ads

Sabtu, 16 Februari 2013

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


Kerajaan fokus bangun luar bandar | my <b>Sarawak</b> - News coverage <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 01:12 PM PST

KEWAJIPAN: Ding menyampaikan angpau kepada masyarakat dari Zon 8B pada majlis tersebut di Sarikei, malam kelmarin.

KEWAJIPAN: Ding menyampaikan angpau kepada masyarakat dari Zon 8B pada majlis tersebut di Sarikei, malam kelmarin.

SARIKEI: Pentadbiran negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan agenda transformasinya telah banyak memfokuskan kepada kemajuan dan pembangunan di kawasan luar bandar agar seimbang dengan perkembangan di kawasan bandar yang sedang pesat membangun.

Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing berkata kawasan Sarikei adalah merupakan satu contoh yang terbaik sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara ini.

Katanya, beberapa pembangunan yang telah dipergiatkan di kawasan ini sejak dahulu hingga ke saat ini ternyata telah menampakkan dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

"Jika kita lihat pada hari ini, Sarikei jauh membangun dan menjadi sebuah kawasan yang serba lengkap sama ada dari kemudahan infrastruktur, pendidikan, ekonomi, pasarana, pusat kesihatan dan sebagainya.

"Sejak beberapa tahun lepas, beberapa projek besar dilaksanakan di kawasan ini yang ternyata memberikan kesan kepada masyarakat setempat.

"Pembinaan Hospital Sarikei menelan belanja sekitar lebih RM1 bilion pada masa kini mempunyai tujuh orang doktor pakar, pembinaan Central Market Baharu yang menjadi pusat utama bagi peniaga kecil-kecilan memasarkan hasil tani dan ternakan serta lain-lain produk keluaran mereka.

"Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei baharu bernilai RM40 juta yang dilaksanakan pada Jun lalu, dijadualkan siap sepenuhnya pada Jun 2014 nanti, serta menggalakkan masyarakat meningkatkan pengetahuan dan mengasah kebolehan mereka dengan mewujudkan pusat pendidikan Kolej Komuniti," katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Penduduk di Zon 8B di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bulat, malam kelmarin.

Sekitar 120 orang penduduk kawasan terbabit hadir dan aktiviti itu adalah anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parlimen Sarikei.

Menurut Ding, setiap usaha yang dipergiatkan oleh BN adalah memberikan keutamaan kepada rakyat terlebih dahulu dan bukannya kerajaan mengabaikan rakyat seperti yang kerap dipropagandakan oleh pembangkang.

"Kita berharap pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang masyarakat harus menggunakan kebijaksanaan dalam membuat pilihan dan bukannya terpengaruh dengan isu sesetengah pihak yang tidak berasas.

"Masyarakat harus melihat ke hadapan dan terus yakin dengan kepimpinan BN kerana kerajaan dan pemimpin sejak dari dahulu lagi hingga kini terbukti berjaya membawa negara ke persada kejayaan," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2013 05:38 AM PST

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Arkitek, Gred J41 di Majlis Bandaraya Miri (1 kekosongan)
2. Pegawai Penilaian, Gred W41 di Majlis Bandaraya Miri (1 kekosongan)
3. Penolong Akauntan, Gred W27 di Majlis Bandaraya Miri (2 kekosongan)
4. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Gred J17 di Kem. Pembangunan Sosial (1 kekosongan)
5. Pembantu Syariah, Gred LS17 di Jabatan Kehakiman Syariah (1 kekosongan)
6. Pembantu Perikanan, Gred G17 di Jabatan Pertanian (5 kekosongan)
7. Pembantu Veterinar, Gred G17 di Jabatan Pertanian (8 kekosongan)
8. Pembantu Pertanian, Gred G17 di Jabatan Pertanian (1 kekosongan)
9. Pembantu Hidupan Liar, Gred G17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)
10.Juruteknik (Letrik), Gred J17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)
11.Pembantu Penyelidik, Gred G17 di Jabatan Hutan (1 kekosongan)
12.Pembantu Penilaian, Gred W17 di
a) Majlis Perbandaran Padawan (1 kekosongan)
b) Majlis Daerah Sri Aman (1 kekosongan)

13.Pembantu Penguatkuasa, Gred N17 di Majlis Bandaraya Miri (2 kekosongan)
14.Juruteknik (Awam), Gred J17 di
a) Jabatan Kerja Raya (14 kekosongan)
b) Jabatan Pengairan dan Saliran (3 kekosongan)

15.Pembantu Am Rendah, Gred N1 di
a) Jabatan Pertanian (7 kekosongan)
b) Pentadbiran Bahagian Samarahan (2 kekosongan)
c) Majlis Daerah Simunjan (1 kekosongan)
d) Pentadbiran Bahagian Sri Aman (1 kekosongan)

16.Pemandu Kenderaan Bermotor, Gred R3 di
a) Jabatan Pertanian (1 kekosongan)
b) Jabatan Kerja Raya (1 kekosongan)

17.Pekerja Awam, Gred R1 di Majlis Daerah Kapit (1 kekosongan)
18.Tukang K3 (Tukang Kayu), Gred R9 di Jabatan Pertanian (1 kekosongan)
19.Pembantu Kesihatan Awam, Gred U17 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (7 kekosongan)
20.Tukang K3 (Tukang Paip), Gred R9 di Jabatan Kerja Raya (37 kekosongan)
21.Pengawal Keselamatan, Gred KP11 di Jabatan Kehakiman Syariah (1 kekosongan)

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing.

Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui laman web ini.

Sila rujuk SYARAT DAN CARA MEMOHON, PANDUAN PEMOHON dan SENARAI JAWATAN sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong dan pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dalam akaun e-recruitment.

Tarikh tutup permohonan (replika data) : 1 Februari 2013

MORE INFO KLIK SINI

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved