ads

Rabu, 3 April 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kisah Sebenar Insiden Ketegangan <b>Di Lawas Sarawak</b>

Posted: 24 Sep 2012 10:59 PM PDT

September 25th, 2012
.
.MBSB 4/1/2013-4-2-2013 .. 1 bulan
.


Owh..ni kisah sebenar ketegangan di Lawas, baca laporan berikut oleh Borneo Post mengenai insiden ketegangan di Lawas Sarawak,..harap tiada perkara yang buruk berlaku:-

LAWAS:Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah ini termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam di sini malam Jumaat lepas.

Beliau berkata ketua masyarakat dan polis sudah diingatkan agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah ini.

"Saya ada menghubungi polis dan ketua masyarakat agar mereka sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab untuk memastikan tahap keselamatan terus terjamin berikutan ada pihak yang tidak berpuas hati ekoran kes pembunuhan kejam baru-baru ini," katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi semalam.

Henry menjelaskan bahawa tahap keselamatan di Lawas adalah stabil walaupun ada beberapa pihak cuba menimbulkan perasaan tegang dan tidak berpuas hati.

"Kita minta polis, ketua masyarakat dan orang awam sendiri mengambil tindakan wajar supaya insiden serupa tidak berulang dan tahap keselamatan di daerah ini sentiasa terjamin," tegasnya.

Residen Limbang Maria Hasman dalam pada itu memberitahu, satu mesyuarat akan diadakan esok (hari ini) bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.

"Isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini bukan saja berkaitan dengan insiden pembunuhan tetapi juga usaha berterusan pihak kita dan ketua masyarakat lain dalam memastikan ketenteraman awam di bandar ini sentiasa terjamin," ujarnya.

Maria turut meminta orang ramai agar tidak mendengar sebarang maklumat yang tidak sahih selepas berlakunya insiden pembunuhan baru-baru ini.

"Biarkan pihak polis menjalankan kerja mereka (siasatan) untuk memastikan keselamatan terus terkawal," tegasnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Lawas DSP Fauzilan Abdul Aziz ketika dihubungi Utusan Borneo semalam memberitahu, seramai 11 suspek sudah ditahan sejak semalam bagi membantu siasatan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian menggemparkan itu.

Pada malam Jumaat lepas, seorang remaja berusia 19 tahun dibunuh kejam dalam satu kes pergaduhan di bandar ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, mangsa ditemui mati selepas dipercayai dipukul dengan objek keras di bahagian belakang kepala dan telah ditikam dengan pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya.

Siasatan awal polis mendapati mangsa diserang lebih daripada seorang suspek di hadapan sebuah pusat kafe internet di bandar ini.

Polis juga mengesahkan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan punca pergaduhan dipercayai bermotifkan dendam.

Utusan Borneo difahamkan ia merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: 8.6/10 (5 votes cast)

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: +4 (from 4 votes)

Kisah Sebenar Insiden Ketegangan Di Lawas Sarawak, 8.6 out of 10 based on 5 ratings
 

&#39;Hospital&#39; sementara <b>Lawas</b> disewa RM80,000 sebulan <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 09:01 PM PDT

LAWAS 13 MAC: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menjelaskan status pembinaan hospital baru di Lawas, Sarawak yang gagal disiapkan sehingga kini.

lawasPengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kerajaan pada April 2011 mengumumkan peruntukan RM121 juta untuk membina hospital berkenaan di atas tapak lama Hospital Lawas.

Bagaimanapun, hospital baru itu belum disiapkan sepenuhnya manakala hospital sementara yang disewa kerajaan dengan bayaran RM80,000 sebulan juga gagal beroperasi.

Ekoran itu, kemudahan yang tidak mencukupi di hospital lama di Lawas menyebabkan penduduk mendapatkan rawatan di Hospital Miri yang jaraknya terlalu jauh.

"Ia ternyata menyusahkan mereka kerana jarak antara Lawas ke Miri mengambil masa selama 3 jam dan penerbangan untuk ke sana hanya beberapa kali dalam sehari. Jadi ini memberi risiko kepada pesakit yang memerlukan rawatan segera," tegasnya.

Umno BN sebelum ini berjanji membina hospital baru di Lawas bagi menggantikan hospital lama yang dibina pada 1969 dengan kapasiti 76 katil pesakit.

Pembinaan di tapak sama melibatkan kawasan 12 ekar itu dipersetujui dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan dijangka siap dalam masa tiga tahun sejak pembinaannya pada 2011.

lawas iSumber memberitahu, bangunan hospital sementara bagi menampung pesakit pula disewa dari sebuah bangunan kedai empat tingkat dengan bayaran RM80,000 sebulan, sejak tahun yang sama.

Selain itu, pembinaan dan kemudahan di hospital sementara itu juga tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Dalam pada itu, Yahya turut mempersoal ke mana hilangnya peruntukan hingga menyebabkan terbantutnya pembinaan hospital baru di Lawas.

"Mengapa ia boleh tergendala, ke mana perginya peruntukan sebanyak RM121.6 juta itu? Apakah ia janji tinggal janji seperti kebiasaan dilakukan oleh mereka (Umno BN), hingga menyebabkan pesakit bertambah sakit," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47173

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di simunjan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2013 07:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SF Beauty Dewi Eruni: SF BEAUTY <b>DI SIMUNJAN</b>, <b>SARAWAK</b>

Posted: 19 Feb 2013 01:04 AM PST

Saya kini berada di Simunjan , Sarawak. Sekiranya berminat untuk membeli produk ini, jangan segan untuk menghubungi saya. Hanya untuk pembeli / pengguna yang serius sahaja !!!
Untuk mengetahui harga yang ditawarkan, terus bertanya melalui mesej ke nombor yang diberikan di dalam blog ini dan In Shaa Allah saya akan terus beri respon. Terima kasih.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di kanowit sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2013 07:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KUB Agro Holdings Sdn Bhd Buka Ladang Sawit 8,000 Hektar <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 12:15 PM PST

 TIMBALAN Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Dr Zainal (dua dari kiri) dengan Pengarah Antero Capital Datuk Muhammad Khairun Aseh di Petaling Jaya, semalam. Turut Hadir, Pengerusi KUB Agro Datuk Gumuri Hussain (kiri).
Petaling Jaya, 8 Feb: KUB Agro Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KUB Malaysia Bhd akan membangunkan ladang kelapa sawit di tanah seluas 8,000 hektar bank Tanah Adat Bumiputera (NCR) di Kanowit, Sibu, Sarawak, sekali gus mengunjurkan perolehan melebihi RM100 juta setahun menjelang 2018 berbanding RM40 juta ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Zainal Abidin Salleh berkata, sehubungan itu, kerja pembangunan tanah dijangka bermula dalam suku keempat tahun ini.

"Ladang baru ini akan menggandakan tanaman kami sekarang kepada 200,000 tan metrik setahun dan menjana pendapatan purata RM80 juta setahun kepada syarikat.
"Fasa pertama perladangan akan mula mengeluarkan hasil sekitar akhir jadual penanaman. Kami harap ia akan diselesaikan menjelang 2018," katanya pada sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUB Agro dengan Antero Capital Sdn Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, KUB Agro dan rakan niaga strategik tempatannya, Antero Capital bakal mengusahakan tanah itu sepenuhnya secara berperingkat.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Catatan Lama - BLOG SARAWAK: 11 <b>di sri aman sarawak</b> - Google <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 01:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suara Generasi Baru » Kemeriahan Lawatan PM <b>di Sri Aman</b>

Posted: 21 Feb 2013 09:43 PM PST

Penyampaian Cenderahati Kepada YAB Perdana Menteri.

SRI AMAN: Bersempena dengan lawatan kerja  YAB Perdana Menteri  Malaysia ke Sarawak, Sri Aman menjadi salah satu destinasi pilihan bagi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat selepas lawatannya ke Pekan Beladin, Betong pada sebelah pagi sebelum berangkat ke Bandar Sri Aman.

Seawal jam 11 pagi, warga Sri Aman khususnya mula membanjiri perkarangan Padang Sukan KPSU Lama dengan sabarnya menanti ketibaan pucuk pimpinan utama negara Malaysia iaitu Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak serta isteri yang telah mengunjungi bandar Sri Aman bagi kali yang ketiga.

Kunjungan pertama beliau ke Bandar Sri Aman ialah ketika merasmikan Rh. Raden Kpg Lachau, kali keduanya adalah ketika masa berkempen untuk Pilihanraya Negeri 2011 yang lalu.

Semalam, terlakar sejarah juga kerana Tuan Yang Terutama Negeri  Sarawak Tun Salahuddin juga menghadiri rumah terbuka tahun baru cina disini.

Ketibaan YAB Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak pada jam 1.30 petang disambut oleh ribuan penduduk yang datang dari sekitar Bandar Sri Aman dengan penuh meriah disertai laungan "Hidup BN", dan banner " I LOVE PM", "WE LOVE PM"  kelihatan membanjiri perkarangan padang tersebut.

Ketibaan beliau juga disambut dengan tarian singa, ngajat, hadrah dan koir yang menyampaikan lagu IM4U, Wawasan Berkikis Bulu Betis, Sri Aman Mansang Maju. Beliau yang merasa amat teruja kerana rakyat Sri Aman amnya yang begitu ramah dan bersatu padu.

Sebelum keberangkatan pulang beliau ke kuching tepat pada jam 3.45 petang bagi menghadiri satu lagi majlis Sambutan Tahun Baru Cina di MJC batu Kawah yang dijadualkan bermula pada jam 7.45 malam, Ketua Menteri Sarawak  menyampaikan cenderahati kepada YAB Perdana Menteri Malaysia diatas kesudian beliau bertandang ke Sri Aman.

Turut kelihatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Dato Patinggi Alfred Jabu, Dato Seri Shafie Afdal, Dato Amar Awang Tengah, Dato Seri Douglas Uggah, YB Rosie, YB Francis Harden, YB Robert Chuat.



11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di subis sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 03:56 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kelab Barisan Nasional <b>Sarawak</b>

Posted: 18 Mar 2013 02:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Terima kasih kepada semua pembaca i KBN Sarawak... :-) Jika anda mempunyai ... Beberapa pekerja memunggah baka sawit berkualiti di tapak semaian anak sawit milik Pertubuhan Peladang Kawasan Subis... (tiada tajuk) ...

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lundu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 10:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

60 peninju bakal bertarung Cabaran Muaythai <b>Lundu</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:47 PM PST

Posted on February 20, 2013, Wednesday

CABARAN: Barisan peninju Kelab Muaythai JBL menyertai Cabaran Muaythai Lundu pada Sabtu ini bersama-sama dengan Ahmad Nirwan (belakang, tiga kanan) di Lundu.

CABARAN: Barisan peninju Kelab Muaythai JBL menyertai
Cabaran Muaythai Lundu pada Sabtu ini bersama-sama
dengan Ahmad Nirwan (belakang, tiga kanan) di Lundu.

BAU: Seramai 60 peninju termasuk atlet bayangan Sukan Malaysia (SUKMA) dijangka menyertai Cabaran Muaythai Lundu 2013 yang akan diadakan pada 23 Februari (Sabtu) di Dewan Kampung Rukam, Jalan Biawak Lundu.

Kejohanan selama sehari itu dianjurkan oleh Kelab Belia dan Rekreasi Jalan Biawak Lundu dengan kerjasama Kelab Muaythai Jalan Biawak Lundu (JBL).

Pengasas dan Jurulatih Kelab Muaythai JBL, Ahmad Nirwan berkata kejohanan itu turut menarik minat peserta dari Kelab Muaythai Kenyalang dan Kelab Muaythai SS Fighters.

Beliau yang juga pengerusi penganjur menjelaskan, objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk mempromosi sukan muaythai dan budaya sihat di kalangan belia sekitar daerah Lundu dan Biawak.

Selain itu, ia juga dapat dijadikan medan latihan pendedahan untuk atlet SUKMA Sarawak.

"Seramai 15 peninju bayangan SUKMA Negeri mengesahkan penyertaan mereka.

Antara yang bakal mencuri tumpuan ialah peninju dari Kelab Muaythai SS Fighters.

"Bagaimanapun, peninju dari Kelab Muaythai Kenyalang dan Kelab Muaythai JBL juga dijangka mampu memberi saingan sengit," katanya.

Menurutnya, empat peninju Kelab Muaythai JBL yang diserapkan dalam skuad bayangan SUKMA Sarawak ialah Heendrew Lois, Jeffrery Nagoi, Steve Rossel dan John Bodi.

Kelab Muaythai JBL ditubuhkan oleh Ahmad sejak dua tahun lalu dan juga ahli gabungan Persatuan Muaythai Kuching.

Mereka mempunyai pusat latihan di Kampung Rukam, Biawak dengan ahli berjumlah 30 orang dari Lundu dan Biawak.

Sementara itu, seramai 30 ahli Kelab Muaythai JBL telah mengadakan demonstrasi muaythai semasa pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kawasan Parlimen Mas Gading di Tasik Biru Square, Sabtu lalu.

Pertunjukan itu menarik minat lebih 2,000 penonton dan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lubok antu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 07:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SWP bedau netapka Larry bediri ba <b>Lubok Antu</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 01:41 PM PST

by Chris Bishop. Posted on January 27, 2013, Sunday

Komiti pengawa bepilih parti betuaika George Lagong deka bejalaika pansik dulu

BEDAU TEMU: Larry (duduk tiga ari kiba) meri penerang ngagai pemberita tembu aum renggat tinggi SWP kemari.

KUCHING: Sarawak Worker Party (SWP) bedau netapka pemutus sekalika presiden Larry Sng deka bediri di sitak parlimen Lubok Antu ba pengawa bepilih besai ke-13 (PRU13).

Ku Larry, komiti pengawa bepilih SWP ti betuaika sapit presiden George Lagong deka bejalaika pansik dulu di Lubok Antu.

"Aku ngelempaika tanggungpengawa nya ngagai komiti pengawa bepilih SWP. Komiti tu deka ngadu pansik lalu meri buah runding ngagai aku.

"SWP deka netap sereta mansutka pemutus nya ba pengujung bulan Februari tu tauka pun bulan Mac. Tu nyengkaum lima agi lis chalun bukai ba lima sitak parlimen ke dipegai Parti Rayat Sarawak (PRS)," ku iya.

Kitai (SWP) mengkang enggau pemutus deka nganjung chalun ba enam sitak parlimen nya, tandu iya.

Iya mansutka jaku tu ba siti aum pengarang berita sepengudah ngulu aum ketuai renggat tinggi SWP ti diatur di indu opis parti nya ditu, kemari.

Lebuh ditanya sekalika iya rawan sepegudah ninga peneka rayat Lubok Antu ti semina deka nyukung peranak Lubok Antu enggau bansa Iban ngarika rayat di parlimen nya, Larry madah iya enggai nyimpul panjai lalu ngelempaika ngagai rayat netapka runding.

"Semua orang ngembuan hak mansutka penemu, aku pan bisi hak ba senentang pekara nya, taja pia aku ngelempaika ngagai rayat Lubok Antu ngaga pemutus," ku iya.

Iya mega madah rintai nama chalun SWP dipansutka tumu ngambika ulih meri awak ngagai parti bekimpin.

Ba kaul bukai, Larry madah SWP semampai nukangka pintu ngagai ketuai sereta raban Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) ke suba masuk parti nya.

Iya mega nyangkal dawa ti madah SWP ngembuan kaul dalam pengawa naburka berita di Radio Kenyalang (RK) ke alai riput polis udah digaga seraban orang nembiak ari parti PRS bedau lama tu tadi.

"Enti amat riput polis udah digaga, kitai patut meri awak ngagai polis bejalaika pansik sekalika pekara nya salah tauka enda.

"Radio Free Sarawak (RFS) ke sebaka enggau RK udah lama ditabur lalu nadai kala diukum, reti nya pengawa naburka RK mega enda salah," ku iya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Mar 2013 03:42 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rumah panjang Kampung Senah Rayang dijadikan <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 25 Nov 2012 03:44 PM PST

INAP DESA CONTOH: Dawos menyampaikan hadiah kepada Penyelaras Inap Desa Kampung Darul Islam Belimbing Raie Omar sambil disaksikan Michael (kanan), Lo (dua kanan) dan Dr Zaeidi (kiri).

KUCHING: Rumah panjang Kampung Senah Rayang yang dihubungkan menggunakan Jalan Link, Padawan dekat sini akan dijadikan sebuah lagi kawasan tarikan pelancongan di daerah Padawan khasnya dan Sarawak amnya iaitu menerusi konsep inap desa (homestay).

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata pemilihan rumah panjang kaum Bidayuh itu dibuat kerana potensinya sebagai kawasan ekopelancongan dan biopelancongan.

"Rumah panjangnya masih asli, maka tarikannya akan lebih tinggi berbanding rumah panjang di tempat-tempat lain.

"15 buah rumah telah dinilai dengan 13 buah didapati sesuai dan akan diluluskan oleh kementerian sebagai homestay," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Padawan Homestay 2012 anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Sarawak di Kampung Darul Islam Belimbing, dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Timbalan Pengerusi MPP Mohd Hashim Yap, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Pengerusi Penganjur Pertandingan Padawan Homestay 2012 Dr Zaeidi Suhaili.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong menjelaskan bahawa kelulusan untuk menjadikan rumah panjang tersebut sebagai inap desa dijangka akan diberi dalam tempoh sebulan akan datang.

"Esok (hari ini) pegawai daripada pejabat Kementerian Pelancongan akan pergi ke situ untuk mengadakan kursus pemasaran homestay kepada penduduk terlibat supaya mereka akan lebih tahu bagaimana menguruskan homestay.

"Apabila rumah panjang ini dijadikan homestay nanti, ia akan menambah bilangan homestay di Sarawak kepada 29 buah," katanya.

Menurut Dawos, selain keunikan warisan, budaya dan keaslian rumah panjang, Kampung Senah Rayang turut mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi seperti air terjun, gunung-ganang dan hutan.

"Kampung ini sudah berusia ratusan tahun dan begitu juga dengan rumah panjang mereka… itulah kebaikan kampung ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata beliau telah mempromosikan tentang rumah panjang tersebut di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu walaupun ia belum dijadikan inap desa.

Ini kerana, katanya apabila ia sudah menjadi inap desa, maka akan lebih ramai pengunjung dijangka melawat ke situ.

Dalam pada itu, Dawos berkata beliau juga mahu terus menambahkan lagi bilangan pengusaha inap desa di daerah Padawan.

"Saya cadangkan penduduk-penduduk kampung untuk membuat permohonan bagi mendaftar homestay kerana di daerah kecil ini kebaikannya ialah ia berhampiran Kuching iaitu kira-kira 50 minit perjalanan, 70 peratus kawasannya adalah terdiri daripada hutan rimba, terdapat 242 gua di sekitarnya dan keindahan kawasan pergunungan serta sungainya.

"Kawasan sebeginilah yang digemari pelancong untuk dilawati kerana mereka lebih mahu terlibat dalam aktiviti ekopelancongan dan biopelancongan," katanya.

Menurut Dawos, setakat ini terdapat tiga inap desa berdaftar di kawasan Padawan iaitu di Kampung Benuk, Anah Rais dan Kampung Darul Islam Belimbing.

Sementara itu Pertandingan Padawan Homestay 2012 dimenangi oleh inap desa Kampung Darul Islam Belimbing.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kampung Inap Desa dan Individu Inap Desa.

Bagi kategori Kampung Inap Desa, hadiah pertama ialah berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil manakala tempat kedua ialah RM500, piala dan sijil.

Sementara, hadiah pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Individu Inap Desa ialah RM500, RM300, RM200, piala dan sijil.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

BLOG SARAWAK: 11 <b>di padawan sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2013 03:48 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MPP hadapi masalah pembuangan sampah haram | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:32 PM PST

Lebih 20 tapak pembuangan dikenal pasti kebanyakan di estet perumahan, tempat terpencil

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB: (dari kanan) Segar, Ting, Lo dan Sarius melihat longgokan sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tepi Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama.

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB: (dari kanan) Segar, Ting, Lo dan Sarius melihat longgokan sampah yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tepi Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama.

KUCHING: Pembuangan sampah haram menjadi masalah serius di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), dengan kini lebih 20 tapak pembuangan dikenal pasti yang kebanyakannya di estet perumahan dan tempat terpencil.

Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata keadaan yang semakin berleluasa itu bukan sahaja mencemari persekitaran tetapi turut membazirkan dana majlis bagi membiayai kerja pembersihan.

"Antara kawasan tapak yang dikenal pasti ialah di Desa Wira, RPR Batu Kawa, Stakan, Padawan, Jalan Stephen Yong, Matang Jaya, Malihah, Jalan Batu Kawa-Matang, Sungai Moyan dan banyak lagi.

"Misalnya bagi Desa Wira sahaja, dalam setiap dua atau tiga tahun MPP telah membelanjakan RM60,000 untuk kerja pembersihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembuangan sampah haram di Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Trienekens Ting Ching Zung, Pengurus Bahagian Logistik dan Perkhidmatan Trienekens Sarius Lee dan Pegawai Kesihatan Awam MPP Segar Kallang.

Menurut Lo, adalah sukar bagi MPP mengesan pihak atau individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut namun mengakui ada yang sanggup membayar lori bagi mengangkut sampah untuk dibuang ke tapak pembuangan haram.

Justeru, beliau menasihati penduduk khususnya di estet perumahan agar bekerjasama dengan majlis dengan mengamalkan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata.

"Jika kuantiti sampah terlalu banyak, mereka dialu-alukan menghubungi MPP atau Trienekens bagi mendapatkan nasihat atau perkhidmatan untuk membuang sampah tersebut dengan baik," katanya.

Dalam pada itu, Lo turut menyarankan penduduk khususnya yang hendak membuang sampah terkumpul agar menyewa kontena sampah daripada Trienekens.

Jelas beliau, inisiatif tersebut amat membantu dalam mengelakkan berlakunya pembuangan sampah haram terutama di estet perumahan.

"Ini galakan yang kita berikan kepada orang ramai kerana sewa kontena juga berpatutan iaitu RM220," katanya.

Berhubung pembuangan sampah haram di Jalan Sungai Tapang/Jalan Lapangan Terbang Lama, Lo berkata MPP dan Trienekens berbincang bagi usaha membersihkan tapak tersebut.

Katanya kerja pembersihan itu dianggarkan menelan kos RM8,000 dan ia akan dibiayai menggunakan hasil kutipan cukai MPP.

"Ini amat membazir duit masyarakat tetapi kami perlu membersihkannya kerana keadaan ini mencemari persekitaran dan boleh menjejaskan kesihatan awam.

"Selepas pembersihan, kami akan memasang penghadang jalan agar kenderaan khususnya lori tidak dapat lagi memasuki kawasan berkenaan bagi membuang sampah," katanya.

Bagaimanapun, Lo menjelaskan MPP hanya melakukan kerja pembersihan bagi tapak pembuangan sampah haram yang melibatkan tanah kerajaan dan bukannya swasta.

Pembuangan sampah secara haram adalah satu kesalahan di bawah Ordinan Lembaga Sumber Alam Sekitar dan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 di bawah Seksyen 30 (1) (a) & (b).

Untuk melaporkan sebarang kegiatan pembuangan sampah haram, sila hubungi MPP di talian 082-615566 atau Trienekens di 082-612300.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di daro sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2012 03:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Anak melayu pecah monopoli barat dalam kajian Antropologi - Our <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2012 03:18 PM PDT


SEJAK tahun-tahun 1800-an lagi penyelidik dan sarjana Barat telah menguasai kajian mengenai Orang Asli di hampir seluruh ceruk dunia termasuk di Malaysia dan Indonesia.
Pada 1824, John Anderson, warga kerja Syarikat Hindia Timur, memperkatakan mengenai suku kaum Semang di Semenanjung Malaya dan J.R. Logan menulis berkaitan Orang Binua di Johor pada 1847.
Lelaki Switzerland, Bruno Manser pernah mendapat sorotan dunia kerana cuba 'memperjuangkan' kawasan pembalakan kaum Penan di Sarawak. Begitu juga bagaimana pengkaji Czech, Paul Schebesta, tinggal di tengah-tengah kaum Semang dan sebelum ini kaum Kubu di Sumatera dan kaum Jakun di Malaya sekitar 1924-1925.
Bagaimanapun, penguasaan pengkaji dan sarjana Barat itu boleh dikatakan berakhir apabila pada 1972, seorang anak Melayu dari Negeri Sembilan, Hood Salleh, yang mempunyai minat mendalam dalam bidang antropologi memilih untuk tinggal bersama-sama Orang Asli Semelai di Tasik Bera, Pahang, bagi mengkaji tradisi dan kebudayaan masyarakat itu.

Beliau yang mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Antropologi Universiti Oxford, United Kingdom, pada 1978 kini bergelar Profesor Emeritus, terkini bertugas sebagai Pengarah Muzium Warisan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, seterusnya tinggal bersama kaum Iban di Sarawak iaitu sekitar 1976.
Profesor Datuk Dr Hood kemudian terlibat dalam satu projek penyelidikan Kelastarian Terubok di Daro, Sarawak sebelum tinggal pula di kalangan masyarakat Dusun (Kadazan) di Kundasang, Sabah, dari 2001 hingga 2003. Dalam pada itu, beliau banyak menyentuh aspek penyelidikan alam sekitar yang memberi impak kepada penduduk setempat ketika berada di Kundasang.
Dalam usaha menimba dan menambah lagi pengalaman dan kepakaran beliau, Profesor Hood selanjutnya mendapat gelaran ' Tuhoi' ketika tinggal bersama-sama kaum Maori di New Zealand. Beliau juga pernah berada dalam kelompok peribumi Jepun iaitu kaum Ainu sekitar 1992.
Hasil daripada semua percampuran secara langsung itulah rumusan dibuat oleh Profesor Hood mengenai dimensi hidup dan persekitaran Orang Asli tidak mampu disanggah.
Beliau menarik perhatian bahawa alam lisan dan alam ghaib Orang Asli amat kaya dengan kisah lama yang membayangkan kepercayaan dan kiasan terhadap selok-belok kehidupan dalam kepelbagaiannya.
Di segi sosioekonomi juga, Orang Asli yang tinggal di tengah hutan rimba tropika adalah masyarakat yang kaya. Mereka kaya dengan kemewahan sumber dari bumi termasuk makanan yang sedia ada, proteinnya, karbohidrat, vitamin semula jadi dan sebagainya. Segalanya cukup banyak, amat mudah diperolehi serta bersih dan sentiasa dalam keadaan segar.
Satu aspek penting dalam kehidupan Orang Asli, kata Profesor Hood adalah ilmu perubatan diajar untuk semua anggota keluarga sejak kecil. Ini termasuk pembelajaran mengenai jampi serapah, rahsia kecantikan dan keberanian serta pengetahuan tentang kuasa alam ghaib.
Ibu bapa masyarakat peribumi biasanya bertindak sebagai dukun (pengubat amatur) kerana mereka telah dilatih golongan sebelum ini dan seperti warga tua, semua ilmu itu tidak lupa diaplikasikan setiap kali ia diperlukan.
Umum mengetahui bahawa khasiat tumbuh-tumbuhan di hutan banyak menjadikan penduduk di hutan sihat sejahtera. Malah hutan rimba tropika merupakan sebuah farmasi besar dan sentiasa terbuka untuk digunakan dan diterokai pada bila-bila masa saja.
Segala jenis ubatan daripada tumbuhan yang dibawa keluar sejak dulu masih tidak mengurangkan khazanah perubatan dan bekalan tumbuhan berkaitan di hutan sekeliling kampung Orang Asli.
Penggaga, manggis, petai, bunga kantan, halia, kunyit dan lengkuas adalah antara contoh tumbuhan berkhasiat yang banyak dalam hutan dan sentiasa digunakan.
Pengalaman dan sedikit penerangan mengenai Orang Asli ini terkandung di dalam buku kecil tulisan Profesor Hood bertajuk Memartabatkan Penyelidikan Peribumi di Malaysia.
Dua lagi buku beliau yang menjadi rujukan adalah Peoples and Traditions dan Health and Beauty from the Rainforest - Malaysian Traditional Ramuan. Buku mengenai kesihatan itu mensenaraikan ramuan dan campuran tumbuhan boleh dijadikan ubat dan penawar serta senarai pelbagai tumbuhan dan kegunaannya.
Kini Profesor Hood terlibat dalam projek penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (2010-2015) membabitkan sekali empat universiti lain di Malaysia untuk mengkaji DNA masyarakat peribumi di Semenanjung.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 01:55 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dasyat.! Senarai harta KM <b>Sarawak</b> [Kira la tengok..] | DUP Pahang <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2013 07:18 PM PDT

SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH KETUA MENTERI SERAWAK!!

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara Taib).

24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).

25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud & Arip Mahmud.

29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/ adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).

36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD(pengerusinya ialah Taib Mahmud).

37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

45. 9,000 hektar di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).

46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong & Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kpd YB Norah binti Abdul Rahman yg juga sepupu Taib).

47. 70,000 hektar di Bijat Land District, Sri Aman –beberapa buah syarikat yg diuruskan olh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

48. 2,300 hektar di Sungai Klauh & Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).

49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

50. 900 hektar … di Melugu,Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

51. 7,000 hektar di Simunjan Gedong Plantation Sdn Bhd –Naroden Majais (ahli politik BN).

52. 5,000 hektar di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).

55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) d Hasmi b Hasnan.

56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).

57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong & Ensengai Road, Serian –diberikan kpd Usaha Jasamaju Sdn Bhd –pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) & Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun drpd Ta Ann Holdings & Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dgn Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yg merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

59. 10,000 hektar di Sungai Bakong & Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) & Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).

61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan Kekayaan perbadi Taib ialah AS$ 15 Billion (RM 46 Billion) Harta keluarga AS$21 bilion (RM64 bilion) ~ FB

http://shalehudin.blogspot.com/2013/03/dasyat-senarai-harta-km-sarawak-kira-la.html

Kilang sagu <b><b>di Matu</b></b> - 9W2LUD

Posted: 13 Oct 2010 08:45 AM PDT

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 01:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Nov 2012 01:09 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Catatan Perjalanan : Mencari Aidiladha <b>Di</b> Daro - indah rasa j.malim

Posted: 16 Nov 2012 11:38 PM PST

Kami berhenti dan meletakkan kereta berhadapan dengan deretan rumah kedai kayu tua yang menjadi nadi utama pekan Matu. Deretan kedai kayu ini terletak di persisir sebatang sungai yang gelap airnya. Matu kelihatan sunyi.Kedai- kedai yang terdapat disini kelihatan lengang. Hanya sesekali ada beberapa motosikal melewati kami. Saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan diri saya jika ditempatkan mengajar disini.Sudah pasti hanya kesunyian yang bermain dihati.

Walaupun pekan Matu agak kecil namun saya yakin ia adalah begitu lengkap bagi memenuhi keperluan penduduknya. Di pekan ini juga terdapat dua buah stesyen minyak yang agak klasik. Kemudahan asas lain seperti jalan raya dan elektrik juga baik namun masih ada juga penduduk yang masih menggunakan sungai sebagai pengangkutan utama. Ketika kami sedang enak-enak menenangkan fikiran di tebingan sungainya yang sepi kami dikejutkan dengan deruan enjin perahu penduduk yang mencari keperluan hariannya di pekan Matu ini.Terdapat sebuah jeti kecil yang menjadi tempat perahu untuk berlabuh.

Saya berjalan kaki sendirian melewati deretan kedai kayu tua pekan ini. Beberapa papan tanda lama benar-benar menarik minat saya.Sukar lagi rasanya menjumpai papan tanda lama jenama SINGER di tanah semenanjung. Tetapi disini ia masih lagi digunakan. Terasa aura klasik masih kuat dan tebal di Matu. Sebuah dewan lama juga menarik minat saya. Namun saya merasa agak takut-takut juga untuk mengambil gambar. Lumrahlah bagi orang musafir seperti saya ini. Kadangkala kehadiran kita akan menimbulkan pandangan negatif bagi penduduk setempat.

Hampir setengah jam kami melepak di pekan Matu. Memang hati saya merasa tenang disini. Ketika melewati jalan utama pekan ini dapat saya rasakan deru pembangunan semakin deras melanda Matu. Pembangunan adalah sesuatu yang tidak dapat kita tolak. Lama-kelamaan sudah pasti nilai klasik pekan Matu seperti yang terlihat pada hari ini akan lenyap dengan sendirinya dan sudah pasti penduduk Matu akan sentiasa merinduinya.

Cikgu Shukri seterusnya membawa kami melihat kawasan sekolah tempat isterinya mengajar. Kami melalui sebuah kampung yang sangat indah.Kampung ini dinamakan kampung Jamoreng. Lanskap kampung itu yang berpaya menjadikannya unik kerana seolah-olah rumah penduduknya dibina di atas sebuah tasik. Binaan rumah penduduknya juga besar dan cantik. Dapat saya lihat ada kesepakatan antara penduduknya dalam menjayakan projek mengindahkan kampung ini.

Usai sahaja melewati Kampung Jemoreng yang indah, kami meneruskan perjalanan kami ke Mukah. Seperti tadi mata kami dijamu dengan pemandangan yang hampir serupa. Apa yang menarik perhatian saya sepanjang perjalanan ini ialah kewujudan kawasan bulatan jalan raya yang agak banyak walaupun untuk persimpangan yang kecil dan kurang sesak. Namun saya sentiasa positif dengan perkara ini. Pada saya bulatan jalan raya ini memainkan peranan penting bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.Ia juga memudahkan pengguna jalan raya memilih simpang yang ingin dimasuki.

Naik Feri Menyeberangi Batang Igan

Hampir sahaja kami ke pekan Igan saya sudah mula merasa seronok. Beberapa kilometer di hadapan, kami akan menyeberangi Batang Igan dengan menggunakn feri. Inilah yang saya idamkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rasa bagaikan tidak lengkap kehidupan saya di Sarawak ini jika tidak dapat merasai pengalaman menggunakan feri menyeberangi sungai Igan ini.

Kami berhenti sebentar di tepi sungai sementara menunggu feri sampai. Apabila feri sampai, kereta yang kami naiki bergerak menaiki feri melalui laluan yang disediakan. Bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan menyeberangi Batang Igan ini ialah RM 1 bagi perjalanan sehala. Apabila kereta sudah diparkir, saya terus meluru keluar dan bebas bergerak melihat keadaaan feri.

Bergerak memasuki feri

Sungai Igan

Satu perkara yang melegakan hati saya ialah diatas feri ini terdapat jualan makanan ringan yang dihasilkan oleh penduduk setempat. Kami tidak melepaskan peluang membeli makanan ringan seperti kerepek dan keropok bagi mengisi perut. Saya pula membedal dua bungkus nasi lemak yang berharga RM1 sebungkus. Pada mulanya terasa was-was juga untuk memakannya. Namun setelah dijelaskan oleh seorang lelaki yang kebetulan bersama saya bahawa yang membuat nasi lemak itu ialah saudara maranya maka segala keraguan itu terus hilang dan berganti dengan rasa kenyang.

Di atas feri menyeberangi Batang Igan

Suasana di atas feri

Kami menuju ke seberang sana

Perjalanan menggunakan feri menyeberangi Batang Igan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Seronok saya mendengar bunyi enjin feri yang gagah ini. Sampai sahaja ke seberang, kami singgah sebentar di tandas awam yang memang disediakan di tepi jalan bagi melepaskan hajat yang tertunda. 

Perjalanan diteruskan menuju ke pekan Igan namun kami tidak pula singgah untuk mengambil gambar disini. Kami menetapkan untuk terus menuju ke Mukah bagi mengisi perut dahulu. Sewaktu perjalanan pulang nanti barulah kami akan singgah di Igan dan Oya.Selepas melepasi Igan pemandangan mata kami mula berubah. Di kiri dan kanan jalan kelihatan rumah penduduk - penduduk kampung yang cantik dan tersusun. Tidak ada lagi pemandangan hutan, paya dan ladang. Sesekali kami berselisih dengan gadis-gadis Melanau yang manis. Ada juga senyuman yang dilempar ... ah .. mujur juga saya berkaca mata hitam. hehehehe

50 KM lagi ke Mukah

Kami sampai ke Mukah ketika jam sudah menunjukkan angka 3. Saya sudah dua kali sampai ke Mukah dan banyak dari jalan-jalan di bandar Mukah ini telah saya hafal. Kami menikmati makan tengah hari di restoran Sugar Bun. Hairan juga pekerja restoran berkenaan melihat kami menikmati hidangan makanan segera di hari raya Aidiladha ini. Ah... pedulikan lah dengan pandangan mereka, yang penting perut kami perlu diisi dahulu. Hahahaha

Di Restoran Sugar Bun Mukah

Kami bertiga tidak berlama-lama di Mukah. Sempat juga kami membungkus makanan untuk makan malam kami. Memandangkan hari hampir lewat petang, kami memutuskan untuk bergerak pulang lebih awal. Tambahan pula kami perlu singgah ke Igan dan Oya nanti untuk mengambil gambar.Saya mencadangkan kepada Cikgu Shukri untuk singgah di mana-mana masjid di tepi jalan nanti untuk bersolat jamak. Cadangan saya ini diterima dengan sebaiknya.

Masjid Yang Mendamaikan Jiwa

Kami singgah bersolat di Masjid At-Taqwa Oya. Masjid moden ini sangat mendamaikan saya. Hati terasa tenang bersolat disini. Suasana masjid ini amat nyaman. Saya dapat bersolat dengan kusyuk disini. Tidak tahu pula kenapa saya berperasaan demikian. Mungkin suasana petang yang sepi membuatkan saya merasa tenteram di masjid ini. Saya tertarik dengan kawasan perkuburan yang terdapat di hadapan masjid ini. Kebanyakan dari batu nisan perkuburan ini agak condong. Tertanya-tanya saya sendiri kenapa hal ini terjadi namun segalanya saya pendamkan di dalam hati. Tidak jauh dari masjid kelihatan beberapa individu sedang bergotong royong melapah daging lembu korban. Tersenyum mereka dari jauh apabila melihat saya mengambil gambar mereka dari jauh dan saya membalas senyuman mereka dengan satu senyuman yang ikhlas.

Pintu masuk ke masjid At-Taqwa Oya

Ruang solat yang mendamaikan saya

Papan tanda keterangan pembinaan masjid

Mimbar masjid At-Taqwa Oya

Kawasan perkuburan dihadapan

masjid At-Taqwa Oya yang unik 

dimana kebanyakan

batu nisan nya condong

Bergotong royong melapah daging korban

Melihat Klasiknya Pekan Oya

Perjalanan diteruskan ke pekan Oya. Pekan Oya merupakan sebuah pekan yang tua namun ia begitu sibuk dengan aktiviti penduduknya yang pelbagai. Katika kami singgah ke pekan Oya ini hari sudah mula beransur petang. Sambutan Aidiladha yang dirayakan pada hari ini bagaikan tidak terasa apabila melihat suasana sibuk pekan ini. Dengan deretan bangunan kedai kayu tua yang mendominasi suasana menjadikan keadaan petang ini amat klasik. Cikgu Shukri dan Cikgu Kumaresan tidak turut serta bersama saya melilau mengambil gambar suasana pekan Oya ini. Faktor keletihan menjadikan mereka berdua lebih selesa memerap sahaja di dalam kereta. Saya pula seperti biasalah bersama kamera kesayangan meneroka indahnya petang di pekan Oya.

 Bersedia untuk masuk ke pekan Oya

Pekan Oya sibuk dengan aktiviti penduduknya

Rumah kedai kayu lama yang klasik

Saya meronda bersendirian di pekan Oya ini. Saya melalui deretan kedai kayu tua yang begitu klasik namun masih utuh. Pekan Oya hanyalah merupakan sebuah pekan yang kecil namun ianya adalah begitu lengkap bagi memenuhi keperluan penduduknya. Di pasar terbukanya, kelihatan begitu ramai peniaga yang menjual makanan. Ada peniga yang menegur saya supaya singgah membeli makanan jualan mereka sayangnya ketika itu perut saya masih kenyang. Ketawa besar mereka apabila saya memberitahu mereka bahawa saya sukakan suasana petang di pekan Oya. Tidak mengapalah kerana saya memang tidak berbohong untuk menyatakan apa yang terlintas di fikiran dan hati saya.

Ramai penjaja makanan di pasar terbuka Oya

Tidak jauh dari pasar terbuka Oya terdapat sebuah terminal penumpang kecil. Saya tidak pasti sama ada terminal atau jeti ini masih digunakan atau tidak kerana kemudahan jalan darat yang baik telah dapat menghubungkan pekan Oya dengan bandar-bandar besar yang lain seperti Mukah dan Sibu.Ini secara tidak langsung mengurangkan penggantungan penduduk Oya dengan perkhidamtan pengangkutan air. Namun kawasan tebingan sungai berdekatan dengan jeti ini telah diperindahkan bagi kemudahan rekreasi penduduk Oya. Secara tidak langsung ia memberikan satu kemudahan awam yang berguna kepada penduduk Oya untuk beriadah.

Sebuah jeti kecil di pekan Oya

Saya terus merayau melihat suasana petang pekan Oya. Tidak tahu lagi bila saya akan menjejakkan kaki ke sini semula. Bila memandang ke bangunan kedai lamanya, dapat saya rasakan masa seakan-akan begitu cemburu untuk membunuhnya. Kemodenan adalah suatu perkara yang tidak ditolak. Lambat laun pasti deretan rumah kedai lama ini akan tinggal kenangan sahaja bagi generasi yang pernah melihatnya.

Sebahagian dari pekan Oya


 Sebuah rumah kedai lama yang masih utuh

Setelah puas merayap di pekan Oya, kami meneruskan perjalanan ke Igan. Sempat juga saya mengambil gambar beberapa kemudahan asas yang terdapat di pekan Oya dari dalam kereta. Ketika di Igan, kami tidak pula berhenti sebaliknya hanya meninjau-ninjau sahaja suasananya dari dalam kereta. Saya sendiri agak kurang berminat untuk mengambil gambar pekan ini. Tambahan pula bateri kamera saya sudah mula tinggal sedikit. Saya mahu menjimatkan kuasa bateri kamera saya untuk mengambil gambar di atas feri menyeberangi Batang Igan nanti. Itulah keutamaan saya....

Pejabat Daerah Kecil Oya

 Balai Polis Oya

Sebuah masjid dengan bentuk yang unik.

Lagi Sekali Menaiki Feri

Kami sekali lagi menaiki feri menyeberangi Batang Igan. Kali ini ia terasa begitu asyik dan menyeronokkan. Pancaran mentari petang membuatkan suasana menjadi begitu indah. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Inilah indahnya Sarawak bumi Kenyalang. Empat tahun perkhidmatan saya disini benar-benar membuatkan saya menjadi manusia yang tahu erti bersyukur. Kekuatan dan perpaduan penduduk Sarawak dalam mendepani setiap cabaran itulah yang menjadikan Sarawak unik dan terus kekal sebagai sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Sesungguhnya saya sangat berbangga menjadi pendidik di Bumi Kenyalang ini dan sememangnya Sarawak adalah negeri kedua saya dan saya sangat menyayangi negeri ini!

Bersama Cikgu Kumaresan

Berselisih dengan feri dari arah bertentangan

Indahnya petang di Bantang Igan

Kami tiba di Daro pada jam lapan malam. Suasana di pekan Daro sudah mulai sunyi. Saya sendiri sudah keletihan. Setelah membersihkan diri sempat juga kami keluar minum malam di medan selera malam Daro. Mujur juga ada yang berniaga pada malam ini. Pulang sahaja ke hotel mata saya sudah mula mohon untuk berehat. Tidak sedar jam berapa saya terlelap. Namun yang pastinya saya tidur berdengkur malam itu. Hahahahaha.

Meneroka Pekan Daro

Hari ini merupakan hari terakhir kami di pekan Daro. Saya bangun agak awal pagi ini. Tidak sabar rasanya hati untuk turun dari hotel bagi meneroka keunikan pekan Daro. Mujur juga saya sempat mengecas bateri kamera malam tadi. Jika tidak mahu menangis saya dibuatnya jika gagal mengambil gambar suasana pekan Daro ini.

Kami mengambil keputusan untuk bersarapan dahulu sebelum bersiar-siar. Kami lebih selesa berjalan kaki. Mujur juga sudah banyak kedai makan yang dibuka hari ini. Kami menyelusuri kaki lima deretan kedai kayu tua dan masuk ke sebuah restoran yang kelihatan begitu ramai pelanggan.Saya dan Cikgu Shukri memesan mee goreng dan Cikgu Kumaresan memesan mee jawa. Apa yang dapat saya katakan ialah memang mee goreng di restoran ini amat enak. Belum sempat kami menghabiskan makanan datang seorang lelaki meletakkan beberapa bungkus nasi lemak diatas meja makan kami. Saya dan Cikgu Kumaresan berpandangan sendiri. Tidak lama selepas itu, dua bungkus nasi lemak masuk ke perut kami. 

Ketika mahu membayar harga makanan, kami dikejutkan dengan kenyataan pekerja restoran berkenaan yang menyatakan bahawa hidangan kami tadi telah dibayar. Terkejut kami sendiri mendengar kenyataanya itu. Kami bertanya juga kepada beliau siapakah hamba Allah yang begitu mulia itu dan jawapan dari pekerja kedai itu begitu menghampakan kami kerana beliau tidak mengenali individu tersebut. Saya menggelengkan kepala dan berdoa didalam hati semoga hamba Allah yang baik hati itu mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Menyelusi kaki lima kedai kayu tua

untuk bersarapan pagi

Enak menikmati juadah sarapan pagi

Berniaga rambutan di kaki lima kedai kayu tua

Selepas bersarapan kami meneruskan sesi rondaan di pekan Daro. Uniknya pekan Daro ialah ia dilatari oleh bangunan lama dan bangunan baru. Ini menjadikan pekan Daro kelihatan moden namun masih mengekalkan suasana lama. Kemudahan asas di pekan ini juga agak lengkap. Beberapa buah stsyen minyak lama masih beroperasi disini. Walaupun tidak mempunyai kemudahan balai bomba, namun pekan Daro masih boleh berbangga kerana mempunyai unit bomba sukarelanya yang tersendiri. Sebuah pasar awam yang besar juga menjadi akses penting kepada penduduk Daro untuk mendapatkan barangan makanan harian. Saya tertarik dengan kewujudan sebuah klinik swasta yang kecil di pekan ini. Menurut Cikgu Shukri, klinik berkenaan hanya dibuka beberapa hari sahaja seminggu. Benar atau tidak kenyataanya tidak pula saya ketahui. Namun memang saya tidak menjumpai klinik swasta lain disini melainkan hanya klinik itu sahaja.

Bangunan kedai baru di Daro

Bangunan kedai kayu lama Daro

Sebuah kedai yang klasik

Bangunan pasukan bomba sukarela Daro

Pekan Daro juga turut dilengkapi dengan

kemudahan perbankan

Stesyen minyak Petronas yang klasik

di pekan Daro

Pasar rakyat Daro

Klinik swasta di pekan Daro

Ketika melalui kawasan terminal penumpang Daro, kami tertarik dengan sebuah tugu berbentuk ikan yang menjadi mercu tanda pekan Daro. Tidak pula saya ketahui jenis ikan yang menjadi ilham kepada tugu ini. Namun pada saya ia begitu unik dan berseni.

Cikgu Shukri dan Cikgu Kumaresan

bergambar kenangan di mercu tanda ikan pekan Daro

Sempat juga kami meninjau-ninjau suasana pasar rakyat Daro selepas itu. Namun masih kurang yang berniaga hari ini. Pasar basah dua tingkat itu menempatkan beberapa buah kedai makan dan kedai barangan am di ruang atasnya. Ramai juga peniaga bumiputra yang mencuba nasib berniaga di pasar ini. Di luar pasar terdapat beberapa raga yang diisi dengan ayam hidup. Rasanya ayam-ayam itu untuk dijual namun Cikgu Shukri menyatakan ayam-ayam tersebut dibela dan bukannya untuk dijual. Lucu saya sendiri mendengar kata-katanya.

Suasana di Pasar Rakyat Daro

Untuk dijual atau diternak?

Kami terus bergerak ke hotel penginapan kami selepas itu. Tepat jam 10 pagi kami bergerak menuju ke terminal penumpang Daro untuk menaiki bot ekspres ke Sibu. Tiada kesesakan di terminal ini dan jumlah penumpang juga agak kurang. Kami bebas memilih tempat duduk di dalam bot ekspres. Tempat duduk didalam bot ekspres ini juga agak selesa dan tidak dibahagikan mengikut kelas. 

Bergerak meinggalkan Daro

Bot ekspres yang membawa kami pulang ke Sibu

Harga tiket ialah RM 17 bagi perjalanan sehala. Sepanjang jalan saya hanya mengelamun sahaja. Sesekali saya menonton tayangan filem yang disediakan oleh pengusaha bot ekspres. Namun hati saya bagaikan tidak terhibur. Bagaikan ada sesuatu yang menggangu hati dan fikiran saya sepanjang perjalanan. Saya terfikir adakah saya akan menikmati lagi perjalanan di bumi Sarawak ini pada masa hadapan ? ... menjelang ke penghujung tahun 2012 ini saya mula dihimpit perasaan cemas dan berbelah bahagi. Keseronokan hidup di Sarawak dicabar oleh kewajipan saya sebagai ketua keluarga di Semenanjung. Saya bagaikan dapat merasakan inilah perjalanan kembara terakhir saya di Sarawak ini. Mahu sahaja saya menangis ketika ini.

Tiket bot ekspres dari Daro ke Sibu

Akhirnya saya terlelap sendiri didalam bot ekspres. Menjelang jam 2 petang bot ekspres kami semakin menghampiri terminal penumpang lama Kapit di Sibu. Ketika menjejakkan kaki ke jeti Sibu saya mengerti inilah pengakhiran kembara saya di bumi Kenyalang dan saya akan sentiasa merinduinya. TAMAT

Sibu

Satu Catatan Tambahan

Saya menulis artikel ini dengan perasaan yang sebak. Benar tekaan hati saya ketika itu bahawa inilah kembara terakhir saya di Bumi Kenyalang tercinta ini. Permohonan pertukaran saya ke Johor telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran pada 3 November 2012 yang lalu. Ini bermakna jodoh perkhidmatan saya di SMK Kapit telah tamat dengan sendirinya pada tarikh berkenaan.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu yang pernah membantu sepanjang perkhidmatan saya di Sarawak ini. Saya juga memohon sejuta keampunan andai ada salah dan silap saya sepanjang berada di Sarawak ini.

Saya akan sentiasa mengenang Sarawak sebagai negeri yang berbudi kepada diri saya. Penduduknya menerima kehadiran saya dengan hati yang terbuka malahan membantu saya menjadi lebih dekat dengan istilah perpaduan. Di Sarawak saya menjadi cikgu yang luas makna dan ertinya. Inilah uniknya Sarawak. InsyaAllah disuatu hari dan masa yang mendatang pasti saya akan ke Sarawak semula bagi membeli budi dan kasih yang pernah diberikan Sarawak kepada diri saya.

Tanggal 7 November 2012 saya bergerak meninggalkan Sarawak. Jumpa lagi Sarawak !

Terima kasih Sarawak .... saya akan sentiasa mencintaimu Ibu Pertiwiku !

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved