Isnin, 6 Mei 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Satu lawan satu <b>di Betong</b> - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 20 Apr 2013 12:10 AM PDT

BETONG: Pertembungan dua penjuru antara penyandang kerusi P.204 Betong yang juga calon Barisan Nasional(BN) Dato Sri Douglas Uggah Embas yang ditentang oleh calon Parti Keadilan Rakyat(PKR), Cecelia Siti Una @ Sittie Endek yang turut mengemukakan borang pencalonan pada hari penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong disini hari ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.204 Betong, Haji Pathi Kerni telah mengumumkan dan mengesahkan bahawa kedua-dua calon masing-masing telah layak untuk bertanding merebut kerusi P.204 Betong pada Pilihan Raya ke-13(PRU13) ini yang akan berlangsung pada 5 Mei ini nanti.
Calon PKR, Cecelia Siti Una, 60, yang merupakan calon muka baharu telah mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi diikuti calon BN, Dato Sri Douglas Uggah, 58, turut mengemukakan borang pada jam 9.14 pagi.
Sehingga tamat tempoh pencalonan hanya dua borang penamaan calon yang diterima oleh Pengurus Pilihan Raya.
Cecilia yang turut ditemani suaminya, Stanny Embat Dharoh Laja yang juga merupakan pencadang  bagi pihaknya turut disokong oleh Nicholas Laja.
Manakala Uggah, menerima cadangan daripada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang dan disokong oleh ADUN Saribas, Mohamad Razi bin Sitam.
Suasana aman sepanjang berlangsungnya penamaan calon disini menggambarkan perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakat disini meskipun masing masing disertai penyokong kuat kedua-dua parti yang bertanding.
Pada masa yang sama kehadiran penyokong kedua-dua parti yang datang diperkarangan luar dewan yang turut dihadiri lebih 1,000 penyokong BN dan kira-kira 100 penyokong lawan.
Sementara itu, Cecelia yang ditemui selepas penamaan calon melaungkan keyakinan untuk pihaknya mencabar parti lawan yang digunakan sebagai satu detik permulaan untuk terus membongkar isu-isu masyarakat setempat dan berjanji untuk terus memberikan keadilan kepada rakyat disini.
Tambahnya, hanya rakyat yang dapat menentukan nasib mereka untuk terus memperjuangkan keadilan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi menyokong PKR pada PRU13 ini nanti.
"Sebagai calon saya berjanji bahawa kami akan memperjuangkan hak rakyat demi rakyat dalam konstituensi ini," katanya.
Pada PRU 2008, Uggah yang telah menyandang kerusi P.204 Betong untuk kali yang keenam telah menentang calon SNAP, Edmund Stanley Jugol Benedict Sandin yang hanya mendapat sebanyak 1,999 undi berbanding Uggah, yang mendapat undi sebanyak 13,708.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads