ads

Khamis, 3 Oktober 2013

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


26 kes dicatat dalam operasi <b>di Sri Aman</b>, Betong: Wan Ahmad Uzir <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2013 10:53 AM PDT

Posted on September 29, 2013, Sunday

SRI AMAN: Sebanyak 26 kes dicatat menerusi Operasi Bersama yang dilancarkan pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak di Bahagian Sri Aman dan Betong pada 24 dan 25 September lalu.

Pengarahnya, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata daripada jumlah itu 25 kes adalah melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (14 ), Akta Timbang Dan Sukat 1972 (5) serta Akta Perihal Dagangan 2011 (6).

Sementara itu, satu lagi kes adalah kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan operasi bersama anggota tentera dan polis menghalang sindiket yang cuba membawa sembilan tong gas dan empat tong dram minyak ke Nanga Badau, Indonesia.

Menurutnya, nilai rampasan bagi Operasi Bersama itu berjumlah RM8,218. "Daripada jumlah itu, RM4,964 adalah nilai rampasan bagi 25 kes pertama dan RM3,254 pula adalah nilai rampasan bagi kes Akta Kawalan Bekalan tersebut," katanya

pada sidang media di bilik mesyuarat PPDNKK Sri Aman, di sini semalam.

Seramai 34 orang pegawai penguat kuasa dari pejabat PPDNKK Cawangan Kuching, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang dan Sri Aman terbabit dalam Operasi Bersama yang diadakan selama dua hari itu.

Hari pertama operasi itu diadakan di bandar Sri Aman, Lingga, Lachau, Pantu, Sungai Tenggang, Lubok Antu, Engkilili dan Batu Lintang manakala operasi hari kedua pula di Roban, Gerigat, Kabong, Saratok, Debak, Spaoh, Meludam, Beladin, Pusa dan Betong.

Wan Ahmad Uzir juga mendedahkan sebanyak 555 kes yang melanggar 10 akta di bawah KPDNKK dicatat berlaku di Sarawak dalam tempoh sembilan bulan tahun ini dengan nilai rampasan mencecah RM3,479,071.

Sementara itu, katanya, RM2,936,108 daripada jumlah nilai rampasan itu adalah kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan majoritinya terdiri kes ketirisan atau penyeludupan minyak diesel.

"Kes tertinggi dicatatkan berlaku di bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri," katanya.

Wan Ahmad Uzir juga memberitahu sebanyak 15 buah stesen minyak di negeri ini disenarai hitam oleh PPDNKK kerana kesalahan melanggar Akta Kawalan Bekalan tersebut.

Turut hadir Ketua PPDNKK Cawangan Sri Aman, Wan Roslan Esmanto Wan Johari dan para pegawai dari PPDNKK Sarawak.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Kampus <b>Samarahan</b> 2, UiTM <b>Sarawak</b> mula beroperasi <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 04:22 PM PDT

Posted on October 1, 2013, Tuesday

SERAH MILIK: Mohamad (tiga kanan) melakukan simbolik penyerahan kunci Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak kepada Abdullah (dua kiri) sambil disaksikan Mahamed (tengah) dan Jamil (dua kanan). — Gambar Mohd Rais Sanusi

SAMARAHAN: Kampus Samarahan 2, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak kini telah memulakan operasi dan dijangka akan menempatkan seramai 4,000 pelajar daripada enam fakulti.

Menurut Timbalan Naib Cancelor UiTM Profesor Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, fakulti-fakulti tersebut ialah Sains Gunaan, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Awam, Sains, Komputer dan Matematik serta Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

"Kampus Samarahan 2 merupakan tambahan kepada kampus sedia ada dan dijangka mampu menampung sehingga 4,000 pelajar apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

"Ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang melanjutkan pengajian di UiTM Sarawak adalah seramai 10,000 orang," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kampus Samarahan 2, UiTM Sarawak oleh syarikat konsesi Rekajaya Projek Sdn Bhd kepada UiTM di sini, semalam.

Menyempurnakan majlis ialah Pengerusi Rekajaya Projek Sdn Bhd Datuk Mohamad Razali Othman sambil disaksikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Datuk Mahamed Hussain serta Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

Sementara itu, Mahamed berharap Kampus Samarahan 2 akan menjadi medan untuk UiTM Sarawak khususnya melahirkan modal insan yang berkualiti untuk negara.

"Kita harus memastikan Destini Anak Bangsa dapat dijayakan dengan baik di Kampus Samarahan 2 ini.

"UiTM Sarawak juga perlu memastikan pengambilan pelajar yang baik kerana kita mahu UiTM terus mengeluarkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Mahamed berkata Kementerian Pendidikan akan terus memperkasakan usaha melahirkan modal insan yang baik di negeri ini apabila telah meluluskan pembinaan UiTM Kampus Mukah.

Katanya kampus tersebut dijangka mampu memuatkan seramai 2,000 pelajar sebaik sahaja ia siap menjelang 2015.

Sementara, Kampus Samarahan 2 telah dibangunkan di bawah konsep Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) di mana pembinaannya bermula pada 1 Oktober 2010.

Ia menelan kos sebanyak RM311 juta dan difahamkan, kerajaan persekutuan akan mula membayar Rekajaya Projek Sdn Bhd pada Oktober ini iaitu dianggarkan sebanyak RM6 juta sebulan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Malindo Air buat pendaratan sulung <b>di Miri Sarawak</b> | Berita Harian <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 12:22 AM PDT

MIRI- Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air membuat pendaratan sulung di Miri, iaitu destinasi terbaharu syarikat penerbangan serantau itu hari ini.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertolak pada pukul 8.20 pagi itu memakan masa kira-kira dua jam 10 minit dan tiba di sini pada pukul 10.20 pagi.

Ketibaan penerbangan itu turut membawa Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy dan Pengarah Kewangan dan Korporat Industri Aeroangkasa dan Pertahanan Nasional (NADI), Datuk Mohamad Sham.

Mereka disambut Menteri Muda Komunikasi dan Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Lee Kim Shin. – Sumber KOSMO!

GD Star Rating
loading…

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Tapah menjadi buruan penjual ikan <b>di Marudi</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2013 04:05 PM PDT

Posted on September 23, 2013, Monday

IKAN SEGAR: Dua lelaki ini menunjukkan ikan tapah yang dijual oleh Janggut.

MARUDI: Ikan tapah yang semakin mudah diperolehi terutama selepas air sungai mulai naik ekoran kemarau sebelum ini, kini menjadi buruan para penjual ikan di sini kerana harganya yang tinggi selain permintaan yang tinggi.

Bagi seorang penjual ikan yang lebih dikenali dengan nama Janggut, 67, dia berjaya mengaut keuntungan ribuan ringgit hasil jualan ikan tapah sahaja.

Janggut memberitahu, dia membeli ikan tapah daripada penduduk tempatan yang menjual dan memperolehi ikan tersebut di sepanjang Sungai Tinjar hingga ke Long Teru, dengan harga RM38 sekilogram.

Dia yang ditemui Utusan Borneo di sini baru-baru ini, berjaya membeli sembilan ekor ikan tapah yang kesemuanya seberat 117 kilogram dengan harga RM2,886 namun menjualnya balik dan berjaya memperolehi keuntungan hampir satu kali ganda.

"Tetapi keuntungan itu tidak sebanyak yang difikirkan jika ditolak kos minyak yang digunakan oleh saya ketika pergi sendiri ke tempat penduduk berkenaan bagi membeli hasil tangkapan mereka," jelasnya.

Malah menurutnya, pengumuman kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini oleh kerajaan, mengurangkan lagi hasil keuntungan mereka, kerana kos minyak yang semakin meningkat.

"Ini kerana untuk mendapatkan ikan sungai yang segar dan hasil yang memuaskan, saya dan beberapa penjual ikan yang lain, terpaksa pergi sendiri ke perkampungan di Sungai Tinjar termasuk ke Long Teru, untuk membeli tangkapan penduduk kerana mereka tidak turun ke Marudi, semata-mata untuk menjual ikan-ikan tersebut," katanya.

Tambahnya perjalanan pergi balik ke Kuala Tutoh dan Kuala Tinjar dari Marudi sahaja sudah menelan kos minyak petrol melebihi RM100.

Mengenai bekalan ikan tapah katanya, keadaan air sungai yang sudah naik ekoran hujan lebat sejak beberapa hari sebelum itu memberi hasil tangkapan yang baik kepada penduduk tempatan.

Selain tapah, turut ditangkap dan dijual ialah ikan air tawar yang lain seperti bawan, toman, sembilang dan sejumlah kecil ikan baong.

Ikan baong pula semakin berkurangan apabila paras air sungai semakin naik manakala paras air yang mencecah sama paras dengan tebing pula adalah petanda bagi musim ikan tapah, jelas Janggut lagi.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Rumah Panjang Itop , <b>Saratok</b>, <b>Sarawak</b> Hangus pagi tadi ( 19 July <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 03:31 AM PDT

SARATOK, Sarawak : Sebuah Rumah Panjang di Saratok, Sarawak iaitu Rh Panjai Itop musnah akibat kebakaran lingkungan jam 9 pagi tadi ( 19 July 2013 ).

Gambar Ehsan Fb

Rumah Panjang yang dikatakan berjumlah lebih daripada 100 lebih penghuni itu tidak dapat diselamatkan ekoran kebanyakan penghuni telah keluar berkerja.

Kebakaran dikatakan berpunca daripada salah sebuah bilik bahagian dapur di rumah panjai tersebut.

Gambar Ehsan Fb

Kesusahan mendapatkan Isyarat Talian Telefon menyebabkan sebilangan penduduk sukar untuk menghubungi pihak bomba dan terpaksa berlari ke tempat lain terlebih dahulu untuk mendapat isyarat telefon.

- Mr.J


Bonus:

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat <b>Negeri Sarawak di</b> Kota Samarahan

Posted: 18 Jul 2013 04:54 PM PDT

Posted on July 19, 2013, Friday

KOTA SAMARAHAN: Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada 25 Julai di Masjid Al-Muttaqin di sini, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau memberitahu, majlis itu dijangka akan dihadiri lebih 1,800 orang termasuk 300 orang terdiri daripada kalangan tetamu kenamaan.

"Majlis Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri ini akan diadakan di bahagian Samarahan pada 25 Julai ini bersamaan 16 Ramadan bermula 5.30 petang di Masjid Al-Muttaqin Samarahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat akhir Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di Pejabat Residen Samarahan di sini semalam.

Daud berkata, majlis itu akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Norkiah serta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

"Tujuan kita mengadakan majlis sambutan ini adalah bagi memperingati peristiwa bersejarah turunnya al-Quran di muka bumi ini.

"Pada masa yang sama kita mahu melahirkan institusi masyarakat yang bersatu padu berteraskan panduan al-Quran," katanya.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa ia juga sebagai platform mendedahkan cabaran semasa umat Islam dalam menjalinkan perpaduan masyarakat setempat dan menggalakkan masyarakat Islam menerokai khazanah Al-Quran.

Malah sempena majlis itu, katanya satu seminar khas turut akan diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan bermula jam 7.30 pagi hingga 1 petang.

"Dalam seminar ini dua sesi akan diadakan di mana sesi pertama bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia bagi membentangkan tajuk 'Membumikan Al-Quran Iktibar Peristiwa Nuzul Al-Quran.

"Manakala sesi kedua pula para peserta akan bersama Mufti Negeri Sarawak Ustaz Kipli Yassin yang membentangkan tajuk Al-Quran Sumber Wasatiyyah," jelasnya.

Justeru, beliau menggesa masyarakat Islam untuk hadir beramai-ramai di Masjid Al-Muttaqin Samarahan bagi memeriahkan sambutan Nuzul Al-Quran nanti.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Residen Samarahan Ismail Mohd Hanis dan tetamu kehormat lain.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved