Rabu, 23 Mei 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


RM2j untuk bangunkan Annah Rais | sarawakpage

Posted: 04 Sep 2011 10:25 PM PDT

RASMI: Dawos (kiri) memukul gong sebagai simbolik merasmikan Gawai Pelancongan Peringkat Negeri sambil disaksikan oleh Ranum (dua kiri), Nansian (tiga kiri), Edward (dua kanan) dan Dominic (kanan).

MPP harap jumlah pelancong meningkat sejajar dengan prasarana

PADAWAN: Kementerian Pelancongan telah membelanjakan RM2 juta untuk membangunkan industri pelancongan di Kampung Annah Rais sejak tiga tahun lepas.

Kaunselor Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Edward Kurik berkata, peruntukan tersebut adalah untuk menaik taraf Kolam Air Panas Kampung Annah Rais, kemudahan prasarana dan program inap desa di kampung tersebut.

"Kementerian Pelancongan telah banyak menyalurkan peruntukan kepada pembangunan industri pelancongan di Kampung Annah Rais terutamanya untuk projek besar seperti menaik taraf Kolam Air Panas serta meningkatkan kemudahan prasarana seperti tandas awam dan keadaan rumah panjang ini.

"Dianggarkan kos kesemua projek ini adalah mencecah sehingga RM2 juta dan telah siap dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Pelancongan Peringkat Negeri di Kampung Annah Rais, di sini malam kelmarin.

Sementara itu, beliau yang bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut memberitahu, terdapat kira-kira RM1 juta lagi telah diperuntukkan oleh Kementerian Pelancongan untuk merancakkan lagi program inap desa di kampung tersebut.

"Kita sudah dimaklumkan bahawa kini sudah ada peruntukan sekitar RM1 juta lagi untuk kita menaik taraf kemudahan infrastruktur bagi program inap desa kita," katanya sambil memberitahu program inap desa telah banyak menyumbang kepada ekonomi penduduk kampung tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit yang dalam ucapannya berkata, program inap desa merupakan satu-satunya produk pelancongan yang terkenal di kampung tersebut.

"Kita mengharapkan ekonomi penduduk di kawasan ini meningkat menerusi program pelancongan seperti ini dan pada tahun ini kementerian saya sudah menyediakan peruntukan bagi menaik taraf prasarana inap desa.

"Begitu juga di tempat lain, saya mahu sesiapa yang berminat kepada program ini sila maklumkan kepada saya agar saya dapat mengambil tindakan segera bersama dengan orang yang bertanggungjawab mengenai perkara ini agar kita dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke sini," katanya.

Dawos dalam ucapannya turut mencadangkan agar Gawai Pelancongan yang merupakan acara tahunan anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, (Tourism Malaysia) Sarawak dan Kementerian Pelancongan dan Warisan dapat ditukar nama kepada 'Gawai Inap Desa' pada tahun hadapan.

"'Gawai' dalam bahasa Bidayuh adalah pesta atau keramaian dan pada hari ini ialah Gawai Tourism (pelancongan) maka pada tahun hadapan saya cadangan agar ia dinamakan sebagai Gawai Homestay (inap desa) memandangkan ia adalah antara aktiviti utama pelancongan di kampung ini," katanya lagi.

Source: Utusan Borneo

Short URL: http://www.sarawakpage.com/?p=4011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads