ads

Jumaat, 6 September 2013

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Aug 2013 11:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di lawas sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jul 2013 11:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mohd Supaih sukar lupakan kenangan manis <b>di Lawas</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2013 05:03 PM PDT

Posted on July 2, 2013, Tuesday

LAWAS: Semuanya manis-manis belaka, kata bekas Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan ketika mengungkapkan kenangan yang sukar dilupakan sepanjang berkhidmat di daerah Lawas, semalam.

Beliau yang berkhidmat hampir sembilan tahun di daerah ini turut melahirkan perasaan sebak, terharu kerana Lawas begitu dekat di hatinya.

"Perasaan saya bercampur-campur, sukar diungkapkan dengan kata-kata, sedih, gembira dan bermacam-macam lagi," katanya di sini semalam.

Mohd Supaih dinaikkan pangkat dan berkhidmat sebagai residen Mukah baharu yang memulakan tugasnya semalam.

Katanya Lawas memberi semua kenangan manis dan tiada kenangan pahit sepanjang berkhidmat sebagai pegawai daerah Lawas sebelum ini.

Di Lawas, Mohd Supaih begitu disenangi penduduk kawasan 'ikan tahai' itu yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang rajin, mesra dan banyak mencurah tenaga, fikiran dan idea dalam membangunkan Lawas selain bijak menangani pelbagai isu dan permasalahan setempat.

Tidak hairanlah pemergian beliau ke Mukah turut dirasai oleh penduduk di Lawas.

Bagi meraikan sumbangan beliau selama ini, satu Majlis Jamuan Perpisahan Khas diadakan bagi menghargai sumbangan Mohd Supaih baru-baru ini.

Hadir memeriahkan majlis tersebut Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas Mohd Khairul Punggut, ketua-ketua jabatan kerajaan dan jemputan lain.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Masalah air <b>di Simunjan</b>, <b>Sarawak</b> kian meruncing | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 08:26 PM PDT

Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar.

Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.

Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian. Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang lebih memeritkan. Jarak pasar Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. Ini bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah mengangkut air ke rumah.

Untuk makluman juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.

Hari ini sudah masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.

Kami juga berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.

Apa yang kami harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan Sarawak.

Kami mengharapkan agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. Mudahan juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.

By: JEMAT BIN ADAM

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

11 di mukah sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di mukah sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Aug 2013 07:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TBS anjur majlis penyerahan bantuan Aidilfitri <b>di Mukah</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 03:22 PM PDT

Posted on August 7, 2013, Wednesday

MUKAH: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Aidilfitri Fakir Miskin serta Sumbangan Masjid dan Surau Bahagian Mukah di Masjid Setia Raja Mukah di sini, petang kelmarin.

Pada majlis itu, sumbangan berjumlah RM75,000 disalurkan kepada 75 buah masjid dan surau yang bertujuan membiayai aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan, di samping memberi galakan kepada masyarakat Islam dalam usaha pengimarahan masjid dan surau.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Terdahulu, di Pejabat TBS Cawangan Mukah, sejumlah RM170,800 diserahkan melalui amil-amil yang ditauliah untuk diagihkan kepada 1,708 orang fakir miskin dari daerah Mukah dan Daro.

Ia bertujuan untuk meringankan beban para penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri khususnya menyediakan keperluan asas.

Sementara itu, sejumlah RM40,000 wang sumbangan Magna Focus Sdn Bhd disampaikan oleh Taib kepada 200 orang fakir miskin yang dijemput hadir pada majlis tersebut.

TBS mempunyai pelbagai jenis bantuan lain di bawah tiga program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

Pada tahun 2012, TBS telah mengagihkan RM36.7 juta kepada penerima yang layak melalui ketiga-tiga program utama tersebut.

Bagi tahun ini, sehingga bulan Jun 2013, TBS telah mengagihkan sejumlah RM14.7 juta untuk tujuan yang sama.

Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Mukah Datuk Seri Muhammad Leo Toyad, Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dollah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

11 di miri sarawak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

11 di miri sarawak - Google Blog Search


Malindo Air buat pendaratan sulung <b>di Miri Sarawak</b> | Berita Harian <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 12:22 AM PDT

Malindo Air buat pendaratan sulung di Miri Sarawak | Berita Harian Fenomenal Metro Online Terkini - Malaysian Review Blogezine ™Berita Harian Fenomenal Metro Online Terkini – Malaysian Review Blogezine ™

Portal Ilmu Berita News Online Cinta Epik Blog Surreal Stylo Ternow | Avant Garder Critique | Temple of Mind Transcendental Thought Provoking Sermon BL©GEZINE™


Fatal error: Allowed memory size of 67108864 bytes exhausted (tried to allocate 79 bytes) in /home/malaysi2/public_html/wp-includes/cache.php on line 570

BLOG SARAWAK: 11 <b>di miri sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Aug 2013 09:17 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TYT dan isteri adakan kunjungan Aidilfitri <b>di Miri</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2013 09:40 AM PDT

Posted on August 18, 2013, Sunday

MIRI: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah mengunjungi beberapa kediaman wakil rakyat dan ketua masyarakat di sini sempena Hari Raya Aidilfitri, semalam.

Kunjungan raya dimulakan di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat di Jalan Acorius, Off Jalan Airport diikuti dengan ADUN Bekenu Rosey Yunus di Taman Bumiko dan kemudiannya ke kediaman Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Tun Salahuddin kemudiannya berkunjung ke rumah Pemanca Abang Mohamed Dato Sri Abang Othman di Jalan Kampung Luak dan seterusnya ke rumah Datuk Yusuf Sani Wahab di Jalan Bulan 4D/1, Jalan Pujut 7D.

Pada sebelah petangnya, rombongan tersebut berkunjung ke kediaman Temenggung Abdul Rahman Fadzail di Piasau Jaya Fasa 1, kemudian ke kediaman Pengerusi Persatuan Melayu Miri Dato Wan Morshidi Tunku Abdul Rahman di Piasau Jaya Fasa 1 dan seterusnya ke kediaman Sazali Abdul Rahman di Pujut 8.

Suasana kunjungan raya TYT ke rumah kenamaan berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat setempat.

Turut mengiringi TYT serta isteri ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Mohd Naroden Majais, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau Datuk Sebastian Ting, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan Pegawai Daerah Miri Boniface Intang Apat.

TYT serta isteri turut menghadiri Majlis 'High-Tea' Hari Raya Aidilfitri di Mega Hotel pada jam 10.30 pagi ini.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved