11 di lawas sarawak - Google Blog Search |
Mohd Supaih sukar lupakan kenangan manis <b>di Lawas</b> <b>...</b> Posted: 01 Jul 2013 05:03 PM PDT Posted on July 2, 2013, Tuesday LAWAS: Semuanya manis-manis belaka, kata bekas Pegawai Daerah Lawas Mohd Supaih Hamdan ketika mengungkapkan kenangan yang sukar dilupakan sepanjang berkhidmat di daerah Lawas, semalam. Beliau yang berkhidmat hampir sembilan tahun di daerah ini turut melahirkan perasaan sebak, terharu kerana Lawas begitu dekat di hatinya. "Perasaan saya bercampur-campur, sukar diungkapkan dengan kata-kata, sedih, gembira dan bermacam-macam lagi," katanya di sini semalam. Mohd Supaih dinaikkan pangkat dan berkhidmat sebagai residen Mukah baharu yang memulakan tugasnya semalam. Katanya Lawas memberi semua kenangan manis dan tiada kenangan pahit sepanjang berkhidmat sebagai pegawai daerah Lawas sebelum ini. Di Lawas, Mohd Supaih begitu disenangi penduduk kawasan 'ikan tahai' itu yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang rajin, mesra dan banyak mencurah tenaga, fikiran dan idea dalam membangunkan Lawas selain bijak menangani pelbagai isu dan permasalahan setempat. Tidak hairanlah pemergian beliau ke Mukah turut dirasai oleh penduduk di Lawas. Bagi meraikan sumbangan beliau selama ini, satu Majlis Jamuan Perpisahan Khas diadakan bagi menghargai sumbangan Mohd Supaih baru-baru ini. Hadir memeriahkan majlis tersebut Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas Mohd Khairul Punggut, ketua-ketua jabatan kerajaan dan jemputan lain. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di lawas sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan