ads

Rabu, 29 Jun 2011

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


.: Mary Emelda dari Giatmara <b>Sri Aman</b> galas cabaran <b>Sarawak</b> ke <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2011 12:07 AM PDT

Caption: FOKUS...Mary Emelda sedang membuat latihan "Fantasy Make-Up" menghadapi cabaran peringkat akhir PKM 2011 pada bulan Julai nanti.

SRI AMAN, Ahad (5 Jun) - GIATMARA Sri Aman melalui pelatihnya Mary Emelda anak Rigok dari kursus Solekan & Terapi Kecantikan bakal menggalas cabaran Sarawak ke Pertandingan Kemahiran Malaysia yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini.

Beliau yang berada di bawah bimbingan Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan di GIATMARA Sri Aman, Sabrina binti Abdul Rahim telah melepasi peringkat kelayakan di IKBN Pertak, Hulu Selangor pada bulan April yang lepas.

" Ini adalah julung kalinya wakil dari Sarawak layak dalam bidang "Beauty Therapy" di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia," menurut Pengurus GIATMARA Sri Aman, Mohd Faizal Che Amat menerusi siaran berita oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari di blog www.gmsriaman.blogspot.com.

Sekiranya berjaya pada pertandingan akhir ini, Mary Emelda katanya akan mewakili Malaysia ke 9th Asean Skill Challange di Indonesia pada 2012 dan seterusnya ke World Skill yang berkemungkinan berlangsung di Denmark.

Sementara itu Mary yang pada mulanya tidak menyangka bahawa bidang ini mampu membawa beliau ke peringkat akhir menganggap bidang solekan bersifat global dan memerlukan mereka untuk sentiasa peka terhadap perubahan dalam bidang tersebut.

Beliau yang telah menyertai kursus di GIATMARA Sri Aman dalam bidang solekan dan terapi kecantikan semenjak Julai 2010 sentiasa bersama tenaga pengajarnya menggunakan laman web youtube sebagai medium rujukan antarabangsa.

Justeru Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan, GIATMARA Sri Aman, Sabrina Abdul Halim berharap agar orang ramai mengenepikan persepsi negatif yang menganggap bahawa GIATMARA hanya tertumpu kepada kursus solekan selepas ini.

"Sebenarnya GIATMARA menawarkan banyak kursus kepada orang ramai khasnya para belia dalam negeri ini seperti rawatan muka, rawatan kuku, rawatan badan dan bidang keusahawanan.

"Lagipun permohonan untuk kursus Solekan dan Terapi Kecantikan telah pun dibuka mulai sekarang di GIATMARA Sri Aman dengan memuat-turun borang terbabit di laman blog kami iaitu www.gmsriaman.blogspot.com," katanya.

Tamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di lundu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lundu sarawak - Google Blog Search


Laman Naim Qlate - Suatu Ketika: Nuri gugur <b>di</b> Sungai <b>Lundu</b>

Posted: 25 Jun 2011 12:29 AM PDT


HASHIM Ibrahim menunjukkan tempat kejadian helikopter Nuri terhempas yang kini dikenali sebagai Pulau Nuri. (Gambar kecil) akhbar Utusan Malaysia keluaran 19 Disember 1989 menceritakan kejadian nahas helikopter Nuri di Sungai Lundu, Sarawak.


HARI Isnin, 18 Disember 1989. Cuaca sebagaimana kebiasaan pada musim tengkujuh di Kuching, Sarawak masih tidak menentu dan beberapa kawasan rendah sudah ditenggelami air berikutan hujan lebat beberapa hari sebelumnya.

Di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Kuching pula, sebuah helikopter Nuri seawal pukul 8 pagi sudah bersedia menerbangkan 16 penumpang termasuk empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), masing-masing dua orang berpangkat Jeneral dan tiga Kolonel.

Mereka terdiri daripada Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mustaffa Awang; Panglima 3 Briged Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Hasbullah Yusuf yang lebih dikenali sebagai Bond Hasbullah; Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (RRD), Leftenan Kolonel Mohd. Johari Selan; Pegawai Memerintah Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Leftenan Kolonel Tunku Abdul Aziz Tunku Osman dan Pegawai Staf Satu (Operasi) 1 Divisyen, Leftenan Kolonel Mustafa Kamal Mohd. Yusoff.

Destinasi yang dituju mereka ialah Kem Sematan untuk menghadiri majlis penutup Kursus Risik Tempur. Namun, berikutan halangan cuaca buruk, penerbangan helikopter pelbagai guna itu terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 8.50 pagi.

Penangguhan hampir sejam itu rupa-rupanya memberi petunjuk bahawa penerbangan berkenaan adalah yang terakhir buat kesemua penumpang.

Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Dua buah pesawat Alouette telah dikerah untuk mengesan Nuri yang membawa individu penting dalam hierarki kepimpinan ATM itu sehinggalah pencariannya menemui noktah. Ia ditemui terhempas di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer (km) ke barat laut Kuching.

Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.

Selepas 22 tahun nahas itu berlalu, wartawan S2, SAIFUL HAIZAN HASAM dan SOPI SAMAILE serta jurufoto AMIR HAFIZ ABDUL RAHMAN menyusuri muara Sungai Lundu untuk mengimbas tragedi yang turut menyumbang kepada statistik 17 kejadian Nuri terhempas sehingga mengorbankan 95 nyawa sejak 1968.

Ikuti laporan penuh dan kisah-kisah di sebalik tragedi ini di dalam S2 Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di saratok sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di saratok sarawak - Google Blog Search


DARI HATI: Balik Kampung @ <b>Saratok</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 01 Apr 2011 09:05 PM PDT

Bismillah...

Ibu baru je dapat call dari Zauji, katanya baru tiba di dpn rumah Pak Idi dan Mawar..Rupanya sempat dia berkunjung ke rumah kwn2 kami semasa di Saratok dulu.. Cemburu pulak rasanya bila dgr Zauji dah sampai Saratok.. Pantas dia bercerita anak sahabat kami dah besar, dulu Ibu dan Mawar melalui fasa mengandung bersama sama , dan seorang lagi kwn kami Mak Limin . Agaknya anak Mak Limin (Nurul Salbiah) pun dah besar mcm Ichad juga.. Baru mlm tadi Ibu call Peah bertanya khabar, seronok mendengar perkembangan terkini dari sana.. Mak Amoi dah bercucu, Mak Awen baru selesai majlis pertunangan anaknya Non, Mak Biskut pun sama..

Sementara berita kurang baik nya, Mak Anggun pulak yang tak sihat..Tiba tiba Ibu rasa rindu kan suasana di saratok dulu, berdhuha dan majlis ilmu di surau seroja, berkebun pulak pd sebelah petang, berjemaah semula pd waktu malam.. Seisi keluarga kami dah jadi mcm keluarga besar di sana..

Sempat Ibu berpesan kat Zauji td, " ambik la gambar family Mawar, dpt Sue tgk diorang.." Sebenarnya kalau nak ikutkan hati, setiap sudut Saratok , Ibu nak Zauji buat photo shooting. Ibu nak tengok puas puas..

Di sana, sebuah daerah yang jauh dari bandar besar, namun kenangan selama hampir 4 tahun berkampung di Taman Muhibbah akan kami sekeluarga kenang dan insyaAllah kami akan ke sana lagi suatu masa nanti.

Kg Melango, Kg Masjid, Kg Bunga Raya, sekadar menyebut beberapa tempat yang memberi kenangan indah dalam hidup kami..

Harapan Ibu semuga Zauji tak lupa menitipkan beberapa keping not bernilai besar kpd wakil surau, tanda kasih dan sayang kami kpd rumah Allah di sana..insyaAllah dpt meringankan sedikit beban pembayaran bil bil letrik dan air Surau Darul Muafiqin..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di daro sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di daro sarawak - Google Blog Search


PROGRAM MARA BERSAMA RAKYAT (MBR) <b>DI</b> PULAU BRUIT <b>DARO SARAWAK</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2011 11:21 PM PDT

YB Dato' Seri Haji Mohd. Shafie  bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program MARA Bersama Rakyat (MBR) pada 14 April 2011 bertempat di Pulau Bruit Daro, Sarawak.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Program MBR antaranya program membaiki rumah, program menjana pendapatan pemprosesan sesar unjur, program promosi Maktab Rendah sains MARA (MRSM) dan program khidmat komuniti GIATMARA. Selain itu,  GIATMARA juga menawarkan servis motosikal percuma kepada penduduk setempat.

Seramai 500 orang peserta telah bersama-sama memeriahkan Majlis tersebut. YB Menteri turut memberi amanat kepada semua peserta agar berusaha untuk mencapai aspirasi MARA dan kerajaan. YB Pengerusi MARA juga turut menekankan agar peserta dapat mengambil kesempatan dalam program yang dianjurkan ini agar masa depan rakyat di Pulau Bruit mampu dicorak dengan lebih baik dalam ucapan alu-aluannya.

Turut hadir  sama YBhg. Dato' Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha KKLW dan  YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA.       

This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Breakdown of RM1.18bil allocated(or abused?) at 10th <b>Sarawak</b> state <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2011 10:06 PM PDT

Breakdown of RM1.18bil allocated(or abused?) at 10th Sarawak state elections!

SOALAN NO 130

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN       : LISAN

DARIPADA              : PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARIKH                    : 21 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN                   :

Soalan yang dibangkitkan oleh PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI (Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak) menyatakan nama projek dan nilai projek pembangunan yang telah diumumkan oleh setiap Kementerian dalam 2 bulan sebelum dan semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak pada April 2011. Di antara projek yang telah diumumkan ini, berapakah akan dilaksanakan dalam tahun ini.

Jawapan yang diberi adalah sehingga 30 April 2011, sebanyak 62 program/projek bernilai RM 1.18 billion telah diumum untuk dilaksanakan di seluruh Negeri Sarawak. Program/projek yang diumumkan merupakan program/projek yang telah dirancang lebih awal. Sebanyak 52 projek dilaksanakan dalan tahun 2011 dan selebihnya akan dilaksanakan pada tahun-tahun hadapan.

Butiran mengenai bilangan projek dan kos mengikut kementerian/agensi adalah seperti berikut:

BIL KEMENTERIAN / AGENSI / JABATAN JUMLAH
BIL NILAI (RM)
1 PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI (ICU JPM) 34 22,748,000.00
2 KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) 13 535,260,000.00
3 KEMENTERIAN SUNBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) 2 2,000,000.00
4 KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF) 1 48,000,000.00
5 KEMENTERIAN KESIHATAN (MOH) 3 212,528,000.00
6 KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA) 1 20,000,000.00
7 KEMENTERIAN PELAJARAN (MOE) 5 65,640,000.00
8 KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (keTTHA) 1 70,000,000.00
9 KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) 1 200,000,000.00
10 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) 1 4,500,000.00 
  JUMLAH 62 1,180,676,000.00

Pecahan peruntukan yang diluluskan mengikut kategori projek adalah seperti berikut:

BIL KEMENTERIAN / AGENSI / JABATAN JUMLAH
BIL NILAI (RM)
1 BINA/NAIKTARAF MASJID/SURAU 3 3,114,000.00
2 BINA/NAIKTARAF DEWAN/BALAIRAYA 8 6,920,000.00
3 BINA/NAIKTARAF JALAN/LORONG 8 293,060,000.00
4 BAIKPULIH RUMAH PANJANG 4 3,223,000.00
5 BEKALAN AIR 6 334,600,000.00
6 BEKALAN ELEKTRIK 2 20,700,000.00
7 JETI JAMBATAN 3 225,000,000.00
8 BINA/NAQIKTARAF KLINIK/HOSPITAL 3 212,528,000.00
9 BINA/NAIKTARAF SEKOLAH 5 65,640,000.00
10 RANCANGAN TEBATAN BANJIR/PARTI/CULVERT 2 2,000,000.00 
11 SUMBANGAN DAN BANTUAN 9 65,640,000.00
12 RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM 7 2,800,000.00
13 LAIN-LAIN 2 4,800,000.00
  JUMLAH 62 1,180,676,000.00

0.000000 0.000000

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2011 07:24 PM PDT

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Adalah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri akan memperkenalkan Sistem Pengambilan Sepanjang Masa menggunakan Sistem e-Recruitment. Pemohon dipelawa untuk memohon lima (5) jawatan yang diminati dan permohonan tersebut akan sah untuk tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permohonan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (dan agensi-agensi pengguna lain) akan menyenarai tapis permohonan apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut pada bila-bila masa dalam tahun tersebut.

Terdapat 213 Kekosongan Pelbagai Jawatan.

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved