ads

Selasa, 27 September 2011

11 di limbang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di limbang - Google Blog Search


Tindakan bendung fitnah, hasutanHasbi selar usaha pihak <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2011 06:12 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]ERAT HUBUNGAN: Hasbi (dua kanan) bersama ketua-ketua jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan di Limbang, semalam. LIMBANG: Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah akan mengambil tindakan sewajarnya untuk ...

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Penghakiman pertandingan ADC <b>di Betong</b> bermula | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2011 07:15 PM PDT

Posted on September 28, 2011, Wednesday

PENGHAKIMAN: Dr Anthony (tengah) bersama para hakim dan pihak urus setia selepas majlis penghakiman pertandingan ADC di Daerah Kecil Kabong dekat Sri Aman, semalam.

SRI AMAN: Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) bagi tahun 2011 bermula penghakimannya melibatkan dua buah kampung di kawasan Kabong dalam Bahagian Betong, dekat sini semalam.

Kampung-kampung yang dilaksanakan penghakimannya ialah Kampung Melayu Sungai Endot dan Kampung Gerigat, masing-masingnya mewakili Daerah Kecil Kabong.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Residen Bahagian Betong, Dr Anthony Valentine Laiseh merangkap Ketua Hakim ADC tahun ini menyifatkan pertandingan tersebut sebagai platform ke arah mewujudkan kampung yang dinamik dan berdaya tahan dan maju dalam semua bidang pembangunan.

Jelasnya, sokongan dan sambutan penduduk kampung semasa proses penghakiman amat menggalakkan.

Katanya lagi, ini membuktikan bahawa ada perubahan transformasi minda masyarakat

ke arah minda celik pembangunan.

Objektif pertandingan ADC tahun ini ialah untuk menilai tahap kemajuan sesebuah kampung, di samping memangkin kepimpinan dan kemajuan kampung serta memberi pengiktirafan kepada kampung tersebut.

Justeru, katanya, mana-mana kampung yang berjaya dalam pertandingan ini akan menjadi 'role model' kepada kampung-kampung lain.

Hadiah pertandingan ADC peringkat daerah tahun ini ialah sebanyak RM4,000 untuk johan, RM2,000 untuk naib johan dan tempat ketiga bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.

Kampung yang menang di peringkat daerah akan mewakili daerah/bahagian masing-masing ke peringkat negeri pada tahun ini.

Penghakiman peringkat kedua akan bermula pada 27 September di Rumah Juliana Bedus, Kamidan Jaya dan Rumah Robert Lin, Kedap sebelum menyusur Rumah Mara dan Rumah Banggai, Serudit serta Rumah Randi, Entanak Betong.

Turut serta dalam penghakiman tersebut ialah Penyelia-penyelia KEMAS Daerah Betong/Saratok selaku urus setia ADC bagi tahun 2011.

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di kanowit sarawak - Google Blog Search


Chicken wings fly to an all time high in <b>Kanowit</b> | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2011 05:58 PM PDT

by Peter Boon. Posted on September 28, 2011, Wednesday

SCARCITY: MDTCC enforcement officer seeks explanation from a chicken vendor on the market shortage.

SIBU: The price of chicken wings has sky rocketed to RM16 per kg in Kanowit as the shortage of chicken now begins to affect even the rural folk.

Alarms rang when a consumer complained of the pricey chicken wings there, saying at that price, it
was beyond the reach of those in the lower income bracket.

"We are daily paid workers and if the price of essentials have become so high, how can we afford them anymore. Our pay is not much and we're already at our wits' end to place food on the table," he grimaced.

When contacted, the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism (MDTCC) Sibu branch chief Balraj Singh said: "We have dispatched a team of enforcement officers to Kanowit to investigate the claim and would not hesitate to mete out stern actions on errant traders."

Balraj warned that they would enforce the new Price Control and Anti Profiteering Act 2011 on unscrupulous traders, which comes with a hefty fine.

He assured that their officers were constantly on the ground to keep tabs of the market situation.

Meanwhile, when interviewed earlier, Sibu Livestock Farmers Association chairman Ling Chi Kiong noted chicken wings was a favourite among locals here, which perhaps, is also causative of the current shortage.

He recalled that demand for chicken wings soared rapidly during Hari Raya Aidil Fitri.

Asked why chicken wings were a favourite of people here, Ling said: "That I am not too sure. But I know people just crave for it."

Meanwhile, prices of chicken had also climbed due to shortage in supply as demand continued to surge.

Ling nevertheless, reckoned that the current pricing of chicken between RM8.40 and RM9 per kg is still reasonable and within the reach of the masses.

Meanwhile, Deputy Minister Datuk Rohani Abdul Karim was quoted as saying that they were working with the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry on the replenishment of chickens, which among others, included weighing the possibility of importing chickens from authorised countries.

An observation at Sibu Central Market yesterday morning, noted chicken vendors were set to close for the day as early as 10am.

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Fourth Archbishop of the Province of South East Asia elected <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 11:06 PM PDT

Source:  Diocese of Singapore

Province of the Anglican Church in South East Asia

Press Statement
Election of 4th Archbishop of the Province
The Province of the Anglican Church in South East Asia is pleased to announce the election of the Rt. Revd. Datuk Bolly Anak. Lapok, Bishop of Kuching (which covers Sarawak and Negara Brunei Darussalam), as the 4th Archbishop of the Province. The election took place at the Extraordinary Meeting of the Synod of the Province held in Kota Kinabalu, Sabah from 21 to 22 September 2011.
Archbishop-elect Bolly, who is an Iban, hails from Sri Aman, Sarawak. He received his early education at Government Secondary School, Simanggang, and then at the House of Epiphany, Kuching. He subsequently pursued his theological education at Birmingham University, United Kingdom, where he graduated with a Masters of Arts with distinction. He was made a deacon on 2 March 1975 and ordained as priest on 7 December 1975. Archbishop-elect Bolly was collated Archdeacon on 13 June 1991 and was subsequently consecrated as an Assistant Bishop in the Diocese of Kuching on 5 September 1999. He was enthroned as the Diocesan Bishop on 15 April 2007. He is currently Chairman of the Association of Churches in Sarawak and a member of the Permanent Committee to Promote Understanding and Harmony Amongst Religious Adherents.

The Province brings together Anglican churches in Negara Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Nepal, Singapore, Thailand and Vietnam.

Archbishop-elect Bolly is married to Mary Jean Baba and has 4 children.

Archbishop-elect Bolly is scheduled to be installed as Archbishop at St. Thomas' Cathedral, Kuching, Sarawak on 12 February 2012.

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Rakyat <b>Samarahan</b> bertuah dapat menikmati <b>...</b> - my <b>Sarawak</b>

Posted: 26 Sep 2011 08:19 PM PDT

Posted on 27 September 2011.

GAYA PEMIMPIN: Adenan (kiri) Mohammad Ali (tengah) dan Awang Tengah (kanan) tersenyum diarak menggunakan perahu Sri Muara Tuang pada majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Dewan Suarah Kota Samarahan, malam Ahad lalu.

KOTA SAMARAHAN: Rakyat di kawasan Samarahan sememangnya amat bertuah dapat menikmati pembangunan yang pesat di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata pembangunan pesat yang berlaku di sini bukan sahaja dari segi ekonomi malah pendidikan, pertanian dan sebagainya.

"Kita akui Samarahan akan terus membangun dengan pelbagai projek pembangunan dan prasarana serta bakal menjadi sebuah bandar moden," katanya berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Muara Tuang di sini malam kelmarin (Ahad).

Adenan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang berkata kepesatan pembangunan itu membolehkan rakyat di sini hidup dengan lebih selesa dan harmoni.

Beliau menarik perhatian bahawa era pembangunan Samarahan dahulu dan pada masa sekarang amat jauh berbeza setelah banyak program pembangunan dilaksanakan.

"Saya percaya rakyat di sini akan terus menikmati pembangunan yang lebih mapan pada masa akan datang selagi mereka memberikan sokongan padu kepada BN," katanya.

Hadir sama Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bekas Speaker Dewan Negara Tan Sri Ahmad Urai, ADUN Muara Dato Sri Mohammad Ali Mahmud, ADUN Sebuyau Julaihi Narawi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan ADUN Kedup Martin Ben.

Terdahulu, Mohammad Ali dalam ucapannya berharap penduduk di kawasan Muara Tuang akan terus mengukuhkan perpaduan dan bekerjasama dalam meningkatkan arus pembangunan.

Menurutnya, segala propaganda pihak pembangkang yang hanya muncul ketika musim pilihan raya adalah satu dakyah mereka yang mahu memecah belah perpaduan rakyat.

"Saya yakin dengan semangat dan sokongan jitu rakyat di sini kita akan terus memberi kejayaan besar kepada BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Pelbagai acara menarik disajikan pada majlis itu seperti nyanyian lagu-lagu Hari Raya dan persembahan kebudayaan.

Pada majlis itu tiga tetamu kehormat iaitu Adenan, Mohammad Ali dan Awang Tengah diarak oleh penduduk dengan perahu hiasan khas 'Sri Muara Tuang' yang muncul tempat ketiga dalam Regata Sarawak 2011 di Tebingan Kuching, baru-baru ini.

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Jenama politik DAP tidak mudah diterima penduduk luar bandar <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 08:39 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

SIBU: DAP tidak akan pergi jauh ke kawasan luar bandar untuk memperluas dan mengukuhkan sokongan bagi mencapai hasratnya mengambil alih kerajaan negeri, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing.

Beliau berkata ini kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanya-kan berpusat di bandar di samping DAP tidak mampu menghadapi cabaran ke kawasan luar bandar atas faktor geografi.

"Jenama politik DAP, saya fikir tidak mudah diterima oleh kebanyakan penduduk luar bandar. Ini juga kerana kebanyakannya adalah berdasarkan tuduhan, tidak benar dan kritikan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

"Adalah senang untuk mengkritik… jadi sangat mudah tetapi mencari penyelesaian sangat susah. Hanya kerajaan pada hari ini yang ada penyelesaian kerana kita ada pihak berkuasa untuk lakukan.

"Walau apa pun keputusan Pilihan Raya Negeri lepas hendaklah sebagai petunjuk di mana pada amnya penduduk kawasan luar bandar di Sarawak menolak pembangkang," kata beliau.

DAP Sarawak baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara di Kanowit dan berhasrat untuk ke Kapit dan bandar di kawasan luar bandar.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Baleh di Kapit berkata ia mungkin mampu menarik beberapa cendekiawan Dayak yang pada dasarnya mengkritik kerajaan tetapi ramai lagi intelektual dengan Barisan Nasional (BN).

Mengenai persediaan PRS pada Pilihan Raya Umum akan datang, katanya beliau telah melawat Sri Aman, Lubok Antu dan Julau untuk mendapatkan pandangan lapangan terhadap wakil rakyat sekarang di kawasan pilihan raya itu.

"Dari mood mereka, saya boleh bayangkan PRS mampu mengekalkan semua kerusi itu.

Tetapi pastinya kita masih terlalu awal dan kita akan lihat apa akan berlaku sebelum saya buat cadangan terakhir.

"Saya setakat ini agak puas hati dengan pencapaian wakil rakyat kita William Nyalau Badak di Lubok Antu, Mesir Kujat di Sri Aman dan Datuk Joseph Salang di Julau," katanya.

Masing dijadual melawat kawasan pilihan raya yang dipegang PRS iaitu Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang tidak lama lagi. — Bernama

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Masjid Kampung Sekaan <b>Matu Sarawak</b>

Posted: 17 Apr 2011 08:56 AM PDT

Feed From Original Source : http://my.mustaffa.org

MASIH KUKUH – Biarpun masa semakin berlalu, namun keadaan Masjid di Kampung Sekaan Matu, Sarawak masih mampu berdiri teguh untuk menjadi tempat memperluaskan syiar Islam.
Sebelum kedatanga...

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Hijaukan bandar dengan pokok | BorneoPost Online | Borneo <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 02:23 AM PDT

by Henrietta Liza. Posted on September 24, 2011, Saturday

Penanaman pokok besar, herba diperhebat bagi kurangkan pemanasan global

KUCHING:Kawasan bandar disaran memperhebatkan lagi penanaman pokok besar dan herba sebagai langkah menyokong pengurangan pemanasan global.

Cadangan terbabit diutarakan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan Landskap 2011 anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Kampung Gayu di sini semalam.

"Saya menyarankan setiap rumah di pusat bandar agar menanam sekurang-kurangnya tujuh batang pokok serta tanaman herba dan bukan pohon bunga yang bukan ejen penyerap gas karbon dioksida terbaik," katanya.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong berkata di pusat bandar, pokok-pokok yang menyerap gas karbon dioksida adalah sebanyak 1.5 peratus dan jumlah ini amat membimbangkan.

Sementara itu, kebergantungan terhadap pokok hutan tropika yang terdapat di Malaysia hanya mampu menyerap 18 peratus daripada gas terbabit, walhal setiap manusia menghasilkan 7.2 tan metrik karbon dioksida setahun.

"Kajian turut menunjukkan hasil pertanian akan menurunkan (karbon dioksida) dengan nisbah satu peratus, hasil padi 10 peratus dan kelapa sawit lima peratus.

"Perkara ini terjadi disebabkan 60 peratus daripada sinaran matahari jatuh ke permukaan bumi dan suhu dunia meningkat menyebabkan perubahan iklim turut berlaku," katanya.

Tambahnya, sejak tahun 1960-an suhu negara meningkat sehingga mencecah 33 darjah Celcius setakat ini sedangkan dahulu hanya 28 darjah Celcius.

"Lihat sahaja negara China, baru-baru ini dilanda banjir dan negara di atas pergunungan seperti Nepal turut mengalami banjir dan perubahan iklim global menyebabkan Jepun dilanda banjir kerana Taufan Kore," jelas Dawos.

Oleh itu, pertandingan landskap bukan sekadar menceriakan alam sekitar tetapi sebagai ejen penyerap karbon dioksida dan penghasilan oksigen yang lebih banyak.

Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia menyasarkan pengurangan gas karbon dioksida dan gas metana sebanyak empat peratus menjelang 2020.

Pada masa yang sama beliau turut menyampaikan sijil, trofi, wang tunai RM1,500 dan projek landskap RM5,000 kepada johan 10 kategori iaitu sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah menengah, kampung Melayu, kampung Dayak, masjid, gereja, gereja kecil (chapel) dan tokong semalam.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,000 dan RM500 berserta sijil dan trofi.

Turut hadir Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, Pengerusi Pengelola Pertandingan Keceriaan Landskap MPP 2011 Kaunselor Edward Kurik, Setiausaha MPP Michael Saweng dan Naib Pengerusi MPP Hashim Yap.

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Persatuan Media Sosial <b>Sarawak</b> rai anak yatim

Posted: 17 Aug 2011 03:01 AM PDT

Sumbangan kepada Anak Yatim…Awang Tengah menyampaikan sumbangan tersebut kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Resat dan Wan Abdillah. Foto PENERANGAN

LAWAS, 17 Ogos – Persatuan Media Sosial Sarawak meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan kepada mereka sempena Program Kembara Merdeka Ramadan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Lawas baru-baru ini.

Presidennya, Haji Wan Abdillah Edruce berkata sumbangan tersebut bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim bersempena bulan ramadan ini.

"Harapan kita sumbangan ini dapat memberi kegembiraan dan membantu anak-anak yatim.Apatah lagi di bulan ramadan dan kemerdekaan ini. Semoga anak-anak yatim ini nanti lebih bermotivasi dan berjaya dalam pelajaran" ujar beliau

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai majlis penyerahan sumbangan tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Lawas baru-baru ini.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Resat Salleh dan ketua-ketua jabatan.

Most Commented Posts

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Anugerah hasil sumbangan wanita, kata Fatimah | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 09:00 PM PDT

Posted on September 25, 2011, Sunday

KUCHING: Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah semalam menerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk' menyuarakan bahawa anugerah tersebut merupakan hasil sumbangan wanita di  negeri ini.

TAHNIAH: Fatimah bersama suaminya Datu Dr Adi Badiozaman Tuah melihat darjah kebesaran yang telah diterimanya semalam.

Beliau berkata, anugerah tersebut menunjukkan kaum wanita mampu memberi sumbangan yang besar kepada ne-geri mahupun negara.

"Bagi pihak wanita negeri Sarawak saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ayahanda Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan kerajaan negeri atas pengurniaan darjah ini.

"Ia bukan kepada saya sahaja tetapi juga wanita-wanita lain yang merupakan peng-iktirafan kerajaan negeri ke-pada sumbangan wanita sama ada dalam bidang politik, sosial mahupun ekonomi," kata-nya ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Pada masa yang sama Fatimah memberitahu bahawa wanita Sarawak mempunyai semangat yang tinggi untuk bersama-sama kaum lelaki bagi menyumbangkan tenaga mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing demi kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan bangsa dan negara.

Sementara itu, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais yang turut menerima darjah yang sama berkata, anugerah itu adalah untuk semua rakyat khasnya di kawasan Simunjan.

"Saya rasa amat gembira atas anugerah ini, ia sebagai satu penghormatan bukan sahaja untuk diri saya sendiri tetapi juga untuk rakyat di kawasan Simunjan terutama penyokong-penyokong saya yang telah banyak bekerja keras selama ini," katanya.

Manakala Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Datuk Mong Dagang mem-beritahu, anugerah tersebut merupakan sesuatu yang tidak dijangka.

"Ia (anugerah) sangat me-ngejutkan saya dan ini juga adalah untuk rakyat di Bukit Begunan yang banyak menyo-kong Barisan Nasional.

"Dengan kepercayaan ini saya akan bekerja lebih keras lagi terutama kepada rakyat di negeri ini amnya," katanya.

Dalam majlis penganugerahan itu semalam, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' yang disampaikan oleh Tun Salahuddin.

Manakala penerima kedua, ADUN Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud menerima darjah kebesaran 'Panglima Negara Bintang Sarawak' yang membawa gelaran 'Dato Sri'.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Fatimah Abdullah mendahului senarai lapan orang penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Diikuti Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Mong Dagang, ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn, Mejar Jeneral Mazelan Kasap, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw dan Temenggung Kanang Langkau.

Bagi anugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu pula didahului oleh Jabidah Monseri daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Moha-med Ali Mohamed Sheriff daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.

Anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato kepada 13 penerima.

Antara penerima, Rhodzariah Bujang, Rugayah Abdul Majid, Janet Lau Ung Hie, Sait@Mohamad Sait Ahmad, Prof Dr Jamil Hamali, Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman, Usop Wahab @Sani Wahap, Alexander Maiyor, Abang Jemat Abang Bujang, Abang Talhata Abang Hazemi, Mohammad Medan Abdullah, Dr Liew Wee Liik dan Koh Yaw Hui.

Sayed Ali Dabier Moghaddam daripada Hitachi Global Storage Technologies pula dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sara-wak (P.S.B.S) Kehormat yang membawa gelaran Dato.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan tetamu kehormat lain.

11 di bau sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Bau</b>, 1-2 Oktober | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:24 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

KUCHING: Jabatan Kerja Raya melalui kontraktor pihak berkuasa bekalan air Bau akan melakukan kerja-kerja penyambungan saluran paip di kawasan Bau pada 1 Oktober ini.

Kerja-kerja penyambungan yang sepatutnya dijalankan pada 24 September lepas tidak dapat dilaksanakan disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Susulan kerja-kerja penyambungan itu, gangguan bekalan air dijangka berlaku di beberapa kawasan mulai jam 8 pagi pada 1 Oktober hingga 8 pagi 2 Oktober.

Antara kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan ialah Jalan Seringgok, Jalan Evergreen, Kampung Podam, Tai Foh Shak, Skim Perumahan Jugan Musi Jambusan dan sepanjang Jalan Jambusan.

Kawasan lain adalah seperti Bazar Siniawan sepanjang Jalan Bau/Kuching, kawasan perumahan Jalan Siniawan Lama/Keranji, Tanjung Durian, Kampung Kopit, Kampung Peninjau Lama/Baru, Bandar Bau, semua kuarters kerajaan, SMK Bau, Balai Polis dan sepanjang Jalan Sebuku/Tondong.

Turut akan terjejas, Jalan Sebuku/Busu, kawasan Buso, SMK Paku dan sepanjang Jalan Bau/Paku, SMK Lake dan sepanjang Jalan Bidi/Taiton dan Kampung Suba Buan.

Oleh itu, penduduk di kawasan terlibat diminta menyimpan air bagi kegunaan sepanjang tempoh tersebut.

Bekalan air akan dipulihkan selepas kerja-kerja penyambungan tersebut siap dengan sempurna.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved