ads

Rabu, 18 April 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Berita Harian Edisi <b>Sarawak</b>: Politeknik Metro yang akan dibina <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 11:10 AM PDT


BETONG : Sarawak bakal menerima sebuah lagi institusi kemahiran iaitu Politeknik Metro yang akan dibina di bahagian Betong.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang berkata pembinaan politeknik yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) itu akan menawarkan kursus yang berkaitan dengan bidang perkhidmatan seperti hospitaliti, perakuanan dan teknologi maklumat (IT).
Jabu berkata,bahawa permohonan pembinaan sebuah politeknik metro di bahagian ini telah mendapat kelulusan.
Katanya, dengan tertubuhnya politeknik itu nanti ianya akan dapat membantu dengan menyumbang kepada melahirkan ramai graduan bekelulusan teknikal yang sememangnya diperlukan oleh kerajaan negeri bagi memajukan SCORE.
"Kelulusan pembinaan sebuah politeknik metro di bahagian ini telah pun diluluskan dan dengan itu ia akan dapat melahirkan keperluan tenaga kerja teknikal bagi pembangunan SCORE," ujarnya.
Selain itu, Jabu yang juga ADUN Layar menambah kata bahawa dalam tempoh sepuluh tahun yang lepas Betong telah mengalami pembangunan yang memberangsangkan.
Menurutnya, rakyat di bahagian ini juga sentiasa memberi sokongan padu yang jelas bagi memastikan Bariasan Nasional (BN) mengekalkan kerusi di kawasan berkenaan
"Kepercayaan rakyat Betong terhadap BN jelas dibuktikan dengan sokongan kepada calon BN setiap kali pilihan raya diadakan," jelasnya.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Lingga, <b>Sri Aman</b> Bakal Pengeluar Ikan Terubuk Terbesar <b>di Sarawak</b>

Posted: 17 Apr 2012 04:57 PM PDT

Ini berikutan penubuhan Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk pertama di pekan Lingga
SRI AMAN: Lingga bakal menjadi pengeluar ikan terubuk terbesar di negeri ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.
Menurutnya, ini berikutan sebuah Pusat Penyelidikan Ikan Terubuk yang pertama di Sarawak sedang dilaksanakan penubuhannya di pekan Lingga dan ia bakal menjadi pusat pengeluaran ikan terubuk terbesar di negeri ini.
"Dengan siapnya pusat penyelidikan ini nanti, saya percaya ia dapat menjadi sebuah tempat untuk menternak baka-baka ikan terubuk selain menjaga spesies ini yang menjadi ikon negeri Sarawak," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Bahagian Sri Aman di Rumah Sambau, Nanga Entulang dekat Sri Aman kelmarin.
Katanya, memandangkan populasi ikan terubuk kini semakin pupus, maka pengwujudan pusat penyelidikan berkenaan memang tepat pada masanya untuk mengkaji habitat dan mencari jalan untuk menjaga spesies ini agar tidak pupus.
"Saya percaya, selain tempat untuk membuat kajian dan mencari jalan menjaga spesies ikan terubok, tempat ini juga amat bersesuaian untuk menternak baka-baka ikan terubuk serta berpotensi menjadi pengeluaran ikan terubuk yang terbesar di negeri ini.
"Bukan setakat itu sahaja, pusat penyelidikan ini juga dapat menyediakan baka-baka ikan terubuk dan saya juga percaya, perairan di Lingga ini sememangnya sesuai untuk pembiakan spesies ikan terubuk ini," jelasnya.
Tambah Rohani lagi, seandainya pusat penyelidikan ikan terubuk itu siap dilaksanakan nanti, Lingga berpotensi menjadi pengeluar ikan terubuk di negeri ini.
Justeru, katanya Sarawak tidak perlu lagi mengimport ikan-ikan terubuk dari luar negara memandangkan kita sudah memiliki tempat penternakan ikan terubuk itu sendiri.
Menurut Rohani lagi, sebelum ini Sarawak telah mengimport terubuk dari India dan kini Sarawak bakal mempunyai terubuk tempatan iaitu terubuk dari Lingga.
"Daripada kita mengimport terubuk dari luar negara, alangkah lebih moleknya kita import sendiri ikan-ikan terubuk tempatan dari negeri kita sendiri," ujarnya.
Rohani berkata, dengan siapnya pusat penyelidikan itu nanti ia bukan sahaja sebagai tempat untuk menjaga spesies ikan terubuk malahan sebagai tarikan pelancong ke Lingga kerana Lingga kini popular dengan Pusat Penetasan Buaya di Pulau Seduku.
"Para pelancong yang berkunjung ke Lingga bukan sahaja ingin menyaksikan sendiri tempat Penyelidikan Ikan Terubuk malah para pelancong turut berpeluang berkunjung ke Pusat Penetasan Buaya di Pulau Seduku selain menyaksikan fenomena alam yang terkenal di Batang Lupar iaitu benak," katanya.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengawai JASA Parlimen Batang Lupar Zaidel Ripin, Pengurus Dewan Suarah Sri Aman Nelson Jin Imam, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga Bakthiar Mathan, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat setempat.
Pada majlis yang sama, seramai 74 penduduk rumah panjang ini menyerahkan borang keahlian menyertai PBB yang disampaikan oleh Tuai Rumah Sambau kepada Rohani.
Dalam pada itu, Rohani turut merasmikan ranting PBB Rumah Sambau.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Supply-side policing market for elections? « <b>Sarawak</b> Indigenous <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 08:04 AM PDT

The police seems to be able to ask any price for providing the nebulous `security' for the public when election come about. They asked for 10 times the fund to provide security compared to the fund to administer elections by the EC-now cut to 5 times due to increase in EC's allocations. Now they are asking for 1000 more personnel to provide security to Sarawak's election alone. Why? There is no reason provided-and they don't seems to think they need to give one! There has been a suggestion by MEo-Net that if the nomination time is increased from the incredible 1` hourt to 2-4 weeks as practiced by all over the world the policing need will be cut down by over 50%! The EC was playing with this idea for a while -then they were overruled by the police who want to keep the nomination short so they will continue to demand huge police presence! What self-interested lobby from the police! The police seems to be able to command whatever price they need for the `security' service-where the most secured thing about it is simply the police chief's own pockets!

April 15, 2012

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Sani Acryl Abdullah Sani berkata beliau ingin menempatkan tenaga tambahan di setiap daerah mengundi dari Lundu ke Lawas yang melibatkan 31 kawasan parlimen.

SIBU:  Walau sudah bersedia, polis Sarawak memerlukan  sekurang-kurangnya 1,000 pegawai dan anggota tambahan untuk memperkemaskan lagi persiapan menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Sani Acryl Abdullah Sani berkata beliau ingin menempatkan tenaga tambahan di setiap daerah mengundi dari Lundu ke Lawas yang melibatkan 31 kawasan parlimen.

"Kami akan buat persiapan mengikut keperluan dan keadaan.

"Kami ada prosedur, perancangan dan strategi dari aspek keselamatan yang merupakan tanggungjawab utama kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlumbaan basikal bukit dari balai polis baru Sungai Merah di sini, hari ini.

Perlumbaan itu diadakan sempena sambutan Hari Polis Ke-205.

Mungkin guna RELA

Kira-kira 200 pelumba, termasuk dari Indonesia dan Thailand, menyertai perlumbaan sejauh 55km itu.

Acryl berkata beliau juga sedang menimbang untuk menggunakan khidmat anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi pilihan raya itu.

"Jumlah tenaga kami di negeri ini terdiri daripada lebih 8,000 pegawai dan anggota, termasuk daripada Pasukan Gerakan Am.

"Yang pasti, apabila tiba masa pilihan raya, ramai akan terlibat dengan proses memantau urusan penamaan calon, kempen serta pengundian dan kami ingin pastikan semuanya berjalan lancar, tanpa gangguan.

"Tapi, seperti biasa, kami juga memerlukan ramai anggota untuk manjalankan tugas dan tanggungjawab mencegah jenayah, mengawal lalu lintas dan menangani kes kecemasan.

"Sebab itulah kami perlukan tenaga tambahan itu," kata beliau.

Bernama

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


.: Enam buah rumah panjang <b>di</b> Merio, <b>Lubok Antu</b> bakal terima <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 10:03 PM PDT


Caption: UNTUKMU….Nyalau (tiga kiri) ketika menerima cenderamata daripada Tr Baie sambil disaksi oleh Dr Rayong (dua kanan) dan Geoffery (kanan sekali)  pada majlis itu.
ENGKILILI, Selasa (27 Mac) – Sejumlah enam buah panjang yang terletak di kawasan perkampungan Merio dalam daerah kecil Engkilili bakal menerima Bekalan Elektrik  Luar Bandar (RES) tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak mengumumkan perkara itu ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JKKK Rumah Baie Merio Rembai, Engkilili baru-baru ini.
Katanya enam buah rumah panjang tersebut adalah Rumah Baie Merio Rembai, Rumah Tupie Merio Baong, Rumah Tinggie Merio Tambak, Rumah Melina Merio Sedan, Rumah Jawa Merio Sedan dan Rumah Buda Merio Nanga.
Tanpa menyebut jumlah kos yang diperuntukan bagi tujuan projek itu, Nyalau berkata peruntukan bagi menyediakan projek RES itu sudah diluluskan dan bakal dilaksana tidak lama lagi.
"Saya telah difahamkan bahawa kerja menandakan laluan bagi pembinaan tiang bekalan kuasa elektrik itu sudah dilakukan oleh pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan projek tersebut.
"Ia sekaligus menjadi berita baik untuk rumah panjang tersebut," katanya sambil menambah bahawa kesemua enam buah rumah panjang itu hanya menggunakan lampu minyak bagi menerangi rumah mereka pada waktu malam hari.
Selain itu beliau turut berjanji akan terus berusaha gigih bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa untuk terus mencari peruntukan daripada kerajaan menjayakan projek pembangunan di kawasan parlimennya.
Justeru Nyalau berharap agar rakyat khasnya mereka yang tinggal luar bandar tidak cepat melatah sekiranya pembangunan yang bakal disalurkan kepada mereka lambat  dilaksanakan selepas ini.
"Kerajaan perlu mengkaji projek itu terlebih dahulu disamping perlu mengikuti beberapa peraturan tertentu sebelum ia mahu dilaksanakan," katanya peruntukan untuk tujuan itu akan terus dipohon daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.
Terdahulu beliau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000 kepada JKKK Rumah Baie, dan biro wanitanya RM3,000, JKKK Tupie (RM7,000) dan biro wanitanya (RM2,000), JKKK Buda (RM7,000) dan biro wanitanya (RM3,000) serta JKKK Tinggie (RM3,000) dan biro wanitanya (RM2000).
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong, Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan Lubok Antu.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Kerajaan <b>Negeri Sarawak</b> | Jawatan Kosong <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 10:38 PM PDT

Posted by  in Monday, April 2nd 2012   
Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email...

Sila periksa EMAIL sekarang untuk pengesahan subscribe ini

TIPS BANTUAN UNTUK ANDA YANG MASIH MENCARI KERJA DAN GAGAL TEMUDUGA468x60 Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Sarawak

ban1 Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Sarawak

4ca9c4a008fce468x60 Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Sarawak

jawatankosongkerajaan2020.1 Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Sarawak

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Sarawak

Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Sarawak – Dewan Undangan Negeri Sarawak, badan penggubal undang-undang yang tertua di Malaysia, telah diwujudkan selepas mesyuarat pertamanya di Bintulu pada 8 September 1867. Kumpulan pertama dua puluh satu orang ahli Majlis Umum Sarawak yang diketuai Raja Charles Brooke turut terdiri daripada 6 orang pegawai Brooke dan 16 orang ketua masyarakat tempatan. Dalam tahun 1903, Majlis Umum ini dinamakan semula sebagai Majlis Negeri.

Warganegara Malaysia anak Sarawak yang berumur tidak kurang dari 18 tahun adalah dipelawakan untuk memohon mengisi jawatan di PELBAGAI JABATAN DAN KEMENTERIAN bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 yang mempunyai ijazah dari institusi Pengajian Tinggi Awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan seperti berikut:-

1. Pegawai Tadbir
2. Pustakawan
3. Pegawai Keselamatan
4. Pegawai Syariah
5. Juruaudit
6. Akauntan

Tarikh Tutup Permohonan : 16 April 2012

Unlock the content with a Like, a Tweet or a +1.

Untuk Teruskan, Sila Klik "LIKE"@"TWEET"@" +1" Di Atas

kerja kerajaan 300x251 Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Sarawak

Anda suka jawatan ini? Jangan lupa klik "LIKE"

Dapat Maklumat Terkini Jawatan Kosong Kerajaan Terus Ke Email...

Sila periksa EMAIL sekarang untuk pengesahan subscribe ini

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> PUSTAKA <b>NEGERI SARAWAK</b> | PELUANG <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 06:58 PM PDT


2 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pembantu Perpustakaan
2. Pembantu Tadbir

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Closing Date: 9 April 2012

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kebakaran malam ambang 2012 <b>di Matu</b> ragut dua jiwa - My <b>Sarawak</b>

Posted: 02 Jan 2012 06:11 PM PST

MOHD HAFIZI

MATU: Tragedi kebakaran sebuah kediaman di Kampung Hulu Kuala Matu, di sini 10 minit sebelum tirai 2011 dilabuhkan pada malam Ahad lalu meragut dua jiwa.

Mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu ialah Hamidah Bugay, 43, dan cucunya Nadirah Abdullah, setahun.

Menurut anak mangsa, Mohd Hafizi Nahar, 15, yang ditemui Utusan Borneo di sini, semalam, semasa kejadian terdapat tiga penghuni dalam rumah itu.

"Selain emak serta anak saudara yang terkorban, turut berada dalam rumah ketika kejadian ialah adik saya Riyanty, 5.

"Mujur Riyanty sempat menyelamatkan diri, namun dia melecur di beberapa bahagian badan. Kini, dia stabil selepas dirawat di Hospital Umum Sibu," jelasnya.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu itu memberitahu bahawa semasa kejadian bapanya Nahar Abu Samah, 43, tiada di rumah.

"Seramai lapan ahli keluarga mendiami rumah itu. Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh hampir sejam hasil bantuan penduduk kampung

"Sekarang kami menumpang sementara di rumah saudara-mara di sini," tambahnya yang masih trauma ekoran tragedi itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie yang meraikan tahun baharu di pekan Matu bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan oleh orang ramai.

Beliau juga menghulurkan sumbangan peribadi untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved