ads

Sabtu, 19 Mei 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BARISAN NASIONAL: Program Tranformasi Bahagian <b>Betong</b> Ubah <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 01:45 PM PDT


Dua alat perisai itu adalah simbol kepada sejarah perjuangan panglima agung kaum Iban iaitu Rentap.
Dinaik taraf sebagai Bahagian pada 26 Mac 2002, bandar Betong dipilih sebagai pusat pentadbiran Bahagian. Nama Bahagian Betong telah dipilih mengikut nama bandar pusat pentadbiran itu.
Kawasan pentadbiran bahagian baru itu merangkumi daerah Saratok dan daerah Betong yang diperluaskan sehingga ke daerah Kecil Maludam, yang dahulunya berada di bawah pentadbiran daerah Sri Aman.
Betong sebuah penempatan yang penting dari segi sejarah negeri Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.
Tempat dan bangunan bersejarah seperti kubu masih dapat dilihat hingga ke hari ini dan ada yang masih digunakan.
Bukit Sadok, yang terkenal dengan peristiwa Pertempuran Bukit Sadok, pernah menyaksikan tiga pertempuran besar di antara Pemerintahan Rajah Brooke dengan Panglima Rentap yang mendapat gelaran Raja Pendalaman pada tahun 1857 hingga tahun 1861.
DARI SEBUAH PEKAN "MATI", BETONG SEMAKIN MAJU
Timbalan Residen Betong Pathi Kerni berkata Bahagian Betong terletak antara tiga batang sungai utama iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Kelaka meliputi kawasan seluas 4,180 kilometer persegi.
Katanya, dengan jumlah penduduk hampir 94,000 orang Bahagian itu majoritinya dihuni oleh kaum Melayu (51,290), Iban (37,283), Cina (5,084), Bidayuh (225), Melanau (219) manakala selebihnya kaum lain di Sarawak.
"Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian, perladangan dan perikanan adalah aktiviti utama di Bahagian Betong, selain berkhidmat dalam sektor kerajaan, swasta serta perniagaan," katanya pada taklimat kepada media sempena program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Sarawak di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata dari segi kemudahan asas hampir 90 peratus kawasan dalam Bahagian ini mempunyai sistem rangkaian jalan raya, bekalan air bersih (77 peratus) dan bekalan elektrik (75 peratus).
Menurutnya, untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) hingga (RMK-10), sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan kerajaan pusat untuk pembangunan Bahagian Betong membabitkan 989 projek manakala kerajaan negeri memperuntukkan RM600 juta untuk 1,104 projek.
Antara pembangunan yang diberikan tumpuan ialah Pusat Pembangunan Luar Bandar (RGC) Layar dan RGC Beladin.
PEMBANGUNAN TANAH NCR UBAH NASIB RAKYAT
Pathi berkata sebagai langkah untuk meningkatkan lagi pendapatan rakyat di kawasan luar bandar beberapa langkah telah diambil pihak kerajaan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan khasnya dalam pembangunan tanah hak adat bumiputera (NCR).
Antara fokus kerajaan negeri adalah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk memajukan semula sektor penanaman getah secara mini estet di Betong.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 11,000 hektar tanah termasuk dalam kawasan Betong telah ditanam semula dengan getah membabitkan kira-kira 2,600 penanam mini estet getah.
"Hasil getah dikenal pasti boleh membantu rakyat luar bandar di sini untuk meningkatkan pendapatan mereka sekitar RM2,000 sebulan, bergantung kepada pasaran getah semasa," katanya.
Kerajaan dengan kerjasama syarikat dari China iaitu Guangken Rubber (Sarawak) Sdn Bhd turut membina sebuah kilang memproses getah di Bahagian ini untuk memudahkan penanam getah di kawasan sekitarnya.
Dengan kontrak selama 25 tahun dengan syarikat berkenaan, nasib penanam getah di kawasan Betong dan sekitarnya akan lebih terjamin.
Peserta skim mini estet getah di Rumah Graji Atas iaitu Inggo anak Luyoh, 58, berkata dengan adanya usaha untuk membangunkan semula industri getah di kawasan Betong, penduduk kini sudah mula merasai nikmatnya.
Katanya, seluas 120 hektar tanah melibatkan tanah NCR di kawasan Padeh Betong telah dibangunkan dengan tanaman getah.
"Dengan adanya pangalaman yang luas syarikat dari China itu dalam industri getah di beberapa negara rantau Asia Tenggara, kami yakin industri itu boleh berkembang dengan lebih baik di Betong," katanya.
Menurut beliau, mereka bukan sahaja dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka malah mempunyai pendapatan tetap iaitu sekitar RM2,500 sebulan.
Penolong Pengurus Besar Guangken Rubber (Sarawak) Sdn Bhd, Li Huawei berkata kilang yang beroperasi di Betong itu mampu menghasilkan kira-kira 90 tan getah setiap hari.
Selain memproses getah untuk dieksport, syarikat itu turut membantu dalam menanam pokok getah serta melatih penduduk tempatan cara menoreh serta mengurus hasil getah dengan baik.
"Kerjasama dan sokongan daripada peserta mini estet getah di Betong sangat baik dan kita yakin pada masa akan datang pengeluaran getah di Sarawak mampu untuk ditingkatkan," katanya dalam satu taklimat media di sini.
Beliau berkata, kilang berkenaan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 103 penduduk tempatan selain pekerja dari China.
Selain melabur di Malaysia, syarikat China yang wujud sejak 1951 itu juga melabur di Thailand, Hong Kong dan Vietnam dengan kira-kira 220,000 hektar keluasan tanah bagi tanaman getah.
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI BETONG
Sementara itu, Menteri Muda Kebajikan, Robert Lawson Chuat berkata selain memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian, Betong juga tidak ketinggalan dalam usaha meningkatkan lagi taraf pendidikan anak di kawasan luar bandar.
Sekitar 30-40 tahun lepas Betong menerima nasib yang sama dengan kawasan luar bandar lain di negeri ini iaitu jauh ketinggalan dari segi pendidikan.
"Bermula tahun 1975 di bawah naungan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang maka bermulalah era perubahan dan tranformasi Betong dari segi pendidikan," katanya.
Menurut Lawson, semasa dia masih di sekolah menengah ketika lawatan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (ketika itu senator) ke Betong, Mahathir pernah berkata bahawa strategi penting dalam pembangunan adalah meningkatkan tahap pendidikan rakyat.
Lawson berkata menyedari hakikat itu lebih banyak sekolah dibina terutama di kawasan pedalaman dan hulu sungai di Betong.
Hari ini, katanya, Betong boleh berbangga kerana mempunyai pelbagai institusi pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional Betong, Kolej Komuniti dan yang terbaru ialah Politeknik Metro (dijangka akan siap tahun depan).
Beliau berkata, di sebalik sejarah Betong yang hebat seperti era kebangkitan pahlawan Iban iaitu Rentap, hari ini jelas terbukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat adalah hasil kesepakatan yang baik antara pemimpin dan rakyat di bahagian itu sejak sekian lamanya.
Katanya, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) diakui permuafakatan semua pihak menjadi ramuan utama kepada kejayaan tranformasi Betong hari ini.
"Antara kerajaan pusat dan negeri, kita mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dan ini dapat kita buktikan di Betong hari ini mempunyai seorang menteri dan dua timbalan menteri di peringkat persekutuan," katanya, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Saban, juga dalam Bahagian Betong.
Sokongan padu rakyat dalam semua projek dan perancangan oleh kerajaan juga memudahkan lagi pelaksanaannya, kata Lawson.
Rakyat di Bahagian ini, katanya, tahu dan sudah matang dalam berfikir kerana apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan dan masa depan anak dan cucu mereka.
Sebagaimana kuatnya perjuangan pahlawan Iban iaitu Rentap suatu ketika dahulu, begitulah kuatnya semangat pemimpin dan rakyat di Bahagian Betong untuk melihat tranformasi dari segi ekonomi, sosial dan politik sejajar dengan matlamat ke arah sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi, kata Lawson.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Tanah NCR <b>di Kanowit</b> mujur dikemansang nengah <b>...</b> - My <b>Sarawak</b>

Posted: 18 May 2012 06:05 PM PDT

KUCHING: Penyampau tanah adat asal Bumiputera (NCR) mujur dikemansang nengah projek nanam sawit bisi enam bengkah endur enggau sekeda projek ke benung diperambu di menua Kanowit.

Menteri Muda Pemansang Tanah Datuk Gramong Juna madah ba siti ari projek ke dikelala enggau nama Kanowit Blok B enggau D, sepemesai 12,639 hektar tauka 90.7 persin udah ditanam enggau sawit.

"Ba projek ke dikelala Kanowit Blok A, ba pemesai 3,100 hektar, alai urung 1,900 hektar tauka 61.2 persin udah alai bekebun," ku iya.

Iya nandu, ba tiga buah projek bukai, iya nya Majau/Poi, Kanowit Blok C enggau Lesih, udah nyain Sempekat Pemereti Ati (MoU) ba pengawa kunsi (JVA) tang lalu bedau netapka utai ke deka ditanam dia.

Ba sebengkah agi endur, iya nya di Kabah, JVA lalu bedau digaga.

Iya madah baka tu nyaut tanya ari Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent nanya pemujur tanah NCR dikemansangka alai endur bekebun sawit di Kanowit ba Aum Kunsil Nengeri (DUN) Renggat Kedua ba hari keempat ditu, ensana.

Kelimpah ari nya, ba pekara ke sama nya mega, Menteri Muda Pengerai Mensia Mayuh Dr Jerip Susil madah tender ngaga Kelinik Pengerai Sibu Jaya ke bisi di pandangka ba iklan kena 15 March tu tadi deka belabuh digaga enti pengawa milih kontrektor udah mujur, tang ngaga Balai Pengerara Api enggau Penyah Penusah (BOMBA) Sibu Jaya nengah Renggat Kedua dalam Langgur Pemansang Malaysia Lumpar Ke-10 (RMK-10) enda dikemendarka.

Category: Sarawak

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Utusan <b>Sarawak</b> cawangan <b>Sri Aman</b>: Junaiza buka pusat solekan <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 04:16 AM PDT








Untuk Ruangan Niaga Utusan Sarawak
1. DAMAI...Gambar menunjukkan ruang dalaman premis EA The Beauty Look yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dan pakej kecantikkan untuk wanita dalam bandar Sri Aman.
2. MENARIK...Keselesaan para pelanggan diutamakan dengan adanya kerusi tempat menunggu giliran masing-masing di premis terbabit.
3. UNTUK DIJUAL...EA The Beauty Look turut menawarkan pelbagai jenis produk kecantikkan berjenama tinggi kepada mana-mana pelanggan yang berkunjung ke premis tersebut.
4. UNTUK PELANGGAN...EA The Beauty Look turut menyediakan peralatan berkualiti tinggi bagi kegunaan perkhidmatan Body Massage untuk para pelanggan mereka.
5. SIBUK...Junaiza sambil dibantu oleh suaminya Ibrahim ketika sedang sibuk menguruskan hal ehwal syarikat di EA The Beauty Look.
6. SILA DATANG...Junaiza (kiri) dan suami iaitu Ibrahim (kanan) merakamkan gambar kenangan di hadapan premisnya, EA Beauty Look ketika ditemui Utusan Sarawak kelmarin.
7. USAHAWAN MUDA...Junaiza ketika bersama suaminya, Ibrahim di dalam ruang premis Solekan dan Terapi Kecantikkan EA The Beauty Look.

SRI AMAN, Sabtu (5 Mei) - Berkat dan kesungguhan. Itulah prinsip yang dipegang teguh oleh Junaiza binti Masri, 29, apabila beliau muncul sebagai pengusaha pusat terapi kecantikan dan solekan berketurunan Bumiputera yang pertama dalam Bandar Sri Aman ini.
Gadis kelahiran Sri Aman ini telah menamatkan pengajian di Pusat Giatmara Sri Aman dalam Kursus Solekan Dan Terapi Kecantikkan selama enam bulan sebelum menubuhkan syarikat EA The Beauty Look khas untuk wanita pada 28 Januari tahun ini.
Syarikat yang beroperasi di Pusat Inkubator Giatmara Sri Aman, Lot 179, Kuaters JKR, Jalan Astana dalam bandar ini telah menjanjikan pelbagai perkhidmatan menarik pada caj harga berpatutan kepada pelanggan yang menginginkannya selepas ini.
Kesemua perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Junaiza ini mencakupi Facial Care, Maekup, Body Massage, Manicure Pedicure, Hair dan Pakej Perkahwinan selain menerima tempahan gubahan hantaran pertunangan daripada para pelanggannya.
Malah syarikat EA The Beauty Look juga turut menawarkan Pakej Idaman, Belaian Jiwa, Pakej Ratu dan Pakej Cantik kepada para pelanggannya disamping turut menjual produk kecantikan berjenama seperti Mustika Ratu, Nutri Matic dan Ampure Collegen.
"Syarikat EA The Beauty Look beroperasi dari ham 10 pagi hingga 6 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 6.30 petang bagi hari Sabtu dan Ahad serta dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada waktu cuti umum.
"Pelanggan yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019-4384153 atau melayari Group Facebook EA TheBeautyLook untuk mengetahui butiran lanjut mengenai harga dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka selepas ini," kata Junaiza.
Sementara itu ketika ditanya mengenai penglibatan beliau dalam bidang terbabit, Junaiza memberitahu bahawa penubuhan EA The Beauty Look telah mendapat sokongan kuat dari Pusat Giatmara dan suaminya sendiri iaitu Abang Ibrahim Abang Mantaril.
Pemilik sijil graduan bertaraf profesional dari Pusat Giatmara itu memberitahu bahawa minat dan kesungguhan yang mendalam terhadap bidang itu telah menyebabkan Pusat Giatmara memberi bantuan kepada mereka untuk memulakan perniagaan tersebut.
"Syarikat EA The Beauty Look telah beroperasi secara percuma di Pusat Inkubator Giatmara Sri Aman dengan bil elektrik ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Giatmara yang menyokong usaha kami ini.
"Manakala peralatan selebihnya pula seperti Facial Steam serta beberapa aksesori yang lain pula telah dibiayai sepenuhnya oleh saya dan suami dengan kos sekarang sudah mencecah antara RM6,000 hingga RM7,000," katanya.
Bagi melengkapkan kemahiran dalam diri, Junaiza telah menghadiri kursus solekan di Sri Aman baru-baru ini sebelum berangkat ke Sabah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Spa pada minggu hadapan.
Usahawan muda terbabit berharap agar peningkatan ilmu kemahiran dalam diri akan dapat membangkitkan kepuasan para pelanggan yang datang ke premis EA The Beauty Look untuk menggunakan khidmat mereka dari masa ke semasa.
"Harapan saya dan suami ialah untuk berpindah ke pusat Bandar Sri Aman demi memperkembangkan lagi perniagaan syarikat EA The Beauty Look dikalangan pelanggan wanitanya pada masa akan datang," katanya.
Junaiza juga turut memberitahu bahawa pihak Giatmara sememangnya bersungguh-sungguh mahu membantu para belia terutama sekali para graduannya yang mahu menceburi bidang masing-masing secara serius selepas itu.
"Buktinya ialah pihak Giatmara masih lagi menghubungi saya untuk bertanya mengenai perkembangan terkini operasi syarikat EA The Beauty Look disamping menawarkan pelbagai bantuan sekiranya ia diperlukan.
"Justeru nasihat saya kepada para belia ialah agar tidak mensia-siakan kemahiran yang mereka pelajari dari Pusat Giatmara demi mempertingkatkan taraf hidup masing-masing selepas ini," katanya.
Syarikat EA The Beauty Look kini hanya boleh menampung seramai tiga orang pelanggan bagi tempoh sehari memandangkan Junaiza hanya mempunyai seorang pembantu khas buat masa sekarang.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Salang Terkejut Dengan Kemelut Berkaitan Netbook

Posted: 05 May 2012 08:56 PM PDT

LUBOK ANTU (Sarawak) – Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang terkejut dengan tindakan beberapa sekolah di kawasan luar bandar Sarawak yang melarang pelajar membawa netbook 1Malaysia mereka ke sekolah.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa sekolah berkenaan tidak mahu pelajar terbabit mengecas semula netbook mereka di sekolah kerana ini akan meningkatkan bil elektrik.

"Ini satu berita baru kepada saya, tetapi malanganya ia bukan berita baik," katanya semasa merasmikan program sesi rakaman sambutan Gawai Dayak oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di rumah panjang 57 pintu, Rh Jubang anak Bin, di Sebangki Panjai di sini malam semalam.

"Netbook diberikan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam pelajaran mereka. Tetapi jika mereka tidak dibenarkan membawanya ke sekolah, matlamat itu tidak akan tercapai," katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Pengerusi Telekom Malaysia, Datuk Dr Halim Shafie.

"Jika pendekatan itu menjadi amalan atau bakal dijadikan peraturan, ini juga merupakan satu kerugian besar di pihak kerajaan. Di pihak saya, saya akan maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pelajaran untuk mencari penyelesaian secara baik demi kebaikan pelajar," katanya Salang.

Beliau berkata, kerajaan akan mengagihkan lebih banyak netbook kepada pelajar dan pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar di seluruh negeri pada bulan ini dalam usaha untuk merapatkan jurang digital luar bandar-bandar.

Mengenai permohonan yang disampaikan oleh Nyalau bagi pihak penduduk yang mahu RTM mempertimbangkan menambah durasi penyiaran TVi daripada 15 minit ketika ini kepada 30 minit atau lebih, Salang berkata, beliau sudah bangkitkan perkara itu dengan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail.

"Saya dimaklumkan yang penyiaran ini amat popular terutama di kalangan kaum Iban di kawasan luar bandar yang melanggan perkhidmatan Astro. Norhyati memberitahu saya RTM sedang mencari slot untuk berbuat demikian. Apabila RTM bersiaran secara digital sepenuhnya tidak lama lagi, akan ada lebih banyak slot," katanya.

Salang juga menasihatkan rakyat supaya menyokong hanya calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, menyatakan hanya kerajaan BN mempunyai wawasan, strategi dan perancangan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Sebanaku <b>Sarawak</b>: Ucapan YB Baru Bian <b>di</b> DUN ke 17 <b>Sarawak</b>

Posted: 16 May 2012 04:42 PM PDT

Mr Speaker,



Thank you for giving me the opportunity to address this august House on the occasion of debating the Motion of Appreciation on the address of His Excellency the Governor of Sarawak given on 14th May 2012.
3.    THE SARAWAK ECONOMY
Mr Speaker, I am deeply concerned about the future of Sarawak – the outlook for the average Sarawakian is not as rosy as it is painted to be by the media. Witness the frantic chaos when the RM500 handout to the people was being distributed. What proportion of the population was eligible for the handout? Judging from the hordes of people scrambling for the money, Sarawak is in serious trouble. This handout was for households with low incomes. Does this mean that the people of Sarawak can be categorized as poor? It is no secret that Sarawak is one of the four poorest states in Malaysia, despite being the richest in resources.
Perhaps if we could see what the sources of the investments were, we may better understand the picture. We were told by the Minister for International Trade and Industry that RM6.7 bil of the investments were from Petronas, while SCORE registered an investment of RM8.2 bil. These two figures add up to RM14.9 bil covering the whole of the total investments in the State. Petronas being the major oil and gas explorer or perhaps for an appropriate term 'exploiter' from the state should rightly invest some of its funds in Sarawak; the investment is to help them to continue their exploring activities in the state. The million-dollar question to be asked here is: who benefits from Petronas' activities the most? It is most definitely not Sarawak or Sarawakians.
Then the investments in SCORE. It has been reported that the investments are predominantly in the energy-intensive industries such as aluminum smelting plants, polycrystalline silicon, metallic silicon and Ferro alloy projects; and that four of the companies, namely Press Metal Bintulu SDN Bhd, Tokuyama Corporation Japan, Asia Minerals Ltd (HK) and OM Holdings Ltd (Singapore) have already commenced construction works. What these companies may have the advantage is that they are in some sort of joint venture or other connection with bigger companies like CMS, which has no connection with the ordinary Sarawakians. Even in the newpapers on Monday 14 May, the Dayak Chamber of Commerce and Industry (DCCI) lamented on their being excluded from SCORE, being left as bystanders while non-Sarawakian companies are given all the opportunity of developing SCORE. It was noted that of the 15 companies involved in SCORE, only 3 were Sarawakian companies.
Again, what are these sorts of investments going to mean for the average Sarawakian or even to the local entrepreneurs?
4.    ECONOMY & EMPLOYMENT OPPORTUNITIES
The lack of jobs and poor salaries are two other factors, which impede the growth of Sarawak. Firstly, because a few major players control the market in Sarawak with connections to those in power, other businesses find it difficult to penetrate into the market. These companies and their subsidiaries take government contracts. Sarawak in effect is run by a few companies with monopolies in every sector, allowing them to control their prices and the wages they pay, which are generally very low. Hence, the outflow of Sarawakian labour.  There are not enough jobs to keep the youths gainfully and meaningfully employed here, resulting in migration to Peninsula Malaysia and other countries. Salaries and wages are low for what jobs are available. In fact the Labour Department reported that unattractive salaries are the cause of unemployment in the state (Borneo Post 13 May 2012) and that the salary of RM500 offered by some employers was not enough to even cover daily expenses.
The bitter pill for our people to swallow, is the fact that not only content with grabbing their lands for huge plantations, leaving them with no source of income or survival, the plantation companies are not willing to offer decent wages so that these displaced folk can have the means to survive. The wages of RM18 a day attract workers from neighbouring countries, who live extremely frugally to be able to send their wages home. The injustice is being allowed to continue, as these big companies are the few players who can control and dictate the market wages at will.
What we need are policies to break monopolies to encourage healthy competition, to promote small and medium industries. However, the RM800 for Sarawak is still below our poverty line index of RM830, which is insufficient for an average family to make ends meet. That is bad enough but what is worse is there is a difference between Peninsula Malaysia and Sarawak and Sabah where the minimum wage of RM900-00 is higher than Sarawak and Sabah. I don't think that is fair because the basic controlled items like sugar, salt, petrol and other household items are the same throughout the country. In fact some household items are more expensive when they get to Sarawak. The PR minimum wage of RM1,100 would be a more manageable wage for Sarawakians, bearing in mind that the cost of living is higher here than it is in Peninsula Malaysia.
Therefore, we need to stem the tide of Sarawakians moving away from the state and to reduce our dependence on foreign workers. 
On the subject of foreign workers, I wish to ask why it is that we only seem to attract the unskilled workers from poorer countries than Malaysia. Why is it that we do not attract professionals into the state? As an example, we have a shortage of medical specialists, such as oncologists and yet we cannot attract such professionals to come to Sarawak. We are lacking in basic healthcare for many in the more remote areas of the State; do not even have a hospital or fully staffed clinics. And yet we are promoting medical tourism for foreigners to come and have their treatment here. This is another case where we are putting the needs of our people below the moneymaking motive of the private hospitals. Our priorities need to be re-evaluated. We must take care of our own first.
6.    50TH YEAR AFTER INDEPENDENCE
With all that is happening in Sarawak at the moment, from the struggle of the natives with the government over their land rights and the Dams, the high incidence of labour migration, poor educational opportunities, poor healthcare and basic needs, poor infrastructure (especially roads), and some alleged weaknesses in administering the State, the 50th year of our independence offers us little to celebrate. The rights of Sarawak as stated in the 18-points agreement I believe have been slowly and insidiously eroded without anyone realizing it until this stage. It is time we take heed of what is rightfully ours. In this regard, I wish to highlight several points of concern under the said18-Points Agreement for the State Government to look into:
a.   Borneonisation: Although I do not have the exact numbers, I believe that only about 10% of senior state and federal governmental positions in Sarawak are held by Sarawakians. This is not in the spirit of the Agreement and as there are more than enough Sarawakians capable of filling these positions, I urge the State Government to enforce and give effect to this clause in the Agreement.
b.   Representation in Parliament: The Cobbold Commission, which was set up to determine whether the people of North Borneo (now Sabah) and Sarawak supported the proposal to create the Malaysia consisting of MalayaSingaporeNorth Borneo, and Sarawak stated in their report under paragraphs 165 and 190(g) that there was strong support for the merger and  that the representation of the Borneo States in the Federal Parliament should make up 34% of parliamentary seats and take account not only of their populations but also their size and potentialities. In addition, the Commission hoped that the Election Commission would also take account of the distance from the centre, and the difficulty of internal communications. Article 161E of the Federal Constitution provides for the protection of this quota for the two States in that no amendment is allowed without their consent. Sarawak is a huge state and many of her parliamentary constituencies are as big as any of the states in Peninsula Malaysia with accessibility only through jungle tracks and logging roads. The increase of representatives from such an area in the Federal Parliament would definitely augur well for the constituents and for national integration. I urge the State to call on the Election Commission or Federal Government to restore this 34% of seats to Sabah and Sarawak.
c.    Religion: This is one of the safeguards, which we must jealously guard. Sarawak being of a different ethnic composition from Peninsula Malaysia, it was agreed that 'While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in Sarawak, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to Sarawak'. The absence of a state religion is a hallmark of Sarawak agreeing to join in the formation Malaysia in 1963, due to the wisdom of our forefathers who acknowledged that Sarawak is a land for all creeds or beliefs to mutually prosper and grow with respect for each other's rights and freedom. It however disturbs me greatly to note that in its latest publication entitled Sarawak Facts and Figures 2010, the State Planning Unit of the Chief Minister's Department states clearly on page 2 that Islam is the Official Religion of Sarawak. I respectfully ask for a clarification on this matter from the Chief Minister and I hope for a reassurance that this most fundamental agreement has not been amended or taken away subtly from us.
d.  Official Language: The 18-point agreement preserves for us the use of the English language as one of the official languages of the State for all purposes, State or Federal, without limitation of time. This right is further safeguarded in Art 161 in Part XIIA of the Federal Constitution. Again I was disappointed to read in page 2 of the State Planning Unit's Sarawak Facts and Figures 2010 that Malay is the official language. Again, I would like to get clarification from the Chief Minister as to whether there is an official language for the State of Sarawak, which we are unaware of. Mr Speaker, you are aware that we are perhaps the only State Assembly in Malaysia, which allows any language spoken in Sarawak to be used in this august house. On that premise, there cannot be an official language for Sarawak.
e.  Education: The Education policies of the Federal government have been counter-productive; I believe the standard of education has dropped tremendously over the last two or three decades. Even the Minister of Education is not sure exactly how good or bad the educational system is. In April, he was reported to have claimed that Malaysia's education is "one of the best in the world and that it is better than that being provided in the United States, Germany and also the United Kingdom". However, in Sunday's papers, he was reported to have said that the government's 10 to 15-year target to achieve an education system on par with, or better than those of developed countries, was realistic. Given the confusion at Federal level, and the constant changing of goalposts to achieve an acceptable percentage of passes perhaps for public consumption or perhaps for political reason, I propose that Sarawak takes ownership of our Education System again and strive to achieve the level of education which we once made us proud.
f.     Sarawak's Legislative List: This list includes land, under which oil and gas belong. Let us insist on receiving more than the meager 5% of the oil and gas revenue that the Federal Government takes from us through Petronas. With this money, much can be done to develop our neglected Sarawak. Proper dual carriageway roads, public transport systems, healthcare, affordable housing and free education will help us to make some progress towards lifting Sarawak out of its impoverished status. With proper and prudent management and the end of leakages and unwarranted commissions, there is much that can be achieved for Sarawak with this amount of funds.
Amidst the negotiations for the formation of Malaysia, the late Temenggong Jugah anak Barieng was said to have made a prophetic comment; he said in Iban 'Anang anang Malaysia sebaka tebu, manis di pohon, tawal di hujung.' ["Let not Malaysia be like the sugarcane that is sweet at the head or base and less sweet at the end"].
Yes, over the last 30 years or so, the sweetness has indeed turned sour. It is time for us to reclaim what is rightly ours and let all the people taste the sweetness of this Fair Land Sarawak.
May God bless Sarawak and His Excellency the Governor and Toh Puan with joy, happiness and good health.
For all those who celebrate Gawai may I wish you prosperity and bountiful harvests in the years ahead.  

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kebakaran malam ambang 2012 <b>di Matu</b> ragut dua jiwa - My <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Jan 2012 06:11 PM PST

MOHD HAFIZI

MATU: Tragedi kebakaran sebuah kediaman di Kampung Hulu Kuala Matu, di sini 10 minit sebelum tirai 2011 dilabuhkan pada malam Ahad lalu meragut dua jiwa.

Mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu ialah Hamidah Bugay, 43, dan cucunya Nadirah Abdullah, setahun.

Menurut anak mangsa, Mohd Hafizi Nahar, 15, yang ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, semasa kejadian terdapat tiga penghuni dalam rumah itu.

"Selain emak serta anak saudara yang terkorban, turut berada dalam rumah ketika kejadian ialah adik saya Riyanty, 5.

"Mujur Riyanty sempat menyelamatkan diri, namun dia melecur di beberapa bahagian badan. Kini, dia stabil selepas dirawat di Hospital Umum Sibu," jelasnya.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu itu memberitahu bahawa semasa kejadian bapanya Nahar Abu Samah, 43, tiada di rumah.

"Seramai lapan ahli keluarga mendiami rumah itu. Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam hasil bantuan penduduk kampung

"Sekarang kami menumpang sementara di rumah saudara-mara di sini," tambahnya yang masih trauma ekoran tragedi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang meraikan tahun baharu di pekan Matu bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan oleh orang ramai.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadi untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved