ads

Rabu, 23 Mei 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


<b>Sarawak</b> Rancang Bangun Zon Akuakultur <b>Di Lawas</b> ~ namaberita <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 12:30 AM PDT

Suasana petang di Kampung Punang, Lawas
KUCHING, 12 Mac (Bernama) -- Sarawak merancang untuk membangunkan Zon Perindustrian Akuakultur (AIZ) di Lawas, bagi mengembangkan lagi potensi industri itu di daerah tersebut.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata AIZ akan meliputi kawasan Skim Penempatan Semula Awat-Awat, Kampung Punang dan Sundar di daerah itu.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan taklimat mengenai Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2010-2020 di sini, beliau berkata tiga kawasan terbabit memang dikenali sebagai kawasan menangkap ikan dan pelbagai aktiviti hiliran berkaitan.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


SK BAYANG DARO <b>SARAWAK</b>: Menjamu Selera <b>Di Mukah</b>

Posted: 05 May 2012 12:00 AM PDT

Bertolak dari Belawai pukul 8:30 pagi.
Sampai Mukah pukul 12:15 Tgh Hari

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Malaysia Zoom » PPWS-FAMA anjur program <b>di Simunjan</b>

Posted: 11 Jan 2012 03:03 PM PST

SAMARAHAN 11 Jan. – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) daerah Simunjan telah mengadakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Balai Raya, Kampung Kepayang dekat Simunjan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) baru-baru ini.

Program sehari itu melibatkan 22 cawangan PPWS di daerah Simunjan dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi PPWS Sarawak yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.

Dalam ucapan perasmian, Nancy berkata, program seumpama itu secara tidak langsung dapat mendedahkan bidang keusahawanan kepada kaum wanita di kawasan luar bandar.

"Saya amat terharu melihat penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PPWS daerah Simunjan dalam menjayakan Program Motivasi, Inovasi dan Kreativiti di Kampung Kepayang ini.

"Usaha seperti ini sekali gus membuktikan wujudnya semangat kerja berkumpulan dalam PPWS daerah Simunjan untuk bergerak maju ke hadapan," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Kampung Kepayang, Simunjan, dekat sini.

Dalam pada itu, Nancy memberitahu, menerusi gerai yang disediakan oleh FAMA juga, kaum wanita yang terlibat boleh menjual hasil kraftangan kepada para pengunjung di samping mendidik mereka untuk berdikari dalam bidang keusahawanan.

Terdahulu, beberapa aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan program terbabit seperti pertandingan karaoke, ceramah motivasi keusahawanan, pertandingan memasak Laksa Sarawak, persembahan kebudayaan, pertandingan Pakaian 1Malaysia dan jualan beraneka produk serta hasil kraf tangan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Ayu: Pengedar SHAKLEE anda <b>di Lundu</b>, <b>Sarawak</b>~ Jom baca <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 03:00 PM PDT

_______________________________________________
Salam semua,

Diharap anda semua mendapat manfaat dari segala yang saya kongsikan bersama..
Petang ni tetiba teringat saat-saat sukar ketika saya mula menyusukan anak,almaklumlah anak yang pertama..hehe

Percaya x jika saya berkata saya pernah menangis bila baby melalak nak susu,tapi susu xnak keluar.. sebagai ibu muda yang mana berniat untuk menyusukan anak sepenuhnya,masa tu mmg x terniat akan susu tepung..

Lagipun masa tu teringatkan warning dari misi,agar jgn memberi susu tepung pada baby, Tapi emak pegi ke pasar belikan susu formula Anmum, nak xnak saya beri juga, memandangkan saya letih untuk mendengar tangisan yg berterusan,dgn puting yg melecet dan baby yg asyik macam lapar..actualy satu kelegaan bila sy dapat berikan susu tepung tu sbg penyelamat masa tu..(macam jahat je kan?tp ianya hakikat..huhu)

Dengan cuaca yg panas, kat kpg pula masa tu xda bekalan air, mmg memberi serba sedikit tekanan sebenarnya,ditambah pula kene berbaju pnjg,breast yg bengkak-puting melecet,betul2 memberi cabaran.

Saya bersyukur kerana menjadi housewife sebenarnya, bile aku mula sembuh dr puting yg melecet,mula merasa sihat, saya dpt menyusukan saya secara direct, lebih mudah..

Hari berganti hari..
Alhamdulillah jugak, anak saya dah berusia 1 tahun 4 bulan tp air susu saya masih byk..syukur pada rezeki Allah berikan. Syukur juga sbb anak jenis nak mengempeng je,walaupun rimas tp disebabkan dia selalu menghisap dan menyusu membuatkan breast sy tetap produce susu yg byk..

Saya consume Shaklee semata untuk memperkayakn zat untuk tubuh badan saya yakni dimana akan disalurkan pada bayi..agar air susu lebih bernutrisi. Apa yang ingin saya tekankan bile saya nyatakan tentang Shaklee ni ialah,Vitamin ini bukan jalan pintas untuk banyakkan susu,Yakinlah dengan konsep Demand & Supply..:) mcm saye td,anak rajin menetek je..hehe

Dengan Shaklee, aku mula membuka minda dengan khasiat yang mampu diberi olehnya, Agaknya jika aku amalkan vitamin b complex yg diberikan dulu,mungkin aku dpt kurangkan tekanan semasa dlm pantang tu, yelah mula kenal Shaklee baru tahu B Complex untuk ape, Vitamin C  untuk ape..hehe Dan lebih buat sy kagum,disaat puting melecet tu,saya boleh sapukan herbal blend cream atau vitamin E untuk cepatkan proses penyembuhan..
Tapi xpe, biar lambat tahu dari x tahu langsung..:)

Happy Breastfeeding!!  :)

__________________________________________________________
ha....boleh hubungi ayu untuk buat order ye..nak jadi bisnes partner ayu pon boleh untuk dapatkan side income bulan2:)
Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma, after sales service secara berterusan, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee...dan yang pastinya...anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada! Saya akan recommend kan vitamin yang sesuai dengan budget anda dan terangkan kenapa anda perlukan vitamin2 tersebut...
Boleh hubungi saya di zahirahhafizan@gmail.com atau sms/whatsupp 0139422527 untuk sebarang pertanyaan:)
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

11 di subis sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di subis sarawak - Google Blog Search


LEARNING AND YEARNING: <b>Di</b> manakah Gua Nasib Bagus?

Posted: 17 Jun 2010 01:24 AM PDT


Istilah ini mungkin tidak asing bagi pelajar Tingkatan 2.  Di mana sebenarnya Gua Nasib Bagus ini?  Ada buku sebut Gua Niah, ada pula sebut Gua Mulu.  Di bawah topik Bab12 Petempatan, m/s 115 dalam buku teks, ia disebut bahawa:

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Maklumat di atas ini mengandungi sekurang-kurangnya 3 kesilapan.  Apa dia?  Baiklah, cuba lihat maklumat di bawah ini:

"Gua Niah atau "Lubang Nasib Bagus" mengikut panggilan tempatan merupakan gua terbesar di dunia.  Panjangnya adalah 700 m, 70 m tinggi dan purata lebarnya 300 m.  Keluasannya dianggarkan boleh memuatkan sebanyak 70 buah kapal terbang Airbus.  Gua ini terletak di Taman Negara Mulu Sarawak."

Tulis yang italic dan berwarna ungu sebenarnya agak mengelirukan.  Kesilapannya ialah:
1.  Gua Niah bukan gua terbesar di dunia.  Ia dikatakan boleh memuatkan 3 padang bola sepak.
2.  Gua Niah bukan terletak di Taman Negara Mulu.  Ia sebenarnya terletak di Gunung Subis di Bahagian Miri, Sarawak.
3.  Gua Niah juga bukan dipanggil "Lubang Nasib Bagus".

Taman Negara Mulu juga terletak di Bahagian Miri.  Gunung Mulu terbentuk 5 juta tahun dahulu.  Di dalam taman negara ini terdapat banyak gua.  Di antaranya ialah Gua Nasib Bagus, Gua Rusa (Deer Cave) dan Clearwater Cave.  Maka Gua Nasib Bagus adalah di dalam Taman Negara Mulu.  Di dalam Gua Nasib Bagus pula terdapat "Kamar Sarawak" (Sarawak Chamber) -  ruangan yang sangat besar sehingga boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747 di dalamnya.

Gua Niah pula adalah gua yang tertua di Sarawak.  Ia terletak di Gunung Subis.  Gua batu kapur ini terbentuk 16 - 20 juta tahun dahulu.  Tinggalan manusia 40,000 tahun dahulu boleh dijumpai di sini.  Maka, petempatan awal juga boleh dijumpai di sini.

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Penduduk Islam <b>Di</b> Hulu Baram Perlukan Surau <b>...</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 21 Feb 2012 08:59 PM PST


BARAM - Long Akah juga dikenali sebagai Long aka adalah penempatan di kawasan pedalaman bahagian Marudi, Sarawak di hulu sungai Baram. Lapangan Terbang Long Akah hanya untuk berlepas dan pendaratan jangka pendek dan menyediakan laluan ke kampung tersebut yang jauh dari Miri dan Marudi. Terdapat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Datuk Lawai Jau Long San Ulu Baram di situ. Ramai guru dari semananjung dan tempatan yang mengajar di sekolah tersebut.
Baru-baru kita ada menerima aduan tentang masalah guru yang mengajar di SMK Temenggong Datuk Lawai Jau Long San, Ulu Baram yang sangat memerlukan sebuah surau, untuk guru dan penduduk yang beragama Islam solat berjamaah di situ.
Mereka memohon agar pihak berwajib dapat membina sebuah surau di kawasan mereka mengajar, sekurang-kurangnya dapat digunakan manafaat oleh penduduk Islam di situ mengaji Al Quran, belajar Solat dan fardu Ain.
Guru yang bertugas di kawasan pedalaman Sarawak, sepatutnya dilayan dengan baik kerana mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga mereka sekian lama dan sudah tentu mereka ini akan terasa terpinggir, lebih-lebih lagi tanpa ada kemudahan asas dan insfrastruktur yang baik di kawasan pedalaman tempat mereka berkhidmat. Namun guru-guru ini tetap menjalankan tugas mereka dengan tekun tanpa rasa jemu dan bosan demi mendidik anak bangsa.
Pihak Kementerian Pelajaran seharusnya memberi perhatian yang sewajarnya terhadap masalah yang dihadapi oleh guru yang beragama Islam dan bukan Islam yang berkhidmat jauh di kawasan pedalaman Sarawak.
Pihak kerajaan perlu membina lebih banyak lagi kemudahan asas untuk penduduk di pedalaman Sarawak agar mereka dapat hidup selesa dan mampu untuk menjana ekonomi sendiri dengan menjual hasil tanaman serta kraftangan mereka ke bandar yang berdekatan.
Kemudahan asas dan infrastruktur ini sangat diperlukan oleh semua penduduk di Ulu Baram tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Kita mendesak pihak kerajaan atau badan yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat dapat turun padang melihat sendiri, nasib guru dan penduduk di pedalaman tersebut, agar pemintaan mereka untuk mendapat kemudahan asas tersebut dapat ditunaikan dengan segera.
Kepada umat Islam dan para dermawan yang bermurah hati, bolehlah menderma atau memberi sumbangan terus kepada guru dan penduduk Islam di Ulu Baram tersebut yang ingin membina sebuah surau di tempat mereka tinggal agar ianya menjadi kenyataan.
Segala derma boleh disalur ke Jabatan Islam berdekatan untuk mereka salurkan kepada pihak yang berkenaan. Kita harap pihak yang diamanah menjaga kebajikan umat Islam di Sarawak dapat menyalurkan wang derma tersebut terus kepada pihak yang memerlukan.
Pihak kami hanya menyampaikan hasrat,  para guru dan penduduk Islam di Ulu Baram, agar kita sama-sama dapat menyumbang dan menderma untuk pembinaan sebuah surau.   Segala sumbangan ikhlas penderma hanya Allah yang  akan membalaskannya di hari kemudian. 
Muslim population in Upper Baram Need the Surau (place of worship) and Basic Facilities
BARAM - Long Akah (also known as Long Aka) is a settlement in interior of the Marudi division of Sarawak on the upper reaches of the Baram River. Long Akah Airport is a STOL (short take-off and landing) airfield, providing access to this remote village from Miri and Marudi.
There is a National Secondary School Long Temenggong Datuk Lawai Jau San Ulu Baram there.  There are many teachers from the Peninsular and local teaching in the school.
Recently, we have received complaints about the problem of teachers in SMK Datuk Temenggong Lawai Jau Long San, Ulu Baram who are in need of a Surau (prayer place) for teachers and Muslim population for congregational prayers there.
Ministry of Education should give adequate attention to the problems faced by Muslim teachers who serve in rural areas after their trouble and away from their families.
They asked that the relevant authorities can build a prayer house in the area they teach, at least can be used, benefit by the Muslim population there studying the Qur'an, learn Prayer and study obligatory of Islam religion.
Teachers working in remote areas of Sarawak should be treated well as they have to be away with their families for so long, and of course they will feel left out, especially without any basic amenities and good infrastructure in rural areas where they serve.
However, these teachers still carry out their duties diligently without feeling tired and bored to educate the children.
The Ministry of Education should give adequate attention to every problem faced by Muslims and non-Muslims teachers who serve in remote rural areas of Sarawak.
The government should build more basic facilities to people in rural Sarawak so that they can live comfortably and be able to generate their own economies by selling their produce and handicrafts to the nearest town.
Basic facilities and infrastructure are needed by all people in Ulu Baram, regardless of race, religion and political belief
We urge the government or body entrusted with the welfare of the people can go to the ground, see for your-self, the future of teachers and the rural communities, so that their demand for basic facilities can be granted immediately.
To the Muslims and generous benefactors, can donate or contribute directly to the teacher and the Muslim population in Ulu Baram, which wants to build a surau, where they lived, so that it becomes a reality.
All donations can be channelled to the nearby Islamic Department for their distributed to the relevant parties.
We hope the parties entrusted with the welfare of Muslims in Sarawak can channel donations directly to those in need.
They can liaise with Miri education department for managing the construction of the Surau later.
We only deliver the desire of the teachers and the Muslim population in Ulu Baram, so that we all can contribute and donate to the construction of a Surau in their place later.
All donor contributions only God will be rewarded in the hereafter.
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


Singer Buka Cawangan <b>di Saratok. - Sarawak</b> Update

Posted: 11 Feb 2012 04:59 AM PST



Syarikat Singer (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melebarkan sayapnya di Malaysia sejak 106 tahun yang lalu telah membuka dengan rasminya sebuah lagi cawangan yang baru di Saratok.
Cawangan tersebut merupakan yang ke 16 dibuka di Negeri Sarawak yang telah dirasmikan oleh Pengarah urusan, Singer (Malaysia) Sdn. Bhd., Yeap Dein Wah disini hari ini.
Ketika sidang media bersama wartawan, Yeap berkata, Singer yang pada asalnya dikenali dengan jenama untuk mesin jahit telah melebarkan jaringan dengan mempelbagaikan barangan untuk jualan.
Katanya, pada masa sekarang melebihi 650 buah kedai Singer telah beroperasi di Malaysia dan telah membuka peluang pekerjaan kepada usahawan yang berminat untuk menceburi bidang tersebut.
Dalam usaha menaik taraf kehidupan dan tidak membebankan pelanggan Singer juga telah menyediakan Skim Ansuran Bayaran Mudah untuk pelanggan. Berkat sokongan pelanggan yang ramai mengukuhkan pasaran dan jualan barangan jenama tersebut, tambahnya.
"Singer mensasarkan akan membuka 1,000 buah kedai yang beroperasi dalam dua tahun akan datang di seluruh Malaysia, jelasnya.
"Bagi yang berminat untuk menjadi usahawan, dan ingin menceburi bidang jualan langsung, Singer juga mempelawa mereka yang berminat untuk menjadi agen jualan di seluruh Malaysia. Pada masa kini, seramai melebihi 3,000 agen jualan yang aktif, katanya.
Sebagai sebuah syarikat yang telah bertapak lama, Yeap mengharapkan Singer akan menjadi sebuah syarikat tempatan yang boleh membantu menaik taraf kehidupan semua lapisan masyarakat. Dengan barangan yang berkualiti dan kelulusan kredit yang dijamin serta ansuran bayaran yang mudah.
Beliau juga berharap dapat membantu usahawan dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa dan membuka jalan untuk perniagaan.
Dalam majlis yang sama, Pengurus Cawangan Singer Saratok, Nancy Kueh Mei Feng mengucapkan penghargaan kepada pelanggan yang telah memberi sokongan dan membeli barangan jenama tersebut.
Dengan kejayaan itu juga, Singer Saratok telah dinaik taraf menjadi Cawangan yang baru dan perasmian majlis itu merupakan kejayaan semua pelanggan.
Nancy turut menyediakan cabutan bertuah untuk pelanggan yang hadir pada majlis tersebut. Sebanyak 20 cabutan telah dibuat untuk pelanggan bertuah.
Turut hadir dalam majlis itu ialah, Pengurus Am, Singer Sarawak, Allan Lee, Pengurus Kawasan Kanan, Chan Seng Poh, Pengurus Pe3rkhidmatan Kredit, Thanapalan K Thigaraju serta Pengurus-pengurus Cawangan Singer seluruh Sarawak.
Pada masa yang sama, Singer turut mengadakan promosi hebat Beli Satu dapat Dua barangan Produk Singer. Dengan pembelian barangan jenama tersebut, pelanggan mendapat percuma satu barangan dan dapat membeli barangan produk yang terpilih dengan harga yang murah dan berpatutan.
Promosi yang bermula 08 Februari sehingga 07 Mei 2012 menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan terpilih termasuk Peti Sejuk, Mesin basuh, TV LED/LCD/Plasma dan perabot.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


RM2j untuk bangunkan Annah Rais | sarawakpage

Posted: 04 Sep 2011 10:25 PM PDT

RASMI: Dawos (kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Gawai Pelancongan Peringkat Negeri sambil disaksikan oleh Ranum (dua kiri), Nansian (tiga kiri), Edward (dua kanan) dan Dominic (kanan).

MPP harap jumlah pelancong meningkat sejajar dengan prasarana

PADAWAN: Kementerian Pelancongan telah membelanjakan RM2 juta untuk membangunkan industri pelancongan di Kampung Annah Rais sejak tiga tahun lepas.

Kaunselor Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Edward Kurik berkata, peruntukan tersebut adalah untuk menaik taraf Kolam Air Panas Kampung Annah Rais, kemudahan prasarana dan program inap desa di kampung tersebut.

"Kementerian Pelancongan telah banyak menyalurkan peruntukan kepada pembangunan industri pelancongan di Kampung Annah Rais terutamanya untuk projek besar seperti menaik taraf Kolam Air Panas serta meningkatkan kemudahan prasarana seperti tandas awam dan keadaan rumah panjang ini.

"Dianggarkan kos kesemua projek ini adalah mencecah sehingga RM2 juta dan telah siap dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Pelancongan Peringkat Negeri di Kampung Annah Rais, di sini malam kelmarin.

Sementara itu, beliau yang bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut memberitahu, terdapat kira-kira RM1 juta lagi telah diperuntukkan oleh Kementerian Pelancongan untuk merancakkan lagi program inap desa di kampung tersebut.

"Kita sudah dimaklumkan bahawa kini sudah ada peruntukan sekitar RM1 juta lagi untuk kita menaik taraf kemudahan infrastruktur bagi program inap desa kita," katanya sambil memberitahu program inap desa telah banyak menyumbang kepada ekonomi penduduk kampung tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit yang dalam ucapannya berkata, program inap desa merupakan satu-satunya produk pelancongan yang terkenal di kampung tersebut.

"Kita mengharapkan ekonomi penduduk di kawasan ini meningkat menerusi program pelancongan seperti ini dan pada tahun ini kementerian saya sudah menyediakan peruntukan bagi menaik taraf prasarana inap desa.

"Begitu juga di tempat lain, saya mahu sesiapa yang berminat kepada program ini sila maklumkan kepada saya agar saya dapat mengambil tindakan segera bersama dengan orang yang bertanggungjawab mengenai perkara ini agar kita dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke sini," katanya.

Dawos dalam ucapannya turut mencadangkan agar Gawai Pelancongan yang merupakan acara tahunan anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, (Tourism Malaysia) Sarawak dan Kementerian Pelancongan dan Warisan dapat ditukar nama kepada 'Gawai Inap Desa' pada tahun hadapan.

"'Gawai' dalam bahasa Bidayuh adalah pesta atau keramaian dan pada hari ini ialah Gawai Tourism (pelancongan) maka pada tahun hadapan saya cadangan agar ia dinamakan sebagai Gawai Homestay (inap desa) memandangkan ia adalah antara aktiviti utama pelancongan di kampung ini," katanya lagi.

Source: Utusan Borneo

Short URL: http://www.sarawakpage.com/?p=4011

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved