAsia monopoli dalam sektor kos rendah itu?

"Kalau benar Firefly dipaksa henti penerbangan mereka ke Sarawak maka ia bukan sahaja memerosotkan lagi pelancongan Sarawak tetapi juga membuatkan rakyat berpendapatan rendah Sarawak terpaksa beli tiket AirAsia.

"Saya harap Tan Sri Tony Fernandez dapat memberi penjelasan," ujarnya.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Kualiti Sarang Walit <b>di Mukah</b> « Suara Anak <b>Sarawak</b>

Posted: 04 Oct 2011 12:52 AM PDT

Dua tahun lalu, seorang kenalan usahawan ghairah bercerita kepada saya tentang perusahaan sarang burung walit yang pesat berkembang di Mukah sejak 2005.

Menurut beliau,  bahagian tengah pesisir pantai Sarawak itu terdapat paling banyak haiwan liar berkenaan kerana di sana mempunyai tahap kualiti udara bersih.

Ternyata kata rakan saya itu bukan omong kosong. Di sana memang terdapat begitu banyak burung walit berterbangan di udara.  Bangunan sarang burung tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Sejak itu juga ramai ahli perniagaan termasuk di kalangan jutawan dari Sibu melabur wang mereka dengan membina Rumah Sarang Burung (RSB) di sekitar bahagian Mukah.

RSB kos mahal dan kos sederhana terdapat di Jalan Mukah/Oya.

Mereka membina bukan sebuah, tetapi sampai berpuluh buah selagi di situ ada tanah untuk diterokai serta berpotensi untuk didedekati burung berkenaan.

Dua kategori saiz utama sarang burung  konkrit iaitu kos sederhana dan mahal pada kadar antara RM200,000 hingga RM300,000 sebuah itu terdapat banyak di Jalan Mukah/Oya, Jalan Mukah/Balingian, Jalan Oya/Dalat, selain Jalan Matu-Daro.

Dalam pada itu ada juga penduduk tempatan mengusaha perniangaan ini secara kecil-kecilan dengan membina sarang menelan kos RM30,000 sehingga RM50,000. Biasanya ia diperbuat daripada bahan lebih murah.

RSB kos rendah di Dalat

Senario sedemikian ternyata telah mengubah pemandangan di Mukah kepada sebuah destinasi yang saya sebutkan sebagai 'eko-park'

Senario ini sejajar dengan perkembangan sihat di mana sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian Negara beberapa tahun kebelakangan.

Mengikut rekod, sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari 20,000 premis burung ini di negara kita.

Jumlah itu meningkat kepada 50,000 premis sekarang ekoran bilangan pengusaha semakin ramai mengetahui prospeknya di tahap antarabangsa.

Salah seorang pengusaha, Pius Nee Leong Hong di Dalat berkata, beliau menceburi perusahaan sarang walit tahun lalu setelah mendapat galakan daripada kawan-kawanya di Sibu.

"Katanya, golongan jutawan malah bilionair sudah pun menceburi bidang ini di Sibu sejak sekian lama, mengapa awak tidak," jelasnya antara kata-kata yang membuat dia teruja.

Namun kata Nee, beliau tidak terus mengambil langkah terburu-terburu sebalik membuat rujukan kepada pihak bewajip berhubung kesannnya terhadap masyarakat.

Selepas yakin dengan penjelasan pihak berkenaan juga di kalangan kenalannnya sendiri barulah Lee membuka membina sarang tersebut pertengahan tahun 2010.

Beginilah walit bersarang dalam RSB

"Sebelum buat saya bimbang, kemungkinan ia mendatangkan keburukan kepada orang ramai, lebih-lebih lagi masalah H1N1 suatu ketika dahulu.

"Tetapi kata mereka ia tiada mendatangkan kemudaratan. Jadi saya buat keputusan mendirikan sarang tersebut," ujarnya.

Beliau  mewujudkan sarang burung di atas bangunan tiga tingkat yang kedudukannya terletak tidak jauh dari sungai.

Sebuah bangunan 'tiga dalam satu' untuk keperluan komersial dan kediaman di jalan Dalat

Ia tampak lain daripada RSB lain kerana 'tiga dalam satu' iaitu premis menjual hardware di tingkat bawah, sementara di tengahnya tempat kediaman dan bahagian atas ialah sarang burung.

Ramai orang kata mengusaha RSB adalah suatu pelaburan jangka panjang menguntungkan.

Ada pula yang berkata sebaliknya kerana mendapati tidak semua RSB akan menuai hasil, kerana burung tidak semestinya datang ke situ.

Orang ramai membeli sarang burung walit kerana khasiatnya

Apa pun hakikatnya sarang burung memang menguntungkan jika hasilnya banyak sekali menuai.

Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah di antara RM300.00  hinga RM7,500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses.

Penuaian sarang burung di negara ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia.

Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara Asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura.

Tinjauan mendapati perusahaan sarang burung liar itu menjadi tarikan penting kepada ahli-ahli perniagaan kaya tempatan dan luar.

Pada dasarnya industri walit bukanlah satu industri yang baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini penuaian sarang burung ini telah diusahakan secara besaran-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan.

Produk sarang burung dipamerkan di Pesta Kaul

Dalam tempoh lebih sedekad ini, pengusaha-pengusaha telah menerokai kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam industri ini untuk mempertingkatkan pengeluaran.

Ia perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau.

Untuk perusahaan kecil pula kerajaan menyediakan bantuan geran pada 2010 disediakan peruntukan RM5 juta dan modal permulaan RM10,000 sehingga RM30,000 kepada seorang peserta.

Jabatan Perkhdmatan Veterinar (JPV) dipertangungjawab dalam industri ini. JPV mewujudkan struktur bangunan pemeliharaan burung walit yang standard di samping menjami pemeliharaan alam sekitar.

JPV juga akan mengetuai pemantauan terhadap pemeliharaan burung walit sejajar garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat.

Pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Tanah..memberi kelulusan sebelum pengusaha diberi lesen.

Pembesar suara yang diletak di beberapa sudut RSB untuk menarik perhatian burung walit

Kenapa permintaan terhadap sarang burung sangat tinggi di pasaran Asia adalah kerana khasiatnya sangat tinggi.

Khasiat sarang burung walit banyak diperkatakan sejak dulu lagi. Ia yang mampu melancarkan fungsi paru-paru, perjalanan darah, menambah daya ketahanan badan, meningkatkan kekuatan jantung dan banyak lagi untuk kesihatan manusia.

Produk sarang burung walit dijual dengan harga antara RM220 hingga RM320.

Secara umumnya sarang burung walit diperbuat daripada air liur burung itu dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai harga yang berbeza berdasarkan jenis dan warna sarang.

Jelaslah industri sarang burung walit telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain daripada bidang-bidang perniagaan yang lain.

Kalau dahulu Mukah hanya sinonim dengan hasil tanaman rumbia dan 'umai', (sejenis hidangan ikan dihiris kecil-kecil untuk dimakan bersama cecah popular di kalangan masyarakat setempat), namun kini sarang burung walit mula mengambil tempat.

Sesiapa pun boleh melabur dalam industri ini. Caranya melalui pembelian sebuah RSB berserta tapak tapak rumah yang dimaju sebagai Eko-park. Harga satu RSB tersebut ditawarkan dengan harga RM200,000 hingga RM300,000.

Nampaknya rumah burung lebih mahal daripada rumah kos sederhana sekalipun ia hanya dilengkapi peralatan audio dan pembesar untuk memanggil haiwan berkenaan.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana Mukah tiba-tiba menjadi tumpuan walit? Itu saya tidak pasti.

Namun ada orang yakin sambil mendakwa kejadian semulajadi itu berikutan kemusnahan kawasan habitat utamanya di Aceh akibat Tsunami pada 2003.

Itu luar dari kuasa kita manusia. Apa yang perlu difikirkan sekarang ialah Wow!….hasil tuaian dari RSB mencecah RM10,000 hingga RM20,000 sebulan!

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Program TUKAR dinanti <b>di Miri</b> | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 07:09 PM PDT

Posted on October 4, 2011, Tuesday

PBMS tidak sabar tunggu program TUKAR dilaksanakan di Miri, peniaga runcit Bumiputera tidak mahu lepas peluang keemasan

MIRI: Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak (PBMS) amat berharap agar program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dapat dilaksanakan segera di bandar raya ini, bagi memastikan golongan peniaga runcit Bumiputera tidak ketinggalan.

Pengerusinya Abdul Hadie Arbi berharap program tersebut dapat dilaksanakan di bahagian ini menjelang tahun depan bagi memastikan peniaga Bumiputera khususnya pemilik kedai-kedai runcit tidak akan terpinggir dengan kewujudan pasar raya moden yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ketika ini program TUKAR sedang dilaksanakan di bahagian Kuching dan dijangka dilaksanakan secara berperingkat ke seluruh negeri, selepas bahagian Kuching.

"Sebagai persatuan yang menaungi lebih 500 peniaga Bumiputera termasuk penjaja dan peruncit, kami amat mengalu-alukan dan menunggu program ini dilaksanakan di bahagian Miri untuk membantu melonjakkan lagi bidang perniagaan dan ekonomi membabitkan golongan Bumiputera.

"Pada masa ini, kami belum lagi menerima maklumat atau taklimat mengenai program ini dan yakin ia akan dilakukan oleh pihak berkaitan tidak lama lagi," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

"Kami amat berharap ia dapat dilaksana segera ekoran semakin banyak pasar raya yang wujud di sekitar bandar raya ini termasuk di kawasan pinggir bandar seperti Batu Niah dan Bekenu.

"Kami tidak mahu prestasi perniagaan Bumiputera terjejas dengan situasi ekonomi baru ini kerana kami yakin melalui TUKAR, peniaga Bumiputera akan terus bersaing dan bertahan terutama dalam perniagaan peruncitan," tambahnya.

Di bawah program TUKAR ini, kedai-kedai runcit tempatan jenis 'mom and pop' akan dibangun dan dimodenkan bagi meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Pada masa yang sama, ia bertujuan meningkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan di kalangan peruncit tempatan agar selari dengan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh dan tidak ketinggalan berbanding kedai-kedai moden atau pasar raya dengan mempromosikan rantaian penawaran dengan kos yang efektif dan efisien.

Program TUKAR juga menggalakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah di samping menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).

Sementara itu, menurut Abdul Hadie lagi, pada masa ini persatuan itu sedang berusaha mewujudkan satu kerjasama perniagaan di kalangan ahlinya yang berniaga di kawasan komersial seperti emart dan Permyjaya untuk bernaung bersama dengan meletakkan mereka di satu kawasan khas dengan satu kadar sewa yang berpatutan dan mampu dibayar oleh mereka.

Sebelum ini, ramai ahli khususnya penjaja mengadu sewa yang dikenakan terhadap mereka agak tinggi dan membebankan.

Hasmari juarai Cub Prix <b>Sarawak di Miri</b> | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 06:16 PM PDT

Posted on October 4, 2011, Tuesday

MIRI: Hasmari Gunari dari pasukan WMCC muncul juara keseluruhan kategori A Senior pada pusingan keempat bagi Kejohanan Cub Prix Sarawak 2011 di Litar Go-Kart Miri, petang kelmarin.

Hasmari yang mencatat masa terpantas pada pusingan kelayakan memanfaatkan peluang tersebut apabila mendahului pelumba lain sepanjang perlumbaan 15 pusingan.

Selaku juara kategori itu, Hasmari membawa pulang RM800 sementara Muhamad Zulzaki Kipli (kedua) dari pasukan Blitz Racing menerima RM600 dan Mohamad Zamhari Abdul Hadi, dari pasukan AY Hadi (tempat ketiga) menerima RM300.

Dalam satu lagi kategori, Abdul Hafiz Rashid dari pasukan Apido Yamaha, Boon Kui muncul juara kategori B junior selepas mengalahkan pesaing terdekat, Hanafi Marzuki dari pasukan Juragan Gertaq.

Kedua-dua pemenang tersebut masing-masing menerima wang tunai RM600 dan RM400 sementara tempat ketiga pula milik Mohamad Nasri Mohamad Ishak dari Apido Yamaha Boon Kui, menerima RM200.

Bagi kategori Dai Chi pula, Daing Jamilos Ahmad pula dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas menewaskan pesaingnya, Baynision Gary Jukah.

Kedua-dua pelumba amatur terbabit masing-masing yang mencuba nasib pada Kejohanan Cub Prix Sarawak 2011 kali ini tidak menghampakan penonton apabila kedua-duanya bersaing merebut tempat pertama.

Nasib lebih berpihak kepada Daing Jamilos apabila beliau terus menerujui pelumba lain dan kedua-dua pemenang masing-masing membawa pulang RM200 dan RM150 manakala Ramli Mohd Ulis pula tempat ketiga (RM50).

Lebih 2,000 penonton membanjiri Litar Go-Kart Miri petang kelmarin yang bagi menyaksikan aksi pelumba amatur dan profesional.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pasar raya besar Giant pertama <b>di Sibu, Sarawak</b> dirasmi <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2011 09:32 PM PDT

RASMI: (Dari kiri) Andrew, Chan dan Lim memotong reben sebagai tanda perasmian Pasar Raya Besar Giant yang pertama di Sarawak.

SIBU: Pasar raya besar Giant yang pertama di Sarawak dan dibina dengan kos kira-kira RM12 juta di Jalan Ling Kai Cheng, telah dirasmikan semalam.

Majlis perasmian dilakukan oleh Pengurus Giant Kawasan Sarawak Andrew Smith bersama Pengurus Besar Pasar Raya Besar Giant Chan Kum Cheong dan Pengurus Kompleks Giant Steven Lim Pah Kin.

Sebaik majlis perasmian bermula jam 8.30 pagi, pasar raya besar ini diserbu orang ramai yang telah menunggu sejak jam 8 pagi lagi bagi mendapatkan pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dengan harga promosi.

Sempena pembukaan rasmi, Giant menawarkan pelbagai jenis barangan dengan harga istimewa yang merangkumi barangan elektrik dan elektronik, barangan dapur, pakaian, perkakas rumah dan sebagainya.

Bagi membolehkan orang ramai membeli-belah, pasar raya ini akan dibuka dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam bermula semalam hingga 14 Ogos ini. Pada hari biasa, ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

Pembukaan pasar raya besar Giant ini yang menjual lebih 100,000 jenis barangan, memberi lebih banyak pilihan kepada penduduk Sibu untuk membeli-belah, selain mendapatkan harga yang berpatutan.

Selain pasar raya Giant, kompleks ini turut menempatkan kedai-kedai menjual pakaian, kasut, cermin mata, aksesori komputer, telefon bimbit, kedai makanan segera dan sebagainya.

Selepas ini, Giant akan membuka pasar raya besar kedua di Tabuan Jaya, Kuching pada 25 Ogos ini, diikuti di Kota Padawan.

Sehingga kini, Giant mempunyai dua pasar raya, masing-masing satu di Sibu dan Miri serta sebuah kedai sejuk beku iaitu Cold Storage di Kuching.

- UB

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Terendak <b>Matu</b>: Cenderahati pilihan ramai « Suara Anak <b>Sarawak</b>

Posted: 04 Oct 2011 01:21 AM PDT

Bandar Mukah di Sarawak sangat menonjol dengan seni bina bangunan berbumbungkan 'terendak gergasi' suatu identiti etnik Melanau iaitu salah satu kaum di Bumi Kenyalang.

Di sebalik keunikan bentuk kon terbalik itu di puncak bangunan utama seperti Menara Pehin Setia Raja, bangunan "RECODA", Masjid Setia Raja dan beberapa bangunan komersial, ideanya datang dari terendak.

Bangunan ikonik Mukah - Menara Pehin Setia Raja

Terendak Matu merupakan salah satu daripada terendak paling popular di negeri ini selain terendak Igan.

Daerah Matu di dalam bahagian Mukah sangat sinonim dengan Terendak Matu iaitu sejenis topi tradisional dihasilkan oleh wanita-wanita etnik Melanau di beberapa kampung di situ.

Masjid Setia Raja, Mukah

Pada zaman dahulu, Terendak Matu digunakan oleh masyarakat Melanau terutama perempuan dewasa sebagai pelindung kepala daripada sinaran matahari semasa keluar rumah.

Kalau dahulu ia hanya dikenali segelintir kecil di kalangan penduduk sahaja kerana ia dijual secara kecil-kecilan di kampung-kampung.

Bumbung terendak bangunan ibupejabat RECODA

Lama-kelamaan penggunaan semakin meluas sehingga ke daerah-daerah lain seperti Dalat dan Mukah, sebelum berkembang ke bahagian Sibu, Bintulu dan Miri.

Sejak itu juga Terendak Matu menarik perhatian banyak pihak kerana nilai tempatan serta keunikan tersendiri.

Menyedari permintaan ramai termasuk terutama dari pihak agensi kerajaan dan swasta ia kemudian dipelbagaikan saiz.

Gambar menunjukkan Terendak Matu dalam tiga saiz berlainan

Tiga saiz berbeza adalah untuk disesuaikan bagi tujuan cenderahati atau buah tangan kepada pelancong terutama dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Produk kraftangan yang diwarisi dari generasi ke generasi keluarga Melanau itu dipasarkan secara meluas melalui pameran dan jualan dalam pelbagai upacara rasmi kerajaan.

Terendak Matu bermotifkan logo 1Malaysia

Dari segi buatan hasil kerja tangan terhadap terendak ini berkelebihan dari segi seni dan corak boleh juga dijadikan perhiasan dinding dalam rumah, hotel, restoran dan lapangan terbang.

Sementara yang kecil boleh digantung dalam kereta atau sebagai rantai kunci. Dengan itu, tidak hairanlah ia menjadi antara barangan cenderahati pilihan ramai.

Terendak Matu mini sebagai cenderahati

Dara bt Kimi, 32, salah seorang pakar buat terendak tersebut, mewarisi bakat ibunya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dara merupakan salah seorang daripada anak perempuan keluarga Kimi yang giat dalam perusahaan tersebut.

Menurut anak ketujuh daripada sepuluh adik-beradik ini, dia mula berjinak-jinak dengan kegiatan membuat terendak pada tahun 1996.

"Masa itu saya tamat tingkatan tiga. Atas minat sendiri saya mula mempelajarinya daripada ibu dan kakak. Di antara kami adik-beradik kakak kedua dan kelima saya paling mahir," kata Dara.

Menurut Dara, hasil kerja mereka sering mendapat tempahan daripada pihak kerajaan, swasta dan persendirian terutama setiap kali menjelang Pesta Kaul di Mukah.

Dara sedang tekun menyiapkan terendak yang ditempah oleh pihak kerajaan untuk dijadikan cenderahati kepada golongan kenamaan, sempena Pesta Kaul 2011

Pada musim tertentu katanya, dia memang sibuk seperti pertengahan tahun lalu terendak kecil untuk  cenderahati pernah mendapat tempahan sebanyak 200 buah daripada sebuah universiti tempatan. Dan sejak awal tahun ini bertungkus-lumus pula menyiapkan tempahan baru.

Ketika kunjungan saya ke situ, Dara sedang tekun menyiapkan terendak ditempah oleh pihak kerajaan untuk dijadikan cenderahati kepada golongan kenamaan sempena Pesta Kaul 2011.

"Bagaimanapun anyaman dibuat oleh orang lain, sebab tidak mampu menyiapkan terlalu banyak. Dia hanya melakukan sulaman. Sulaman termasuklah logo dan tulisan.

"Membuat logo dan tulisan dilakukan mengikut contoh yang disediakan oleh penempah. Inilah bahagian yang paling sulit dilakukan.

"Sulaman yang digabungkan harus betul dari segi susunan. Sedikit kesilapan saya terpaksa menarik sulaman dan memperbetulkanya," katanya.

Mengenai modal, kosnya hanyalah untuk membeli manik, rotan (RM6 bagi buluh sepanjang kira-kira dua depa) labuci dan buluh.

"Ada masalah sedikit apabila musim banjir kerana buluh akan mati dan bekalan terhad. Walau apa pun saya membelinya daripada penduduk kampung yang ada menyimpannya,"ujarnya.

Salah sebuah kampung di Matu yang menghasilkan Terendak Matu

Adalah dipercayai kerja menghasilkan kraftangan ini bermula sejak 100 tahun dahulu. Ibu Dara iaitu Terong bt Razak merupakan salah seorang yang mendapat ilmu membuat terendak Matu turun temurun.

Ditanya mengenai harga ia bergantung kepada  saiz dan ukiran.  Bermula dari serendah RM6 sehinggaah RM120. Tetapi jika cara membuatnya sulit maka harganya lebih mahal lagi. Demikian kata gadis berwajah manis ini.

Begitulah Terendak Matu, tidak ramai mempunyai bakat atau kemahiran membuatnya. Kerana seni sebegini adalah suatu usaha menyatukan berbagai motif supaya satu maksud sempurna dapat disampaikan.

Sudah pasti itu hanya diketahui oleh orang yang sudah banyak belajar dan mahir melakukannya. Mesej yang disatukan harus mempunyai satu idea selari. Paling popular di kalangan penempah ialah logo 1Malaysia, bendera Sarawak, imej burung kenyalang dan bunga raya.

Pembuat seperti Dara akan memilih dan menyusun sulaman menjadi satu ukiran lengkap bagi menyalurkan maksud.

Dia harus memilih warna bahan seperti manik, labuci dan benang pada kedudukan sesuai yang membolehkan terendak itu tampak unik.

Hanya dengan kegigihan barulah pembuat mengetahui keseluruhan rekaan dalam satu terendak terbabit. Jelas tidak seperti semudah kita melihatnya, bukan senang  untuk menyalurkan satu maksud dengan suatu keunikan tersendiri.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved