ads

Rabu, 22 Jun 2011

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Lagi kes mati lemas <b>di Miri</b> dalam tempoh seminggu | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 08:43 PM PDT

Posted on 22 June 2011.

SEDIH: Daud Sulamat (kanan) meratapi mayat anaknya, Hakimi Daud yang ditemui mati lemas di Sungai RPR Batu 6, di Miri, semalam.

MIRI: Kegembiraan empat sahabat ketika sedang mandi di Sungai Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu 6, dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang dari mereka mati lemas dihanyutkan air deras, semalam.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Lopeng, Mat Ayub Hassan berkata mayat Hakimi Daud, 10, ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dipercayai terjun.

"Kita telah memulakan operasi mencari dan menyelamat sejak petang kelmarin dan operasi tersebut diteruskan pada hari ini (semalam), hasilnya kita telah menemui mayat Hakimi sekitar jam 2.36 petang," katanya ketika ditemui semalam.

Mat Ayub memberitahu, seramai 46 anggota terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta orang awam terlibat dalam operasi tersebut.

Menurutnya lagi, operasi mencari Hakimi diteruskan bermula jam 6 pagi semalam selepas usaha mencarinya dihentikan sekitar jam 10 malam kelmarin.

"Kita menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.25 petang kelmarin dan kita bersama 10 anggota bersama satu bot telah bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamat mangsa," kata-nya.

Sementara itu, Hakimi dipercayai terjun ke sungai bersama tiga lagi rakannya untuk mandi, namun akibat air terlalu deras, mangsa telah di-tarik ke tengah sungai.

Menurut saksi kejadian, Suriati Abdul Hadi, 36, ketika kejadian, dia sedang berehat di beranda rumahnya sebelum digemparkan dengan kejadian lemas tersebut.

"Sebaik sahaja saya mendengar jeritan orang lemas, saya terus terjun ke sungai untuk mencari mangsa dan ketika itu, saya ada melihat tangan mangsa yang kemudiannya dihanyutkan ke tengah sungai," katanya ketika ditemui semalam.

Suriati yang menyangka anak perempuan yang lemas ketika kejadian sempat memberitahu dia adalah orang pertama terjun ke sungai berkenaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa namun usaha itu gagal.

"Saya cuba mencari Hakimi di sekitar kawasan kejadian namun akibat air terlalu deras, saya terpaksa naik ke tebing dan memberitahu kejadian itu kepada keluarga mangsa sekitar jam 6.05 petang kelmarin," katanya.

Selepas memaklumkan kejadian itu, Suriati bersama beberapa orang penduduk kampung terjun sekali lagi untuk mencari mangsa namun akibat air terlalu deras, usaha itu dihentikan sementara.

Dalam pada itu, ayah mangsa, Daud Sulamat, 51, memberitahu dia mengetahui kejadian itu sekitar jam 6 petang selepas dimaklumkan oleh isterinya.

"Hakimi keluar dari rumah melalui pintu dapur sekitar jam 4 petang untuk bermain bersama rakannya dan saya tidak menyangka dia mandi ke sungai kerana dia tidak pandai berenang," katanya.

Hakimi merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik dan mangsa tidak menunjukkan sebarang kejadian aneh sebelum kejadian, demikian menurut ayahnya.

Ini merupakan kejadian lemas kedua berlaku di sini, selepas kes pertama yang berlaku pada Rabu lepas, membabitkan seorang pelajar sekolah menengah, Kenneth Sirai, 15, yang lemas semasa berenang di laut berdekatan pantai Marina Bay di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Kampung Semban: Eksplorasi Pena & Lensa ~ MyGamanBorneo

Posted: 25 Mar 2011 09:24 PM PDT

Menjejaki Keunikan Kampung Semban

Salam kepada semua pengunjung blog MyOnlineDiary.  Setelah beberapa hari menghilang tanpa sebarang kemas kini, kini saya kembali dengan himpunan kisah pengembaraan yang penuh cabaran ke sebuah perkampungan terpencil masyarakat Bidayuh Biatah di Padawan, Sarawak.

="1">

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Pustaka <b>Negeri Sarawak</b> – (Mei 2011) : Kerja <b>...</b>

Posted: 29 May 2011 11:51 PM PDT

Ruangan Iklan
Iklan jawatan kosong ke email anda setiap hari? klik sini
Nak putihkan gigi cara tradisional? klik sini

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
2. Penolong Akauntan Gred W27

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Jun 2011

Comments

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved