ads

Selasa, 29 Mei 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Menelusuri Tempat bersejarah <b>di Kuching</b> (<b>Kuching</b> Waterfront <b>...</b>

Posted: 17 May 2012 05:49 PM PDT

Pengalaman berkunjung ke Kuching, Sarawak merupakan pengalaman yang sangat berharga. Walaupun tujuan sebenar datang ke sana adalah atas urusan kerja, tapi peluang seperti ini turut saya kongsikan bersama keluarga. Maklumlah, bukan selalu berpeluang seperti ini, jadi tidak salah jika perjalanan kerja diselitkan dengan aktiviti melancong.

The Waterfront

Setelah selesai segala urusan kerja saya mengatur jadual lawatan pula. Siri jelajah hari pertama tertumpu di sekitar Bandaraya Kuching. Saya difahamkan ada banyak bangunan bersejarah di sini. Perjalanan dimulakan dari hotel penginapan (Harbour View Hotel), menyusuri beberapa jalan utama di sini hinggalah sampai ke Kuching Waterfront.

Kuching Waterfront


Salah satu tempat yang paling mudah untuk dikunjung apabila berada di Bandaraya Kuching ialah Kuching Waterfront yang terletak di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan Sungai Santubong-Sarawak. Kuching Waterfront atau juga The People Place bukan sekadar satu tempat menarik tetapi juga memiliki sejarahnya yang tersendiri. Di sinilah tempat di mana Pengembara Inggeris, James Brooke mula-mula mendarat. Bermula dengan beberapa bangunan atap daun kemudian bertukar menjadi sebuah pelabuhan yang sibuk dengan gudang dan dermaga.

The Waterfront

Apa yang menarik di Kuching Waterfront ini bukan sekadar pada pemandangan sekitarnya tetapi juga dari sudut rekaan dan seni bina kawasan tersebut.  Tidak hairanlah jika Kuching Waterfront pernah menerima anugerah seni bina antarabangsa pada tahun 1994, iaitu:

  • National Project Award in the Civic Design Category – 1994 (Dianugerahkan oleh Australian Institute of Landscape Architecture)
  • Merit Award in the Overseas Category  – 1994 (Dianugerahkan oleh Royal Australian Institute of Architecture)
  • Excellence on the Waterfront/ Waterfront Centre Annual Award – 1994 (Dianugerahkan oleh Waterfront Centre, USA)

The Waterfront

Sarawak River Cruise – MV Equatorial menyediakan perkhidmatan menyusuri Sungai Sarawak. Waktu perjalanan 5.30 p.m – 7.00 p.m (1 jam 30 minit), 7 hari seminggu. Bayaran untuk seorang sekali perjalanan ialah RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak (4 – 12 tahun).

The Waterfront

History Walk


History terdapat di sepanjang laluan pejalan kaki di Kuching Waterfront. Tidak pasti ada berapa banyak kesemuanya

kerana saya cuma sempat mengambil gambar hingga ke History Walk yang history walkke-9. Pada setiap History Walk ini ditulis sejarah-sejarah yang berkaitan dengan Negeri Sarawak.

History Walk 5 (kiri): 1839-1841 – Seorang pengembara Inggeris, James Brooke tiba di Kuching dengan Kapal Royalist pada 15 Ogos 1839. Raja Muda Hashim memohon bantuan James Brooke untuk mententeramkan para pemberontak yang menentang Sultan Brunei.

History Walk 9 (bawah): 1941-1946 – Sarawak ditakluki tentera Jepun pada tahun 1941. Para anggota bersekutu ditahan dan dipenjarakan dan penduduk tempatan menderita. Tentera Jepun tewas apabila tentera Australia mendarat di Kuching pada 11 September 1945. Raja Vyner Brooke kembali memerintah Sarawak untuk tujuh puluh lima hari.

history walk 9

Muzium Sejarah Cina


Dibina pada tahun 1912 sebagai rumah mahkamah yang mengendalikan pentadbiran undang-undang dan adat yang berhubungkait dengan perkahwinan, perceraian, pembahagian harta dan lain-lain khusus untuk masyarakat Cina di Sarawak. Ini bersesuaian dengan kehendak Raja Charles Vyner Brooke yang mahukan orang Cina mengendalikan harta mereka sendiri. Pada tahun 1930, ia telah diambil alih oleh Dewan Perniagaan Cina. Ia kemudiannya telah dijadikan Muzium Sejarah Cina yang dibuka secara rasmi pada tahun 1993.

Chinese History Museum

(Saya akan kongsikan juga pengalaman berada di dalam Muzium Sejarah Cina ini dalam catatan akan datang)

Arca (sculpture): Celebration of Sarawak


Juga terdapat di Waterfront Sidewalks ialah arca "Celebration of Sarawak" karya Ramlan Abdullah (1994). Walaupun arca ini bukanlah satu monumen bersejarah, tapi saya muatkan juga di sini kerana ia salah satu daya tarikan di sini di samping sculpture celebration of sarawakpembinaan juga mengambil kira beberapa elemen sejarah masyarakat di negeri Sarawak. Berikut adalah deskripsi yang diberikan untuk arca ini.

  • The tripod structure embedded in the solid rock (earth) symbolises the stability and strength of Sarawak State. The ladder or tangga demonstrates the route to prosperity.
  • The funnel portrays the co-operation and success of politics, economy and society.
  • The cone form is derived from the Bidayuh warrior and symbolises progressive society and shelter.
  • The crowning Hornbill of Kenyalang is revered as a diety and protector of the indigenous people of Sarawak.
  • The traditional motifs of Sarawak and the funnel and the cone form a rhythmic pattern to celebrate the dynamic State of Sarawak.

Bangunan Astana
Bangunan Astana yang terletak di seberang Sungai Sarawak memiliki sejarah romantisnya yang tersendiri. Ia sebenarnya adalah tiga bangunan berasingan yang digabung (dicantumkan) menjadi satu.  Rajah kedua, Charles Brooke, membina istana ini pada tahun 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, yang bergelar 'the Ranee Margaret'. Bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

The Astana

The Square Tower (Detention Camp)


Bangunan berbentuk segi empat dibina pada tahun 1879. Pada mulanya bangunan ini dijadikan sebagai kem tahanan untuk banduan. The Square Tower kemudiannya ditukar menjadi kubu pertahanan. Pernah juga digunakan sebagai dewan tarian.

Square Tower

The Old Courthouse


Bangunan ini dibina pada tahun 1883 oleh Sir Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua. Ia dibina daripada kayu belian dan dihiasi dengan motif Sarawak. Pada masa yang pembinaannya, ia bertujuan sebagai pejabat-pejabat kerajaan dan satu tempat untuk upacara negeri. Kemudiannya ia dijadikan sebagai bangunan mahkamah. Beberapa peristiwa bersejarah pernah berlaku di bangunan ini. Pada 1 Julai 1946, apabila Sir James Brooke, Rajah Putih yang ketiga, menyerahkan Sarawak kepada Britain sebagai tanah jajahan mahkota. Ketua Menteri pertama Sarawak, Sir Stephen Kalong Ningkan juga mengangkat sumpah di sini, pada 22 Julai, 1963. Pada masa kini bangunan ini menempatkan pejabat pelancongan negeri.

The Court House

Di bahagian hadapan bangunan mahkamah lama ini terdapat sebuah monumen Rajah kedua Sarawak, Charles Brooke. Monumen setinggi 6 meter tinggi ini dibina pada tahun 1924. Terdapat panel 4 angka pada monumen ini yang mewakili masyarakat Sarawak – Cina, Dayak, Kayan dan Melayu.

Selain daripada bangunan dan monumen yang ada di atas terdapat beberapa lagi tapak bersejarah di sekitar bandar Kuching, antaranya Sarawak Steamship Building, Bangunan Pejabat Pos, Round Tower, The Pavillion, dan Fort Margherita. Tapi disebabkan waktu untuk melawat di kawasan Bandaraya Kuching agak terhad, tidak semua tempat tersebut sempat dilawati. Mungkin suatu hari nanti apabila ada kesempatan datang semula ke Sarawak, tempat tersebut akan dimasukkan dalam senarai lawatan.

The Waterfront

Nota penulis: Sesetengah maklumat yang dipaparkan di sini adalah hasil pengamatan penulis sendiri di samping rujukan daripada beberapa sumber. Penulis memohon maaf jika ada maklumat yang salah terkandung dalam catatan ini.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.

dipetik dari kulanzsalleh.com

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BARISAN NASIONAL: Program Tranformasi Bahagian <b>Betong</b> Ubah <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 01:45 PM PDT


Dua alat perisai itu adalah simbol kepada sejarah perjuangan panglima agung kaum Iban iaitu Rentap.
Dinaik taraf sebagai Bahagian pada 26 Mac 2002, bandar Betong dipilih sebagai pusat pentadbiran Bahagian. Nama Bahagian Betong telah dipilih mengikut nama bandar pusat pentadbiran itu.
Kawasan pentadbiran bahagian baru itu merangkumi daerah Saratok dan daerah Betong yang diperluaskan sehingga ke daerah Kecil Maludam, yang dahulunya berada di bawah pentadbiran daerah Sri Aman.
Betong sebuah penempatan yang penting dari segi sejarah negeri Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.
Tempat dan bangunan bersejarah seperti kubu masih dapat dilihat hingga ke hari ini dan ada yang masih digunakan.
Bukit Sadok, yang terkenal dengan peristiwa Pertempuran Bukit Sadok, pernah menyaksikan tiga pertempuran besar di antara Pemerintahan Rajah Brooke dengan Panglima Rentap yang mendapat gelaran Raja Pendalaman pada tahun 1857 hingga tahun 1861.
DARI SEBUAH PEKAN "MATI", BETONG SEMAKIN MAJU
Timbalan Residen Betong Pathi Kerni berkata Bahagian Betong terletak antara tiga batang sungai utama iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Kelaka meliputi kawasan seluas 4,180 kilometer persegi.
Katanya, dengan jumlah penduduk hampir 94,000 orang Bahagian itu majoritinya dihuni oleh kaum Melayu (51,290), Iban (37,283), Cina (5,084), Bidayuh (225), Melanau (219) manakala selebihnya kaum lain di Sarawak.
"Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian, perladangan dan perikanan adalah aktiviti utama di Bahagian Betong, selain berkhidmat dalam sektor kerajaan, swasta serta perniagaan," katanya pada taklimat kepada media sempena program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata dari segi kemudahan asas hampir 90 peratus kawasan dalam Bahagian ini mempunyai sistem rangkaian jalan raya, bekalan air bersih (77 peratus) dan bekalan elektrik (75 peratus).
Menurutnya, untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) hingga (RMK-10), sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan kerajaan pusat untuk pembangunan Bahagian Betong membabitkan 989 projek manakala kerajaan negeri memperuntukkan RM600 juta untuk 1,104 projek.
Antara pembangunan yang diberikan tumpuan ialah Pusat Pembangunan Luar Bandar (RGC) Layar dan RGC Beladin.
PEMBANGUNAN TANAH NCR UBAH NASIB RAKYAT
Pathi berkata sebagai langkah untuk meningkatkan lagi pendapatan rakyat di kawasan luar bandar beberapa langkah telah diambil pihak kerajaan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan khasnya dalam pembangunan tanah hak adat bumiputera (NCR).
Antara fokus kerajaan negeri adalah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk memajukan semula sektor penanaman getah secara mini estet di Betong.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 11,000 hektar tanah termasuk dalam kawasan Betong telah ditanam semula dengan getah membabitkan kira-kira 2,600 penanam mini estet getah.
"Hasil getah dikenal pasti boleh membantu rakyat luar bandar di sini untuk meningkatkan pendapatan mereka sekitar RM2,000 sebulan, bergantung kepada pasaran getah semasa," katanya.
Kerajaan dengan kerjasama syarikat dari China iaitu Guangken Rubber (Sarawak) Sdn Bhd turut membina sebuah kilang memproses getah di Bahagian ini untuk memudahkan penanam getah di kawasan sekitarnya.
Dengan kontrak selama 25 tahun dengan syarikat berkenaan, nasib penanam getah di kawasan Betong dan sekitarnya akan lebih terjamin.
Peserta skim mini estet getah di Rumah Graji Atas iaitu Inggo anak Luyoh, 58, berkata dengan adanya usaha untuk membangunkan semula industri getah di kawasan Betong, penduduk kini sudah mula merasai nikmatnya.
Katanya, seluas 120 hektar tanah melibatkan tanah NCR di kawasan Padeh Betong telah dibangunkan dengan tanaman getah.
"Dengan adanya pangalaman yang luas syarikat dari China itu dalam industri getah di beberapa negara rantau Asia Tenggara, kami yakin industri itu boleh berkembang dengan lebih baik di Betong," katanya.
Menurut beliau, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka malah mempunyai pendapatan tetap iaitu sekitar RM2,500 sebulan.
Penolong Pengurus Besar Guangken Rubber (Sarawak) Sdn Bhd, Li Huawei berkata kilang yang beroperasi di Betong itu mampu menghasilkan kira-kira 90 tan getah setiap hari.
Selain memproses getah untuk dieksport, syarikat itu turut membantu dalam menanam pokok getah serta melatih penduduk tempatan cara menoreh serta mengurus hasil getah dengan baik.
"Kerjasama dan sokongan daripada peserta mini estet getah di Betong sangat baik dan kita yakin pada masa akan datang pengeluaran getah di Sarawak mampu untuk ditingkatkan," katanya dalam satu taklimat media di sini.
Beliau berkata, kilang berkenaan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 103 penduduk tempatan selain pekerja dari China.
Selain melabur di Malaysia, syarikat China yang wujud sejak 1951 itu juga melabur di Thailand, Hong Kong dan Vietnam dengan kira-kira 220,000 hektar keluasan tanah bagi tanaman getah.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI BETONG
Sementara itu, Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat berkata selain memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian, Betong juga tidak ketinggalan dalam usaha meningkatkan lagi taraf pendidikan anak di kawasan luar bandar.
Sekitar 30-40 tahun lepas Betong menerima nasib yang sama dengan kawasan luar bandar lain di negeri ini iaitu jauh ketinggalan dari segi pendidikan.
"Bermula tahun 1975 di bawah naungan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang maka bermulalah era perubahan dan tranformasi Betong dari segi pendidikan," katanya.
Menurut Lawson, semasa dia masih di sekolah menengah ketika lawatan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (ketika itu senator) ke Betong, Mahathir pernah berkata bahawa strategi penting dalam pembangunan adalah meningkatkan tahap pendidikan rakyat.
Lawson berkata menyedari hakikat itu lebih banyak sekolah dibina terutama di kawasan pedalaman dan hulu sungai di Betong.
Hari ini, katanya, Betong boleh berbangga kerana mempunyai pelbagai institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional Betong, Kolej Komuniti dan yang terbaru ialah Politeknik Metro (dijangka akan siap tahun depan).
Beliau berkata, di sebalik sejarah Betong yang hebat seperti era kebangkitan pahlawan Iban iaitu Rentap, hari ini jelas terbukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat adalah hasil kesepakatan yang baik antara pemimpin dan rakyat di bahagian itu sejak sekian lamanya.
Katanya, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) diakui permuafakatan semua pihak menjadi ramuan utama kepada kejayaan tranformasi Betong hari ini.
"Antara kerajaan pusat dan negeri, kita mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dan ini dapat kita buktikan di Betong hari ini mempunyai seorang menteri dan dua timbalan menteri di peringkat persekutuan," katanya, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Saban, juga dalam Bahagian Betong.
Sokongan padu rakyat dalam semua projek dan perancangan oleh kerajaan juga memudahkan lagi pelaksanaannya, kata Lawson.
Rakyat di Bahagian ini, katanya, tahu dan sudah matang dalam berfikir kerana apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan dan masa depan anak dan cucu mereka.
Sebagaimana kuatnya perjuangan pahlawan Iban iaitu Rentap suatu ketika dahulu, begitulah kuatnya semangat pemimpin dan rakyat di Bahagian Betong untuk melihat tranformasi dari segi ekonomi, sosial dan politik sejajar dengan matlamat ke arah sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi, kata Lawson.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved