ads

Rabu, 21 November 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


I Am a Lover Not a Fighter: Banjir <b>di</b> Pais, <b>Betong</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 19 Nov 2012 08:14 AM PST

On the way balik ke Kampung Serdeng dari Kuching pada 12.11.2012 hari tu, saya dan bapak, abang serta adik lelaki saya telah tersekat kat kawasan Pais, Daerah Betong sebab banjir! 4 jam barulah air surut sikit. Syukur Alhamdulillah, dapatlah lalu kawasan tersebut. Kami stuck kat situ pada jam 1 tengah hari, tunggu dan tunggu sampai jam 5 petang! Sabar jela. So, nak share gambar-gambar sikit. :)





11 di serian sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Pengetua Sekolah <b>di Serian</b>, <b>Sarawak</b> Dituduh Menerima Suapan <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.

"Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.
"Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.
"Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi," kata kenyataan itu lagi. 

Kampung Tepoi,Tebedu <b>Sarawak</b>: Market in <b>Serian</b> (<b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2012 03:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kampung Tepoi terletak di sempadan Malaysia & Indonesia...Nak pergi ke Kampung Tepoi kita ... Dicatat oleh peter marvin di 03:00 ..... Gambar ini diambik semasa aku nak balik Kampung Tepoi di bandar Serian,Sarawak ...

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Program Pembangunan Insaniah Belia Islam <b>di Sarikei</b> pada 9 <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 03:04 PM PST

Posted on November 21, 2012, Wednesday

BETONG: Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Sarawak, Pejabat Pembangunan Sosial (PPS) Bahagian Betong dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Bahagian Betong akan menganjurkan Program Pembangunan Insaniah Belia Islam di Kompleks Asrama Belia, Sarikei dari 9 hingga 11 Disember depan.

Menurut Pegawai Penguasa PPS Bahagian Betong, Awang Mazelan Awang Majid, program tersebut bertemakan 'Belia Islam Berwawasan Asas Pembangunan Negara' dan pihak penganjur mempelawa penyertaan belia dan masyarakat Islam di Bahagian Betong yang berumur 15 hingga 40 tahun.

Katanya, program tersebut bertujuan untuk mewujudkan persefahaman di kalangan golongan belia supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain serta memperkukuhkan perpaduan dan ikatan silaturrahim masyarakat setempat.

Tambah beliau, penyertaan belia dialu-alukan dengan penganjur hanya memperuntukkan tempat untuk 50 peserta sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hamsawi Mohd Madeka menerusi talian 083-472872 atau 014-5854867.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Bandar <b>Sarikei</b>, <b>Sarawak</b> dilanda "Air Bah" atau Air Pasang Besar <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 03:35 AM PST

Bandar Sarikei Sarawak dilanda "Air Bah" atau Air Pasang Besar dari Sungai Rajang.  Gambar dibawah adalah berdekatan dengan Market Ikan ( Gambar diambil hari ini 15 Nov 2012 ) .

Di Sekitar Bank Road Sarikei . ( Gambar diambil 14 Nov 2012 )

Para penduduk sekitar Bandar Sarikei diminta berjaga - jaga kerana kemungkinan malam ini hingga pagi esok air pasang besar daripada Sungai Rajang akan berlaku tambahan lagi tempat - tempat utama adalah berdekatan dengan Sungai Rajang.

Untuk Maklumat Lanjut anda boleh layari Page Sarikei di Facebook bagi mengikuti perkembangan semasa.

Bonus:

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


MoonTalk: Wakil rakyat <b>Lubok Antu</b> mesti anak tempatan, Dayak

Posted: 15 Oct 2012 07:48 PM PDT


ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa menegaskan bahawa pemimpin yang layak menjadi wakil rakyat kawasan Parlimen Lubok Antu hanyalah anak tempatan Lubok Antu dan bangsa Dayak.
Sehubungan itu sekiranya ada calon luar Lubok Antu serta bukan bangsa Dayak terutama Iban, berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Lubok Antu nanti harus ditolak sama sekali, ujarnya.
Menurutnya, hampir 99 peratus pengundi di kawasan Lubok Antu adalah kaum Iban maka dengan itu wakil rakyat yang harus menjadi pemimpin di Lubok Antu adalah bangsa Iban serta anak jati tempatan Lubok Antu sendiri.
"Kita bukan bersifat perkauman tetapi itu merupakan realiti politik di negara ini di mana kita saksikan sekiranya sesebuah kawasan itu majoriti Cina, maka Cina akan menjadi wakil rakyat begitu juga dengan kaum India.
"Lantaran itu kawasan Lubok Antu yang majoritinya kaum Iban maka berilah peluang kepada bangsa Iban menjadi wakil rakyat BN di sini," katanya.
Dr Rayong berkata demikian semasa berucap pada Majlis Merarau anjuran JKKK Bojeng, Tebarong, Skrang di Dewan Serba Guna Skim Skrang, di sini, semalam.
Menurutnya, lagipun penduduk di DUN Engkilili sudah belajar daripada kesilapan apabila Toh Heng San dari Song menjadi wakil rakyat di Engkilili selama tiga penggal.
Sehubungan itu sekiranya Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng berminat bertanding di kawasan Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jangan sekali-kali memberi sokongan kepadanya, tegas Dr Rayong.
"Cukuplah… biarkan anak jati Lubok Antu menjadi wakil rakyat kita di sini, maka tolaklah Larry dari Kapit habis-habisan sekiranya dia hendak bertanding di Lubok Antu nanti," katanya.
Dalam majlis Dr Rayong memperuntukkan projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM20,000 kepada JKKK Bojeng dan RM3,000 kepada Biro Wanitanya.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


SK BAYANG <b>DARO SARAWAK</b>: Makan Malam <b>Di</b> Sea Food Court

Posted: 05 May 2012 12:00 AM PDT

Ratus ringgit juga makanan di situ..tapi sedappppp....

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


pustaka <b>negeri sarawak</b> jemput penceramah pkr sarawak jumaat ini

Posted: 21 Nov 2012 01:00 AM PST

Apakah disengajakan Pustaka Negeri Sarawak menjemput Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sarawak, Arip bin Ameran sebagai penceramah di Ceramah Umum "Hak-Hak Wanita Di Sisi Hukum Syarak Undang-Undang Keluarga Islam" pada Jumaat, 23 November 2012 di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.
Difahamkan Pustaka Negeri Sarawak merupakan badan berkanun yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Apakah Kerajaan Negeri Sarawak mahu pengaruh PKR berlegar-legar di kalangan pegawai dan stafnya lebih-lebih lagi menjelang PRU-13 ini? Apakah tiadanya pemantauan di kalangan pegawai-pegawai atasan Pustaka Negeri Sarawak dalam memilih pencermah? Atau, ada di kalangan pegawai dan kakitangan Pustaka Negeri Sarawak yang cenderung kepada PKR dan Pakatan Pembangkang?
Ceramah Umum yang dianjurkan Pustaka Negeri Sarawak ini diadakan secara terbuka dengan menjemput ramai di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Difahamkan ceramah ini tidak memerlukan permit memandangkan ia diadakan di dalam premis Pustaka Negeri Sarawak. Situasi ini memberi kelebihan penceramah untuk mengadakan ceramah dengan lebih terbuka termasuk menyampaikan propaganda politik PKR dan Pakatan Pembangkang kepada audein.
Arip bin Ameran atau lebih dikenali dengan nama "Si Tanggang" di kampung halamannya di Kampung Sambir di Asajaya. Malah, dalam PRN Sarawak Ke-10 pada April 2011, Arip Ameran telah bertanding di N.14 Asajaya dengan menentang calon BN, YB Abdul Karim Hamzah yang juga kini Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Sarawak.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10 di N.14 Asajaya, calon BN, Abdul Karim Hamzah mendapat 7,597 undi dan Arip bin Ameran dari PKR mendapat 3,108 undi. BN menang dengan majoriti 4,489 undi.
Bercakap mengenai Arip Ameran, calon PKR Sarawak yang kalah teruk dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10 sebelum ini banyak menggunakan akhbar sebagai publisiti dan mempromosikan dirinya atas jawatannya sebagai peguam syarie.
Menjelang pilihan raya, Arip Ameran yang merupakan anak jati Asajaya telah bertanding di N.14 Asajaya. Sepanjang berkempen, Arip Ameran telah tidak diterima penduduk kampung berikutan sikapnya yang banyak menghuru-hara penduduk kampung dengan dakyah dan perjuangan PKR yang menghasut rakyat membeci kerajaan. Penduduk Asajaya lebih mengenali Arip Ameran sebagai seorang yang suka memecahbelahkan rakyat dengan hari berkata lain, esok pula bercakap lain.
Walaupun bekerjaya sebagai peguam syariah, Arip Ameran merupakan penyokong kuat kepada Perhimpunan Haram BERSIH 3.0 yang berlaku di Semenanjung Malaysia termasuk di Kuching dan Kota Kinabalu. Bahkan Arip Ameran mengkritik mereka yang menentang Perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai berfahaman komunis.
Hanya kerana kalah dengan majoriti 4,489 undi, Arip Ameran masih berminat untuk bertanding di Parlimen P.200 Batang Sadong. Alasannya peningkatan undi penduduk Asajaya dan cita-citanya mahu menjadi Yang Berhormat. Untuk itu, Arip Ameran akan menggunakan apa saja platform untuk menyampaikan propaganda PKR termasuklah sebagai penceramah bagi undang-undang keluarga.
Bagaimana Arip Ameran boleh berceramah berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam sedangkan dirinya sendiri bukanlah anak yang 'baik'. Ini akui oleh penduduk-penduduk di Kampung Sambir, Asajaya di mana hanya menampakkan batang hidungnya di kampung menjelang pilihan raya. Malah, jarang sekali mahu menjeguk ibunya sendiri di kampung dan sangat kedekut apabila orang kampung memohon derma dan bantuan daripadanya. Inikah orang yang nak jadi Yang Berhormat?

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Warga tua merempat rupanya bekas guru besar – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 03:09 PM PST

Posted on November 16, 2012, Friday

SIBU: Seorang lelaki warga tua yang ditemui merempat di kaki lima Pasar Sentral tengah malam kelmarin rupa-rupanya seorang bekas guru besar.

Kehadiran pesara kerajaan yang berumur 70 tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang terdengar bunyi orang meraung kesakitan.

Apabila didekati, pengawal keselamatan itu mendapati warga emas tersebut seolah-olah sukar bernafas, manakala badannya menggeletar.

Ditanya asalnya, warga tua itu memberitahu dia orang Kota Samarahan dan mendakwa dia telah dihalau oleh keluarganya dan tinggal di merata-rata tempat sejak seminggu lalu.

Warga tua itu juga memberitahu, dia pernah menjadi guru besar dan mempunyai seorang isteri berasal dari Matu Daro.

Namun, keadaan warga tua itu semakin tenat sehingga memaksa pengawal keselamatan itu menghubungi nombor kecemasan.

Ambulans dan kakitangan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) tiba di situ tidak lama kemudian dan membawanya ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Warga tua itu turut membawa sebuah beg pakaian yang mengandungi dokumen-dokumen penting seperti buku akaun bank.

Dia dikatakan tidak sedarkan diri sehingga sekarang setelah dimasukkan ke wad hospital.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Carol arts...: Lan Kristal kat <b>Matu Sarawak</b>

Posted: 15 Jul 2012 02:45 AM PDT

wah...tengok siapa yang kami jumpa kat Kampung Pergau, Matu Sarawak...persembahan yang mantap dan sangat-sangat menghiburkan... bersama peminat 2 orang dari sarawak dan 2 orang dari sabah.. yeahhh we are rock....
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved