ads

Isnin, 6 Mei 2013

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau <b>di Mukah, Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 03 May 2013 06:53 AM PDT

Cuti Buruh baru-baru ini saya berkesempatan untuk CUTI-CUTI MALAYSIA di Mukah. Kalau nak ikutkan sepatutnya, minggu sebelumnya lebih menarik, kerana ada sambutan Pesta Kaul di sana. Tapi, sebab ada sekolah gantian dan juga tarikh yang kurang cun, maka perjalanan dibuat pada Hari Cuti Buruh, 1 Mei.

Ini bukan kali pertama saya ke Mukah. Jadi sebab dah banyak kali sangat ke Mukah, maka kurang lah sket rasa keterujaannya tuh. Namun, beberapa perkara menarik pada pandangan peribadi saya jika saya ke Mukah adalah :
1. Sunset di  Dalat
2. Makan malam di restoran tepi pantai sebelah sunset tadi
3. Umai!!
4. Lamin Dana
dan
5. Sapan Puloh!

Actually perkara 1-4 tuh memang pernah saya buat. Tapi dalam perjalanan saya mencari Jerunai (kubur bangsawan Melanau) pada kali ini, maka terjumpalah dengan satu lagi TEMPAT MENARIK WAJIB PERGI di Mukah, iaitu Sapan Puloh.


Sapan Puloh adalah merupakan sebuah mini muzium yang diusahakan sendiri oleh Encik Tommy Black sekeluarga. Lokasinya terletak berhampiran dengan Lamin Dana. Menariknya mengenai mini muzium ini adalah, semua bahan yang dipertontonkan adalah merupakan koleksi peribadi barang lama warisan keluarga.


Walaupun tempatnya agak terhad, namun memang banyak sangat koleksi yang dimiliki oleh beliau, termasuk yang saya tak pernah tengok sebelum ini di mana-mana pameran atau muzium berkenaan masyarakat Melanau. Ditambah lagi dengan penerangan panjang lebar daripada Encik Tommy, memang terbaek!
  


Penjelasan Encik Tommy merangkumi budaya dan adat istiadat masyarakat Melanau bermula daripada kelahiran, perkahwinan sehingga lah adat yang berkaitan dengan kematian. Juga diselitkan dengan cerita-cerita kepercayaan masyarakat Melanau dahulu terhadap makhluk halus dan semangat sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian.


Paling menarik perhatian saya adalah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melanau, yang pada saya memang sangat kompleks. Penuh beradat! Bermula daripada saat merisik, bertunang sehinggalah ke majlis melangsungkan perkahwinan.


Terfikir juga saya, akan betapa ruginya jika adat sebegitu tidak didokumentasikan secara video sebagai rujukan bagi generasi akan datang. Sebab saya sangat yakin, tanpa langkah pemeliharaan, sebarang adat mana-mana masyarakat, akan hilang begitu sahaja. 

Mohon kepada mana-mana pihak berkaitan agar mendokumentasikan adat perkahwinan Melanau dengan lebih teratur dan baik sebagai warisan budaya negara.


Sesi 'temuramah' dengan Encik Tommy selama hampir 2 jam juga terasa seperti tidak cukup untuk kami bertanyakan lagi mengenai adat budaya masyarakat Melanau. Ternyata, pertemuan kami dengan Sapan Puloh pada kali ini adalah ternyata amat berbaloi sekali.


Diharapkan juga selepas ini, ada mana-mana pihak berkenaan, sama ada swasta atau kerajaan yang boleh mengetengahkan lagi usaha Encik Tommy bagi mengekalkan warisan budaya masyarakat Melanau ini. 


Kepada pelancong yang nak melancong ke Mukah, saya syorkan tempat ini sebagai satu lagi tempat untuk dimasukkan dalam senarai lawatan anda sepanjang berada di sana.


Dan untuk Encik Tommy, pengusaha Mini Muzium Sapan Puloh, saya ucapkan Tahniah dan Selamat Berjaya! Semoga Terus Berkembang Maju!
 
  

11 di betong sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Satu lawan satu <b>di Betong</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 20 Apr 2013 12:10 AM PDT

BETONG: Pertembungan dua penjuru antara penyandang kerusi P.204 Betong yang juga calon Barisan Nasional(BN) Dato Sri Douglas Uggah Embas yang ditentang oleh calon Parti Keadilan Rakyat(PKR), Cecelia Siti Una @ Sittie Endek yang turut mengemukakan borang pencalonan pada hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong disini hari ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.204 Betong, Haji Pathi Kerni telah mengumumkan dan mengesahkan bahawa kedua-dua calon masing-masing telah layak untuk bertanding merebut kerusi P.204 Betong pada Pilihan Raya ke-13(PRU13) ini yang akan berlangsung pada 5 Mei ini nanti.
Calon PKR, Cecelia Siti Una, 60, yang merupakan calon muka baharu telah mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi diikuti calon BN, Dato Sri Douglas Uggah, 58, turut mengemukakan borang pada jam 9.14 pagi.
Sehingga tamat tempoh pencalonan hanya dua borang penamaan calon yang diterima oleh Pengurus Pilihan Raya.
Cecilia yang turut ditemani suaminya, Stanny Embat Dharoh Laja yang juga merupakan pencadang  bagi pihaknya turut disokong oleh Nicholas Laja.
Manakala Uggah, menerima cadangan daripada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang dan disokong oleh ADUN Saribas, Mohamad Razi bin Sitam.
Suasana aman sepanjang berlangsungnya penamaan calon disini menggambarkan perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakat disini meskipun masing masing disertai penyokong kuat kedua-dua parti yang bertanding.
Pada masa yang sama kehadiran penyokong kedua-dua parti yang datang diperkarangan luar dewan yang turut dihadiri lebih 1,000 penyokong BN dan kira-kira 100 penyokong lawan.
Sementara itu, Cecelia yang ditemui selepas penamaan calon melaungkan keyakinan untuk pihaknya mencabar parti lawan yang digunakan sebagai satu detik permulaan untuk terus membongkar isu-isu masyarakat setempat dan berjanji untuk terus memberikan keadilan kepada rakyat disini.
Tambahnya, hanya rakyat yang dapat menentukan nasib mereka untuk terus memperjuangkan keadilan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi menyokong PKR pada PRU13 ini nanti.
"Sebagai calon saya berjanji bahawa kami akan memperjuangkan hak rakyat demi rakyat dalam konstituensi ini," katanya.
Pada PRU 2008, Uggah yang telah menyandang kerusi P.204 Betong untuk kali yang keenam telah menentang calon SNAP, Edmund Stanley Jugol Benedict Sandin yang hanya mendapat sebanyak 1,999 undi berbanding Uggah, yang mendapat undi sebanyak 13,708.

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2013 09:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 09:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di sarikei sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 09:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bandar <b>Sarikei</b>, <b>Sarawak</b> dilanda "Air Bah" atau Air Pasang Besar <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 03:35 AM PST

Bandar Sarikei Sarawak dilanda "Air Bah" atau Air Pasang Besar dari Sungai Rajang.  Gambar dibawah adalah berdekatan dengan Market Ikan ( Gambar diambil hari ini 15 Nov 2012 ) .

Di Sekitar Bank Road Sarikei . ( Gambar diambil 14 Nov 2012 )

Para penduduk sekitar Bandar Sarikei diminta berjaga - jaga kerana kemungkinan malam ini hingga pagi esok air pasang besar daripada Sungai Rajang akan berlaku tambahan lagi tempat - tempat utama adalah berdekatan dengan Sungai Rajang.

Untuk Maklumat Lanjut anda boleh layari Page Sarikei di Facebook bagi mengikuti perkembangan semasa.

Bonus:

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lubok antu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 07:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lubok antu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 07:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SWP bedau netapka Larry bediri ba <b>Lubok Antu</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 01:41 PM PST

by Chris Bishop. Posted on January 27, 2013, Sunday

Komiti pengawa bepilih parti betuaika George Lagong deka bejalaika pansik dulu

BEDAU TEMU: Larry (duduk tiga ari kiba) meri penerang ngagai pemberita tembu aum renggat tinggi SWP kemari.

KUCHING: Sarawak Worker Party (SWP) bedau netapka pemutus sekalika presiden Larry Sng deka bediri di sitak parlimen Lubok Antu ba pengawa bepilih besai ke-13 (PRU13).

Ku Larry, komiti pengawa bepilih SWP ti betuaika sapit presiden George Lagong deka bejalaika pansik dulu di Lubok Antu.

"Aku ngelempaika tanggungpengawa nya ngagai komiti pengawa bepilih SWP. Komiti tu deka ngadu pansik lalu meri buah runding ngagai aku.

"SWP deka netap sereta mansutka pemutus nya ba pengujung bulan Februari tu tauka pun bulan Mac. Tu nyengkaum lima agi lis chalun bukai ba lima sitak parlimen ke dipegai Parti Rayat Sarawak (PRS)," ku iya.

Kitai (SWP) mengkang enggau pemutus deka nganjung chalun ba enam sitak parlimen nya, tandu iya.

Iya mansutka jaku tu ba siti aum pengarang berita sepengudah ngulu aum ketuai renggat tinggi SWP ti diatur di indu opis parti nya ditu, kemari.

Lebuh ditanya sekalika iya rawan sepegudah ninga peneka rayat Lubok Antu ti semina deka nyukung peranak Lubok Antu enggau bansa Iban ngarika rayat di parlimen nya, Larry madah iya enggai nyimpul panjai lalu ngelempaika ngagai rayat netapka runding.

"Semua orang ngembuan hak mansutka penemu, aku pan bisi hak ba senentang pekara nya, taja pia aku ngelempaika ngagai rayat Lubok Antu ngaga pemutus," ku iya.

Iya mega madah rintai nama chalun SWP dipansutka tumu ngambika ulih meri awak ngagai parti bekimpin.

Ba kaul bukai, Larry madah SWP semampai nukangka pintu ngagai ketuai sereta raban Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) ke suba masuk parti nya.

Iya mega nyangkal dawa ti madah SWP ngembuan kaul dalam pengawa naburka berita di Radio Kenyalang (RK) ke alai riput polis udah digaga seraban orang nembiak ari parti PRS bedau lama tu tadi.

"Enti amat riput polis udah digaga, kitai patut meri awak ngagai polis bejalaika pansik sekalika pekara nya salah tauka enda.

"Radio Free Sarawak (RFS) ke sebaka enggau RK udah lama ditabur lalu nadai kala diukum, reti nya pengawa naburka RK mega enda salah," ku iya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


tahun melawat malaysia 2014 <b>di sibu</b>,<b>sarawak</b> | 自由 中立 存在 普世

Posted: 29 Apr 2013 12:48 AM PDT

  • tahun melawat malaysia 2014 merupakan kali ke-4.
  • temanya ialah meraikan 1 malaysia peneraju asia.
  • tema di sarawak ialah sarawak harmoni,kemakmuran dinikmati.
  • papan iklan dijumpai di pintu gerbang sibu.
  • terdapat bangunan sanyan sibu,pintu gerbang sibu,pusat budaya warisan sibu dan dun sarawak di kuching dalam papan iklan tersebut.
  • malaysia mempunyai keunikan semula jadi dan kemesraan rakyat terutamanya di sabah.
  • warganegara diseru agar melawat begeri di malaysia pada musin cuti bersama dengan keluarga mereka.
  • ini buka sahaja menjimat kos,malah membantu ekonomi dalaman negara.

~ oleh jininglinneutral di 29 April 2013.

11 di matu sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di matu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 01:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2013 01:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 01:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Komuniti <b>Matu</b> Daro <b>Di</b> Bandaraya Miri, <b>Sarawak</b>.: Orang Melanau <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2010 04:21 AM PST

Akhir-akhir ini saya sering tertanya-tanya pada diri sendiri, dari mana asal-usulnya 'bangsa Melanau' yang ada di daerah Matu dan Daro?, Jika nak difikirkan...seolah-olah pertanyaan yang ada dalam kepala saya ini seperti satu soalan yang tidak perlu saya persoalkan. Tapi hati saya ini tetap ingin tahu, dari mana sebenarnya bangsa saya boleh berada di daerah ini.(Nota: Beritahu saya jika anda tahu)
Jarang sekali saya mendengar orang bercerita tentang asal-usul bangsa kami, malah pernah suatu ketika dulu saya cuba untuk menyingkap dan merujuk dari buku-buku termasuklah 'ensaiklopedia Sarawak Journal' tetapi sukar sekali untuk menjumpai catatan tentang bangsa Melanau amnya dari masyarakat kami dari daerah Matu-Daro. Ma'af, bukan tujuan saya untuk mempersoalkan kewujudan bangsa Melanau Matu Daro yang ada di daerah ini tetapi cuma terkilan, apakah tiada langsung catatan sejarah atau catatn antropologi tentang masyarakat kami. 
Pernah suatu ketika dahulu ketika saya belajar tentang antroplogi dalam pelancongan, saya bertanya kepada seorang Prof. 'mengapa sukar sekali untuk melihat catatan tentang bangsa Melanau di Sarawak ini? Prof itu itu berkata....agaknya, tidak banyak yang dapat ditulis tentang bangsa Melanau berbanding dengan tamadun bangsa Iban, Ini mungkin disebabkan ketamadunan bangsa Melanau seakan-akan seperti bangsa Melayu. Seingat saya, begitulah jawapan Prof tersebut.
Hinggalah sampai ke hari ini, saya masih tercari-cari bagaimana hendak mendapatkan segala latarbelakang sejarah, samada mitos ataupun legenda tentang masyarakat kami ini. Alangkah baiknya jika ada cendiakiawan dari golongan bangsa atau masyarakat kami sendiri yang mahu mengumpul semua fakta, membuat kajian seterusnya menulis tentang perkara ini. Saya sendiri teringin sangat hendak mengetahui apa sahaja cerita tentang masyarakat Melanau kami supaya dapat saya ceritakan kepada anak-anak saya agar mereka tahu asal-usul nenek moyang mereka sendiri. Sebab semakin hari, kebanyakkan perihal masyarakat kami bangsa Melanau Matu-Daro seakan-akan semakin hilang. Jika anda terbaca akan catatan saya ini, tanyalah pada sendiri bagaimana ianya hilang? Anda kan tahu jawapannya, biarpun sedikit..........

di negeri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sarawak - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved